wajib klik!

Friday 23 September 2011

MBO @ Subang Parade



Before this I memang tak pernah tengok wayang kat MBO. Semuanya layan TGV dan GSC saja. Tapi bila I ternampak board iklan MBO masa jalan-jalan kat Subang Parade I ecxited. Nak cuba la. Dulu I ada nampak board iklan dekat Citta Mall. Tapi masa I dan partner jalan-jalan di Citta Mall, tak nampak pulak MBO. Maybe masih under construction. Then I cepat-cepat bagitahu my partner.



Jadi, Sabtu lepas kami cuba nak layan MBO. I ada snap beberapa pic. Tapi kabel handphone I hilang. So, tak dapat la nak letak gambar sekali. :(



Btw, my partner suka dan I pun suka walaupun tiket dia macam tiket nombor ekor je. Heheh…just dua keping kertas di stapler. Tiket tak penting kan. Yang penting kualiti gambar dan suasana.



Kami cuba couple seat. Ok. standard la kan, luas. Penghadang tengah tu boleh angkat. Tapi i perasan juga yang seat biasa pun penghadang tengah dia boleh di angkat. Tapi still I tak berani nak confirm. Sebab gelap kan. Kot la I tersilap pandang. Tapi ada jugak part tak best. Huruf seat row dekat lantai tu tak ada lampu. Ada orang yang malas nak suluh guna lampu handphone main kira saja. Start dari couple seat tu A dan sampai la ke bawah. Tapi diaorang silap. Couple seat start dengan huruf BB.



Overall? Ok.. My partner kata gambar clear. Cantik. I pula kata, dekat dengan ofis. So, time lunch boleh layan wayang la kan. Hehe..


2 comments:

julietchun said...

pasni kalo nak baca review filem aku terjah sini je lah yer :D

jajazuzu said...

hahha...silakan la terjah. btw, review pertama : fright night x best. kehkehkehe