wajib klik!

Thursday 12 February 2009

selamat pengantin baru sahabat...~

gara² adik lelaki yang telah lambat menghantar kereta, maka aku yang telah berjanji dengan miss-jiwa-kacau untuk pergi ke majlis walimatulurus anep dan watie pada pukul 12.30 tghari terpaksa menundanya ke pukul 2.00 ptg. dan kami tiba di majlis +/- pukul 3.30 ptg.

separuh dari meja telah dikemas.

pengantin perempuan tidak kelihatan.

semua tetamu telah pulang. yang tinggal hanya saudara-mara pengantin dan 2-3 orang sahabat yang mungkin saja² mahu lepak lebih lama.

nasib baik pengantin lelaki yang masih bersongket lengkap dengan tanjak dan keris masih ada di bawah khemah. dengan pantas kami menghampiri...

aku : perempuan bujang memang harus datang lewat.

pengantin lelaki : yelah tu. terima kasih la ye (sebab aku hulurkan hadiah ok)

dan aku paksa pengantin lelaki teman kami ambil makanan setelah adegan tolak-menolak berlaku antara aku dan miss-jiwa-kacau. perempuan bujang haruslah kelihatan malu² ketika berada di kenduri kahwin. ekspeseli ketika bab mengambil makanan.

dan ketika si pengantin lelaki jalan beriringan dengan aku ke meja makanan...

"laa...pegilah tukar baju dulu. panas ni" emak pengantin perempuan.

dan si pengantin lelaki yang mungkin telah bercita² mahu menjadi menantu mithali dengan pantas meninggalkan aku dan miss-jiwa-kacau di meja makanan. (iye anep...takpe, aku faham.)

aku dan miss-jiwa-kacau : makan², minum² air anggur dan terus masuk rumah pengantin. salam² dengan pengantin, duduk² sekejap tengok pengantin perempuan kara-ok dan kemudian pulang.

apa² pun untuk anep dan watie : selamat pengantin baru dan moga bahagia ke akhir hayat.

pengantin yang telah tukar baju ketika aku dan miss-jiwa-kacau sampai. (baju pengantin lelaki matching dengan dinding, baju pengantin perempuan matching dengan cadar katil)

3 comments:

azilaraffie said...

hahaha.. jahat ler ko.. baik pnya matching kaler ye. jaga²... mengaum gak c anep tu kang..

to anep n watie : smat ber fantasia bulan madu ye kawan! sorry x dpt dtg sbb aja bgtau last minute + dh ade appointment at N9 ler.. adios

julietchun said...

hahaha, mmg matching ler.

jajazuzu said...

La : ahh..bila masa aku baik? berani la anep tu nak mengaum kat aku.



Juliet : yer...mmg sgt matching. pengantin berdua tu x perasan.