I mimpi beberapa hari lepas. Mimpi yang buat I terkejut dan terbangun. Tapi tak adalah sampai berpeluh atau menangis. I tengok jam. 1.55 pagi.
Gila. I rasa macam dah lama je I tidur. Ingatkan dah subuh. Buka mata dan fikir sekejap. Teringat kawan-kawan I pernah cakap dulu.
Kalau kau mimpi dan tersedar kemudian tengok jam masih belum pukul 3 pagi, maknanya mimpi kau tu real. Akan jadi kenyataan. Mimpi yang bukan mainan tidur. Mungkin mimpi yang bawa petanda.
Ok. Cuak disitu. Mimpi I mimpi yang tak berapa best. Kalau best of course la I takkan tersedar kan. Kalau tersedar pun, mesti cepat-cepat pejam mata balik, dengan harapan mimpi boleh bersambung.
Tapi ini mimpi yang agak menakutkan bagi I. Sebab mimpi berkaitan binatang yang I tak suka. Yang I takut. Yang I nak elak. Tapi dalam mimpi tak dapat nak elak.
I sendal ruang kecil bawah pintu bilik dengan kain. I takut kot la masa I tidur tiba-tiba binatang yang I mimpi menyelit masuk. Ya. I gila penakut. Ruang bilik jadi gelap dan I semakin kurang oksigen. I tak peduli.
Dan bila paginya, I google apa maksud mimpi tu. Hasilnya?
Sangat mendukacitakan. Memang ada beberapa versi tapi kesemua tafsirannya tak berapa nak bagus.
Jadi, I bertekad tak mahu cerita pada siapa-siapa mimpi tu. Biarlah hanya I dan google saja yang tahu.
p/s : I masih percaya teguh pada qada dan qadar. Masih percaya pada ketentuan Illahi.
Harap makluman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment