wajib klik!

Friday, 11 November 2011

Dear Lyn,

Sampai hati u sanggup tinggalkan i. Siapa yang nak bertanggungjawab terhadap I? U dah buat I begini, dan sekarang u nak tinggalkan i? Apa yang ada dalam kepala otak u tu? Sampai hati u kan….tsskkk




Dulu u janji akan sama-sama miskin dengan I kat company ni. Company ni bayar kita ciput saja, tapi kita selalu happy gossip pasal orang lain. Lepas ni siapa yang nak bergosip dengan i? Takde siapa yang kenal Kakak Vouge, Kakak Open, Abang J, Abang G, Kak Ngah I, Ex-Kak Long I, Kakak Besar I, Kakak Rabbit U, Si Sap Kok, Abang Cengkih…… Lepas ni kalau I ada nama gelaran baru, dengan siapa I nak share? Sampai hati u Lyn. Eh, I dengar gossip kan, si Akak Vogue tu dah kahwin banyak kali tau. I mean hubby dia sekarang bukan first marriage dia. Tengok, even dia agak curvy pun, dia laku tau. U patut dress up macam dia. Lupakan diet dan pil kurus. Kahkah… Ops…I tergossip pulak. Ni gossip I copy paste saja. Bos rambut pacak I yang cerita. Boleh tahan gossip gak dia tu.



I dah takde geng lunch bawak bekal dah lepas ni. Siapa lagi yang nak share moment kemiskinan dengan I lepas ni? Iskk… Lepas ni I dah tak dapat baca Metro Harian percuma dah. Sampai hati u Lyn. U tahu I kan tak mampu nak beli surat khabar hari-hari. Masa u decide nak say bye-bye dekat I dan company, u tak fikir ke semua ni? Mestilah tak kan. U kan tengah nampak RM$$$$$ dekat Mesin tu. Sedih I tau.



Siapa yang nak puji I atlet lagi lepas ni sebab I naik tangga 5 tingkat dekat ofis? Siapa yang nak puji I dah kurus lepas I belasah makan kek-pizza-aiskrim-mee kari lagi lepas ni? Siapa yang nak promote produk kurus terbaru dekat I lagi lepas ni? Siapa yang nak bagi i betik free lagi lepas ni ?



*hembus hingus*



Lyn, I harap u dah hapuskan semua email-email gossip kita berdua. I tak mahu nanti u dah blah, kalau kantoi I sorang saja yang kena. Ini tak adil. Ada banyak benda lagi I nak ceritakan. Tapi I takde mood lah. Hey, boss I cuti, jadi I harus kerja sambil bergembira!



*buang tisu*



Jadi Lyn, I harap u takkan lupa janji-janji manis u untuk belanja I Tony Roma’s 3 bulan berturut-turut. I menghitung hari ni, bila lah u nak dapat gaji engineer tu. Bagitahu saja bila, I akan sepantas kilat datang bersama perut yang lapar. I sanggup lupakan diet I semata-mata untuk makan bersama dengan u Lyn. Jadi jangan hampakan I tau.



Oh Lyn, hadiah untuk u tu, I dapat bad experience dengan kakak sales assistant tau. Tapi demi u, I harungkan jua. Nanti di lain masa lah I cerita tentang tu. Hadiah comel I tu khas untuk ganti bekas syiling recycle u. Simpan elok-elok dalam drawer meja engineer u nanti. Selamat menabung ye. Hasil tabungan u tu nanti, belanja lah i sepasang dua baju dari thepoplook. I dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Tapi kan Lyn, u sure u tak tipu resume macam anak chef terkenal tu kan? Tak kan? Kalau tak, maknanye I pun ada can la nak jadi engineer. Jangan lupa tau. Bye Lyn, I tak mau lah bagi ucapan kenang daku dalam doamu ke, ku harap persahabatan kita kekal abadi ke, simpanlah memori indah kita bersama ke….itu semua bukan I Lyn. Kalau u harapkan ucapan tu, I minta maaf. Tapi, I adalah kaunselor wannabe. So, if u terjumpa resume perempuan lain dalam pendrive boyfriend u, I selalu je ada untuk bagi u tips berkhasiat. Eh, silap pulak...tips bermanfaat.



Bye Lyn.

4 comments:

julietchun said...

kaki gosip rupanya, kekeke

jajazuzu said...

kehkehehe...secara partime saje.

Anonymous said...

Dear Azura,
isk2..thnx for d comel gift..nti ble i da dpt gaji penuh kt mesin,i banje u tau..gaji penuh eh.bkn gaji half..hihi..so,lg sebulan stgh la kt akan jmpe blk..dun 4get to update all d gosipsss eh..
btw,i lupe nk salam ngan stephane deutsch la td..msti next monday die tertanye2 mane i kan?..nti u inform la die i da cabut eh..tq..

jajazuzu said...

lyn, i inform dah tapi dia buat muka pelik.
Who is she?
malu i je bgtau psl u dh cabut. khakakhkahka...lyn, u kena sdar u x glamer kat sini. eh, kita x glamer kat sini.