- aku pergi interbiu dengan besfren aku puan jeela
- kami janji dekat esso federal highway dan macam biasa, aku yang sampai dulu.
- pergi naik kreta jeela dan dia drive sebab lesen aku dah mati 6 hari dan aku baru perasan semalam (haiihhh....memory dah low!)
- jalan sangat jem dan kami bergaduh (berbincang secara ganas) tentang nama highway. aku kata bukan NPE tapi jeela kata NPE. hehehhehe...
pagi di kl yang sangat jem!
- kami sampai pukul 8.30 pagi dan tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di dalam kawasan tempat temuduga. jadi, harus parking berbayar la
tempat temuduga
2 in 1. parking dan car wash
- daftar dan dibahagikan kepada pecahan kumpulan mengikut alphabet. oleh kerana nama aku bermula dengan huruf S, jadi harus faham kumpulan aku no berapa.
- calon temuduga sangat ramai. meja² dan kerusi semua penuh. aku dan jeela menulis sambil mencangkung di tepi padang. sangat kesian bukan?
lihat. ramai kan?
- orang sangat ramai dan aku dilanggar sebanyak TIGA kali. sekali di bahu, sekali di siku dan sekali di montot! Cisss! dan bak kata jeela "dia nak raba montot ko je sebenarnya tu" CIIISSS!!!
- kami diberikan borang untuk diisi. dalam borang tersebut ada pilihan tempat bertugas. tidak memilih atau negeri pilihan. pn jeela tanda negeri pilihan dan menulis selangor. aku berbelah bagi, tidak memilih atau negeri pilihan. kami berbincang secara ganas lagi. dan akhirnya aku tanda tidak memilih.
- seorang pakcik, yang aku rasa terdengar perbincangan secara ganas aku dengan jeela lalu disebelah aku dan berkata "jangan dik, nanti dia hantar pergi tanjung rambutan nanti"
- aku tak sempat jawab sebab pakcik tu berjalan sangat pantas. jadi di sini aku ingin jawab "pakcik, ai tak kisah. nanti boleh deting² dengan doktor pakar jiwa"
- kami diberikan soalan IQ dan pengetahuan am untuk dijawab dan ketika pengumuman untuk itu aku tersilap dengar. "apa La? soalan ARAB?" beberapa calon temuduga berhampiran pandang aku dengan wajah pelik. sebenarnya "sila naik ke tingkat atas untuk jawab soalan IQ SEKARANG"
- aku dan jeela berlainan kumpulan. tapi masa menjawab soalan IQ, kami bertembung dan sempat berbincang. "Pssttt..psstt...La, pelan intergriti negara tu apakejadah La? mati aku tak tau" dan jawab jeela "jawapan dia C la, ada klu kat belakang"
- kami sempat curi² snap gambar petugas di meja pendaftaran. jeela panggil dia kakak-muka-cuka! muka dia asyik masam je sepanjang hari. hampeh betul. dah la pakai baju corak² macam lambang parti politik!
tengok, asyik buat muka sombong je dia ni.
- aku dan jeela lunch kat kafe dekat situ. jeela ambik nasi + ikan keli + sayur campur sikit + limau ais = RM6.20. aku ambik nasi + ayam goreng kecik je + sayur bendi banyak² + limau suam = RM5.50. emm...
- ramai orang heran tengok aku dengan jeela. kami kemana saja berdua. maybe sebab kami dua² interview dan sangat² rapat. kejap² ketawa. kejap² bisik (errr...gosip girl ok) dan ada orang tegur kami "korang dua ni dah lama kenal ker?" aku angguk kepala dan jeela geleng kepala. Hahhahhahha...
- aku sempat tertido atas bahu jeela sebelum dia kejutkan aku. "Woi..woii..bangun arr. ko dah sampai mana ni? thailand? singapore? india?"
- jeela interbiu dulu sebab nama dia mula dari huruf N
- oh yaa..ada calon temuduga untuk jawatan penguatkuasa pengsan masa latihan fizikal! kesian akak tu. tapi lepas tu masa kat toilet, dia nyanyi² dengan riang gembira. musykil aku.
- aku interbiu pukul 4 petang. EMPAT PETANG!
- kami diinterbiu secara berjemaah. duduk dalam bentuk separa bulatan menghadap tiga panel temuduga.
- dalam group temuduga aku, aku sorang je yang tak pakai tudung, dan aku sorang je yang bawak henbeg putih
- dalam semua² calon temuduga perempuan semalam, rambut aku yang paling pendek!
- jeela pakai baju pink! kata jeela "ni baju mak aku, tudung mak aku gak! semua² aku pinjam mak aku punya la. kecuali spender dengan bra" sambil tersengih²
- ada gerai jual air dan buah, aku dan jeela nak beli tapi sampai sudah kitorang lupa. asyik bergosip je.
- ada kekeliruan nama antara aku dengan kakak-baju-sutera-biru. perbezaan 1 huruf saje
- buat pertama kalinya nama aku tidak dipersoalkan ketika diinterbiu (sebelum² ni, nama aku akan jadi soalan pertama panel temuduga)
- tapi macam biasa, negeri kelahiran aku akan dipersoalkan.
- aku terkantoi secara bermaruah. aku dan jeela masing² tidak mahu bawa diploma dan akan mengaku ada spm jer. tapi panel temuduga tanya aku "awak ada diploma yer?" dengan muka pelik yang terpaksa membuatkan aku mengaku. haiiiisshh..~ (puan, saya tiada niat untuk sembunyikan diploma saya itu...~~)
- aku pakai kasut baru yang agak longgar dan membuatkan aku terpakasa berjalan dengan perlahan dan sopan santun manakala jeela pakai kasut hantaran dia (3 tahun dulu ye La?) dan agak sempit dan ketat!
- semua urusan selesai +/- pukul 4.45 petang.
- jeela dan apek jaga parking bertekak dan aku jadi tukang gelak
apek ni mintak RM5 tapi jeela takmo. jeela bayar RM4 jer
- jeela marah aku sebab tinggalkan air kotak dutch lady perisa coklat dalam kreta dia. "ko buang skang air tu" dan aku dengan pantas buka pintu dan buang.
- ada budak kepoh dalam group jeela. nama dia yati. cerita jeela, masa panel temuduga tanya kenapa nak apply jawatan ni dia jawab, "sebab saya sukakan alam sekitar dan hendak tau macam mana nak selamatkan alam sekitar dari tercemar bla..bla..bla.." lebih kurang camtu la. padahal jawatan ni takde kena mengena dengan itu! "nampak sangat nak membodek" kata jeela
- dalam bilik temuduga, kanan aku kakak-baju-sutera-biru yang nak baca selawat dan jampi² sebelum masuk temuduga. kiri aku pulak, awek-tudung-pink dari segambut yang boleh tahan gak lawaknya.
- awek-tudung-pink tu eksaited nak tau url blog aku masa aku cerita pasal aku curi² snap gambar kakak-muka-cuka dan nak letak dekat blog, tapi aku tak sempat nak bagi! awek-tudung-pink, yu jalan sangat laju la, ai tak sempat nak kejar.
- dalam bilik temuduga, hanya kami bertiga (aku, kakak-baju-sutera-biru dan awek-tudung-pink) yang asyik berbisik². harap² panel temuduga tak perasan. hahhahahah
- oh yee..jeela sangat berhati² ketika memandu. dia tak berani nak potong line. ayat kaver dia, "karang keta aku calar, mati aku nak jawab dengan abang!"
- kos perjalanan (tol + parking + minyak) semalam ditanggung oleh jeela. ai leb yu jeela!!! nanti aku belanja ko lunch kat beger king ye. sila tuntut dalam jangkamasa terdekat sebelum duit aku susut!
masa balik pun jem!
****thanks untuk semua yang telah mendoakan aku. walaupun belum tentu lagi lulus, aku harap² lulus la. penat dah nak pergi interbiu.
3 comments:
hahaha!! apesal ko x masukkan dialog aku ngn apek sengal tu haa? besh ape..
giler penat mlm td.. bkn penat overtime ye =P.. penat memandu ngn penat otak ngn intebiu tu laa...
nnt akn ku tuntut beger king itew yee.. kalo susut bln ni, bln depan pon ade lg kan.. hahaha!!
aku tengah mendoa ni..
hee
La. dialog tu aku igt² lupa la. tu pasal la aku x letak. hahha...
bagus vi, teruskan mendoa
Post a Comment