wajib klik!

Friday 22 February 2013

It's Fridaaayyyyy!

Salam...

Semua yang bekerja mesti happy. Last day kerja untuk minggu ni kan?

Tapi pagi Jumaat ni, kereta I tak boleh start. Lambat pergi kerja. Partner I yang kena hantar. Jalan pulak adalah sangat-sangat-saaannnngggggaattttt sesak. Partner I hampir-hampir bergaduh dengan kereta lain. Jalan sesak, semua orang nak cepat. Semua orang tak suka traffic jammed. Tapi tu lah, kereta dekat Subang ni makin banyak. Jalan tetap masih 2 lane. Nak buat macam mana.

Sebab naik kereta lain, kasut kerja tertinggal dalam kereta. Malas nak ambik, main capai saja kasut hantaran belakang pintu. Tak pernah pakai lagi, jadi mari kita pakai. Bila dah sampai office, nak jalan, tak stable. Asyik nak terjatuh je. T__T

Bila masuk office, sangat stress! Kerja tal banyak, tapi urgent. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Dua-dua pun salah. Lepas I cuti, yang sorang lagi tu pulak cuti. Then dua-dua pun lupa. Dan pagi Jumaat ni, dua-dua pun kena leter dengan bos. T__T

Office I ada budak praktikal. Sebelum I buat kerja, masing-masing I dah bagi task. Dah explain. Dah tunjuk one by one step. Dah suruh take note. Beriya-iya tulis note. Tapi tetaplah tak paham-paham. Satu step tu dua tiga kali nak explain baru paham. Alahaiiiii adik-adik. Kakak stress ni!

Tapi.. It's Friday kan. Esok cuti. Think positive dan habiskan semua kerja. Insyaallah semuanya akan baik. Akan back to normal.

Salam Jumaat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: