Ikutkan hati I malas nak sambung entry Juvanex. Sebab I adalah tidak mengikut arahan. So, macam sia-sia saja RM I. Tapi what to do. I sepatutnya update daily. Tapi I still tak pandai macam mana nak post guna Blogger-droid. Kesian kan ?
Since I dah simpan draft ini, Jadi I post sajalah.
Hari kedua. I dah ada dekat Rawang. Bercuti sempena CNY dekat rumah parents. So, bangun agak lambat. I start my day dengan green apple. Then Mak yang penyayang sediakan mee goreng untuk kami sekeluarga. Jadi I tak sampai hati kalau tak makan. I ambil semangkuk kecil. Tapi adik lelaki I pulak, terlebih rajin. P beli kuih muih pulak. Bila I nampak anak buah I makan karipap, I rasa nak. So itulah sarapan I. Epal, mee goreng, karipap dan Juvanex.
Then I lunch lewat. Sebab I leka tengok TV. Jam 4 petang, I cuma ambil ayam goreng (tak boleh tahan. Bau sedap sangat) tanpa lemak dan sepiring kecil tempe goreng yang I makan cicah dengan sambal tumis. Dan I juga makan BANYAK oren. Abang ipar bagi sekotak. Petang tu pula, kakak I yang no 2 tu balik. Datang bawa biskut. Dua jenis biskut kacang yang sangat lazat. I cuba tak makan, tapi bila my dad kata sedap, I nak jugak rasa. So, itulah minum petang i.
Kakak I bawa my parents pi makan-makan steamboat. I tak mahu ikut sebab I tahu, I akan makan banyak nanti. So I duduk rumah saja. I habiskan sayur sawi yang mak I tumis dengan tauhu. Dan kebetulan ada seketul kecil ayam goreng. I habiskan juga. Then terus minum Juvanex.
So far, hari kedua I ok. Pening tu agak terasa juga. Tapi still I boleh handle. Ke toilet pun hanya untuk urusan kecil saja. Urusan besar tak ada.
Itu saja. Tunggulah I update untuk entry day 3 nanti.
p/s : Juvanex promo @ Caring pharmacy. RM9+ but still murah beberapa RM dari Watson.
No comments:
Post a Comment