wajib klik!

Wednesday 8 June 2011

Ai


Hidup ai semakin tak menarik. Dah semakin tak ada cerita. Dah jadi biasa-biasa. Jadi itu adalah faktor utama kenapa ai dah tak ada idea menarik untuk dikongsi.


Ai masih lagi ai yang sama. Dengan partner yang sama. Kereta pandai bercakap yang sama, kerja yang lain dan sedang berdoa moga ada kerja yang lain lagi yang lebih baik dari ini untuk menjamin masa hadapan.Moga-moga ada rezeki.


Rumah sewa juga yang lain, tuan rumah yang sakit jiwa, ada masalah dengan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan baru dari rumah sewa baru, kawan-kawan baru dari tempat kerja baru. Dan ai rindu kawan-kawan lama ai. Kawan-kawan yang sangat best dan sangat memahami dan sangat supportive.


Masih keluarga yang sama dengan penambahan anggota baru. Anak buah yang baru. Dan bakal adik ipar. Satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga kerana satu-satunya adik lelaki akan berkahwin.



Ai yang sama sedang cuba untuk menjadi ai yang terbaik dari segala segi. Moga-moga.

2 comments:

julietchun said...

bubuh saja apa cerita pun ai sudi datang baca :P

jajazuzu said...

buat ai terharu la...hikhik