wajib klik!

Friday 29 March 2013

Gigi #1

Salam...


Partner sudah tidur. Tinggal i seorang saja yang masih terkebil-kebil main game. Siang tadi, memang siang yang tidak produktif. Bangun lambat, malas masak, malas makan, malah malas nak mandi! Begitu teruk sekali hari ni. Kerja i hanya baring di ribaan partner dan tidur saja di atas katil.


I mc untuk tiga hari. Rabu hingga Jumaat. Semua ini gara-gara cabut gigi. Ya, akhirnya gigi i dicabut juga. DUA batang tau. Bukan sebatang saja dan i tak punya pilihan lain. Ohh..ada pilihan terakhir - LARI. Tapi i rasa i masih mampu untuk hadapi semua ini.


I sebenarnya hanya ke klinik gigi kerajaan. Tapi doktor di sana refer i ke hospital. Katanya, gigi i kalau nak dicabut juga, kena lakukan pembedahan kecil. Sebab gigi masih elok, cuma gusi sempit. Jadi gigi menolak gusi, gusi bengkak dan bernanah. Masa gusi bengkak, sakitnya ya ampunnnnn.. Sampai tak boleh tidur malam. Dan benda ni dah lama jadi. Since i awal 20an dulu rasanya. Sakit on dan off. Kejap sakit kejap baik.


Bila difikir-fikir balik, i boleh saja tahan sakit dan biarkan gusi tu bengkak. Tapi sejak akhir-akhir ni, bengkaknya makin menyakitkan. Jadi bila doktor kata, nak cabut ke? I kata ya saja. I di refer ke Hospital Sg Buloh. Appointment dibuat oleh doktor di klinik gigi kerajaan. I diberi surat rujukan dan diminta untuk datang pada tarikh appointment dan bawa duit RM50. Standby katanya...


So, tarikh i ke HSB pada 14/03. Pagi tu takut sangat-sangat. Yelah, dah fikir gigi akan dicabut kan. Pengalaman pertama ni. Tak pernah cabut gigi sejak dah dewasa ni. Macam biasa, lalui prosedur hospital gomen yang biasa dan tunggulah nombor giliran. Tapi sebelum tu, i diminta untuk ke bilik x-ray dulu. X-ray gigi so far, tak leceh dan tak lama pun. I ditanya soalan-soalan rutin biasa macam, mengandung tak? Ada pakai sepit rambut? Anting-anting? Jawapan i semuanya tidak. Pakai vest, dan mula x-ray. Dah siap. Kemudian pergi semula ke klinik pembedahan gigi dan mulut tadi, sambung tunggu no giliran.


Bila dah sampai no giliran, masuk bilik doktor, dan doktor akan tanya soalan-soalan berkaitan. Dan kemudian doktor akan bagitahu apa yang dia akan buat. Cabut gigi geraham i yang terakhir sekali dan gigi atas pun akan dicabut sekali. Sebab, jika biarkan gigi atas tanpa di cabut, ia akan menekan gusi dibawah, dan i akan sakit. So, terpaksa cabut juga. I diberi tarikh baru, tarikh untuk lakukan pembedahan kecil.


Cisss..penat je berdebar-debar dari pagi tadi. Jadi, i balik rumah dan terus ke office. Kerja banyak sekarang, nak sambung cuti sampai ke petang pun rasa tak tenang.


Esok pagi i sambung balik ye. Sekarang mahu tidur.
Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments: