wajib klik!

Monday, 26 September 2011

Nombor Kitar Semula?




Dulu, ada sorang kawan I bercerita. Katanya, nombor telefon bimbit yang dah tak digunakan akan dijual semula. I tak pasti cerita ni. Maybe betul maybe tidak. Atau maybe bergantung kepada situasi.




I pula hanya guna 1 nombor yang aktif untuk semua. Tak kira la untuk family, kerja, kawan-kawan dan untuk bercinta. 1 nombor saja cukuplah. Senang nak handle. Tapi, masa kami, I dan partner beli telefon bimbit yang baru, cik amoi kedai tu offer kami 1 simcard percuma. Walaupun kami kata tak perlu, tapi bak kata cik amoi, itu still percuma dalam pakej pembelian mana-mana telefon bimbit, jadi I layankan saja. Ambil sajalah. Tak kena bayar pun.




Simcard prabayar Digi tu I gunakan untuk tablet I. Ya, I tak subscribe mana-mana pelan internet pun untuk tablet tu. Tablet tu partner I guna untuk main game saja. Dan I, kalau rasa nak ber-internet, layan internet pra-bayar saja. Tapi, kebanyakannya I guna Wi-Fi percuma.




Alkisahnya, malam kelmarin masa I sedang sibuk layan cerekarama, tablet I berdering. Incoming call. Dari nombor tak dikenali. I biarkan saja. Sebab nombor tu I tak pernah bagi pada siapa-siapa. Tapi bila si pemanggil call semula, I jadi ingin tahu, siapalah yang pernah guna nombor tu dahulu.




I tak sempat nak jawab Helll…ooo




“Haaaa…Kak Mas ni. Alllaaaaaa…akak pernah datang kedai dulu. Ni nak tanya boleh hantar gas tak malam ni?”





Kesian Kak Mas kan ? Punah harapannya. Kat rumah sewa I, kami cuma ada 1 saja tong gas. Nak bagi macam mana. Dah la Kak Mas tegesa-gesa sampai tak sempat I nak jawab hello. Mesti hal kecemasan kan? Entah-entah Kak Mas tengah masak untuk open house. Dan I jawab…



“Sorrylah kak. Ni bukan nombor orang jual gas”



Friday, 23 September 2011

MBO @ Subang Parade



Before this I memang tak pernah tengok wayang kat MBO. Semuanya layan TGV dan GSC saja. Tapi bila I ternampak board iklan MBO masa jalan-jalan kat Subang Parade I ecxited. Nak cuba la. Dulu I ada nampak board iklan dekat Citta Mall. Tapi masa I dan partner jalan-jalan di Citta Mall, tak nampak pulak MBO. Maybe masih under construction. Then I cepat-cepat bagitahu my partner.



Jadi, Sabtu lepas kami cuba nak layan MBO. I ada snap beberapa pic. Tapi kabel handphone I hilang. So, tak dapat la nak letak gambar sekali. :(



Btw, my partner suka dan I pun suka walaupun tiket dia macam tiket nombor ekor je. Heheh…just dua keping kertas di stapler. Tiket tak penting kan. Yang penting kualiti gambar dan suasana.



Kami cuba couple seat. Ok. standard la kan, luas. Penghadang tengah tu boleh angkat. Tapi i perasan juga yang seat biasa pun penghadang tengah dia boleh di angkat. Tapi still I tak berani nak confirm. Sebab gelap kan. Kot la I tersilap pandang. Tapi ada jugak part tak best. Huruf seat row dekat lantai tu tak ada lampu. Ada orang yang malas nak suluh guna lampu handphone main kira saja. Start dari couple seat tu A dan sampai la ke bawah. Tapi diaorang silap. Couple seat start dengan huruf BB.



Overall? Ok.. My partner kata gambar clear. Cantik. I pula kata, dekat dengan ofis. So, time lunch boleh layan wayang la kan. Hehe..


Wednesday, 14 September 2011

Raya 2011



1. Cuti bermula 26 Ogos. Menghabiskan masa bersama partner di KL. Harijadi dia.
Duit habis untuk bayar parking kereta saja. Mahal! My partner kata dia nak beli tanah di KL untuk buat parking lot. Hahah…berangan la.


2. Baju raya sehelai saja. Tempah sebelum puasa. Tapi hasil langsung tak cantik. Menyesal lak nak try jahitan akak indon tu. Konon nak cari baju kurung siap, tapi tak sempat.


3. Kasut raya dari Vincci. Tapi kasut murahan saja. Yang longgok-longgok dalam bin tu. Bila tunjuk kat family, semua gelakkan. Buruk kata mereka. Tapi my partner kata, STYLE!


4. Borong soft drinks untuk mak. Senang mak tak payah bancuh-bancuh air kalau orang datang beraya.


5. Tangan kena oven. Bertanda hitam sampai sekarang.


6. Rendang dan kari mak memang marvelous. Konon nak start diet, tapi hampeh. Tak boleh tahan.


7. Rombongan kanak-kanak yang pertama ke rumah I adalah kanak-kanak India! 4 orang. Last year pun diorang datang jugak.


8. Servis kereta dua hari sebelum raya. Tapi raya kedua dia dah buat hal. Kami sangkut di Nilai masa on the way to Melaka. Nasib I heret partner sekali. Jadi, I cancel trip to Melaka.


9. Raya ketiga di Nilai. Bersama my partner, repair kereta. Dia tukang repair, I tukang payung. Nilai is panas!


10. Sekarang, I dah mula puasa enam. Denda sebab makan banyak sangat hari tu. Heheh..


Thursday, 18 August 2011

Bekas


Ai selalu mimpikan bekas kekasih ai. Okay. Ayat skema disitu. Hahhah… ex-bf sudah la kan. Macam-macam mimpi la. Banyak sangat sampai ai dah tak heran lagi. Orang kata kalau kita selalu ingat kat seseorang tu, kita akan mimpikan dia. Ai tak pasti betul ke tidak kenyataan ni.



Dalam kes ai, ai mulanya memang tak ingat langsung dekat dia. Dan dia pun dah kahwin 3 bulan lepas kami putus, jadi buat apa ai nak ingat dekat suami orang kan. Tak ada faedah. Tapi…yang buat ai ingat ialah, di suatu petang yang bahagia, setahun selepas kami berputusan ( ?) tiba-tiba ai terima satu SMS. Dan secara ringkasnya SMS tu bermaksud bahawa si ex-bf ai telah setuju untuk membenarkan ai friend finder dia. Ai masa tu memang la terkejut gila. Dah setahun baru nak approve kan friend finder ai ? Ai ingat lagi, ai mula nak finder dia masa kami sedang berkonflik. Ai jadi tak percaya dengan dia. Ai mahu tahu kemana dia pergi setiap malam. Dan dia, si ex-bf masa tu sedang asyik bercinta dengan perempuan lain, tentulah dia tak nak approve kan. Berkonflik lah kami sehingga lah ai beri dia kata dua. Buatlah keputusan sendiri. Ai sudah penat. Jadi, perihal friend finder pun ai dah tak heran. Tapi kenapa lepas setahun terhegeh-hegeh nak approve ?



Bermula dari situ lah ai mula mimpikan si ex-bf. Nak kata selalu tidaklah, tetapi agak kerap. Yang penting ai tak ada pun fikirkan dia. Yang buat ai fikirkan dia adalah mimpi itu. Bangun pagi je mesti terfikir kenapa la ai mimpikan suami orang tu. Bahaya sungguh. Ai mengaku lah ai memang tak sukakan isteri ex-bf ai tu. Ai tak suka. Ai benci dia. Bukan sebab dia rampas kekasih ai saja, tapi adalah sebab-sebab lain. Kalau lah ai berpeluang nak jumpa dan berbual dengan ex-bf ai tu, ai nak tanya dia, cukup bahagia ke dia hidup dengan perempuan tu ? Dan kalau ai berpeluang berjumpa dengan isteri dia pula, ai tak mahu tanya banyak. Ai bagi penampar saja. Peduli la dia dah jadi isteri ex-bf ai atau apa. Yang penting ai puas hati.



Yang membuatkan ai menulis tentang ini adalah kerana adik ex-bf ai baru saja telefon. Saja tanya khabar dan nak tahu ai guna nama apa di facebook. Mahu add. Sorry lah adik oi, akak tak mahu kamu atau keluarga kamu tahu tentang kehidupan akak sekarang. Lebih-lebih lagi kakak ipar kamu yang akak tak suka tu. Buat menambah perasaan nak menampar orang saja. Sementara akak boleh kontrol-kontrol dan rileks-rileks ni, baik kita berhubung guna SMS saja. Lebih privacy bukan.



Sudah 3 tahun. Sejauh mana ai pergi, ai cuba untuk tidak ingat, mesti ada sesuatu yang mengingatkan ai tentang ex-bf. Dah memang tak ada jodoh kami dan ai sendiri pun tak pernah nak maafkan isteri dia. Jadi, sebab ai benci isteri dia, ai tak mahu dia bahagia. Selagi isteri dia tak mintak maaf dekat ai. Professional konon. Ptuihh.. !

Tuesday, 16 August 2011

Air

Ai bangun pagi dengan mata yang masih buka-tak-buka. Switch on lampu. Lipat selimut, susun bantal dan kemas tilam. Buka pintu bilik, capai towel yang tersangkut. Intai-intai apa yang ada atas meja makan dan tiba-tiba…


“Air tak ada”


Hah? Air tak ada? Air nak minum atas meja makan tak ada ke? Ai terpinga-pinga kejap. Mata masih lagi buka-tak-buka. Kelat.


“Air paip tak ada, dari waktu kami sahur tadi. Tak tau la sekarang dah ada ke belum” sambung housemate ai, si pekerja call centre.


Ohhh…air paip. Ingatkan air apa. Itulah, bangun pagi terus intai meja makan. Buruk perangai betul. Taulah tak puasa.


Air memang tak ada pagi tadi. Saat genting betul. Ai tak boleh puasa. Jadi ai memerlukan air paip yang banyak untuk acara cuci-mencuci. Nasib baiklah tandas rumah sewa ai ada tangki tadahan. Tadah dalam baldi, dan guna untuk cuci-cuci dan mandi. Mandi pun ala kadar. Tapi ai memang mandi la. Mandi ala kerbau gitu. Basahkan badan guna segayung air saja. buat syarat janji basah. Sabun-sabun dan kemudian bilas. Bilas memang tak dapat la nak ala kadar. Kena bilas bersih sampai buih hilang.


Kami yang tak terperasan notis atau syabas yang tak terperasan untuk buat notis? Jangan lah buat kerja macam ni lagi. Jangan lah tak ada air time pagi, time semua orang sibuk nak mandi nak pergi kerja. Ai siap berdoa lagi, jangan lah ai sakit perut melampau. Air ada lagi sikit dalam tangki. Tu untuk housemate ai si PA tu pulak. Dia nak mandi macam mana kalau ai dah habiskan. Takkan nak golek-golek atas pasir depan rumah pulak.


Friday, 22 July 2011

Demam

Sejak dua hari lalu. Ai sudah kurang antibodi. Badan ai rasa lemah. Ai rasa mahu duduk diam dan rehat-rehat saja. Tapi sebab ai bekerja di sektor swasta, ai rasa reputasi ai harus ai jaga. Bukan macam tuan rumah ai yang bekerja di sektor kerajaan yang sibuk suruh ai ambil cuti sakit. Ai baru saja. mula bercakap-cakap dengan dia, jadi sebagai manusia yang lebih muda dari dia, ai rasa tak perlu la ai nak berlawan cakap dengan dia.


Biar sajalah apa yang dia nak kata. Bila dia kata kalau dia demam, dia akan ambil MC, ai kata ai seorang pekerja yang berdedikasi. Dan kerja ai tengah banyak di ofis. Bos-bos ai sedang sibuk dan kehadiran ai di ofis untuk membuat laporan tahunan dan bulanan adalah amat diperlukan. Dan kemudian dia balas ala perli dengan mengatakan harus ai dapat bonus dua, tiga bulan la hujung tahun nanti. Malas ai nak menjawab. Dia tak memahami agaknya apa itu tanggungjawab ketika bekerja. Dan mungkin dah lupa agaknya cara bekerja di sektor swasta. Lagi pula ai kebetulan sudah ambil cuti sakit, minggu lalu kerana keracunan makanan. Dan minggu depan pula mahu cuti sebab ada temujanji dengan Hospital Putrajaya. Sudah kurang antobodi. Harus mula makan supplement banyak-banyak la ai ni.


Untuk membuatkan panas badan ai hilang, hari pertama ai cuma layan air cap badak saja. Sebab badan ai sangat panas. Bila ai bangun pagi, ai rasa panas dah kurang. Rasa segar. Ai mandi, cuci rambut sekali. Dengan air paip sejuk. Bila sampai ofis, badan ai rasa panas semula. Demam balik. Tambah dengan sakit perut yang mencucuk. Makan tak lalu. Tanda-tanda mahu kurus kah? Hahahaha..Berangan!


Hari kedua, semalam ai layan bubur. Makan ubat demam. Makan antibiotik. Minum air 100 plus yang sudah kurang gas. Pakai sweater. Kemudian baring atas sofa. Dan tiba-tiba badan rasa berpeluh. Basah. Ai masuk tidur. Tampal koolfever di dahi. Rasa dah nak baik. Bangun pagi ai layan mandi air suam. Segar. Tapi masuk ofis pagi ni, demam semula. Haishhhh…


Sudah Jumaat. Cepatlah petang. Ai mahu balik. Esok cuti. Boleh makan ubat dan pengsan tidur sampai petang.

Friday, 15 July 2011

Cili Boh & Petua

Ini cerita lama yang ai dah taip berkurun. Sebulan lepas rasanya. Tapi baru hari ni ai rasa nak publish


Bila ai rajin, ai memang akan jadi super rajin. Al-kisahnya ai rajin sangat nak buat cili boh sendiri. Jadi ai gunting cili-cili kering dan buang biji-bijinya. Kalau nak biji cili sekali baik beli cili boh siap kat kedai kan.




Jadi, habis proses menggunting, ai ke proses membasuh. Masa ni ai suruh housemate ai ikat plastik pasaraya kat tangan ai. Sebelah kanan je. Sebab nak basuh guna sebelah tangan je. Tu langkah-langkah keselamatan supaya tangan tak pijar.




Habis proses membasuh, ai masuk proses merebus pulak. Masa ni bau satu rumah, tak payah cakap la. Ai yang tukang rebus ni saja dah berpuluh kali bersin. Bila dah menggelegak, dah naik bau dan asap serta buih-buih, ai ke proses basuhan kedua. Angkat periuk dan tapis cili dalam singki. Basuh dengan air sejuk sesuka hati sampai yakin dah tak ada kotoran.




Last sekali ke proses mengisar. Proses kacang goreng macam ni ai memang expert. Siap lari-lari kejap pergi ruang tamu nak tengok drama You Saka Pergi Jauh². Habis semua ni, jadi la cili boh yang dijamin kebersihannya. Simpan dalam bekas, tutup dan masukkan dalam fridge.




Part yang paling tak best ialah bila tangan mula pijar. Hairan betul sebab jari hantu tangan kiri yang pijar. Padahal tangan kanan yang banyak buat kerja. Sebab dah lama sangat tak rasa perasaan tangan kena pijar cili tu, jadi ai gelabah sekejap.




Langkah pertama, ai rendam tangan dalam air. Tak jalan



Langkah kedua, housemate ai kata rendam tangan dalam air basuhan beras. Ai buat, tak jalan.



Lankah tiga, ai basuh pinggan, cawan, blender, sudu, garpu kotor dengan harapan bila air asyik kena kat tangan, pijar tu akan hilang. Tak jalan gak.



Langkah empat, ai pegang ais. Kejap je reda, pastu pijar balik tangan.



Langkah lima, masa ni memang dah bengang ai lumur tangan dengan losyen. Hahhahah…tak menjadi gak.



Langkah enam, lepas basuh tangan yang penuh losyen tu, ai lumur lak tangan dengan balm. Balm panas ok. Masa ni tahap bengang dah jadi tahap marah. Makin teruk panasnya. Padan muka kat diri sendiri.




Jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Macam mana nak tidur kan. Sambil baring-baring atas tilam tu ai ada lah buat aksi-aksi mengarut contohnya kepit tangan yang pijar tu kat peha, selit tangan yang pijar tu bawah tilam, letak tangan yang pijar tu kat dinding dan gosok tangan yang pijar tu kat rambut. Semuanya mengarut. Tangan masih panas dan berdenyut. Jadi ai ambil langkah drastik dengan meminta bantuan pihak ketiga.




Help! Macam mana nak hilangkan rasa pijar cili kat tangan? TQ



Ai sms empat orang daripada senarai contacts dalam handphone ai.



Pertama : Kakak kandung. Kakak sulong ai.
Kedua : Kawan baik dari sekolah.
Ketiga : Kawan dari ofis ai sekarang.
Keempat : Kawan dari ofis lama.




Yang paling pantas reply adalah orang kedua. Petuanya adalah pegang sudu besi sampai la rasa pijar tu hilang. Lepas baca sms tu ai terus lari keluar bilik, cepat-cepat ambil sudu bawak masuk bilik. Sambil baring, sambil pegang sudu. Sambil pegang sudu, sambil menahan kesakitan. Makin mencucuk-cucuk rasanya.




Kemudian, sms masuk lagi. Reply dari orang ketiga. Baru pijar dah gelabah. Macam mana nak beranak ni? Hahha..letak tangan dalam beras. Ya, begitulah kata-kata dari sms tersebut. Ai cepat-cepat keluar dari bilik, pergi dapur. Duduk atas lantai dan laju-laju bukak plastik bungkusan beras. Nasib baik ai dah beli beras sendiri. Kalau lah tak, takkan ai nak rendam tangan dalam beras housemate ai pulak. Mahu dia merajuk taknak makan nasi nanti.




Masa rendam tangan dalam beras, rasa panas masih ada. Berdenyut-denyut. Tapi selesa. Tak la mencucuk-cucuk macam sebelum-sebelum tu.




Ai rendam dua-tiga kali, sampai rasa dah kurang. Tak hilang, tapi dah kurang. Kira ok la tu kan.




Jadi sebagai balasan terima kasih untuk petua yang ai tak terpikir tu, ai belanja dia mee goreng. Se-tupperware penuh. Yang ai masak sendiri guna cili boh yang pijar itu.







p/s : Kakak sulong ai tak pedulikan pun sms ai. Tak prihatin punya kakak! Dan kawan dari ofis lama tu, ai tak heran pun kalau dia reply atau tak. Ai saja nak sms, tengok dia prihatin ke tak.