Salam...
Lets sambung dan habiskan semua cerita sedih ni.
28/7 (Ahad)
Sampai PPUM hampir jam 5.30 petang. Terus ke wad dan pass memo yang Dr dekat emergency bagi pada I semalam. Nurse tu panggil Dr dan dia tanya I beberapa soalan sebelum buat phone call dekat siapa entah. Nurse pulak, terus bagi I katil dan suruh I tunggu dekat katil. Duduklah I dan partner sambil tengok sekeliling wad. I dapat katil 40, tepi pintu, tepi aircond dan dekat dengan meja kerja nurse. Then nurse tu dating balik dan suruh partner turun bawah untuk register admission I. Sambil tu dia pass jugak uniform wad kaler pink dan kain maroon dan suruh I tukar. I duduk sambil main game saja. Wad tu ada 4 katil. 2 katil depan I kosong. Sebelah katil I ada orang, tapi sebab dia tarik langsir, so, I assume dia nak tidur atau taknak diganggu. Tak lama tu doc panggil I untuk scan. Scan lagi sekali? Baiklah. Redha Azura.... Tabahkan hati. I jalan perlahan ke bilik scan. Doc dah tunggu dan suruh I baring. Sambil tu I jeling jugak monitor scanner. Eh..bestnya mesin scan dia. Nampak jelas segala tulang baby. Tapi tulah, baby dah tak bergerak. Lepas scan, doc terangkan yang mereka akan masukkan ubat bermula esok pagi. Max ubat yang akan dimasukkan dalam sehari ialah 5 dan ianya berselang setiap 3 jam. 1jam pertama selepas ubat masuk I tak boleh bangun. Perlu baring saja atas katil. Doc explain jugak yang tak semestinya sekali masuk ubat terus baby boleh keluar. Ada yang ambil masa 2 hari, 4 hari, seminggu pun ada.
I balik ke katil dan tengok partner dah ada dekat situ. Since dah nak sampai waktu berbuka, partner balik dan tinggallah I seorang diri. Orang sebelah I ni pemalu agaknya. Asyik tarik langsir saja. Biarkanlah. Lepas dinner, I baring dan berehat. Bersedia untuk hari esok. Dup dap dup dap...
29/7 (Isnin)
I dikejutkan awal pagi sebab doc nak cucuk branula dekat tangan I. Eh? Perlu ke semua ni? Maybe untuk masuk ubat. I hulur saja tangan kiri. Malangnya bila doc cucuk saja, terus tangan I mengelembung. Ouchh... Tukar tangan kanan pulak. Cucuk lagi dan gelembung lagi. I dah susah hati. Doc pun sama susah hati sebab urat tangan I jelas nampak tapi kenapa bila cucuk, jadi gelembung pulak. Cucuk lagi untuk kali ketiga. Pun sama. Dan I tanya doc lagi, memang perlu ke semua ni? Perlu. Ok, fine. Mari berdoa mintak-mintak kali ke-4 ni menjadi. Dan alhamdullillah tak gelembung pun. Tu pun doc terpaksa pakai size yang paling kecik, size kanak-kanak, warna biru.
I duduk sekejap sebelum mandi dan tukar baju baru. Siap sedia tunggu doc nak masukkan ubat. Malangnya doc sangat sibuk berlari kesana kemari dan akhirnya pukul 12 tghari baru doc datang untuk masukkan ubat. Pagi tu, masa doc buat round check-up I ada tanya macam mana ubat tu nak dimasukkan nanti dan doc kata ubat akan dimasukkan melalui bawah. What? Dah tu cucuk kat tangan ni untuk apa? Ohh..itu standby untuk emergency case. Baiklahhh...
So, first time experience I terpaksa buka kain depan orang lain. Malu tapi what to do kan. Dan first time merasa doc check bukaan. Memang tak ada bukaan la kan sebab I tak ada rasa apa-apa pun. Bleeding pun tak ada. Sakitnya la haiii.. even I ikut petua orang, tarik nafas dalam-dalam, still rasa sakit jugak. After check bukaan baru doc akan masukkan ubat dan nurse suruh I pakai pad siap-siap. Mana tahu akan bleeding nanti kan. Merasalah I pakai pad bertali ala-ala cawat tu.
Baring selama sejam dan lepas tu baru boleh jalan-jalan. Pendek cerita, hari Isnin tu I Cuma dapat masuk 3 kali saja ubat tu. Dan sakitnya masih mampu ditahan lagi. Sakit manja-manja gitu.
30/7 (Selasa)
I dah mula boring. Bila nak dapat balik ni. Since semalam doc masukkan ubat lambat, hari ni doc masukkan ubat awal-awal pagi. Badan I sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap demam, sekejap sihat. Doc pun ada cakap, I mungkin akan demam dan cirit-birit. Kesan dari ubat cervegam tu. Masih tiada apa-apa sakit yang sangat sakit dan masih tiada apa-apa tanda. Nurse kata, I akan mula bleeding dan kemudian barulah baby akan keluar. Since semalam doc Cuma masukkan ubat 3 kali saja, hari ni doc masukkan 4 kali ubat. So total dah 7 kali. I dah merengek-rengek dekat partner. Nak balik. Dah boring. Dah tak lalu nak kangkang-kangkang depan doc. Dah tak lalu nak tahan badan kejap demam kejap sihat ni. Penat. Duduk baring dekat hospital penat tau.
Tapi sampailah ke malam, masih tiada apa-apa. Dan doc decide untuk stop masukkan ubat hari esok. Rest untuk sehari dan sambung semula hari khamis.
31/7 (Rabu)
Hari yang sangat sihat. Tak ada buat apa-apa pun. I Cuma duduk, bangun, makan, baring dan jalan-jalan sekitar wad. Demam pun dah tak ada. Kawan-kawan dah mula tanya samaada I dah keluar hospital atau tak. Bila I kata belum, semua pun terkejut dan suruh I tanya doc – boleh buat operation tak? Yelah, since dapat tahu hari Jumaat tu, sampai lah ke Rabu, masih tiada apa-apa. Bila I tanya pada doc, cara ini saja ke yang ada untuk keluarkan baby, doc kata, ini cara yang paling kurang risiko. Doc boleh saja buat operation tapi doc tak suggest pada I. I masih sihat. Darah ok. Demam pun sebab effect ubat saja. Jadi, tak perlu nak buat operation. Dan doc kata, mungkin I boleh balik dan masuk balik wad lepas raya. Wahhhhhhhhh...senyum lebar I pagi tu. Tapi malangnya, dapat senyum sekejap saja. Masa doc buat round check up, another doc tak bagi I discharge. Baiklah doc. Apa saja yang kamu kata.
Ok. Dah penat. Terpaksa sambung next entry.