Alhamdulliah…May dah sihat. I’m a happy mommy. Setiap hari I doakan dia sihat. Sampai satu masa tu, I terfikir, inikah pengakhiran hidup May? May nak mati dah ke? Empat hari May tak makan. L Duduk termenung atas karpet (yang sekarang ni dah jadi tempat rasmi dia) dan asyik tidur je.
Saat I susah hati hari tu, I teringat nak call seorang kawan. Kawan ni memang dah lama bela kucing. Banyak pulak tu kucing dia. Jadi, I called dan ceritakan masalah May. Macam nasihat yang biasa kita dengar, sila bawa ke vet. Jumpa doktor. Biar doktor cek. Mana tahu ada virus. I bukan tak mahu baca May pergi vet. Tapi I fobia bawa kucing pergi klinik. Takut. Nantilah I cerita kenapa I takut. Kalau I terlupa, sorry ya. Jadi, kalau boleh, sebelum bawa pergi klinik, I nak try ubat sendiri. Sebab tu I called kawan, mana tahu dia ada petua berguna.
Kawan I kata, cuba bagi May minum air kelapa. Dan malam kalau dia masih tak mahu makan, bagi dia sup. Belasah lah sup apa pun, janji kena bagi jugak. Sebab dah 4 hari dia tak makan. Takut tenaga dia dah habis, dia makin lemah, makin melarat nanti. I di ofis masa tu. Partner ada kat rumah. Cuti sebab demam. Jadi, I called partner dan paksa partner pergi cari air kelapa untuk May. Satu jam lepas tu, I called lagi, nak pastikan partner bagi May minum air kelapa. Lega I bila partner kata dah bagi. Siap terlebih bagi sampai May termuntah-muntah lagi.
Balik tu, I tengok May dah okay sikit. Dah mula berjalan sikit-sikit walaupun masih lemah. I belikan partner bihun sup untuk dinner. Kesian dia demam. Alahaiii...semua dalam rumah tak sihat. Mintak-mintak I tak berjangkit. After partner dinner kami ambil lebihan sup tu dan paksa May minum guna syringe. I pegang May dan partner cepat-cepat picit syringe. Dua kali kami bagi. Ingatkan nak bagi banyak sikit, tapi dia gigit tangan I. Hahhaha...tak larat pun masih nak gigit-gigit orang. Tak sakit langsung. Tapi kesian dekat dia, so, cukuplah 2 kali tu. Tak lama lepas tu, dia ke dapur. I sedang basuh baju, jadi I asingkan semua baju-baju. Letak tepi bakul dulu. Dan entah macam mana, May naik atas baju-baju tu (semuanya baju kerja partner) dan dia kencing! Hahahhaha...nasib baik partner ada kat dapur dan dia nampak. Tunjuk perasaan nampaknya May ni. Cepat-cepat letak dia dalam toilet. Start dari kami paksa dia minum sup tu, 4 kali dia pergi toilet. Dan 4 kali jugak I kena tengok dia. Sebab dia asyiklah nak masuk dalam baju kotor, nak kencing kat situ. I kata pada partner, May ni hilang ingatan ke? Sejak dia tinggal sekali dengan kami, tak pernah dia buang air merata-rata. May sangat pandai. Muntah je dia tak pandai pergi toilet. Yang lain, semua nak masuk toilet. Even dan sediakan bekas air minum untuk dia pun, dia lebih suka minum air dalam baldi kat toilet.
Bila setiap kali dia ke dapur, I kena ikut sekali. Setiap kali dia nak pergi dekat baju kotor, cepat-cepat I pusing dia, halakan dia ke arah toilet. Lepas tu, terus dia ingat balik. Fuhhh...nasib baik. Kalau tak, I plan nak suruh dia tidur dalam toilet je.
Awal pagi esoknya, partner I bangun dulu. Dia ke dapur dan dari dalam bilik I boleh dengar suara May mengiau. Partner jerit dari dapur, May makan. May dah makan. Cepat-cepat I lari ke dapur. Duduk bersila sebelah May, teman dia makan. Happynyaaaa... May dah makan. Badan dah nampak sihat. Sepanjang hari tu, memang May nampak dah sihat. Jalan pun dah tak terhuyung-hayang. Badan pun dah tak menggigil. Makan sikit, tapi kerap. Kalau I keluar rumah sidai baju, dia dah mula ikut. Duduk termenung atas rumput. Bila I masuk dalam rumah, pun dia ikut jugak.
May sejak sakit ni perangai dia dah berubah. Dah kurang main, dah tak mahu bergurau. Kalau dulu, pantang I baring dia mesti gigit rambut I, pijak badan I, gigit tangan I. Sejak sakit dan dah baik ni, semua pun dia taknak. Makan dah memilih. Nak wet food dengan ikan saja. Yang lain dia cium-cium je. Dan yang makin teruk, May penakut sekarang ni. Pantang ada suara orang lain dalam rumah, cepat-cepat dia lari masuk dalam bilik. Menyorok. Petang semalam, I bawak dia keluar. Ada anak-anak jiran main kat hujung jalan. Bila budak-budak main sambil menjerit, cepat-cepat dia lari dekat I. Dah tak mahu kejar rama-rama lagi. Kalau dulu, sampai belakang rumah dia pergi. Sekarang ni ikut je mana I pergi. Manja pulak tu. Sikit-sikit nak usap. Kalau tak usap kepala dia, dia sondol-sondol tangan I. Kalau I buat tak tahu jugak, dia cium muka I. Dah la baru lepas makan ikan. Busuk wehh... Kalau I malas jugak, I letak dia atas riba partner. Gilir-gilir la layan perangai manja nak usap dia tu.
Apa pun, syukur May dah sihat. Even dia hanya kucing kutip tapi kami sayang dia. Kalau balik rumah tu, benda first yang I cari mesti May. Rasa macam rindunyaaaa dekat May. Nak letak gambar latest May lepas sakit, tapi kabel lupa bawak pulak. Thanks to kawan I tu jugak. Tak sangka air kelapa dan sup boleh sembuhkan kucing I.
PS : Selamat berpuasa!