wajib klik!

Wednesday 27 February 2013

Gigi

Salam...


Dua minggu lepas, gigi & gusi geraham bongsu I bengkak. Yang belah kiri. Tapi tak lama. Dua hari dah ok. Sakit pun lite-lite je. Tapi since tiga hari lepas, yang belah kanan pulak sakit. Sakit bengkak berdenyut. Arrrgghhhh...rasa nak cungkil-cungkil gusi tu.

Actually, sakit geraham bongsu ni dah lama. Dari zaman muda remaja habis kolej dulu dah start sakit. Tapi masa tu, gigi nak tumbuh, nak keluar. Memang la sakit kan. Tapi seingat I, sakit dia semua boleh tahan. Tak ada lah sampai demam or tak boleh buat kerja. TAPI, itulah. Sakitnya sekejap-sekejap. Lepas yang belah kiri, yang belah kanan pulak. Kadang-kadang sakit sikit. Kadang-kadang bengkak terus.


Dulu, masa baru bercinta dengan partner I, dia paksa I pergi klinik gigi. Pergi klinik kerajaan saje. Masa tu sakit dia teruk gak. Bengkak. Masa check tu doc kata, tak boleh nak buat apa-apa sebab gigi tu tak tumbuh abis. Tak keluar habis. Tu yang sakit tu. Sebab gigi nak keluar, so dia menolak gusi, gusi sakit, dan jadi bengkak.

Doc kata, tahan je. Tak boleh nak buat apa. Gigi tu ok, tak berlubang pun. Takkan nak cabut. Tapi kalau I berkeras nak cabut jugak, kena bedah la. Since gigi masih tak keluar habis lagi. So, I kata oklah. I tahan saja.

Tapi sampai bila nak tahan? Ni dah empat hari gigi sakit. Berdenyut. Malam tadi paling tak tahan. I sumbat tepi gusi yang bengkak tu dengan cengkih. Tapi tak ada apa-apa perubahan pun. Si partner suruh I letak minyak cap kapak. I tak mahu. I gigit-gigit cengkih tu. Still macam tu jugak. Berdenyut. Sakit.

Bangun pagi ni, pipi dah bengkak sebelah. Baguslah, rambut dah pendek. Muka dah bulat, ni sebelah bengkak lagi. T__T


Oh ya, I terbaca petua menghilangkan sakit gigi. Ada yang kata kumur dengan air garam. Ada yang kata pakai cengkih. Ada yang kata pakai bawang putih dengan cuka. So far I cuma cuba yang pakai cengkih tu saja. Yang lain-lain tak mahu cuba. I takut nanti gusi kecut tapi next time akan jadi balik. So, bertahan sajelah.


T__T




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: