wajib klik!

Wednesday, 9 November 2011

Perang

I dengan ini secara rasminya mengisytiharkan perang ke atas semua jenis semut tak kiralah semut api, semut kecil, semut besar, semut jalan laju, semut merah, semut gatal, semut jahat suka gigit bahkan semut kerengga. Muktamad!




I dah bersabar lama dalam hal ini dan I rasa I tak boleh berkompromi lagi. Lepas ni kalau I pijak, picit, ketuk dan bunuh semut, I tak mahu orang persoalkan kenapa I begitu kejam sekali. Dengar…eh silap, baca dulu penjelasan i.



Kisah bermula pada hari jumaat yang indah permai. I cuti. Jadi haruslah I bergolek-golek di atas tilam sampai pukul 11 pagi kan. I memang berhasrat untuk mengemas bilik. Jadi, pukul 11 bangun, basuh muka, berus gigi, makan-makan dan kemudian start la ambil penyapu dan kain lap. Bilik I taklah sekangkang kera, adalah tiga ke empat kangkang manusia. Jadi tak besar sangat kan. luar bilik I pulak pakcik sebelah rumah tanam pkok pisang, jadi bilik I redup dan sejuk tak perlu guna kipas untuk tidur. Jadi, sambil menyapu I selak-selak bawah tikar getah. Rumah kampong la katakan, pakai tikar getah saja. Sekali I terjumpa penempatan haram semut. Cisssssssssssssssssssssssssss……….dah lah tak bayar sewa, nak duduk free, kahwin beranak pinak pulak tu bawah tikar getah i. jadi I memang geram lah. I spray semua. Semua mati, dan bilik I berminyak. Pftttttttttttttt…..geram betul. Walaupun bilik kecik, tapi I mau keluar. Takkan nak salahkan diri sendiri yang bangun lambat, jadi I salahkan semut yang buat sarang. Kerja I jadi double. Kena mop lagi. Geramnya.



Itu kisah jumaat. Ni kisah hari sabtu pulak. I sedang nyenyak tidur tapi mms percuma dari Maxis kejutkan i. jam dah pukul 11.12 pagi. Kehkehkeh…tak bujang lah kalau tak bangun lambat kan. I punya plan, bangun, mandi dan terus pecut balik Rawang. Masa I tengah mengeliat tu I terpandang segerombolan semut. Apekehal? Semalam kan dah bunuh semua. Jadi I follow mereka. Tak adalah follow jalan sekali dengan semut kan, I cuma follow tengok arah mana mereka pergi. Semut kan jalan bersusun-susun macam kawad. Follow punya follow, semua semut tu menuju kearah alamari i. I dengan muka tak basuh, gigi tak gosok terus bukak alamari. Tu dia heh. Semut buat almari I jadi gudang telur pulak. Beribu telur semut dalam almari i. dicelahan lipatan seluar i. memang mengundang kemarahan la. I campak keluar semua baju. Dan i spray semua semut dan telur-telurnya. I pijak mana-mana yang datang dekat kaki i. nasib la semut, kamu jadi mangsa korban. I dah geram dan marah. I tak fikir dah pasal kesian ke, mahluk yang lemah ke apa.



Terpaksa I basuh balik semua baju yang kena telur semut. Tepaksa I lipat susun balik semua baju yang I punggah. Terpaksa I mop balik lantai yang berminyak. Sangat geram ok. dan I dapat gerak balik ke rawang jam 6 petang. Masa tu jalan dah jem! Grrr…lepas ni jangan tanya dah kenapa i tak suka semut.



p/s : pagi tadi I pijak 2 ekor semut dan picit 3 ekor semut yang lain. Masih tak puas hati

2 comments:

julietchun said...

musim2 hujan ni ko boleh basuh baju satu almari? kagum dengan semut,kekekekke

jajazuzu said...

basuh dan jemur dalam rumah. on kipas no 5. hehehe