wajib klik!

Friday, 2 December 2011

Lambat

I terjaga jam 5.29 pagi. I pasti. Sebab I terjaga dengan mata terbuka luas. Macam dah lama rasanya I tidur. I terdengar kakak besar aka kakak tuan rumah I tu tengah menggoreng sesuatu kat dapur. Bilik I dekat dapur, jadi keletang keletung bunyi sudip dengan kuali tu memang jelas lah.



I sambung pejam mata. I dah set jam pukul 6 pagi. Masa alarm jam berbunyi, I sedar. Tapi I rasa malas pulak nak bangun. I sedar yang I silap tekan butang. Selalunya I tekan snooze je. Tapi I tersilap tekan stop. Tapi sebab I rasa I tak ngantuk, cuma I malas nak bangkit dari tilam je, I tak peduli la. I sambung golek-golek lagi. Sekali bila I sedar bukak mata, cahaya luar dah terang. Jam dah pukul 7.10 pagi!!!




Memang macam orang gila la I bangun. I bangkit. Berdiri. Bukak semua baju…dan kemudian I sedar. Apahal I bukak semua baju ni? Tuala mandi kan I sidai kat paku luar pintu bilik. Takkan I nak keluar bilik tak pakai apa-apa kot.



Dah lah lambat. Mengarut pi bukak semua baju. Lepastu kena pakai baju balik. Bertambah lambat lah. Nasib baik hari ni Jumaat. Dan nasib baik sekarang cuti sekolah. Jalan tak jem. Fuhhhh….

Thursday, 1 December 2011

Poco-poco

Sejak I semangat nak ber-aerobik dekat rumah, kawan I offer CD poco-poco dia. jadi, dengan hati senang I mestilah NAK. Dah boring aerobik, boleh poco-poco pulak.

I excited cerita dekat housemate I dan semua orang pun happy. Semua orang excited nak poco-poco sebab yang sorang tu sampai kesudah tak pandai follow step aerobik dan lagi sorang tu dah sakit otot perut sebab I paksa join I aerobik.

Kami semua excited. Siap plan pukul berapa nak start kelas poco-poco dan masa tengah borak-borak sorang housemate I bagitahu owner rumah sewa I tu.

Dan owner rumah I kata :

“Takpelah. Tengok je bil elektrik bulan ni berapa” Sambil buat muka

I yang masa tu tengah makan megi, rasa nak makan sudu dengan garfu sekali. Apalah nasib i duduk serumah dengan manusia macam ni.

Nak kata tak ajak, dah ajak. Tapi dia tak mahu. Nak kata tak bayar sewa + bil, tak pernah pulak.

Susahnya la nak faham manusia macam ni. Nasib baik dia tu kakak sepupu partner i. Kalau tak….

Tapi, hey…peduli apa kan. I bukan tak bayar sewa + bil. Peduli la dia nak bising pasal bil pun. Dah lah kami semu tak pernah tengok bil tu. Dia sorok dalam bilik dia saja. Kalau dia nak gemok, janganlah nak marah-marah orang lain yang nak kurus. Jadi, malam ni…KITA POCO-POCO !  

Wednesday, 23 November 2011

60kg

I memang sangat marah ni. Jarum penimbang dah cecah 60kg. sangat melampaulah jajazuzu ni. Apa dia ingat dia tinggi sangat ke so 60kg tu still nampak kurus? Hishh…dah lah rendang, berat max sepatutnya 52kg tapi masih tak sedar diri asyik makan makan makan makan makan je. Then sabtu lepas masa ada Fabulous Food 1Malaysia kat PWTC, dia sibuk gak pergi. Bila ada booth yang bagi free sample laju je pergi ambik dan makan makan makan makan makan. Siap kena tolak dengan ah so masa dekat booth Jasmine sebab Jaafar Onn bagi sample nasi beriani pun masih tak sedar diri lagi. Sampai semua orang cakap mak aih kak jaja makan semua food sample? Tak pening ke? Lepas tu ketawa happy sebab makan banyak sangat.


*geleng kepala*


Takpe. Sebab dah beli DVD Player murah RM29.00, marilah kita beli DVD aerobic pulak.


1 2 3 4 5 6 7 8 !


8 lagi!


1 2 3 4 5 6 7 8 !

Wednesday, 16 November 2011

Kawan Lelaki II

Setelah tamat kisah I dengan kawan lelaki I yang penuh drama tu, I sekarang terpaksa menghadapi perangai kawan lelaki yang lagi satu. Sama juga dengan kawan lelaki yang sebelum ni, kawan lelaki yang I nak cerita ni ialah kawan lelaki dari sekolah juga. Tapi bukan sekelas lah. Tapi agak baik.



Dia ni dah kahwin. Sekarang punya status : Pernah berkahwin. Baru-baru ni dia tiba-tiba saja text I dan bagitahu yang dia sudah bujang kembali. Dan sedang sedih. I pula sebagai kawan hanya balas text dia tu dengan ayat Oh ye ke ? Aku tak tau weih. Reply biasa-biasa saja standard kawan kepada kawan. Tak semena-mena dia text i ini pula :




Aku sebenarnya memang dah ada hati kat ko. Dari sebelum aku couple dgn *** dulu. Ko ingat tak aku selalu ajak ko keluar berdua dulu. Aku selalu ingat kenangan kita dulu. Jom la kita couple. Kalau jadi aku nak masuk meminang ko bulan 12 nanti.





Entah sejak bilalah dia ada hati perasaan kat I. Tiba-tiba dah pegang status duda ni nak mengurat I pula. I tak feel la dengan kawan-kawan sekolah I. Lainlah kalau dari sekolah I memang dah syok dekat dia. itu lain cerita lah kan. tapi ini memang KAWAN. I tak pernah nak syok dekat dia.


Walaupun I geram sebab dia suka-suka hati je nak ajak I kahwin macamlah I ni tak ada siapa yang berkenan, tapi I mesti cool. Jadi, sehabis baik I reply dia


Aku mahal la weh. Sebab tu sampai sekarang tak ada siapa yang mampu nak pinang. Hey, rileks la.. Aku dah ada bf. Kesian kat dia. Kesian jugak dengan orang lain yang tunggu aku. Maybe lepas ni ko akan jumpa orang lain yang lebih baik. Take care.


Sehabis baik ke tu? Yang penting I nak dia tahu yang I tak terdesak sangat nak berlaki. Dan dia, tak bolehlah suka-suka hati nak ajak KAWAN sekolah yang baik dengan dia kahwin. Tiba-tiba lak nak mengaku dah lama ada hati. Dulu taknak lak mengaku. Kan dah melepas.


Dia pulak, reply I dengan agak baik juga.


Ingatkan takde bf. Melepaslah aku. Takpela Ja, nak buat macam mana…


So, I memang anggap dia sedar diri dia ditahap mana dalam hidup i. Ceh, ayat macam poyo bagus je kan. Jadi, I harap dia sedar yang I dan dia ni hanya kawan dan I dah ada partner yang walaupun tak romantik, tapi tak kedekut tu.



Tu cerita sebulan lepas. Dia senyap saja dan itu bagus untuk i. malas I nak layan orang-orang frust macam dia. Ayat nak menggatal saja.



Tapi baru sat ni dia call I. Sebagai manusia yang baik hati terhadap kawan, I pick up saja lah call dia. Mana tahu kot nak bagi kad jemputan baru ke.



Tapi bila I say Hello saja, dia dah jerit HAI SAYANG dekat I. Nak balas apa? Sayang jugak ke? Nak mati? Itu memberi harapan palsu. I gelak pelik saja. Sumpah I rasa pelik. Gelak Heheheh saja. Tak excited. Sebab gaya dia kata Hi sayang tu dah macam semacam. Then dia tanya i balik kerja pukul berapa, kerja dekat mana sekarang ni…bla..bla..bla…lah.



I jawab I kerja kat Subang ni ha, balik pun tak sure lagi pukul berapa sebab I dah syak dia macam ada niat tersembunyi. Syak I betul sebab dia cakap nanti pukul 6 dia nak datang area ofis I sebab dia habis kerja pukul 3 petang.



Oh my…. Memang tak lah I nak jumpa dia kan. tapi takkan lah I nak kata tak begitu saja. I haruslah bagi ayat mengelak yang bagus dan penuh alasan. I tanya dulu kenapa dia nak datang sini dan nak jumpa i? Dan dia jawab dengan ayat yang I rasa menjengkelkan.



“Aku dah duda sekarang. Aku bebas nak pergi mana saja yang aku suka”

Dan



“Kenapa? tak boleh ke aku nak jumpa kau?”


Eh….tak ada angin, tak ada rebut, tak buat appointment 2 hari sebelum nak bising-bising pulak. Ingat I ni apa?



Bila I mula merepek dan nak bagi alasan…..



Tut..tuttt…..



Bateri handphone I habis.


Good. Tak payah susah-susah nak bagi alasan dekat orang yang menjengkelkan. Heh!

Tuesday, 15 November 2011

Kombinasi










Sakit gigi geraham nak tumbuh dengan sakit datang bulan.










Memang best!

Monday, 14 November 2011

Bengang

Semalam I teman my partner pergi kenduri dan dia tinggalkan I di meja makan yang penuh dengan kawan lelaki dia sebab dia ingat I dengar dia kata JOM BALIK masa dia bangun ambil air sirap, minum seteguk dan letak cawan tepi I sambil mata kat tempat lain sedangkan tak jauh dari belakang I adalah meja DJ yang sedang sibuk bercakap tanpa henti sebab apalah kenduri kahwin kalau senyap sunyi tanpa suara DJ yang meriah dan peramah kan dan nasib baik kawan partner I yang tumpang kereta kami toleh tengok I terkulat-kulat dekat meja penuh lelaki dan cepat-cepat panggil partner I yang tengah kejar apa ntah jalan laju sangat sampai lupa yang dia bawak sorang perempuan berbaju pink yang tengah sakit gigi tapi takde choice kena jugak makan ayam masak merah separa keras sebab dah lapar lalu si perempuan terus buat muka bangun tak toleh belakang sebab malu dengan kawan-kawan lelaki yang lain dan jalan laju bila sampai dekat dengan si lelaki terus jerit SHAHIR BENGONG.




Puas hati walaupun jerit tak keluar suara.

Friday, 11 November 2011

Dear Lyn,

Sampai hati u sanggup tinggalkan i. Siapa yang nak bertanggungjawab terhadap I? U dah buat I begini, dan sekarang u nak tinggalkan i? Apa yang ada dalam kepala otak u tu? Sampai hati u kan….tsskkk




Dulu u janji akan sama-sama miskin dengan I kat company ni. Company ni bayar kita ciput saja, tapi kita selalu happy gossip pasal orang lain. Lepas ni siapa yang nak bergosip dengan i? Takde siapa yang kenal Kakak Vouge, Kakak Open, Abang J, Abang G, Kak Ngah I, Ex-Kak Long I, Kakak Besar I, Kakak Rabbit U, Si Sap Kok, Abang Cengkih…… Lepas ni kalau I ada nama gelaran baru, dengan siapa I nak share? Sampai hati u Lyn. Eh, I dengar gossip kan, si Akak Vogue tu dah kahwin banyak kali tau. I mean hubby dia sekarang bukan first marriage dia. Tengok, even dia agak curvy pun, dia laku tau. U patut dress up macam dia. Lupakan diet dan pil kurus. Kahkah… Ops…I tergossip pulak. Ni gossip I copy paste saja. Bos rambut pacak I yang cerita. Boleh tahan gossip gak dia tu.



I dah takde geng lunch bawak bekal dah lepas ni. Siapa lagi yang nak share moment kemiskinan dengan I lepas ni? Iskk… Lepas ni I dah tak dapat baca Metro Harian percuma dah. Sampai hati u Lyn. U tahu I kan tak mampu nak beli surat khabar hari-hari. Masa u decide nak say bye-bye dekat I dan company, u tak fikir ke semua ni? Mestilah tak kan. U kan tengah nampak RM$$$$$ dekat Mesin tu. Sedih I tau.



Siapa yang nak puji I atlet lagi lepas ni sebab I naik tangga 5 tingkat dekat ofis? Siapa yang nak puji I dah kurus lepas I belasah makan kek-pizza-aiskrim-mee kari lagi lepas ni? Siapa yang nak promote produk kurus terbaru dekat I lagi lepas ni? Siapa yang nak bagi i betik free lagi lepas ni ?



*hembus hingus*



Lyn, I harap u dah hapuskan semua email-email gossip kita berdua. I tak mahu nanti u dah blah, kalau kantoi I sorang saja yang kena. Ini tak adil. Ada banyak benda lagi I nak ceritakan. Tapi I takde mood lah. Hey, boss I cuti, jadi I harus kerja sambil bergembira!



*buang tisu*



Jadi Lyn, I harap u takkan lupa janji-janji manis u untuk belanja I Tony Roma’s 3 bulan berturut-turut. I menghitung hari ni, bila lah u nak dapat gaji engineer tu. Bagitahu saja bila, I akan sepantas kilat datang bersama perut yang lapar. I sanggup lupakan diet I semata-mata untuk makan bersama dengan u Lyn. Jadi jangan hampakan I tau.



Oh Lyn, hadiah untuk u tu, I dapat bad experience dengan kakak sales assistant tau. Tapi demi u, I harungkan jua. Nanti di lain masa lah I cerita tentang tu. Hadiah comel I tu khas untuk ganti bekas syiling recycle u. Simpan elok-elok dalam drawer meja engineer u nanti. Selamat menabung ye. Hasil tabungan u tu nanti, belanja lah i sepasang dua baju dari thepoplook. I dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Tapi kan Lyn, u sure u tak tipu resume macam anak chef terkenal tu kan? Tak kan? Kalau tak, maknanye I pun ada can la nak jadi engineer. Jangan lupa tau. Bye Lyn, I tak mau lah bagi ucapan kenang daku dalam doamu ke, ku harap persahabatan kita kekal abadi ke, simpanlah memori indah kita bersama ke….itu semua bukan I Lyn. Kalau u harapkan ucapan tu, I minta maaf. Tapi, I adalah kaunselor wannabe. So, if u terjumpa resume perempuan lain dalam pendrive boyfriend u, I selalu je ada untuk bagi u tips berkhasiat. Eh, silap pulak...tips bermanfaat.



Bye Lyn.