wajib klik!

Thursday 18 August 2011

Bekas


Ai selalu mimpikan bekas kekasih ai. Okay. Ayat skema disitu. Hahhah… ex-bf sudah la kan. Macam-macam mimpi la. Banyak sangat sampai ai dah tak heran lagi. Orang kata kalau kita selalu ingat kat seseorang tu, kita akan mimpikan dia. Ai tak pasti betul ke tidak kenyataan ni.



Dalam kes ai, ai mulanya memang tak ingat langsung dekat dia. Dan dia pun dah kahwin 3 bulan lepas kami putus, jadi buat apa ai nak ingat dekat suami orang kan. Tak ada faedah. Tapi…yang buat ai ingat ialah, di suatu petang yang bahagia, setahun selepas kami berputusan ( ?) tiba-tiba ai terima satu SMS. Dan secara ringkasnya SMS tu bermaksud bahawa si ex-bf ai telah setuju untuk membenarkan ai friend finder dia. Ai masa tu memang la terkejut gila. Dah setahun baru nak approve kan friend finder ai ? Ai ingat lagi, ai mula nak finder dia masa kami sedang berkonflik. Ai jadi tak percaya dengan dia. Ai mahu tahu kemana dia pergi setiap malam. Dan dia, si ex-bf masa tu sedang asyik bercinta dengan perempuan lain, tentulah dia tak nak approve kan. Berkonflik lah kami sehingga lah ai beri dia kata dua. Buatlah keputusan sendiri. Ai sudah penat. Jadi, perihal friend finder pun ai dah tak heran. Tapi kenapa lepas setahun terhegeh-hegeh nak approve ?



Bermula dari situ lah ai mula mimpikan si ex-bf. Nak kata selalu tidaklah, tetapi agak kerap. Yang penting ai tak ada pun fikirkan dia. Yang buat ai fikirkan dia adalah mimpi itu. Bangun pagi je mesti terfikir kenapa la ai mimpikan suami orang tu. Bahaya sungguh. Ai mengaku lah ai memang tak sukakan isteri ex-bf ai tu. Ai tak suka. Ai benci dia. Bukan sebab dia rampas kekasih ai saja, tapi adalah sebab-sebab lain. Kalau lah ai berpeluang nak jumpa dan berbual dengan ex-bf ai tu, ai nak tanya dia, cukup bahagia ke dia hidup dengan perempuan tu ? Dan kalau ai berpeluang berjumpa dengan isteri dia pula, ai tak mahu tanya banyak. Ai bagi penampar saja. Peduli la dia dah jadi isteri ex-bf ai atau apa. Yang penting ai puas hati.



Yang membuatkan ai menulis tentang ini adalah kerana adik ex-bf ai baru saja telefon. Saja tanya khabar dan nak tahu ai guna nama apa di facebook. Mahu add. Sorry lah adik oi, akak tak mahu kamu atau keluarga kamu tahu tentang kehidupan akak sekarang. Lebih-lebih lagi kakak ipar kamu yang akak tak suka tu. Buat menambah perasaan nak menampar orang saja. Sementara akak boleh kontrol-kontrol dan rileks-rileks ni, baik kita berhubung guna SMS saja. Lebih privacy bukan.



Sudah 3 tahun. Sejauh mana ai pergi, ai cuba untuk tidak ingat, mesti ada sesuatu yang mengingatkan ai tentang ex-bf. Dah memang tak ada jodoh kami dan ai sendiri pun tak pernah nak maafkan isteri dia. Jadi, sebab ai benci isteri dia, ai tak mahu dia bahagia. Selagi isteri dia tak mintak maaf dekat ai. Professional konon. Ptuihh.. !

No comments: