Sudah satu bulan. So far, alhamdullilah kami okay. Tapi I masih
tak percaya yang kami dah kahwin. Macam malam tadi, keluar tonton wayang. Oh
ye, iklan jap : Rock Oo adalah sangat kelakar. Sila tonton. Gelak sampai sakit
perut semalam. Sebelum-sebelum ni tengok wayang tu memang wajib. Tu jelah
aktiviti hujung minggu. Ni, bila dah kawin, sesekali dapat tengok wayang,
kadang-kadang rasa macam masih belum kahwin.
So far semuanya masih sama. Tiada yang berubah. Perangai
bertekak tu pun masih ada. Dan perangai degil I pun masih kuat. Tu yang
kadang-kadang rasa macam, eh..ni dah kahwin ke belum ni? Betul ke dah kahwin?
Tapi selalunya suami yang mengalah. Dia yang akan cepat-cepat pujuk. Alah, dari
dulu pun memang dia yang cepat mengalah. Dia cepat marah, cepat sejuk. I ni
lambat marah, lambat sejuk.
Sepanjang satu
bulan ni, suami dah demam sekali. I pulak, kaki kena kuman. Masa pakai kasut
sanding dulu, nak cepat, terlupa nak pakai stocking. Lepas tu, terus kaki
melecet. Terus bengkak. Ingatkan melecet biasa. Tapi sampai bengkak sebelah
kaki. Sakitnya....ya ampun.
Mula-mula beli krim saja dekat farmasi. Tapi tak jalan. Makin sakit dan
bengkak. Setiap kali mandi kena balut kaki dengan plastik. Tapi lepas dah kena
marah dengan suami, I pergi jugak klinik. Pakai ubat klinik, alhamdullilah,
baik.
Dan kemudian,
gusi bengkak pulak. Semalam dah
pergi klinik gigi, dan doctor refer i ke hospital. Kena buat pembedahan pulak.
Takuitttnyee... Tapi demi kerana tak nak sakit lagi, kena lah cabut gigi tu. Kalau
tak, tahan lah sakit sampai bila-bila.
Oh ya. Selamat
hari Jumaat semua.