wajib klik!

Tuesday, 19 May 2009

patut sekeh atau sepak?

Perempuan-banyak-skandal : Ja, ko katne?

Jajazuzu : Umah. Weh, makcik lelaki-yang-ngorat-aku meninggal

PBS : Ye ke? so, ko x keja la td?

JJ : Aku keje je tadi

PBS : Ohh...weh, jom la lepak. aku dgn R xtau nak gi mane ni

JJ : Ajak lpak? Tau dek LYNA nti kecik ati lak dia. dia tgh sdih², makcik dia mnggal, aku kuar lepak lak. aku kan nak jd gf prihatin lg baik hati

PBS : HAHhhahhahahha...ye ke? hehhehehhehe...ko buat aku pecah perut la!!

***Patut sekeh ke sepak kawan sebegitu?

Monday, 18 May 2009

Hari Sedih dan Hari Terkilan

Dua tiga hari ni kami berdeting dalam kereta saja. Lalu jalan yang sama saja. Rutin yang sama. Ke hospital.

Malam tadi lepas dia ambil aku balik kerja, kami ke hospital lagi. Dan dia kata mungkin dia tak tidur kat hospital sebab dua orang sepupu dia yang nak jaga.

Hujan renyai². Sampai hospital dia tanya aku nak naik sekali ke tak.

Aku cakap takpela, aku tunggu dalam kereta je. Tapi dalam hati aku teringin nak naik juga. Nak tengok juga.

Pagi tadi, aku baru terfikir nak melawat petang ni. Kalau dia kata tak payah, aku tak kira, aku nak naik juga wad dekat tingkat 5 tu.

Tapi....


makcik saya dah takde


Dia SMS aku pukul 9.05 pagi tadi.


Aku call. Makcik dia meninggal pukul 7.40 pagi tadi.

Aku tanya dia ok tak? Dia kata ok. Tapi suara dia sedih. Dan dia pesan aku kerja elok².


Hari ni hari sedih dia.


Dan


Hari ni hari terkilan aku.

Friday, 15 May 2009

Dia sedih......dan aku rasa nak nangis

Dia mintak tolong. Hantarkan dia ke hospital.

Lepas balik kerja semalam, aku pergi rumah dia. Dia tengah kemas rumah. Aku tunggu.

Dia drive. Separuh jalan, dia berhenti, suruh aku drive. Dia nampak kelam kabut. Nak cari button emergency light pun dia tekan habis semua button dekat dashboard tu. Nak bukak pintu pun dia lupa nak unlock dulu.

"Rileks ok" Aku

"Nak rileks apa? Dia jaga saya dari kecik" Dia

Ok. Aku diam.

On the way nak ke hospital, dia mintak singgah Uptown Damansara sekejap. Nak beli stoking tebal. Nanti sejuk dekat hospital katanya.

Dia tak makan dari pagi. Aku pujuk dia makan. Dia makan. Tapi tak habis macam selalu. Kami banyak diam. Aku takut aku salah cakap lagi, jadi aku pun diam.

Dari Damansara ke Hospital Sungai Buloh, aku yang drive. Slow. Sebab sebelum² ni dia tak suka aku drive laju². Tapi tiba² dia suruh aku laju sikit. Ok, aku laju banyak.

Dia bercakap dan aku mendengar.

Sampai hospital, abang dia dah tunggu. Bagi Yasin dan Al-Quran. Aku hantar dia sampai pintu depan.

Dah 1.00 pagi. Aku terus balik. Abang dia tunggu dekat luar, nak jalan sekali nanti sebab aku tak berapa nak ingat simpang mana aku nak kena masuk.

Dan sepanjang perjalanan balik aku ingat lagi apa yang dia cakap dekat aku....

"Saya rasa nak pitam tadi. Saya tahan. Saya sedih. Dia jaga saya dari kecik. Lepas ni saya dah tak ada siapa² nak bersembang, nak bercerita...."

Sumpah aku rasa sebak, nak nangis. Tapi aku tahan.

**Makcik lelaki-yang-mengorat-aku ada dekat ICU sekarang ni. Doktor kata dah kritikal. Kanser dah sampai dekat otak.

Thursday, 14 May 2009

Kkkkkrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnngggggggggggggg!!!!!!!!!!!!

Pencarian Mencari Jam Loceng.

Lokasi : Uptown Shah Alam

Masa : 11.30 malam lepas Jajazuzu balik kerja dari stesen-kerang

Peserta : Jajazuzu yang comel ber-uniform merah kuning, lelaki-yang-mengorat-jajazuzu, perempuan-banayak-skandal yang keluar tanpa bawa i/c dan B - si skandal perempuan-banyak-skandal.

Parking agak jauh. Lelaki-yang-mengorat-jajazuzu bising! Jajazuzu rasa nak sepak je dia. Tapi dalam hati je la. Hhehhe

Jajazuzu jalan di hadapan, bersama perempuan-banyak-skandal.

Si B dan lelaki-yang-mengorat-Jajazuzu jalan di belakang.

Si perempuan jalan agak laju. Dengan harapan supaya apa yang mereka bisikkan tidak didengari oleh 2 lelaki di belakang.

Tetapi...

"Awak, pergi la pusing² dulu. Kitaorang main game kat sini" Lelaki-yang-mengorat-Jajazuzu.

Hampeh kan?

Sabar je la.

Ok, takpe.

Dan kamu tahu tak?

Gerai yang menjual jam tangan tidak menjual jam loceng!

Dan hasil dari pencarian itu, Jajazuzu dapat :

1. merajuk dengan lelaki-yang-mengorat-dia

2. tau mana tandas perempuan dekat uptown tu. Giler susah nak cari, ok!

3. jeruk kedondong hijau dan kuning yang dikongsi bersama perempuan-banyak-skandal

4. kena ngorat dengan mamat poyo kedai jual jeans

5. kena usik "boleh isi minyak?" dengan mamat hampeh depan kedai jual topeng hantu

6. sakit hati dengan perempuan yang tiba² je datang sebelah lelaki-yang-mengorat-jajazuzu dan tanya "awak, beg ni ok tak?". TIBA² je Ok! Tak kenal pun. Sabar je la. Macam takde lelaki lain dia nak tanya. Haiiihhh~~

7. taaaaaaaaaaaaaaaaaaaddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

-harap maaf, gambar untuk siaran sementara sahaja- MU? Ini perempuan-banyak-skandal yang hasut sebab tengok si Jajazuzu dah pegang yang Arsenal.

Bak kata Abang-jaga-kedai, "Ambik yang besar la dik. Jiran sebelah rumah pun boleh terjaga"

***Lepas ni kalau kamu ada dengar kes jiran bergaduh pasal jam loceng bising dekat area Puncak Perdana, diam² saje la ye.

Wednesday, 13 May 2009

Wednesday 13th!

Hutan.


Gelap.


Sunyi.



Lari...lari...lari...........



Ada Si Jahat bertopeng. Kaki tempang. Tapi laju. Bawa parang.


Lari memang stail tak cukup tanah. Langgar akar kayu.


Kaki tersadung.


Jatuh tertiarap. Handphone tercampak.


Tiba tiba telefon berkelip. Berbunyi.


Cuba patah balik. Nak ambik.


Tapi tak sempat. Si Jahat yang bertopeng dah dekat.


Bangun cepat cepat.


Lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...lari...


sambil mata terpejam.


Nangis. Takut. Tapi tak larat nak jerit.



Oh Tuhan...



Dari jauh nampak cahaya.


Ada dua orang budak main basikal. Ketawa riang ria..


Lari..lari..lari..lari..lari...lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....lari....



Dan tersadung lagi.



Buka mata dan cepat cepat bangkit.


Ketawa si budak jelas.



Cahaya terang.



Aku terlentang.



**Dem! Hari ni bangun lambat lagi! Sah, malam nanti nak pergi uptown, cari jam loceng!


Tuesday, 12 May 2009

saat mendebarkan

aku dan lelaki-yang-mengorat-aku jalan² sekitar kl. jalan ada setengah tempat jem. ada setengah tidak.

lelaki-yang-mengorat-aku drive. sebab kalau aku yang drive, dia akan bising kata aku makan jalan orang la, silap lorong la, lembap la, laju sangat la. haiihhh~

lepas dari satu flyover, jalan agak jem. pemanduan secara sederhana saja. tiba² ada satu kereta dari arah kiri masuk ke lorong kami secara tiba². aku auto menjerit. lelaki-yang-mengorat-aku auto brek.

kereta depan, yang hampeh itu, pemandunya sedang bercakap menggunakan telefon bimbit. sangat kurang sopan kan?

lelaki-yang-mengorat-aku jadi angin. dia dengan pantasnya memintas kereta itu. dan secara sengaja brek mengejut!

ok. masa ni aku mengaku aku dah cuak. nasib baik pakai seat belt.

muka cuak. jantung dub dab dub dab dub dab...

aku memang tak pandang belakang dah.

dan tiba² lelaki-yang-mengorat-aku...


jerit!


"kau berhenti tepi! BERHENTI!"

sambil cuba himpit kereta yang kurang sopan tadi.

ok, aku takut.

dan kereta kurang sopan itu tidak berhenti. ada satu simpang ke kiri, dan dia terus belok masuk ke situ.

"kurang ajar! dia buat f*ck kat saya, awak!"

"nasib baik ada simpang tadi. kalau tak saya blok dah kereta dia. memang dapat la dia tadi. kurang ajar betul. bangang....bla...bla...blaa...bla..."

lelaki-yang-mengorat-aku membebel.


dan aku?


duduk diam² sambil pegang seat belt kuat².

**dalam kereta aku takde apa² alat bantuan untuk kecemasan macam kayu besbol ke, stereng lock ke.

***lepas ni aku ingat nak bawak anak lesung batu la. kamu agak² ok tak? hahahhaha

Monday, 11 May 2009

pagi yang riang..lalallalaa~

sebelum ni, aku pernah cerita pasal aku susah nak bangun pagi kat rumah baru kan?

aku syak aku tahu sebab apa....

masa mula² aku angkat masuk barang kat rumah tu, bilik aku tu tak ada katil lagi. kali kedua aku angkat masuk barang, dah ada katil. housemate aku yang aku tak berapa suka tu baik hati pulak pasangkan katil untuk aku.

bilik aku tu bilik kecik je. dia pasangkan katil melintang. terus menghadap tingkap. seri-yus aku tak suka. sebab aku memang tak suka tidur menghadap tingkap. kalau pusing tukar posisi, kepala aku lak dekat tingkap. lagi aku tak suka!

ok, aku tidur je. tak ada masa nak kemas-susun-atur bilik tu lagi.

jadi, hasilnya........


aku memang susah nak bangun pagi. paling teruk semalam. kunci alarm pukul 6 pagi, pukul 8 baru aku sedar. sudahnya masuk kerja kat stesen-kerang pukul 11.

haritu bajet nak beli jam loceng je. tapi lelaki-yang-mengorat-aku kata tak payah. ok, layankan saja. kalau tak dia kata aku asyik melawan cakap dia je.

tiba² aku terfikir satu benda.


semalam petang, aku dengan gigih ber-bantuankan anak lesung batu, bukak balik katil tu dan pasang balik secara menegak, tepi tingkap.


hasilnya.......


pagi tadi aku berjaya bangun awal!

sempat basuh baju, sidai baju, mandi² dengan gaya lemah gemalai, iron baju, mekap² dan sampai ofis sebelum siren bunyi.



yeaaah! eksperimen berjaya!


**aku bajet nak pindah bilik lagi la. ambik bilik tengah. bilik tu rasa kecik sangat la pulak