After doc give up dan kata lets buat D&C sebab uri masih ada yang teringgal, I okay saja. Baiklah..I pun dah tak tahan nak menangung sakit sebab perut I ditekan-tekan. Lepas doc keluar, nurse keluar,partner datang dan cakap dia nak balik sekejap lagi, nak uruskan pengebumian baby. Dan Mak cik dia on the way dengan sepupu dia. So, sepupu dia (Ika) akan teman I malam tu. Baiklahhhhh...
Doc dan nurse kata mereka akan cuba call OT dan check ada kekosongan tak dan kes I ni dikira emergency case. I minta partner air suam dan coklat. Laparnya lahhaaaaiii... Lunch makan sikit, dinner tak makan langsung. I makan 3 biji coklat hazelnut dan minum secawan air suam. Tak lama lepas tu datang nurse dan bagitahu I supaya puasa. WHAT? I dah makan coklat baru sat ni. Siap minum air lagi. Dan nurse tu kata..ohh..ye ke? Macam tu saja. Ehhh... kena puasa ke tak ni? Tapi dah makan tadi. Macam mana ni? Dah nurse pun buat tak kisah, I pun tak fikir banyak la. Nasib lah, siapa suruh tak bagitahu awal-awal kan.
Partner balik dengan makcik untuk uruskan baby. Dan tak lama lepas tu staff dari OT datang dan suruh I get ready. Ada OT room kosong dan mereka akan buat D&C malam ni jugak. Seorang nurse dari wad ikut dan bila sampai dekat bilik OT mereka tolak I ke hujung dinding. Masa tu I beritahu salah seorang staff dekat situ yang I ada makan tadi. Tak pe ke? Dan staff OT tu (I tak sure dia doc ke nurse ke apa ke) terkejut dan terus beritahu doc yang I tak suka tadi tu, yang tekan-tekan perut I tadi tu yang I ada makan. Cepat-cepat doc tu datang dan dengan nada yang nak marah tapi cuba control marah, dia tanya kenapa I makan? Kenapa I taknak bagi kerjasama? Ewaahh..ewahh..salah I pulak ke? I pun dengan nada yang meluat terus jawab yang tak ada sesiapa pun yang bagitahu I yang I kena puasa, tak boleh makan. Kenapa bila dah bagitahu yang I kena buat D&C tak ada sesiapa pun yang bagitahu terus yang I kena puasa? Dan doc tu terus kata yang dia ada explain pada husband procedure D&C. Kenapa tak bagitahu. Isshhh...ini boleh mendatangkan kemarahan. Jadi malam tu doc dekat OT tolak kes I sebab I dah makan 3 biji coklat. Tak jadilah D&C malam tu jugak. Sampai dekat wad I terus call partner dan tanya kenapa dia bagi I makan. Partner kata tak ada sesiapa pun yang bagitahu I kena puasa. See? Tak ada sesiapa pun yang bagitahu kami. Apa dia ingat I suka-suka hati akan makan ke kalau I dah tahu yang I kena puasa. Apa dia ingat I tahu sangat ke semua procedure, kena puasa ke kena makan ke? @#&%*%^*!!!
One thing yang I rasa bagus jugak D&C cancel malam tu sebab I tak mahu dah doc cina tu yang buat. Tak sukanya la I dengan dia. Kasar dan tak pernah nak peduli pun perasaan patient. Sepanjang I dekat hospital, I tak pernah nak ambil kisah pun kalau doc lambat ke, layan tak layan I ke sebab I tahu, patient ramai nak kena jaga. Tapi dengan doc yang satu ni, memang I tak boleh nak kompromi. Cara dia memang sangat-sangat kasar.
I sambung tidur dan bangun pagi esoknya tu, doc yang lain pula datang dan scan perut I. Ya, memang masih ada saki-baki uri di dalam. Doc tu cuba keluarkan dan masih tak boleh juga, dan proceed ke D&C. Meluat punya pasal dengan doc malam tadi, dari malam I tak sentuh apa-apa makanan dan minuman. Sepatutnya nurse kata I boleh makan sebelum pukul 12 tgh malam. Tapi sakit hati punya pasal, pedulilah. Jadi, pada pagi Jumaat (02/08) I ditolak sekali lagi ke OT untuk D&C.
Sampai di OT ada seorang makcik yang tolong I untuk tukar baju. Takpe dik, kat OT ni memang semua orang kena bog*l katanya. Since I ada jarum di kedua-dua belah tangan (I ada tulis ke sebelum ni? Doc tak puas hati dengan jarum biru yang kecik tu, jadi dia cucuk jarum hijau pulak pada tangan kanan I) lengan baju Cuma dimasukkan sebelah saja. Sebelah lagi, hanya tutup baju tu di dada saja. Dah la OT sangat sangat sangat SANGAT sejuk. Tangan I yang sebelah tu, masuk air pulak. Jadi, memang sejuk sampai menggigil la I. I rasa I kena tunggu lebih kurang setengah jam untuk di tolak masuk ke OT room. Boleh kata semua bilik ada kes. Semua pun macam emergency dan semua doc pun nak setelkan cepat-cepat patient mereka. Sambil menunggu, doc bius datang dan explain pada I yang mereka akan bius I separuh. WHAT? Separuh saja? I dah la takut ni. I minta bius penuh. I mahu pengsan dan tidur bila sedar saja semua dah siap. Malangnya permintaan I ditolak. Kata doc bius, proses D&C I sekejap saja. 15-20 minit saja. Jadi, mereka prefer untuk bius separuh. Dan kata doc India tu lagi, jangan risau. I ada standby sebelah u.
I bukan risau apa sebenarnya. I Cuma risau nak kena cucuk bius tu saja. Bagi I cucuk = sakit. Tapi apa boleh buat. Redo dan berserah saja. Bila ada bilik yang kosong, I dtolak masuk. Pagi tu yang akan buat proses D&C I ialah doc lelaki cina (nasib baik bukan doc yang malam tadi) dan dibantu oleh seorang doc pelatih juga lelaki, cina. I ada pengalaman yang baik dengan doc pelatih tu, sebab dia layan I dengan baik masa masukkan ubat, jadi I tak kisah sangat. Bila sampai saja di bilik OT, suasananya sangat suram. Entah kenapa I rasa sangat suram, sejuk dan menakutkan. Doc bius dan 2 orang nurse dah siap sedia tunggu dalam bilik. I diminta berpindah ke katil bedah, duduk sambil lunjurkan kedua belah kaki dan doc bius get ready nak cucuk bius. Doc cucuk di belakang badan dan oleh kerana I penakut, I tanya doc tu, sakit tak? Tak jawabnya, sakit sikit saja.
Doc mulakan dengan menyapu apakebenda entah dekat belakang I. I rasa sejuk dan doc kata dia akan cucuk. Nurse beri I bantal untuk I peluk supaya I dapat seimbangkan badan. Doc cucuk dan I terus rasa sakit. Hampeh doc ni. Kata tak sakit pun. Tapi memang sakit lah. I menangis sampai meleleh air mata dekat bantal. Dah tak peduli dah orang nak tengok ke apa. I memang rasa sakit tu sangat sangat sakit. Cucuk kat belakang kan. Sakit dia bukan macam cucuk kat tangan or kaki. Belakang badan bukan ada banyak lemak pun. Agaknya sebab kesian, nurse yang bagi I bantal tadi peluk bahu I dari tepi dan tepuk bahu I perlahan-lahan. Macam pujuk budak kecil menangis. Even sakit tak kurang, tapi terima kasih lah dekat nurse tu. I rasa tenteram sekejap. Bila dah siap dengan bius, doc start D&C dan I memang tak rasa apa-apa. I pejam mata dan cuba untuk tidur. Tau-tau saja, doc kata dah siap dan mereka transfer I ke katil wad semula. I rasa I sedar masa tu, tapi mamai-mamai je. Rasa macam ehh..dah siap ke? Confuse kejap I masa tu.
I ditarik keluar dari OT room dan ditingglkan di...entah lah apa nama tempat tu. Maybe recovery area kot sebab before patient dihantar semula ke wad, mereka akan monitor di situ. I dibiarkan berehat tak lama lepas tu datang 2 orang pelatih nurse. Mereka tolong I tukar baju ke baju wad semula dan nurse dari wad sampai untuk ambil I semula.
Balik wad I Cuma tidur saja sebab bius masih tak hilang. Partner datang awal pagi dan ambil Ika untuk bawa pulang. Tak lama lepas tu, kakak partner datang untuk teman I. Tapi I tidur saja sampailah petang, partner datang semula. Bila dah rasa kuat sikit I pergi toilet dan tukar apa yang patut. Bila doc check petang tu, dia tanya darah masih banyak atau tak. I tak tahu nak terangkan macam mana dan nurse kata, penuh tak pad tu atau tak. Ohhh...begitukah? Darah macam biasa. Tak banyak dan tak sikit. So, kalau I sihat esok doc bagi balik. Yeaaaaa...tak sihat pun I akan buat-buat sihat. Tak sabar nak balik rumah. Rindunyaaaa dekat May.
Sabtu (03/08)
Sebelum discharge doc scan sekali lagi dan tunjuk pada screen. See, dah tak ada apa-apa yang tertinggal katanya. So, boleh balik rumah hari ni. Cepat-cepat I call partner dan suruh dia datang. Cepat-cepat jugak I breakfast, mandi dan tukar baju. Sambil tu kemas apa yang patut. Habislah semua cerita sedih I. Sekarang masih sedih tak? Of course masih terasa tapi sekarang dah redha. Sebab I ada plan macam-macam. Dah ada list barang-barang baby, dah survey semua warehouse sales, dah siap tanda kelendar bila nak buat scan 3d/4d. Tapi tak apalah...Walaupun sedih dan lalui pengalaman yang menyakitkan, I rasa tak terkilan pun. Ini salah satu ujian untuk I dan partner. DIA yang maha mengetahui kan.
Selamat Hari Raya!