Semalam (31/7 – Rabu) adalah hari rest I. Doc suruh I rest nak bagi badan sihat balik. On off demam I tinggal lama-lama dalam wad ni. Dahlah aricond sejuk giler, katil I tepi aircond pulak tu. Time tidur je mesti buat style udang, mengerekot sepanjang malam. Since I dah sihat, I bangun awal, mandi dan bersiap. Get ready nak masukkkan ubat awal-awal pagi dan berdoa cepatlah baby keluar. Setiap kali pergi toilet dan bila tengok pad kosong tanpa sebarang tanda, I kecewa. Setiap kali tu lah I usap perut dan cakap dalam hati, "Sayang baby, mommy dah lama redha. Keluarlah cepat. Mommy dah tak larat nak duduk hospital lama-lama. Mommy sayang baby, tapi tak pe lah, nanti Insyaallah, adik-adik baby ada teman mommy".
Sambil tu I terfikir jugak, boleh ke kalau I nak minum air selusuh ke, air akar Fatimah ke, mana tahu boleh percepatkan proses kan. Bila I tanya pada partner, dia boleh jawab yang dia tak tahu apa tu air selusuh. T__T Alahai suami... Jadi, I suruh dia tanya kakak sulung dia. Mana tahu kakak dia tahu kan.
First ubat masuk, I rasa sakit sikit. Tapi masih tiada apa-apa tanda. Jadi, I boleh rileks-rileks borak sana-sini dengan patient lain. Lepas ubat yang kedua masuk, masa I ke toilet untuk buang air kecil, I perasan ada darah sikit. Sikit yang sangat-sangat sikit. Tapi bukan dekat pad. I dah mula excited. Sebelum ubat ketiga masuk, I ada bagitau nurse dan doc. Mereka angguk-angguk saja. Masuk ubat ketiga petang tu, I dah mula rasa sakit yang agak kuat. Tapi entahlah. Lain macam pulak rasa sakitnya. I jalan-jalan sekitar wad sebab boring sangat-sangat. Mana tahu sambil jalan boleh percepatkan proses dan mengurangkan sakit. Masa doc buat round check up, I beritahu sakit I yang agak kerap tu. Bagus, itu yang kita mahu, kata doc. Doc kata lagi, kalau tak tahan boleh request pain killer. Tapi masa tu, I berlagak tunjuk hero. Boleh tahan lagi ni, jawab I.
Partner datang melawat I agak lewat hari tu. I pun dah tak kisah sebab dah lama sangat rasanya duduk dalam wad. Partner I pun ada kerja lain nak dibuatkan. Sakit I makin kerap dan sambil tu I suruh partner gosok belakang badan I. Mana tahu boleh reda sikit rasa sakit. Tapi tak. I pulak confuse dengan rasa sakit ni. Jadi I panggil doc dan tanya, I rasa sakit macam nak buang air kecil. Sakit bawah perut. Betul ke sakitnya ni atau I ada masalah lain? Dan doc jawab, kalau rasa nak kencing, pergi saja toilet. Alahaiiii doc, kalau macam tu baik tak payah tanya.
Bila rasa sakit makin kerap dan kuat, I minta partner panggilkan nurse. I mahu pain killer. Kesian partner, sebab sakit, I tertinggi suara dekat dia. Makan malam pun I tak jamah. Tak kuasa nak makan dah sebab menahan sakit yang kerap. Partner pun tak jadi nak balik sedangkan awalnya dia nak balik sebelum waktu berbuka lagi. Tapi pain killer yang I minta tak sampai-sampai pun. Apakah ini? I dah tak tahan. 2 – 3 kali I jeling partner, suruh dia panggil nurse. Tapi nurse pun entah kemana. Maaflah partner, I tak sengaja. Tak lama tu, nurse datang dan suruh I baring betul-betul, nak inject pain killer katanya. WHAT? Injection? I dah lah sakit ni. Nak inject lagi? I ingatkan pain killer tu style telan je. Kot macam panadol ke kan. Mana nak tahu. Nak tak nak terpaksalah I hulur peha. Nurse inject dekat peha dan sambil tu I genggam tangan doc. Baiknya doc cina yang muda belia tu. Bila dia tengok I sakit dan hampir-hampir nak pegang tangan nurse, dia hulurkan tangan dia. Tarik nafas dalam-dalam, katanya lagi. Mekasih banyak-banyak lah doc.
Habis tempoh 1 jam selepas ubat ke-4 dimasukkan, I terus bangun dari katil untuk ke toilet. Rasa macam nak kecing sangat-sangat. Tak tahan dah. Masa tu jam lebih kurang 8.20malam. I masuk toilet, duduk atas toilet bowl dan terus buang air. Sakit masih ada. Kali ni I teran sikit, sebab bila I meneran, rasa sakit tu kurang. Tak lama lepas tu I terdengar bunyi splash. Macam bunyi I memercik dan tiba-tiba macam ada benda keluar dari miss V. I tunduk dan tengok apa yang ada dalam toilet bowl. Dari miss V, I nampak ada sesuatu macam tali gagang telefon. Berpintal-pintal hingga ke dalam bowl. Dan dalam toilet bowl ADA BABY!!!!!
Oh my..oh myyyyyyyyyyyyyyyy... I panic sekejap. Apa nak buat ni? Apa nak buat? Jerit partner kat luar? Ehhh...tak boleh. Nanti ganggu orang lain. Dan partner boleh dengar ke kalau I jerit? Sebab patient katil sebelah I tu, masih ada tetamu lagi. Ramai pulak tu. Bunyi bersembang pun kuat. Bangun dan pergi katil? Tak boleh. Tali kat miss V ni macam mana? Flush? Hoooooiiiiii. Giler ke apa nak flush baby? Ok, jalan paling baik, panggil nurse. I terus tarik tali emergency yang ada dalam toilet dan tak lama lepas tu datang 3 orang nurse.
"Kakkkk..." Perlahan sambil ketuk pintu toilet. Dan I suruh mereka masuk toilet dan terus bagitahu yang I rasa baby dah keluar. I minta glove. Biar I sendiri yang ambil baby. Alahaiiii...kesiannya anak mommy. Mommy tak sengaja. Mana tahu kamu nak keluar masa tu. Kalau tahu, mommy kencing atas lantai je tadi. Nurse pun terkejut dan tanya kenapa I tak buang air atas lantai. Takkan tak ada apa-apa tanda. I tunjuk pad I. Tak ada apa-apa tanda. Ingat I sengaja ke nak keluarkan baby dalam toilet bowl. Hishhh..
Nurse keluar semula dan partner datang ke toilet. Dari dalam toilet I beritahu baby dah keluar dan cepat-cepat partner masuk. Sambil tu, nurse bertiga tadi datang sambil bawa glove dan wheelchair. I pakai glove, masukkan tangan dalam toilet bowl dan cuba ambil baby. Kecik dan licin. Nurse suruh letak dalam mangkuk steel. "Haa...itulah anak akak" Kata nurse yang jaga I. Hampeh betul budak ni. Rasa macam nak sekeh je dia. I cuci apa yang patut dan terus duduk atas wheelchair. Mangkuk steel tadi I letak antara peha. Nurse tolak I keluar dari toilet dan terus ke katil. Tarik semua langsir dan doc dah ready depan katil I. Doc cina muda belia yang pinjamkan tangan untuk I genggam tadi dan doc cina lelaki yang I tak pernah nampak sebelum ni. Semua pelawat katil sebelah dihalau keluar.
Doc explain, dia nak keluarkan uri I dan minta I baring, bengkok kan kaki dan rilekskan badan. Doc cuba keluarkan uri dengan memasukkan tangan sambil menekan perut I. Apa yang boleh I kata, ianya satu proses yang SANGAT MENYAKITKAN. Sangat-sangat. Lebih sakit lagi dari sakit sebelum baby keluar. I menangis dan kalau ikutkan hati rasa nak tendang je doc lelaki tu. Sakit hoiiiiii... I dah tak kisah lah dia nak korek keluar uri dari miss V, tapi yang I kisahkan sangat, perut I tu. Dia tekan perut I macam tekan perut teddy bear je. Kuat sangat-sangat. Sambil tu dia kata, sorry puan, I terpaksa buat ni. Kalau tak nanti u kena masuk bilik pembedahan dan kena buat proses D&C. Ahhhhh..pedulilahh nak D&C ke C&C ke ABC ke, I dah sakit sangat-sangat. I dah tak mahu dia cuba keluarkan uri . Akhirnya sampai satu tahap I dah redha, tekanlah doc. Picitlah suka hati kau. I berhenti menangis dan tahan saja rasa sakit dalam hati. Masa tu doc pun dah give-up. Kena D&C jugak katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment