wajib klik!

Wednesday, 28 August 2013

Pantang?

Salam...


Ya, kena ada tanda soal dibelakang tu. Sebab I sendiri pun confuse harus pantang yang macam mana ni? Pantang macam biasa atau ada part yang tak perlu pantang?

Keluar dari hospital, I terus balik rumah emak di Rawang. Tapi I terlupa yang emak sekarang kurang sihat. Jadi kalau nak makan-minum kena pandai-pandai sendiri la buat. Since I masih lemah, partner ajak I balik Subang. 2 hari saja stay dekat Rawang dan I taknak memyusahkan emak. Biarlah emak berehat. So far, menu di Rawang hanya ikan bilis, nasi dan kicap. Tapi masa dekat rawang, I mandi guna herba mandian, bertungku dan minum air akar kayu. Herba mandian dan air akar kayu, partner beli dari kedai jamu di Subang.

Balik ke Subang, tak ada dah sesi bertungku dan mandi herba mandian sebab kedua-duanya kami tinggalkan dekat Rawang. Malas nak bawak balik Subang. Cuma air akar kayu saja yang I bawa. Dan sampai entry ini ditulis, air akar kayu tu masih dalam bungkusan. Hahaha...dasar pemalas memang macam tu. Malas nak keluarkan dan panaskan semula. Sebab I ingatkan nak makan jamu saja. Senang sikit nak telan. Air akar kayu tu, rasanya tak sedap langsung. Nak habiskan secawan pun ambil masa sejam.

Balik Subang, I hanya mandi guna air suam campur halia. Sebab konon nak gantikan herba mandian yang ditinggalkan dekat Rawang tu. Makcik partner yang akan masakkan makanan untuk I. Biasanya sup ikan, ikan goreng garing atau ikan bilis goreng tanpa minyak. Itu pun dah cukup bagus orang nak masakkan kan? Jadi bab makan I memang tak banyak komplen. Apa yang ada, asalkan tak gatal, tak terlampau berminyak, tak pedas dan tak sejuk atau berangin, semua I makan. Walaupun tak bertungku, tapi I pakai bengkung. Bengkung pun pinjam dari sepupu partner. Sebelum ikat bengkung, sapu dulu losyen mustajab pati halia tu dan partner akan tolong ikatkan. Ohh..May pun akan join sekali. Dia akan lompat dan tangkap tali bengkung yang panjang berjurai tu. Kalau tak kena gaya, dia terlompat atas peha I. Kalau lompat sesaje je takpelah. Ni lompat sambil keluarkan kuku. T__T

Then, Raya.

So, dengan semua makanan yang sedap-sedap, ingat I nak pantang ke? Hahahha...Start hari pertama Raya, I dah tak pantang sangat bab makan. Tapi bab minum, bab pkai stoking dan bab pakai bengkung memang I jaga. Yelah, bak kata makcik-makcik yang I jumpa, I boleh makan rendang. Sebab I bukan nak kena menyusu baby pun. Yang orang bersalin pantang 44hari tu lainlah sebab kena menyusu baby. Wahhhh... ini green light yang paling best. Laju-laju I makan nasi impit + rendang bila dengar macam tu. Jadi, separa pantang la namanya ni. Hehhe.. Bila berjalan raya, I memang akan pakai stoking. Kalau I tak pakai, akan ada suara-suara yang marah. Kalau tak partner, mesti abang-abang dia yang marah. Baiklahhhh..I pakai. Then, bengkung pulak I pakai hanya di rumah. Kalau jalan-jalan, I akan pakai Spanx. Ingat Spanx yang I beli dulu? Nasib baik ada spanx. Even bukan macam korset tapi kali ni, I rasa selesa pakai Spanx. Rasa macam...ohh, tak rugi aku beli kau dulu, Spanx. Berguna juga akhirnya.

Dan sekarang bila dah masuk kerja, I hanya jaga makan dan minum saja. Jaga makan tu, takdelah sampai cari makanan yang betul-betul macam orang pantang. Just tak tak ambil yang sejuk, yang over pedas dan over minyak. Stokin masih pakai lagi sebab aircond ofis sejuk teramat. Tapi Spanx I dah tak pakai. Partner marah sangat-sangat bila tau yang I dah tak pakai, tapi I is degil. I buat dek saja. Hehehhe.. Malas nak pakai sebab dekat ofis I banyak duduk. Kurang jalan. Bila duduk, perut rasa tak selesa pulak. Tapi kadang-kadang bila datang rajin, I pakai je.

Oh ya...hari terakhir MC, I beurut. Itu pun sebab abang partner yang beriya-iya call kakak urut tu. Yelah, I dah rasa sihat masa tu. Rasa kalau tak berurut pun takpe kot. Tapi dah abang ipar beriya, kita layankan saja. So far dah 2 kali berurut. Masa mula-mula berurut tu rasa best la jugak. Sebenarnya kena berurut 3 kali berturut-turut kan? Tapi I tak. I berurut selang seminggu. Tak kisah lah kan? Janji berurut.  Jamu pun I masih tak makan lagi. Kakak urut tu suruh I makan jamu sebab badan I sejuk katanya. Baiklah...nanti akan ku makan jamu.


Tuesday, 27 August 2013

Cerita sedih #5 : THE END

Salam...

After doc give up dan kata lets buat D&C sebab uri masih ada yang teringgal, I okay saja. Baiklah..I pun dah tak tahan nak menangung sakit sebab perut I ditekan-tekan. Lepas doc keluar, nurse keluar,partner datang dan cakap dia nak balik sekejap lagi, nak uruskan pengebumian baby. Dan Mak cik dia on the way dengan sepupu dia. So, sepupu dia (Ika) akan teman I malam tu. Baiklahhhhh...
Doc dan nurse kata mereka akan cuba call OT dan check ada kekosongan tak dan kes I ni dikira emergency case. I minta partner air suam dan coklat. Laparnya lahhaaaaiii... Lunch makan sikit, dinner tak makan langsung. I makan 3 biji coklat hazelnut dan minum secawan air suam. Tak lama lepas tu datang nurse dan bagitahu I supaya puasa. WHAT? I dah makan coklat baru sat ni. Siap minum air lagi. Dan nurse tu kata..ohh..ye ke? Macam tu saja. Ehhh... kena puasa ke tak ni? Tapi dah makan tadi. Macam mana ni? Dah nurse pun buat tak kisah, I pun tak fikir banyak la. Nasib lah, siapa suruh tak bagitahu awal-awal kan.
Partner balik dengan makcik untuk uruskan baby. Dan tak lama lepas tu staff dari OT datang dan suruh I get ready. Ada OT room kosong dan mereka akan buat D&C malam ni jugak. Seorang nurse dari wad ikut dan bila sampai dekat bilik OT mereka tolak I ke hujung dinding. Masa tu I beritahu salah seorang staff dekat situ yang I ada makan tadi. Tak pe ke? Dan staff OT tu (I tak sure dia doc ke nurse ke apa ke) terkejut dan terus beritahu doc yang I tak suka tadi tu, yang tekan-tekan perut I tadi tu yang I ada makan. Cepat-cepat doc tu datang dan dengan nada yang nak marah tapi cuba control marah, dia tanya kenapa I makan? Kenapa I taknak bagi kerjasama? Ewaahh..ewahh..salah I pulak ke? I pun dengan nada yang meluat terus jawab yang tak ada sesiapa pun yang bagitahu I yang I kena puasa, tak boleh makan. Kenapa bila dah bagitahu yang I kena buat D&C tak ada sesiapa pun yang bagitahu terus yang I kena puasa? Dan doc tu terus kata yang dia ada explain pada husband procedure D&C. Kenapa tak bagitahu. Isshhh...ini boleh mendatangkan kemarahan. Jadi malam tu doc dekat OT tolak kes I sebab I dah makan 3 biji coklat. Tak jadilah D&C malam tu jugak. Sampai dekat wad I terus call partner dan tanya kenapa dia bagi I makan. Partner kata tak ada sesiapa pun yang bagitahu I kena puasa. See? Tak ada sesiapa pun yang bagitahu kami. Apa dia ingat I suka-suka hati akan makan ke kalau I dah tahu yang I kena puasa. Apa dia ingat I tahu sangat ke semua procedure, kena puasa ke kena makan ke? @#&%*%^*!!!
One thing yang I rasa bagus jugak D&C cancel malam tu sebab I tak mahu dah doc cina tu yang buat. Tak sukanya la I dengan dia. Kasar dan tak pernah nak peduli pun perasaan patient. Sepanjang I dekat hospital, I tak pernah nak ambil kisah pun kalau doc lambat ke, layan tak layan I ke sebab I tahu, patient ramai nak kena jaga. Tapi dengan doc yang satu ni, memang I tak boleh nak kompromi. Cara dia memang sangat-sangat kasar.
I sambung tidur dan bangun pagi esoknya tu, doc yang lain pula datang dan scan perut I. Ya, memang masih ada saki-baki uri di dalam. Doc tu cuba keluarkan dan masih tak boleh juga, dan proceed ke D&C. Meluat punya pasal dengan doc malam tadi, dari malam I tak sentuh apa-apa makanan dan minuman. Sepatutnya nurse kata I boleh makan sebelum pukul 12 tgh malam. Tapi sakit hati punya pasal, pedulilah. Jadi, pada pagi Jumaat (02/08) I ditolak sekali lagi ke OT untuk D&C.
Sampai di OT ada seorang makcik yang tolong I untuk tukar baju. Takpe dik, kat OT ni memang semua orang kena bog*l katanya. Since I ada jarum di kedua-dua belah tangan (I ada tulis ke sebelum ni? Doc tak puas hati dengan jarum biru yang kecik tu, jadi dia cucuk jarum hijau pulak pada tangan kanan I) lengan baju Cuma dimasukkan sebelah saja. Sebelah lagi, hanya tutup baju tu di dada saja. Dah la OT sangat sangat sangat SANGAT sejuk. Tangan I yang sebelah tu, masuk air pulak. Jadi, memang sejuk sampai menggigil la I. I rasa I kena tunggu lebih kurang setengah jam untuk di tolak masuk ke OT room. Boleh kata semua bilik ada kes. Semua pun macam emergency dan semua doc pun nak setelkan cepat-cepat patient mereka. Sambil menunggu, doc bius datang dan explain pada I yang mereka akan bius I separuh. WHAT? Separuh saja? I dah la takut ni. I minta bius penuh. I mahu pengsan dan tidur bila sedar saja semua dah siap. Malangnya permintaan I ditolak. Kata doc bius, proses D&C I sekejap saja. 15-20 minit saja. Jadi, mereka prefer untuk bius separuh. Dan kata doc India tu lagi, jangan risau. I ada standby sebelah u.  
I bukan risau apa sebenarnya. I Cuma risau nak kena cucuk bius tu saja. Bagi I cucuk = sakit. Tapi apa boleh buat. Redo dan berserah saja. Bila ada bilik yang kosong, I dtolak masuk. Pagi tu yang akan buat proses D&C I ialah doc lelaki cina (nasib baik bukan doc yang malam tadi) dan dibantu oleh seorang doc pelatih juga lelaki, cina. I ada pengalaman yang baik dengan doc pelatih tu, sebab dia layan I dengan baik masa masukkan ubat, jadi I tak kisah sangat. Bila sampai saja di bilik OT, suasananya sangat suram. Entah kenapa I rasa sangat suram, sejuk dan menakutkan. Doc bius dan 2 orang nurse dah siap sedia tunggu dalam bilik. I diminta berpindah ke katil bedah, duduk sambil lunjurkan kedua belah kaki dan doc bius get ready nak cucuk bius. Doc cucuk di belakang badan dan oleh kerana I penakut, I tanya doc tu, sakit tak? Tak jawabnya, sakit sikit saja.
Doc mulakan dengan menyapu apakebenda entah dekat belakang I. I rasa sejuk dan doc kata dia akan cucuk. Nurse beri I bantal untuk I peluk supaya I dapat seimbangkan badan. Doc cucuk dan I terus rasa sakit. Hampeh doc ni. Kata tak sakit pun. Tapi memang sakit lah. I menangis sampai meleleh air mata dekat bantal. Dah tak peduli dah orang nak tengok ke apa. I memang rasa sakit tu sangat sangat sakit. Cucuk kat belakang kan. Sakit dia bukan macam cucuk kat tangan or kaki. Belakang badan bukan ada banyak lemak pun. Agaknya sebab kesian, nurse yang bagi I bantal tadi peluk bahu I dari tepi dan tepuk bahu I perlahan-lahan. Macam pujuk budak kecil menangis. Even sakit tak kurang, tapi terima kasih lah dekat nurse tu. I rasa tenteram sekejap.  Bila dah siap dengan bius, doc start D&C dan I memang tak rasa apa-apa. I pejam mata dan cuba untuk tidur. Tau-tau saja, doc kata dah siap dan mereka transfer I ke katil wad semula. I rasa I sedar masa tu, tapi mamai-mamai je. Rasa macam ehh..dah siap ke? Confuse kejap I masa tu.
I ditarik keluar dari OT room dan ditingglkan di...entah lah apa nama tempat tu. Maybe recovery area kot sebab before patient dihantar semula ke wad, mereka akan monitor di situ. I dibiarkan berehat tak lama lepas tu datang 2 orang pelatih nurse. Mereka tolong I tukar baju ke baju wad semula dan nurse dari wad sampai untuk ambil I semula.
Balik wad I Cuma tidur saja sebab bius masih tak hilang. Partner datang awal pagi dan ambil Ika untuk bawa pulang. Tak lama lepas tu, kakak partner datang untuk teman I. Tapi I tidur saja sampailah petang, partner datang semula. Bila dah rasa kuat sikit I pergi toilet dan tukar apa yang patut. Bila doc check petang tu, dia tanya darah masih banyak atau tak. I tak tahu nak terangkan macam mana dan nurse kata, penuh tak pad tu atau tak. Ohhh...begitukah? Darah macam biasa. Tak banyak dan tak sikit. So, kalau I sihat esok doc bagi balik. Yeaaaaa...tak sihat pun I akan buat-buat sihat. Tak sabar nak balik rumah. Rindunyaaaa dekat May.
Sabtu (03/08)
Sebelum discharge doc scan sekali lagi dan tunjuk pada screen. See, dah tak ada apa-apa yang tertinggal katanya. So, boleh balik rumah hari ni. Cepat-cepat I call partner dan suruh dia datang. Cepat-cepat jugak I breakfast, mandi dan tukar baju. Sambil tu kemas apa yang patut. Habislah semua cerita sedih I. Sekarang masih sedih tak? Of course masih terasa tapi sekarang dah redha. Sebab I ada plan macam-macam. Dah ada list barang-barang baby, dah survey semua warehouse sales, dah siap tanda kelendar bila nak buat scan 3d/4d. Tapi tak apalah...Walaupun sedih dan lalui pengalaman yang menyakitkan, I rasa tak terkilan pun. Ini salah satu ujian untuk I dan partner. DIA yang maha mengetahui kan.

Selamat Hari Raya!

Saturday, 24 August 2013

Cerita sedih #4 : 01082013

1/08 (Khamis)
Semalam (31/7 – Rabu) adalah hari rest I. Doc suruh I rest nak bagi badan sihat balik. On off demam I tinggal lama-lama dalam wad ni. Dahlah aricond sejuk giler, katil I tepi aircond pulak tu. Time tidur je mesti buat style udang, mengerekot sepanjang malam. Since I dah sihat, I bangun awal, mandi dan bersiap. Get ready nak masukkkan ubat awal-awal pagi dan berdoa cepatlah baby keluar. Setiap kali pergi toilet dan bila tengok pad kosong tanpa sebarang tanda, I kecewa. Setiap kali tu lah I usap perut dan cakap dalam hati, "Sayang baby, mommy dah lama redha. Keluarlah cepat. Mommy dah tak larat nak duduk hospital lama-lama. Mommy sayang baby, tapi tak pe lah, nanti Insyaallah, adik-adik baby ada teman mommy".  


Sambil tu I terfikir jugak, boleh ke kalau I nak minum air selusuh ke, air akar Fatimah ke, mana tahu boleh percepatkan proses kan. Bila I tanya pada partner, dia boleh jawab yang dia tak tahu apa tu air selusuh. T__T    Alahai suami... Jadi, I suruh dia tanya kakak sulung dia. Mana tahu kakak dia tahu kan.


First ubat  masuk, I rasa sakit sikit. Tapi masih tiada apa-apa tanda. Jadi, I boleh rileks-rileks borak sana-sini dengan patient lain. Lepas ubat yang kedua masuk, masa I ke toilet untuk buang air kecil, I perasan ada darah sikit. Sikit yang sangat-sangat sikit. Tapi bukan dekat pad. I dah mula excited. Sebelum ubat ketiga masuk, I ada bagitau nurse dan doc. Mereka angguk-angguk saja. Masuk ubat ketiga petang tu, I dah mula rasa sakit yang agak kuat. Tapi entahlah. Lain macam pulak rasa sakitnya. I jalan-jalan sekitar wad sebab boring sangat-sangat. Mana tahu sambil jalan boleh percepatkan proses dan mengurangkan sakit. Masa doc buat round check up, I beritahu sakit I yang agak kerap tu. Bagus, itu yang kita mahu, kata doc. Doc kata lagi, kalau tak tahan boleh request pain killer. Tapi masa tu, I berlagak tunjuk hero. Boleh tahan lagi ni, jawab I.


Partner datang melawat I agak lewat hari tu. I pun dah tak kisah sebab dah lama sangat rasanya duduk dalam wad. Partner I pun ada kerja lain nak dibuatkan. Sakit I makin kerap dan sambil tu I suruh partner gosok belakang badan I. Mana tahu boleh reda sikit rasa sakit. Tapi tak. I pulak confuse dengan rasa sakit ni. Jadi I panggil doc dan tanya, I rasa sakit macam nak buang air kecil. Sakit bawah perut. Betul ke sakitnya ni atau I ada masalah lain? Dan doc jawab, kalau rasa nak kencing, pergi saja toilet. Alahaiiii doc, kalau macam tu baik tak payah tanya.


Bila rasa sakit makin kerap dan kuat, I minta partner panggilkan nurse. I mahu pain killer. Kesian partner, sebab sakit, I tertinggi suara dekat dia. Makan malam pun I tak jamah. Tak kuasa nak makan dah sebab menahan sakit yang kerap. Partner pun tak jadi nak balik sedangkan awalnya dia nak balik sebelum waktu berbuka lagi. Tapi pain killer yang I minta tak sampai-sampai pun. Apakah ini? I dah tak tahan. 2 – 3 kali I jeling partner, suruh dia panggil nurse. Tapi nurse pun entah kemana. Maaflah partner, I tak sengaja. Tak lama tu, nurse datang dan suruh I baring betul-betul, nak inject pain killer katanya. WHAT? Injection? I dah lah sakit ni. Nak inject lagi? I ingatkan pain killer tu style telan je. Kot macam panadol ke kan. Mana nak tahu. Nak tak nak terpaksalah I hulur peha. Nurse inject dekat peha dan sambil tu I genggam tangan doc. Baiknya doc cina yang muda belia tu. Bila dia tengok I sakit dan hampir-hampir nak pegang tangan nurse, dia hulurkan tangan dia. Tarik nafas dalam-dalam, katanya lagi. Mekasih banyak-banyak lah doc.

Habis tempoh 1 jam selepas ubat ke-4 dimasukkan, I terus bangun dari katil untuk ke toilet. Rasa macam nak kecing sangat-sangat. Tak tahan dah. Masa tu jam lebih kurang 8.20malam. I masuk toilet, duduk atas toilet bowl dan terus buang air. Sakit masih ada. Kali ni I teran sikit, sebab bila I meneran, rasa sakit tu kurang. Tak lama lepas tu I terdengar bunyi splash. Macam bunyi I memercik dan tiba-tiba macam ada benda keluar dari miss V. I tunduk dan tengok apa yang ada dalam toilet bowl. Dari miss V, I nampak ada sesuatu macam tali gagang telefon. Berpintal-pintal hingga ke dalam bowl. Dan dalam toilet bowl ADA BABY!!!!!

Oh my..oh myyyyyyyyyyyyyyyy... I panic sekejap. Apa nak buat ni? Apa nak buat? Jerit partner kat luar? Ehhh...tak boleh. Nanti ganggu orang lain. Dan partner boleh dengar ke kalau I jerit? Sebab patient katil sebelah I tu, masih ada tetamu lagi. Ramai pulak tu. Bunyi bersembang pun kuat. Bangun dan pergi katil? Tak boleh. Tali kat miss V ni macam mana? Flush? Hoooooiiiiii. Giler ke apa nak flush baby? Ok, jalan paling baik, panggil nurse. I terus tarik tali emergency yang ada dalam toilet dan tak lama lepas tu datang 3 orang nurse.


"Kakkkk..." Perlahan sambil ketuk pintu toilet. Dan I suruh mereka masuk toilet dan terus bagitahu yang I rasa baby dah keluar. I minta glove. Biar I sendiri yang ambil baby. Alahaiiii...kesiannya anak mommy. Mommy tak sengaja. Mana tahu kamu nak keluar masa tu. Kalau tahu, mommy kencing atas lantai je tadi. Nurse pun terkejut dan tanya kenapa I tak buang air atas lantai. Takkan tak ada apa-apa tanda. I tunjuk pad I. Tak ada apa-apa tanda. Ingat I sengaja ke nak keluarkan baby dalam toilet bowl. Hishhh..


Nurse keluar semula dan partner datang ke toilet. Dari dalam toilet I beritahu baby dah keluar dan cepat-cepat partner masuk. Sambil tu, nurse bertiga tadi datang sambil bawa glove dan wheelchair. I pakai glove, masukkan tangan dalam toilet bowl dan cuba ambil baby. Kecik dan licin. Nurse suruh letak dalam mangkuk steel. "Haa...itulah anak akak" Kata nurse yang jaga I. Hampeh betul budak ni. Rasa macam nak sekeh je dia.  I cuci apa yang patut dan terus duduk atas wheelchair. Mangkuk steel tadi I letak antara peha. Nurse tolak I keluar dari toilet dan terus ke katil. Tarik semua langsir dan doc dah ready depan katil I. Doc cina muda belia yang pinjamkan tangan untuk I genggam tadi dan doc cina lelaki yang I tak pernah nampak sebelum ni. Semua pelawat katil sebelah dihalau keluar.

Doc explain, dia nak keluarkan uri I dan minta I baring, bengkok kan kaki dan rilekskan badan. Doc cuba keluarkan uri dengan memasukkan tangan sambil menekan perut I. Apa yang boleh I kata, ianya satu proses yang SANGAT MENYAKITKAN. Sangat-sangat. Lebih sakit lagi dari sakit sebelum baby keluar. I menangis dan kalau ikutkan hati rasa nak tendang je doc lelaki tu. Sakit hoiiiiii... I dah tak kisah lah dia nak korek keluar uri dari miss V, tapi yang I kisahkan sangat, perut I tu. Dia tekan perut I macam tekan perut teddy bear je. Kuat sangat-sangat. Sambil tu dia kata, sorry puan, I terpaksa buat ni. Kalau tak nanti u kena masuk bilik pembedahan dan kena buat proses D&C. Ahhhhh..pedulilahh nak D&C ke C&C ke ABC ke, I dah sakit sangat-sangat. I dah tak mahu dia cuba keluarkan uri . Akhirnya sampai satu tahap I dah redha, tekanlah doc. Picitlah suka hati kau. I berhenti menangis dan tahan saja rasa sakit dalam hati. Masa tu doc pun dah give-up. Kena D&C jugak katanya. 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 22 August 2013

Cerita sedih #3 : Wad 10U

Salam...
Lets sambung dan habiskan semua cerita sedih ni.
28/7 (Ahad)
Sampai PPUM hampir jam 5.30 petang. Terus ke wad dan pass memo yang Dr dekat emergency bagi pada I semalam. Nurse tu panggil Dr dan dia tanya I beberapa soalan sebelum buat phone call dekat siapa entah. Nurse pulak, terus bagi I katil dan suruh I tunggu dekat katil. Duduklah I dan partner sambil tengok sekeliling wad. I dapat katil 40, tepi pintu, tepi aircond dan dekat dengan meja kerja nurse. Then nurse tu dating balik dan suruh partner turun bawah untuk register admission I. Sambil tu dia pass jugak uniform wad kaler pink dan kain maroon dan suruh I tukar. I duduk sambil main game saja. Wad tu ada 4 katil. 2 katil depan I kosong. Sebelah katil I ada orang, tapi sebab dia tarik langsir, so, I assume dia nak tidur atau taknak diganggu. Tak lama tu doc panggil I untuk scan. Scan lagi sekali? Baiklah. Redha Azura.... Tabahkan hati. I jalan perlahan ke bilik scan. Doc dah tunggu dan suruh I baring. Sambil tu I jeling jugak monitor scanner. Eh..bestnya mesin scan dia. Nampak jelas segala tulang baby. Tapi tulah, baby dah tak bergerak. Lepas scan, doc terangkan yang mereka akan masukkan ubat bermula esok pagi. Max ubat yang akan dimasukkan dalam sehari ialah 5 dan ianya berselang setiap 3 jam. 1jam pertama selepas ubat masuk I tak boleh bangun. Perlu baring saja atas katil. Doc explain jugak yang tak semestinya sekali masuk ubat terus baby boleh keluar. Ada yang ambil masa 2 hari, 4 hari, seminggu pun ada.
I balik ke katil dan tengok partner dah ada dekat situ. Since dah nak sampai waktu berbuka, partner balik dan tinggallah I seorang diri. Orang sebelah I ni pemalu agaknya. Asyik tarik langsir saja. Biarkanlah. Lepas dinner, I baring dan berehat. Bersedia untuk hari esok. Dup  dap dup dap...

29/7 (Isnin)
I dikejutkan awal pagi sebab doc nak cucuk branula dekat tangan I. Eh? Perlu ke semua ni? Maybe untuk masuk ubat. I hulur saja tangan kiri. Malangnya bila doc cucuk saja, terus tangan I mengelembung. Ouchh... Tukar tangan kanan pulak. Cucuk lagi dan gelembung lagi. I dah susah hati. Doc pun sama susah hati sebab urat tangan I jelas nampak tapi kenapa bila cucuk, jadi gelembung pulak. Cucuk lagi untuk kali ketiga. Pun sama. Dan I tanya doc lagi, memang perlu ke semua ni? Perlu. Ok, fine. Mari berdoa mintak-mintak kali ke-4 ni menjadi. Dan alhamdullillah tak gelembung pun. Tu pun doc terpaksa pakai size yang paling kecik, size kanak-kanak, warna biru.
I duduk sekejap sebelum mandi dan tukar baju baru. Siap sedia tunggu doc nak masukkan ubat. Malangnya doc sangat sibuk berlari kesana kemari dan akhirnya pukul 12 tghari baru doc datang untuk masukkan ubat. Pagi tu, masa doc buat round check-up I ada tanya macam mana ubat tu nak dimasukkan nanti dan doc kata ubat akan dimasukkan melalui bawah. What? Dah tu cucuk kat tangan ni untuk apa? Ohh..itu standby untuk emergency case. Baiklahhh...
So, first time experience I terpaksa buka kain depan orang lain. Malu tapi what to do kan. Dan first time merasa doc check bukaan. Memang tak ada bukaan la kan sebab I tak ada rasa apa-apa pun. Bleeding pun tak ada. Sakitnya la haiii.. even I ikut petua orang, tarik nafas dalam-dalam, still rasa sakit jugak. After check bukaan baru doc akan masukkan ubat dan nurse suruh I pakai pad siap-siap. Mana tahu akan bleeding nanti kan. Merasalah I pakai pad bertali ala-ala cawat tu.
Baring selama sejam dan lepas tu baru boleh jalan-jalan. Pendek cerita, hari Isnin tu I Cuma dapat masuk 3 kali saja ubat tu. Dan sakitnya masih mampu ditahan lagi. Sakit manja-manja gitu.

30/7 (Selasa)

I dah mula boring. Bila nak dapat balik ni. Since semalam doc masukkan ubat lambat, hari ni doc masukkan ubat awal-awal pagi. Badan I sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap demam, sekejap sihat. Doc pun ada cakap, I mungkin akan demam dan cirit-birit. Kesan dari ubat cervegam tu. Masih tiada apa-apa sakit yang sangat sakit dan masih tiada apa-apa tanda. Nurse kata, I akan mula bleeding dan kemudian barulah baby akan keluar. Since semalam doc Cuma masukkan ubat 3 kali saja, hari  ni doc masukkan 4 kali ubat. So total dah 7 kali. I dah merengek-rengek dekat partner. Nak balik. Dah boring. Dah tak lalu nak kangkang-kangkang depan doc. Dah tak lalu nak tahan badan kejap demam kejap sihat ni. Penat. Duduk baring dekat hospital penat tau.
Tapi sampailah ke malam, masih tiada apa-apa. Dan doc decide untuk stop masukkan ubat hari esok. Rest untuk sehari dan sambung semula hari khamis.

31/7 (Rabu)
Hari yang sangat sihat. Tak ada buat apa-apa pun. I Cuma duduk, bangun, makan, baring dan jalan-jalan sekitar wad. Demam pun dah tak ada. Kawan-kawan dah mula tanya samaada I dah keluar hospital atau tak. Bila I kata belum, semua pun terkejut dan suruh I tanya doc – boleh buat operation tak? Yelah, since dapat tahu hari Jumaat tu, sampai lah ke Rabu, masih tiada apa-apa. Bila I tanya pada doc, cara ini saja ke yang ada untuk keluarkan baby, doc kata, ini cara yang paling kurang risiko. Doc boleh saja buat operation tapi doc tak suggest pada I. I masih sihat. Darah ok. Demam pun sebab effect ubat saja. Jadi, tak perlu nak buat operation. Dan doc kata, mungkin I boleh balik dan masuk balik wad lepas raya. Wahhhhhhhhh...senyum lebar I pagi tu. Tapi malangnya, dapat senyum sekejap saja. Masa doc buat round check up, another doc tak bagi I discharge. Baiklah doc. Apa saja yang kamu kata.

Ok. Dah penat. Terpaksa sambung next entry.  

Tuesday, 6 August 2013

Cerita sedih #2 : Hospital

Salam..


Cont.


26/7
Malam balik dari klinik, I lepak rumah saja. Cancel semua plan nak jalan-jalan. I start call emak dan sms kakak-kakak I. Even I sedih dan tak mahu bercerita, tapi family kena bagitahu jugak. Macam tu jugak partner, dia call dan sms semua family. Mak Usu partner terus datang rumah. Terus I tak jadi nangis sebab malu. Hahahha.. Tapi baguslah. Tak adalah I nak meratap pilu sangat.

Partner tanya I nak pergi hospital mana. I tak kisah. Hospital mana-mana pun tak apalah. I sudah tiada hati lagi. Pilu. Partner bagi I pilihan, Hosp Sg Buloh atau PPUM. Awalnya I kata Hosp Sg Buloh pun ok. Tapi bila memikirkan yang hosp tu pernah hold case I setahun, dan I pun pernah baca banyak review yang tak berapa nak best, jadi I minta partner hantar I ke PPUM saja.


27/7 (Sabtu)

Awal pagi lagi I dah bangun. Mandi dan bersiap nak ke hospital. Nak atau tak nak, kena pergi juga. Partner temankan I. Since hari sabtu, kami ke emergency saja. Sampai sana, MO check, dan beri nombor. Tunggu giliran macam biasa. Agak lama I tunggu pagi tu sebab banyak patient dan of coz mereka dulukan kes yang emergency.

Bila nombor I dipanggil, I masuk dan explain pada doc. Doc perempuan india yang masih muda dan layan I dengan baik sekali. Dia cek perut dan tanya I beberapa soalan sebelum decide untuk panggil doc pakar. I keluar semula dan tunggu doc pakar. Tak lama, I masuk semula dan jumpa dengan Dr Syariza. Since I ada buku pink, I pass buku pink tu saja. Tak perlu nak tanya banyak-banyak kali soalan yang sama. Dr Syariza scan perut I sekali lagi dan memang sah, baby dah meninggal. Ohhh.. I tahan je airmata. Sabarlah duhai hati.. Nak buat macam mana kan. Bukan I yang minta jadi macam ni. Jadi, kena kuat dan redha.


Doc suruh I admit hari tu juga. Sebab takut ada apa-apa infection dalam badan. Tapi I kalau boleh memang tak nak duduk wad. Tak mahu. Tak mahu. Tak mahu. Jadi doc suruh ambil darah dan cek darah dulu. Kalau results ok, I boleh balik. Kalau tak, kena masuk wad terus.


Nasib baik, walaupun ada demam dan batuk sikit, tapi results darah I ok. Jadi doc suruh I balik dulu, esok baru masuk wad dan isnin baru ubat akan dimasukkan. Baliklah I dan partner ke rumah. Petang tu, makcik partner ada buat majlis berbuka. Tapi I masih sedih lagi. I masih tak boleh kalau orang bertanya lagi, jadi I suruh partner pergi sendiri. Biarlah I dirumah saja. I nak bertenang dulu.


Tapi takkanlah suami nak tinggalkan isteri dia kan? Partner pun tak jadi pergi. Jadi duduklah kami di rumah sambil I menangis dan partner jadi tukang pujuk. Nangis, berhenti. Nangis lagi dan berhenti lagi.


Cont...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone