wajib klik!

Tuesday, 21 February 2012

Gaduh & Kfc



Jam baru je 12 tengah malam. I tengah merajuk dengan partner I. Ya, kami gaduh. Tapi manusia macam I mana mahu mengalah. Jadi dia mengalah dan I sambung merajuk. I pening kepala dan I mahu something yang sejuk dan manis. I mahu Krushers. Pedulikan lah dengan diet. I mahu. Partner I layankan saja sebab dia mahu pujuk I. Dia drive masuk lorong drive-thru. Kfc sekarang 24 jam kan.



Tapi I hampa…staff kfc yang berbangsa India tu kata “Krushers tak ada”



Dia ada kata yang mereka dah shutdown atau offline ke apa entah. Ada satu perkataan. I lupa. Tapi maksudnya macam mereka dah tutup machine Krushers tu.



I rasa nak marah pun ada. Tulis aje buka 24 jam tapi bila nak order tak ada. Tapi bila fikir balik, buat apa I nak marah ? Memang lah tension bila Q sia-sia, tapi heyy…macam lah I tak boleh makan benda lain.




Jadi si partner yang sedang cuba nak pujuk I tanya apa yang I mahu sebagai ganti?



 Laju I reply



“Chocolate shake McD!”



Dan ya…I dapat. Buat apa nak bergaduh untuk benda yang kita tak akan dapat kan? Banyak lagi pilihan dalam dunia ni. Baik I bergaduh dengan partner I. Time dia nak pujuk ni, mintak apa pun semua dapat. Kahkah!

No comments: