May yang kami jumpa dekat kedai makan dulu memang dah sedia ada kurap dekat kedua-dua belah telinga dia. Partner yang kutip dia. Kalau ikutkan I, I dah malas nak bela kucing sebab stress dengan Gary . Oh ya, sebelum May, kami ada bela anak kucing jantan. Gary nama dia. I ambil dari rumah emak di Rawang. Yang buat I stress ialah Gary ni asyiklahhhhhhhhhhhhh menangis. Bukan menagis macam manusia sobbss sobbsss…sobbsss tu. Tapi mengiau lah kan .. 24 jam kalau tak tidur asyik nak mengiau je. Kalau kami pergi kerja, time balik tu, dari luar rumah dah dengar suara dia mengiau. Macam kena dera pulak. Sampai I nak tidur pun tak boleh. Jadi, kami hantar dia balik ke rumah emak. Mak kata maybe dia rindu dekat adik beradik dia. Sebab Gary ada 4 ekor adik-beradik.
Kutip May pun secara tak sengaja. I malas nak jaga sebab memang sedang dalam mood kemalasan yang melampau. Jadi I pesan pada partner, sila jaga sendiri. I tak mahu masuk campur. Jadi, partner lah yang uruskan May pada awalnya. Untuk ubatkan kurap dekat telinga dia tu, partner sapu minyak gamat. TAPI sila ambil perhatian. Kalau uols nak gunakan gamat untuk ubat kurap kucing, sila guna GEL GAMAT. Sebab I ada terbaca yang MINYAK GAMAT tak sesuai untuk kulit kucing. Nanti kucing panas. Yelah, bahagian telinga kucing tu kan kulit nipis. Kesian dia nanti. Berkali-kali sapu tapi masih tak sembuh. May ni dah lah suka garu. Sikit-sikt dia garu telinga dia. Bila dah sapu tapi masih tak baik-baik, partner i jadi malas nak sapu. Terbiarlah May dengan kurap-kurap dia tu. Masa tu I dah mula sayang May. Sebab May sangat aktif. Dengar kata tapi degil. Haa..acaner tu?
Balik rumah emak, I tunjuk video May koyakkan tisu dari kotak tisu pada kakak sulong I. Dan dia perasan telinga May ada kurap. Dulu kakak I pun ada bela kucing dan telinga kucing dia pun berkurap. I ingat lagi masa tu sebab I yang hantar kucing tu ke rumah kakak. Ambil dari rumah kawan I. Bising kakak I masa tu sebab dia nak bela kucing, tapi I bagi dia kucing berkurap. Hahhaha... Tapi dia bela jugak. Abang ipar I tumbuk panadol, campur sikit dengan air dan letak pada telinga kucing tu. Terus baik dan hilang terus kurap kucing tu. Balik rumah, I pun gigih la tumbuk PCM. Tapi I tak buat berturut-turut. I buat selang dua hari. Kurap pada telinga May kering, tapi tak hilang. Aduhhh... makin lama makin teruk sampai ke muka dia pulak. I membebel pada partner. Suruh dia pergi vet, beli krim.
Tapi kami masing-masing busy masa tu. I pun tak sempat nak cari krim untuk dia. Lastly kawan partner bagi petua. Letak minyak yang telah digunakan untuk goreng ikan. Ada yang kata, letak minyak tanah. Letak minyak hitam kereta pun ada. Tapi petua yang kedua dan ketiga tu I tak approve. I tahu May I tu degil. Nanti dia gosok-gosok telinga dia dengan kaki, lepas tu dia jilat. WHAT? Nak suruh May mati jilat minyak tanah / minyak hitam? I tak bagi. I paksa partner cari minyak masak lebihan goreng ikan. Rumah kami mana ada aktiviti goreng ikan. Ikan bilis adalah sebab partner tak makan ikan. Partner pergi rumah makcik dia, dan bawak balik semangkuk minyak ikan. I tolong tahan / pujuk May dan partner lumur kepala dia dengan minyak.
Kami ingat nak buat dua minggu berturut-turut. Biar hilang habis kurap dia. Tapi May sakit lah pulak. Tak sampai hati nak lumur dia dengan minyak. Jadi biarlah dia rehat dulu. Kami sempat sapu minyak dekat dia 4 hari saja. Dan hasilnya sangat menakjubkan. Telinga May dah tak ada kurap langsung. Muka dia ada sikit-sikit lagi. I ingat nak sambung sapu minyak tapi partner tak bagi sebab kesian. Dia baru sihat. Bagi dia masa nak bersuka ria dulu sebab hari pertama kami lumur dia dengan minyak, dia merajuk. Tak nak keluar main pun. Duduk terperap dalam bilik je. Tapi bila partner belek-belek bulu dia balik, partner kata kurap dah tak ada. Yang tinggal tu cuma keping-keping luka yang kering. Ohh..kalau macam tu baguslah. Tak perlu sapu lagi. Yang I suka, lepas letak minyak, bulu May jadi sangat-sangat-sangat lembut. Ingatkan nak mandikan dia, tapi tak apalah. Hold dulu. Dia tak busuk pun. Mulut je yang busuk sebab suka makan ikan. Tapi bulu dia lembut.
PS : Asyik cerita pasal May saja kan ? I berdebar-debar ni. Esok first day puasa. Tak sabar dan excited. Harap-harap I dan baby kuat dan mampu bertahan sampai waktu berbuka.