I tahu I agak lambat, tapi I don’t care. I mahu juga. Kata I dalam hati sebab yang bawa I pergi makan ni macam nak tak nak saja layan kemahuan I. Yang nak tukang bayar pun sama. I sorang saja yang excited. I mahu makan dekat Murni! Sebab I excited gugel jalan dan maps, si tukang pandu follow saja. Kami ke SS2 PJ. Dah elok dapat parking, meja pulak tak dapat. Sangat full!
I diri di kaki lima dengan muka masam. Lapar ni. Tapi I terpandang T-Shirt staff Murni. I suruh kawan I baca, kot ada tulis branch lain. Dan yeayyyy…ada! Jangan tanya dekat mana lagi ada sebab bukan I yang baca. Kawan I cuma kata USJ9, jom. Tapi si tukang pandu tak mahu ke USJ. Si tukang bayar tak kisah mahu makan dimana. Janji makan. Lalu si tukang pandu terus ke Kelana Jaya. Kengkonon nak makan kat food court tepi tasik tu. I berdoa je dalam hati. mintak-mintak kedai tu tutup. Dan yeeeayyyy lagi…kedai tu tutup. Jadi nak tak nak dia terpaksa la pandu ke USJ.
Pusing punya pusing tak jumpa pulak. Mana Murni ni? Si tukang pandu dah bising. Si tukang bayar dah berdengkur kat belakang. I dah lapar. Pastu kena marah lagi sebab gatal sangat nak makan kat Murni tapi tak tau kat mana. Pusing punya pusing terlalu kat depan Carlos. I punya lah lapar sampai I kata, “Takpelah kalau tak jumpa Murni. Carlos pun boleh”. Tapi si tukang pandu tak mau pulak berenti. Jadi semua lorong kami masuk.
Dan yeeaayyy…kami jumpa. Jangan tanya lah lorong mana, landmark apa, sebab semua lorong pun kami masuk. Yang I pasti, depan jalan tu ada Nirwana Maju. Branch USJ pun full, tapi kami dapat gak meja. Meja luar seberang kedai. Sat na, I lukih bagi paham sikit.
Haa..meja kami kat shop lot kaler pink tu. Bayangkan lah, dengan hujan baru nak renyai, baru nak rintik, tapi staff dia layan saja kami. Mula-mula shop lot depan tu, buka lampu. Bila dia keluar, tengok tepi kedai dia ada meja makan, langsung dia pi tutup lampu. Memang romantika di amor la kami malam tu. Makan guna cahaya lampu jalan saja. Jadi, mood nak snap gambar tak ada. Tak adalah gambar Roti Beckham + Ribena Special yang I order malam tu. Terjerit-jerit staff dia dari kedai seberang jalan. Tanya nombor meja. Yelah, meja dah bersepah. Nasib ada nombor, kalau tak mau order orang lain sampai ke meja kan .
Overall, best. Walaupun meja kami seberang jalan, orang ramai penuh sesak tapi order cepat sampai. At last dapat gak I merasa Ribena Special. Next time kalau pergi lagi I mahu order I Love U pulak. Ikutkan semua pun I nak rasa, tapi kesian dekat perut yang makin buncit. So, order apa yang teringin nak rasa dulu. Boleh gugel FB Murni Discovery untuk full address dan lain-lain branch. I malas nak link. =)
ps : lukisan bukan main burok lagi. Kahkah
pss : entry minggu lepas sepatutnya ni. kenapa ntah susah sangat nak buat entry baru la ni.
No comments:
Post a Comment