wajib klik!

Tuesday, 28 February 2012

Simi



 ps : Sakit hati je kadang-kadang. Tapi fun. Hahahha

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, 27 February 2012

Tak Boleh




“Kau tak boleh kurus Jaja, sebab punggung kau besaq dan lebaq. Kalau badan kau kurus, kau nampak pelik. Jadi, jangan kurus!” – Abang Harimau.







Ps: Abang Harimau adalah kawan Partner i.



Pss : Kelmarin kemas bilik. Jumpa gambar lama. Ohhh…rindunya zaman kurus dulu. Eh, dulu kurus ok saja. Abang Harimau dengki kah?

Saturday, 25 February 2012

Cashier & Penipuan



Tahukah anda, apa saja kerja jika kita memang berniat jahat dan mahu menipu ada saja cara dan jalannya. Tak kiralah dari segi penyelewengan mahupun kecurian. I pernah jadi cashier saat habis diploma dulu. Sebelum dapat kerja tetap, cukuplah setahun I tanpa gaji bulanan. Jadi I ambil langkah untuk kerja apa saja tanpa memilih janji I dapat duit setiap bulan. Malu aih nak pi minta duit kat mak pak.



So, itulah permulaannya. Hampir dua tahun bergelumang dengan dunia runcit menjadi cashier dan food service. Oh..I ada sijil pengendalian makanan tau. Jangan main-main, serius punya kerja sampai dapat anugerah cemerlang. Hahah…sungguh kenangan. Walaupun tak cukup sebulan I handle cashier sebelum I offer diri untuk jadi food service, I tetap mahir selok belok cashier. I harus tahu sebab kebarangkalian untuk cover staff lain masa mereka cuti sangat tinggi.



Dari situlah I tahu serba sedikit bagaimana manusia boleh membuat penipuan ketika menjadi cashier. Ada banyak cara. I tak pernah buat. Tapi I tahu. Sebab I ada boyfriend di tempat kerja yang sama. Hahah…lagi mengimbau kenangan. Pasangan cashier & food service yang cuma mampu bertahan selama setahun. Cinta lokasi sungguh. Ok, abaikan yang itu. Jadi, I tahu dan sudah biasa lihat muka-muka cover line cashier yang menipu. Tapi I jenis manusia yang malas mahu masuk campur. Masing-masing sudah besar. Dan walaupun mereka tidak terang-terangan menipu ketika I ada, tapi I tetap tahu. Sebab ada boyfriend yang selalu cerita. Hahah..



Alkisahnya, Partner I yang semalam I sayang dia lebih (selalu ada perasaan macam ni. Kejap rasa sayang sangat, kejap lagi rasa tak. Kenapakah? Hahah..) called dan minta I belikan tiket wayang. Ofis I kan dekat saja dengan Subang Parade. Subang Parade kan sudah ada MBO. Jadi I jalan kaki saja kesana. MBO lengang. Jadi sambil I called partner kesayangan, I berjalan ke kaunter. Ada tiga kaunter dibuka. Ketiga-tiga cashier adalah perempuan. Yang tengah dan yang kiri dengan semangat sambut I "Selamat Petang. Selamat Datang ke MBO"



Siapa yang tak suka kan bila cashier beramah mesra. Jadi untuk senang I ke kiri. Ke sebelah tepi dan sambil itu I bertanya



“Kenapa? Ada pertandingan kah?” Sebab kedua-duanya excited suruh I ke kaunter masing-masing.


“Tak kak, kami saja je nak tengok berapa banyak customer yang kami dapat hari ni” Jawab yang kiri.


Dan I sebut saja tiket wayang yang I mahu. Sambil tu tangan I masih cuba call partner kesayangan. Mahu double confirm, betulkah dia mahu tengok movie yang I sebut itu. Tapi tak dapat. Tiada line atau bateri out. Tak pasti.



Jadi, dengan dua buah beg, beg tangan dan beg bekal yang I sangkut di kedua-dua belah kiri dan kanan tangan, dengan telefon masih di tapak tangan, I selongkar beg mahu mencari duit. Total tiket adalah RM22.Jadi di tangan ada telefon dan beg duit. I tahu I nampak serabut sedikit sebab masih lagi cuba menelefon partner kesayangan.



Dan I beri pada cashier sekeping not RM50 dan dua keeping not RM1. Masa dipulangkan baki dan tiket I tak lihat terus. I jalan saja keluar dari MBO. Tapi tiba-tiba bila I lihat duit baki dan tiket, I cuma dapat dua keping kertas nipis segiempat (faham sajalah tiket wayang MBO macam mana kan) dan dua keping not RM10. Eh, bukan I sepatutnya dapat baki RM30 ke? Jadi I fikir sekejap. RM52 tolak RM22 ialah RM30. Eh, salah kira kah? Ok, kira sekali lagi. Buang RM2. RM50 tolak RM20 sama dengan RM30. I lihat sekeliling lantai. Kot I tercicir. Tak ada.



Nasib I masih tak jauh. I pusing dan terus ke MBO.



“Bukan baki 30 ke?” tanya I terus. Kaunter lengang.


“Oh. Sory kak. Saya lupa akak bagi 2 ringgit tadi” sambil cepat-cepat pulangkan lagi sekeping not RM10 tanpa banyak soal.



I pun pernah jadi cashier, setiap kali kalau I tersilap bagi atau terlupa, I takkan terus pulangkan duit pada customer. Customer memang always right. Tapi customer itu pun manusia. Manusia sekarang ni ada macam-macam perangainya. I akan kira semula duit I dalam drawer. Betul atau tidak. Walaupun RM10, duit is tetap duit. Kalau short kena potong gaji oihh.



Tanpa banyak soal juga, I pusing dan terus jalan sebab mahu cepat pulang. I takut jalan sesak.



Tapi….



Kalaulah dia lupa I bagi RM2 kenapa dia pulangkan RM20 saja? Kalau sekalipun dia lupa, mesti baki I ialah RM28.



Penipuan tidak berjayakah? Padan muka!



Farah A (seperti nama yang tertera dekat tiket wayang), tak baik buat macam tu. Sila kerja dengan ikhlas. Tak perlu nak ambil kesempatan ke atas keserabutan orang lain. Tak kemana la kalau kerja dengan niat macam tu. Selamanya mahu duduk dan jual tiket wayang kah? Tidak bukan?



Kerana I rasa I bijak pandai semalam, I hadiahkan diri I secawan Classic Hazelnut Milk Tea with Bubble dari Chatime. Hadiah la sangat. Kalau tak pasal duit baki tu, niat memang nak singgah beli Chatime pun. Kehkeh..




p/s : I baru saja terbaca kisah orang lain kena tipu RM10 minggu lepas dengan cashier kedai tudung. Jadi, semua orang kena lebih berhati-hati. Manusia sekarang ni warna mata saja sama, warna hati lain-lain.


Friday, 24 February 2012

Murni Discovery



I tahu I agak lambat, tapi I don’t care. I mahu juga. Kata I dalam hati sebab yang bawa I pergi makan ni macam nak tak nak saja layan kemahuan I. Yang nak tukang bayar pun sama. I sorang saja yang excited. I mahu makan dekat Murni! Sebab I excited gugel jalan dan maps, si tukang pandu follow saja. Kami ke SS2 PJ. Dah elok dapat parking, meja pulak tak dapat. Sangat full!



I diri di kaki lima dengan muka masam. Lapar ni. Tapi I terpandang T-Shirt staff Murni. I suruh kawan I baca, kot ada tulis branch lain. Dan yeayyyy…ada! Jangan tanya dekat mana lagi ada sebab bukan I yang baca. Kawan I cuma kata USJ9, jom. Tapi si tukang pandu tak mahu ke USJ. Si tukang bayar tak kisah mahu makan dimana. Janji makan. Lalu si tukang pandu terus ke Kelana Jaya. Kengkonon nak makan kat food court tepi tasik tu. I berdoa je dalam hati. mintak-mintak kedai tu tutup. Dan yeeeayyyy lagi…kedai tu tutup. Jadi nak tak nak dia terpaksa la pandu ke USJ.



Pusing punya pusing tak jumpa pulak. Mana Murni ni? Si tukang pandu dah bising. Si tukang bayar dah berdengkur kat belakang. I dah lapar. Pastu kena marah lagi sebab gatal sangat nak makan kat Murni tapi tak tau kat mana. Pusing punya pusing terlalu kat depan Carlos. I punya lah lapar sampai I kata, “Takpelah kalau tak jumpa Murni. Carlos pun boleh”. Tapi si tukang pandu tak mau pulak berenti. Jadi semua lorong kami masuk.



Dan yeeaayyy…kami jumpa. Jangan tanya lah lorong mana, landmark apa, sebab semua lorong pun kami masuk. Yang I pasti, depan jalan tu ada Nirwana Maju. Branch USJ pun full, tapi kami dapat gak meja. Meja luar seberang kedai. Sat na, I lukih bagi paham sikit.   




Haa..meja kami kat shop lot kaler pink tu. Bayangkan lah, dengan hujan baru nak renyai, baru nak rintik, tapi staff dia layan saja kami. Mula-mula shop lot depan tu, buka lampu. Bila dia keluar, tengok tepi kedai dia ada meja makan, langsung dia pi tutup lampu. Memang romantika di amor la kami malam tu. Makan guna cahaya lampu jalan saja. Jadi, mood nak snap gambar tak ada. Tak adalah gambar Roti Beckham + Ribena Special yang I order malam tu. Terjerit-jerit staff dia dari kedai seberang jalan. Tanya nombor meja. Yelah, meja dah bersepah. Nasib ada nombor, kalau tak mau order orang lain sampai ke meja kan.



Overall, best. Walaupun meja kami seberang jalan, orang ramai penuh sesak tapi order cepat sampai. At last dapat gak I merasa Ribena Special. Next time kalau pergi lagi I mahu order I Love U pulak. Ikutkan semua pun I nak rasa, tapi kesian dekat perut yang makin buncit. So, order apa yang teringin nak rasa dulu. Boleh gugel FB Murni Discovery untuk full address dan lain-lain branch. I malas nak link. =)



ps : lukisan bukan main burok lagi. Kahkah

pss : entry minggu lepas sepatutnya ni. kenapa ntah susah sangat nak buat entry baru la ni.



Thursday, 23 February 2012

kenapa?

Kenapa i takboleeh update entry baru? Cisss sungguh lah!
Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, 21 February 2012

Gaduh & Kfc



Jam baru je 12 tengah malam. I tengah merajuk dengan partner I. Ya, kami gaduh. Tapi manusia macam I mana mahu mengalah. Jadi dia mengalah dan I sambung merajuk. I pening kepala dan I mahu something yang sejuk dan manis. I mahu Krushers. Pedulikan lah dengan diet. I mahu. Partner I layankan saja sebab dia mahu pujuk I. Dia drive masuk lorong drive-thru. Kfc sekarang 24 jam kan.



Tapi I hampa…staff kfc yang berbangsa India tu kata “Krushers tak ada”



Dia ada kata yang mereka dah shutdown atau offline ke apa entah. Ada satu perkataan. I lupa. Tapi maksudnya macam mereka dah tutup machine Krushers tu.



I rasa nak marah pun ada. Tulis aje buka 24 jam tapi bila nak order tak ada. Tapi bila fikir balik, buat apa I nak marah ? Memang lah tension bila Q sia-sia, tapi heyy…macam lah I tak boleh makan benda lain.




Jadi si partner yang sedang cuba nak pujuk I tanya apa yang I mahu sebagai ganti?



 Laju I reply



“Chocolate shake McD!”



Dan ya…I dapat. Buat apa nak bergaduh untuk benda yang kita tak akan dapat kan? Banyak lagi pilihan dalam dunia ni. Baik I bergaduh dengan partner I. Time dia nak pujuk ni, mintak apa pun semua dapat. Kahkah!

Monday, 20 February 2012

Juvanex


Ok. I tahu yang I dah skip banyak hari pasal Juvanex ni. I bukan apa, I kecewa dengan diri sendiri. Asyik makan tak ingat perut. Dan masa-masa I nak control makan nilah semua orang baik hati nak belanja. Jadi, bila dapat makanan free, I selalu tak fikir panjang. I masuk mulut, kunyah dan telan saja. Bila perut dan makin buncit baru nak lempang diri sendiri.



Overall, hari ke 4 sampai la ke 6 I ambil Juvanex, system penghadaman lancar. Memang senang nak ke toilet. Tapi last  day tu, memang sendat perut la. I makan banyak. Jadi, siapa rasa nak try Juvanex, boleh try, pegi la beli masa ada promo. Boleh dapat below hundred. So, tak la rasa mahal sangat. Walaupun mahal la jugak untuk 7 hari tu kan. Dan siapa yang dah beli tu, i rasa follow lah menu plan yang dapat sekali dalam box tu. Mungkin kalau follow, boleh kurangkan berat badan sekali.



Menu plan :
Hari 1 & 2 : Buah-buahan
Hari 3 & 4 : Tambah sayur-sayuran
Hari 5 & 6 : Tambah ikan dan ayam
Hari 7 : Tambah gandum dan produk tenusu



Kalau i, nak cuba sekali lagi tu ,memang tak lah buat masa ni. Sebab i ada jumpa detox drink for 7 days dengan harga yang agak murah. Of coz la brand lain kan. Maybe kalau next time I nak detox, I akan cuba yang itu pula. So far sekarang ni, hanya cuba control makan saja. Exercise memang tak lah. Dah berhabuk cd poco-poco kawan I tu. gila lama tak sentuh. Dan harap-harap I boleh control makan. Kot mana tahu I jadi kahwin, tak adalah nampak macam gergasi sangat. Kehkeh..

Wednesday, 8 February 2012

Fair & Lovely dan Fair & Lovely?

Teringat iklan Fair & Lovely yang baru.




Last week, partner I bagitahu, wife sepupu dia dah bersalin. Kami ada pergi majlis bertandang. Dan i pun ada menyibuk tolong siapkan goodies bag kat majlis tu. Awal tahun lepas kalau tak silap.



Dan partner I kata, baby mereka meninggal. Sebab apa, I tak tahu. Sebab apa I tak tahu? Sebab partner I tak tahu. Baby lahir operate. Keluar, ayah baby sempat azankan dan tak lama lepas tu meninggal. I tak tahu sebab-sebabnye kenapa. tapi dah takdir mereka kan. Allah pinjamkan baby tu sekejap saja. Nak buat macam mana.



Partner I pergi tengok jenazah baby. Comel putih melepak bersih nampak suci katanya. Dan I kata, yelah…sepupu awak putih kan. Tapi partner I kata, taklah. Sepupu dia tak putih. Wife dia yang putih.



Jadi, dengan muka ikhlas sambil memandu kereta, I toleh sekejap muka partner i….



“Kalau awak nak baby putih, tapi dapat coklat, bersyukur sajalah. Saya ni tak putih”



Partner I ketawa besar.



“Fair & Lovely kan ada” sambung ketawa besar

Tuesday, 7 February 2012

Tupai tebuk



Emak ada pokok betik. Dah lama I nak makan betik dari pokok yang emak tanam. Tapi masih hijau, masih mentah kata emak masa I balik cuti CNY haritu. Jadi, ahad lepas I saja balik jenguk emak lagi. Kali ni I nampak betik atas peti sejuk. Dua biji. Satu masih kecil dan hijau. Satu lagi sudah keorenan. Hampir masak tapi sedikit berlubang. Mak kata ditebuk tupai. Tapi masih elok. Masih belum lembik.  



I nak. Tapi I malas nak potong. Jadi I suruh emak tolong potongkan. Sambil emak potong, I diri ditepi. Sambil emak bercerita, I tengok Nona di TV. I dengar tak dengar saja apa yang emak ceritakan. Yang I tahu emak kata…



“……..orang kata nanti anak jadi pencuri”



Jadi i terkejut lah.



“ Apa ? Kalau makan betik yang dah ditebuk tupai nanti ada anak, anak jadi pencuri ??? Tak maulah makan ! ” I terjerit sikit saja. Sebab terkejut. Tak maulah. Kot nanti I kahwin, ada anak…



“ Kau mengandung ke?” tanya mak I hairan dan hampir terjerit juga.



“Taklah!” balas I. masih terjerit juga. Masing-masing terjerit sebab masing-masing terkejut.



“Dah tu? orang kata, kalau masa mengandung makan buah yang dan kena tebuk tupai nanti anak dia pencuri. Orang kata…” kata emak lagi.



Dan I …“ Ohhhhh…..mana orang dengar bab mengandung tu. orang tengok tv”



Betul atau tidak, I tak pasti. Bak kata emak...



Orang kata…~

Monday, 6 February 2012

Juvanex : Day 4



Okay. Sambung balik entry Juvanex. I start pagi dengan green apple dan yogurt. Macam yang di suggest dalam menu plan. I tahu I tak follow sangat, tapi I still cuba follow selagi yang boleh. Tapi green apple dan yogurt boleh kenyang sampai lunch ke? Siapa yang kenyang tu memang hebat la. Dalam jam 10.30 I dah lapar. Tapi kat ofis i memang dah tak simpan apa-apa makanan. Kalau ada pun, semua yang I tak suka. Contohnya, biskut kacang. I suka biskut kacang sebenarnya. Tapi sebab bikut kacang yang I beli ni rasanya tak sedap sangat, so memang tak habis la. Tapi sebab dah lapar sangat, I telan saja lah dua tiga biji.



Lunch I makan pan mee sup. I dh ketagih dengan pan mee sup. Makan hari-hari pun takpa. I sanggup. Cuma takut colleague I sajalah yang tak sanggup. So far hari keempat ni I dah dua tiga kali ke toilet untuk urusan besar. Sangat senang dan lancar. Dan I suka. Tapi balik dari kerja, I pi makan cheese cake yang mak I buat tu. masih ada balance. Tapi sikit saja pun. I rasa I mampu maafkan diri sebab makan cheese cake. Sebab sikit kan.



Tapi yang I nak marah, partner I paksa teman dia pi makan. I saja tanya kakak tu, dia ada mihun goreng tomyam tak? Sebab banyak kedai I pi, semua pun taknak buat. Sekali dia kata, ok. dia boleh gorengkan. Cis! Rasa nak tepuk dahi, tampar mulut sebab pi order makan sekali. Partner I jenis manusia tak makan mee,mihun, kueh teow. Pengsan lah I kena habiskan. Sebab bila I kata dah kenyang sebenarnya, partner I marah. Membazir amalan syaitan la, apa la. So, i rasa bersalah sangat kat perut. Kesian dia. I pi sumbat macam-macam. Macam ni nak detox ? Misi gagal!

Friday, 3 February 2012

Perangkap toilet



Dulu, masa I masih kerja di Bukit Jelutong, masa zaman I giler kerja 24/7 jadi CS cum admin, I selalu bawa handphone kalau masuk toilet. Lebih-lebih lagi kalau I stayback sorang-sorang. Ofis I di level 3. Level 3 hanya ada ofis CEO, IT dept – 3 orang manusia yang suka balik awal dan dept I – Membership. Membership pula hanya ada I dan kawan i. Berdua. I fikir, in case kalau ada apa-apa terjadi (kita tak tahu kan) I boleh call siapa-siapa untuk minta tolong.



Tapi, awal pagi tadi, lebih kurang jam 1.30pagi, I bangun untuk ke toilet. Bangun dalam keadaan mamai. I main tarik saja pintu plastik toilet dan tiba-tiba kunci stuck. I dah cuba banyak kali dan masih tak boleh buka. I nak minta tolong macam mana ni? Nak jerit? Housemate I semua dah tidur. Nak call? I tak bawa handphone! Macam mana? Nak tidur dalam bilik air? Gile? Lantai sejuk. I habiskan urusan I dan terus usaha untuk cuba buka lagi pintu tu. Pintu dah rosak sebenarnya. Tapi kakak tuan rumah adalah buat tidak tahu saja, jadi I pun buat tidak tahu juga lah. Apalah malang nasib i. dah lah sakit perut masa tengah tidur, tak cukup tidur, pintu toilet tak boleh buka pula.  



Dengan sekuat hati I cuba tarik juga kunci pintu dan taadaaaaa….pintu terbuka. Nasib baik. Terus cuci kaki dan tangan, masuk bilik dan sambung tidur. Semoga lepas ni biar kakak tuan rumah pulak yang kena. Time tu biar dia sedar yang dia patut tukar pintu toilet yang baru.

Thursday, 2 February 2012

Juvanex : Day 3



Masih di Rawang. I breakfast dengan sekeping roti canai sejuk. Nasiblah kan. siapa suruh bangun lambat. Hehe…tapi I cicah dengan sambal tumis. Sambal tumis adalah kegemaran. Then minum teh o suam dan Juvanex. Adik bongsu I nak buat kek, jadi I teman dia keluar pergi beli barang. Mak pun ada kirim barang, jadi ke Tesco lah kami. Tesco ada Coolblog. I dan Coolblog ada magnet. I paksa adik I belanja I secawan, dan mood dia tengah baik, jadi dapatlah I green tea kiwi with bubble.



Balik rumah, mak suruh tolong masak. I buat kuah 3 rasa saja untuk ikan yang mak dah goreng. Siap masak terus lunch. Makan bersila alas surat khabar dengan anak-anak buah. Diorang excited, sebab I memang jarang nak layan diorang makan. Mengada sungguh. Dan-dan tak pandai cubit isi ikan. So, lunch I adalah nasi dengan sayur tumis, ikan goreng, sambal tumis dan sebiji epal. Petang tu adik dan emak dah start buat kek. Dua jenis kek. I tak join sebab I keluar. Partner I datang. Tapi partner I tu telebih baik hati pulak, dia pegi beli KFC. Terpaksalah I makan KFC untuk dinner. Terpaksa tau. Bukan sengaja. Hahhah…




Sudahnya, perut I kembung. Sangat kembung. Rasa tak sedap. Kencing dah kurang. Pening pun dak kurang. Maybe sebab tak banyak minum air. Malam tu I nak balik Subang. Esoknya kerja. Dan mak baik hati bekalkan I chocolate cheese cake yang dia buat. Sangat lazat menjilat garpu. Macam mana nak control makan ni? Pfftt..

Wednesday, 1 February 2012

Juvanex : Day 2



Ikutkan hati I malas nak sambung entry Juvanex. Sebab I adalah tidak mengikut arahan. So, macam sia-sia saja RM I. Tapi what to do. I sepatutnya update daily. Tapi I still tak pandai macam mana nak post guna Blogger-droid. Kesian kan?




Since I dah simpan draft ini, Jadi I post sajalah.




Hari kedua. I dah ada dekat Rawang. Bercuti sempena CNY dekat rumah parents. So, bangun agak lambat. I start my day dengan green apple. Then Mak yang penyayang sediakan mee goreng untuk kami sekeluarga. Jadi I tak sampai hati kalau tak makan. I ambil semangkuk kecil. Tapi adik lelaki I pulak, terlebih rajin. P beli kuih muih pulak. Bila I nampak anak buah I makan karipap, I rasa nak. So itulah sarapan I. Epal, mee goreng, karipap dan Juvanex.  




Then I lunch lewat. Sebab I leka tengok TV. Jam 4 petang, I cuma ambil ayam goreng (tak boleh tahan. Bau sedap sangat) tanpa lemak dan sepiring kecil tempe goreng yang I makan cicah dengan sambal tumis. Dan I juga makan BANYAK oren. Abang ipar bagi sekotak. Petang tu pula, kakak I yang no 2 tu balik. Datang bawa biskut. Dua jenis biskut kacang yang sangat lazat. I cuba tak makan, tapi bila my dad kata sedap, I nak jugak rasa. So, itulah minum petang i.




Kakak I bawa my parents pi makan-makan steamboat. I tak mahu ikut sebab I tahu, I akan makan banyak nanti. So I duduk rumah saja. I habiskan sayur sawi yang mak I tumis dengan tauhu. Dan kebetulan ada seketul kecil ayam goreng. I habiskan juga. Then terus minum Juvanex.




So far, hari kedua I ok. Pening tu agak terasa juga. Tapi still I boleh handle. Ke toilet pun hanya untuk urusan kecil saja. Urusan besar tak ada.



Itu saja. Tunggulah I update untuk entry day 3 nanti.




p/s : Juvanex promo @ Caring pharmacy. RM9+ but still murah beberapa RM dari Watson.