wajib klik!

Wednesday 31 July 2013

Cerita sedih #1

Salam...


I ada masa pagi ni. Jadi, marilah kita bercerita ye.

Since I puasa on off haritu, I memang ada plan nak pergi scan baby. Nak tanya pendapat doc pula. Selamatkah I dan baby kalau I continue puasa. Masa puasa I memang tak ada masalah kan. Tapi kalau dalaman tu I pun tak tahu. So, plan nak pergi scan baby. I pernah tulis, yang I nak pergi scan baby tapi sebab puasa dan cuaca panas, I jadi malas nak keluar rumah. Tapi entah kenapa Jumaat (26/7) I nak sangat-sangat scan baby. Rasa macam, tak kiralah kalau partner busy, I pergi sorang pun tak pe. Janji dapat tengok baby.


Balik dari kerja Jumaat petang tu, I nak terus pergi kllinik. Tapi partner suruh tunggu lepas waktu berbuka. Kalau pergi sebelum, kelam kabut nanti. Nurse dan doc pun nak buka puasa jugak kan. Jadi, I setuju. Lepak kat rumah. Mandi dan bersiap. Terus keluar untuk berbuka. Kami berbuka area Seksyen 13, Shah Alam tu je. Dekat dengan Hosp Umra kan sebab plan nak pergi scan dekat situ.


After buka puasa. Terus ke Umra. Tak ramai orang pun. Cuma ada satu couple yang tengah tunggu. Yang lain-lain tu semua tunggu bil la, datang melawat la. So, macam biasa, ambil berat, bp dan urine. Lepas couple yang pertama tu keluar, nama I dipanggil. Masuklah kami dalam bilik doc dan bermulalaj cerita sedih...


Doc lelaki melayu. Dia tanya soalan basic dan terus suruh I baring untuk scan. Masa scan, muka doc dah pelik. 2-3 kali dia tenung screen lama-lama dan tanya samaada I pernah rasa pergerakan baby. I kata, ada. Tapi since puasa, I pun confuse, tu rasa baby bergerak ke rasa perut berangin? I bukan pernah ada experience sebelum ni kan. I memang tak tahu. Doc lelaki panggil doc yang lain dari bilik sebelah. Doc perempuan. Dan mereka setuju, baby dah tak ada. Dah meninggal dalam perut. Jantung dah stop. Tak ada apa-apa pergerakan.


Dari katil scan, I tengok muka partner. Dia rileks saja. Mungkin taknak bagi I terasa. Taknak bagi I too emo. Nanti I meraung susah pulak dia kan. I pun rileks. Cuba berlagak cool sedangkan dalam hati dan menjerit. Doc tanya macam mana? Apa plan kami sebab I tak ada apa-apa tanda. No bleeding, no sakit perut. No apa-apa. Sambil tu I tanya doc, ini ada kena mengena dengan puasa ke? Doc said no. Ataupun pemakanan? Also no. Jadi sebab apa? Doc kata maybe sebab baby sendiri yang tak normal. Maybe jantung baby sendiri yang tak ok. Tak develop dengan betul. Atau darah I yang tak ok. Ataupun, both darah I dan partner tak serasi. Tapi yang ini untuk kes yang berulang. Since ini 1st pregnancy I, doc kata kemungkinan besar sebab darah I or sebab baby. I pun pernah demam sebelum ni. Mungkin masa demam tu ada infection dalam darah dan effect baby.


Ada 2 cara untuk keluarkan baby. 1st is tunggu sampai baby keluar sendiri. Doc bagi masa 2 minggu. 2nd is, masukkan ubat untuk paksa dia keluar. I decide cara yang pertama. I sayang baby. Even dia dah tak ada pun, taknak lah paksa-paksa dia keluar. Biarlah dia keluar sendiri. Doc kata ok, dan dalam masa 2 minggu kalau tak ada apa-apa, kena jumpa doc balik. Kami keluar dari bilik doc dan I rasa sebaknya. At last nangis jugak dekat kerusi luar tu. Tapi sikit-sikit jelah sebab malu orang dah ramai kat luar.


Tapi ada doc lain nak jumpa. So, masuk bilik yang lain dan doc explain, I tak boleh tunggu for 2 weeks. Terlampau lama tu. Kita tak tahu apa yang dah jadi kat dalam. So takut kalau apa apa-apa infection dan akan effect I pulak. Partner decide nak bawa I ke hosp.


Masuk je dalam kereta, nangis, nangis dan nangis. Sebelum tu kami dah decide lepas scan baby, nak pergi shopping sikit. Langsung I tak ada mood nak keluar. Nak balik nak rehat dan nak tenangkan fikiran. Taknak jumpa siapa-siapa dan taknak cakap apa-apa. I nak bertenang dulu.


Continue...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: