wajib klik!

Friday 10 June 2011

Pagi Jumaat


Kereta ai berpusing 180°. Melawan arus gara-gara ai pegang stereng kereta sebelah tangan di corner basah semata-mata nak selamatkan air kultur Solivate dari tumpah.


Kalau lah terjadi apa-apa pada ai, ai memang tak akan maafkan tangan kiri ai yang gatal sangat nak pegang botol air tu. Dan juga perasaan haus di pagi hari yang sibuk sangat nak minum air sambil memandu. Konon cool la tu. Heh!


Ai memang tak perasaan corner tu basah. Ai syak itu bukan air hujan atau apa-apa air. Mugkin tumpahan minyak. Mungkin. Sebab tak hujan. Atau mungkin paip bocor.


Dan kemujuran yang teramat sangat sebab kereta tak langgar divider besi tepi jalan. Hanya berpusing melawan arus. Semua kereta-kereta dan motor-motor yang lain dapat elak. Kalau tak lagi bahaya sebab puncanya adalah ai.


Ai tak tunggu lama, pusing balik kereta dan terus jalan macam biasa. Tapi dengan jantung yang berdetak laju, mata yang bergenang air dan tangan yang menggigil.


Ai sms partner dan dia tak balas. Mungkin masih tidur.


Sampai ofis ai call dia dan dia kata :


“Bengong, gi bawak laju-laju apesal? Menjahanamkan kereta je lah awak ni”


Ya. Itulah cara dia menunjukkan kasih sayang dan perasaan ambil beratnya kepada kereta ai. Dan juga ai.





So sweet kan?



2 comments:

Rozita said...

hahahah...siapakah si partner itu?
kena tukar yg baru...hahaha cari model lain

kaw kaw kaw...ampun

Serius : Alhamdulillah, mujur tkde pe2 berlaku ke atas dirimu..

jajazuzu said...

si partner ai mmg gitu kak. kesian ai kan.

tulah. nasib baik.