wajib klik!

Monday 27 June 2011

Tuah dan rezeki



Ai tak lah selalu sangat bertuah. Kadang-kadang saja. Dulu-dulu masa zaman habis kolej ai adalah sekali dua menang T-shirt kat peraduan majalah. Hadiah saguhati saja. Sebab tu ai jarang-jarang sangat excited nak join apa-apa contest. Biasanya bila nampak hadiah contest yang lumayan ai memang teruja over the top. Simpan borang contest la, cari jawapan la, buat slogan yang kononnya kreatif la dan macam-macam lagi. Itu mula-mula je. Tapi bila dah 2 atau 3 hari lepas tu ai bosan. Borang contest last-last ai campak je masuk dalam tong sampah.


Kalau lucky draw pulak, ai selalunya bertuah untuk dapat hadiah biasa-biasa. So far memang tak pernah dapat grand prize pun. Biasanya ai dapat voucher dan hamper. Lucky draw yang latest ai join adalah lucky draw kat tempat kerja. Taklah lucky sangat sebab ai menang fertilizer. Hahahhaha…Best bukan? Dan sebab hadiah tu nampak macam kesian, company attached sekali fertilizer tu dengan hamper. Hamper toiletries for Men yang mana partner ai dah ambil semua. Fertilizer pulak, ai hantar ke rumah parents. Ai? Dapat riben dan bakul sajalah.


Tapi semenjak dua menjak ni agak bertuah. Dari awal tahun ai memang banyak menang hamper. Tapi semuanya hamper toiletries. So, ai dapat save duit untuk perfume, syampu, shower cream, hair treatment, losyen dan macam-macam lagi. Latest ai menang Honey Blend hair product dari Kose, Japan. Okay lah dari tak menang apa-apa kan. Yang penting ada rezeki disitu. Walaupun tak seberapa. Tapi baru-baru ni yang telah membuatkan status FB ai tertulis “Me super2 happy” adalah ai menang 2nd prize untuk contest di GLC Open Day last weekend. Hadiahnya?



















Ai join contest tu dengan housemate ai. Dan si housemate a.k.a bakal Cikgu ERT lagi sangat bertuah. Dahlah baru dapat tahu permohonan DPLI berjaya, then menang lagi. Double happy lah kan. Congrats untuk dia. Congrats untuk ai juga. Tempat kedua dari 25 kumpulan. Sangat-sangat tak sangka. Tapi, before nama di announce, we all dah tahu we all menang the 2nd prize. So, takdelah sesi lompat-lompat gembira. We all curi-curi jeling kertas yang AJK contest pegang. Si housemate nampak nombor IC dia. Then ai dengan muka tak malu pergi dekat sikit dan terus nampak nama ai. Masa tu senyum tak payah cerita la. Non stop.


BTW, sangat berbaloi pergi ke GLC Open Day. Bukan saja ada macam-macam hadiah, free gift dan aktiviti. Tapi banyak sangat info-info menarik.





p/s : Tujuan asal ai sebenarnya nak drop resume. Tapi laku kat 1 booth saja. Yang lain prefer email direct to their HR. Lepas dah menang, tiba-tiba rasa penat dan terus balik. Langsung lupa nak join e-Peraduan.



p/s/s : Lepas ni harap² ada rezeki untuk kerja baru yang lebih best pulak. 

8 comments:

Rozita said...

kira bertuah la nih skrg..jelez akak..

Mrs9 said...

wah2...bertuah..

Mrs9 said...

memang bertuah..kak rinie pnah laa dapat cerek air dr foster..hahahahaha

Mrs9 said...

bertuah....k rinie pnah gak bertuah...dapat cerek dar foster...hahahahaha

Mrs9 said...

alamak...dat terpost 2 x, baru perasan..empunye approve baru publish...

jajazuzu said...

sbb k.rinie special, aja publish suma komen. =)

azilaraffie said...

aku baru nk komen neh.. boleh ke? =P

congratz buat kali ke berapa ntah.. hahah!

okeh, skang aku jeles ngn ko plak!

jajazuzu said...

hahhah...xyah jeles la oi. lama2 boring ok. hahahhah