wajib klik!

Saturday 25 February 2012

Cashier & Penipuan



Tahukah anda, apa saja kerja jika kita memang berniat jahat dan mahu menipu ada saja cara dan jalannya. Tak kiralah dari segi penyelewengan mahupun kecurian. I pernah jadi cashier saat habis diploma dulu. Sebelum dapat kerja tetap, cukuplah setahun I tanpa gaji bulanan. Jadi I ambil langkah untuk kerja apa saja tanpa memilih janji I dapat duit setiap bulan. Malu aih nak pi minta duit kat mak pak.



So, itulah permulaannya. Hampir dua tahun bergelumang dengan dunia runcit menjadi cashier dan food service. Oh..I ada sijil pengendalian makanan tau. Jangan main-main, serius punya kerja sampai dapat anugerah cemerlang. Hahah…sungguh kenangan. Walaupun tak cukup sebulan I handle cashier sebelum I offer diri untuk jadi food service, I tetap mahir selok belok cashier. I harus tahu sebab kebarangkalian untuk cover staff lain masa mereka cuti sangat tinggi.



Dari situlah I tahu serba sedikit bagaimana manusia boleh membuat penipuan ketika menjadi cashier. Ada banyak cara. I tak pernah buat. Tapi I tahu. Sebab I ada boyfriend di tempat kerja yang sama. Hahah…lagi mengimbau kenangan. Pasangan cashier & food service yang cuma mampu bertahan selama setahun. Cinta lokasi sungguh. Ok, abaikan yang itu. Jadi, I tahu dan sudah biasa lihat muka-muka cover line cashier yang menipu. Tapi I jenis manusia yang malas mahu masuk campur. Masing-masing sudah besar. Dan walaupun mereka tidak terang-terangan menipu ketika I ada, tapi I tetap tahu. Sebab ada boyfriend yang selalu cerita. Hahah..



Alkisahnya, Partner I yang semalam I sayang dia lebih (selalu ada perasaan macam ni. Kejap rasa sayang sangat, kejap lagi rasa tak. Kenapakah? Hahah..) called dan minta I belikan tiket wayang. Ofis I kan dekat saja dengan Subang Parade. Subang Parade kan sudah ada MBO. Jadi I jalan kaki saja kesana. MBO lengang. Jadi sambil I called partner kesayangan, I berjalan ke kaunter. Ada tiga kaunter dibuka. Ketiga-tiga cashier adalah perempuan. Yang tengah dan yang kiri dengan semangat sambut I "Selamat Petang. Selamat Datang ke MBO"



Siapa yang tak suka kan bila cashier beramah mesra. Jadi untuk senang I ke kiri. Ke sebelah tepi dan sambil itu I bertanya



“Kenapa? Ada pertandingan kah?” Sebab kedua-duanya excited suruh I ke kaunter masing-masing.


“Tak kak, kami saja je nak tengok berapa banyak customer yang kami dapat hari ni” Jawab yang kiri.


Dan I sebut saja tiket wayang yang I mahu. Sambil tu tangan I masih cuba call partner kesayangan. Mahu double confirm, betulkah dia mahu tengok movie yang I sebut itu. Tapi tak dapat. Tiada line atau bateri out. Tak pasti.



Jadi, dengan dua buah beg, beg tangan dan beg bekal yang I sangkut di kedua-dua belah kiri dan kanan tangan, dengan telefon masih di tapak tangan, I selongkar beg mahu mencari duit. Total tiket adalah RM22.Jadi di tangan ada telefon dan beg duit. I tahu I nampak serabut sedikit sebab masih lagi cuba menelefon partner kesayangan.



Dan I beri pada cashier sekeping not RM50 dan dua keeping not RM1. Masa dipulangkan baki dan tiket I tak lihat terus. I jalan saja keluar dari MBO. Tapi tiba-tiba bila I lihat duit baki dan tiket, I cuma dapat dua keping kertas nipis segiempat (faham sajalah tiket wayang MBO macam mana kan) dan dua keping not RM10. Eh, bukan I sepatutnya dapat baki RM30 ke? Jadi I fikir sekejap. RM52 tolak RM22 ialah RM30. Eh, salah kira kah? Ok, kira sekali lagi. Buang RM2. RM50 tolak RM20 sama dengan RM30. I lihat sekeliling lantai. Kot I tercicir. Tak ada.



Nasib I masih tak jauh. I pusing dan terus ke MBO.



“Bukan baki 30 ke?” tanya I terus. Kaunter lengang.


“Oh. Sory kak. Saya lupa akak bagi 2 ringgit tadi” sambil cepat-cepat pulangkan lagi sekeping not RM10 tanpa banyak soal.



I pun pernah jadi cashier, setiap kali kalau I tersilap bagi atau terlupa, I takkan terus pulangkan duit pada customer. Customer memang always right. Tapi customer itu pun manusia. Manusia sekarang ni ada macam-macam perangainya. I akan kira semula duit I dalam drawer. Betul atau tidak. Walaupun RM10, duit is tetap duit. Kalau short kena potong gaji oihh.



Tanpa banyak soal juga, I pusing dan terus jalan sebab mahu cepat pulang. I takut jalan sesak.



Tapi….



Kalaulah dia lupa I bagi RM2 kenapa dia pulangkan RM20 saja? Kalau sekalipun dia lupa, mesti baki I ialah RM28.



Penipuan tidak berjayakah? Padan muka!



Farah A (seperti nama yang tertera dekat tiket wayang), tak baik buat macam tu. Sila kerja dengan ikhlas. Tak perlu nak ambil kesempatan ke atas keserabutan orang lain. Tak kemana la kalau kerja dengan niat macam tu. Selamanya mahu duduk dan jual tiket wayang kah? Tidak bukan?



Kerana I rasa I bijak pandai semalam, I hadiahkan diri I secawan Classic Hazelnut Milk Tea with Bubble dari Chatime. Hadiah la sangat. Kalau tak pasal duit baki tu, niat memang nak singgah beli Chatime pun. Kehkeh..




p/s : I baru saja terbaca kisah orang lain kena tipu RM10 minggu lepas dengan cashier kedai tudung. Jadi, semua orang kena lebih berhati-hati. Manusia sekarang ni warna mata saja sama, warna hati lain-lain.


No comments: