wajib klik!

Tuesday, 6 August 2013

Cerita sedih #2 : Hospital

Salam..


Cont.


26/7
Malam balik dari klinik, I lepak rumah saja. Cancel semua plan nak jalan-jalan. I start call emak dan sms kakak-kakak I. Even I sedih dan tak mahu bercerita, tapi family kena bagitahu jugak. Macam tu jugak partner, dia call dan sms semua family. Mak Usu partner terus datang rumah. Terus I tak jadi nangis sebab malu. Hahahha.. Tapi baguslah. Tak adalah I nak meratap pilu sangat.

Partner tanya I nak pergi hospital mana. I tak kisah. Hospital mana-mana pun tak apalah. I sudah tiada hati lagi. Pilu. Partner bagi I pilihan, Hosp Sg Buloh atau PPUM. Awalnya I kata Hosp Sg Buloh pun ok. Tapi bila memikirkan yang hosp tu pernah hold case I setahun, dan I pun pernah baca banyak review yang tak berapa nak best, jadi I minta partner hantar I ke PPUM saja.


27/7 (Sabtu)

Awal pagi lagi I dah bangun. Mandi dan bersiap nak ke hospital. Nak atau tak nak, kena pergi juga. Partner temankan I. Since hari sabtu, kami ke emergency saja. Sampai sana, MO check, dan beri nombor. Tunggu giliran macam biasa. Agak lama I tunggu pagi tu sebab banyak patient dan of coz mereka dulukan kes yang emergency.

Bila nombor I dipanggil, I masuk dan explain pada doc. Doc perempuan india yang masih muda dan layan I dengan baik sekali. Dia cek perut dan tanya I beberapa soalan sebelum decide untuk panggil doc pakar. I keluar semula dan tunggu doc pakar. Tak lama, I masuk semula dan jumpa dengan Dr Syariza. Since I ada buku pink, I pass buku pink tu saja. Tak perlu nak tanya banyak-banyak kali soalan yang sama. Dr Syariza scan perut I sekali lagi dan memang sah, baby dah meninggal. Ohhh.. I tahan je airmata. Sabarlah duhai hati.. Nak buat macam mana kan. Bukan I yang minta jadi macam ni. Jadi, kena kuat dan redha.


Doc suruh I admit hari tu juga. Sebab takut ada apa-apa infection dalam badan. Tapi I kalau boleh memang tak nak duduk wad. Tak mahu. Tak mahu. Tak mahu. Jadi doc suruh ambil darah dan cek darah dulu. Kalau results ok, I boleh balik. Kalau tak, kena masuk wad terus.


Nasib baik, walaupun ada demam dan batuk sikit, tapi results darah I ok. Jadi doc suruh I balik dulu, esok baru masuk wad dan isnin baru ubat akan dimasukkan. Baliklah I dan partner ke rumah. Petang tu, makcik partner ada buat majlis berbuka. Tapi I masih sedih lagi. I masih tak boleh kalau orang bertanya lagi, jadi I suruh partner pergi sendiri. Biarlah I dirumah saja. I nak bertenang dulu.


Tapi takkanlah suami nak tinggalkan isteri dia kan? Partner pun tak jadi pergi. Jadi duduklah kami di rumah sambil I menangis dan partner jadi tukang pujuk. Nangis, berhenti. Nangis lagi dan berhenti lagi.


Cont...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: