wajib klik!

Friday, 29 March 2013

Gigi #1

Salam...


Partner sudah tidur. Tinggal i seorang saja yang masih terkebil-kebil main game. Siang tadi, memang siang yang tidak produktif. Bangun lambat, malas masak, malas makan, malah malas nak mandi! Begitu teruk sekali hari ni. Kerja i hanya baring di ribaan partner dan tidur saja di atas katil.


I mc untuk tiga hari. Rabu hingga Jumaat. Semua ini gara-gara cabut gigi. Ya, akhirnya gigi i dicabut juga. DUA batang tau. Bukan sebatang saja dan i tak punya pilihan lain. Ohh..ada pilihan terakhir - LARI. Tapi i rasa i masih mampu untuk hadapi semua ini.


I sebenarnya hanya ke klinik gigi kerajaan. Tapi doktor di sana refer i ke hospital. Katanya, gigi i kalau nak dicabut juga, kena lakukan pembedahan kecil. Sebab gigi masih elok, cuma gusi sempit. Jadi gigi menolak gusi, gusi bengkak dan bernanah. Masa gusi bengkak, sakitnya ya ampunnnnn.. Sampai tak boleh tidur malam. Dan benda ni dah lama jadi. Since i awal 20an dulu rasanya. Sakit on dan off. Kejap sakit kejap baik.


Bila difikir-fikir balik, i boleh saja tahan sakit dan biarkan gusi tu bengkak. Tapi sejak akhir-akhir ni, bengkaknya makin menyakitkan. Jadi bila doktor kata, nak cabut ke? I kata ya saja. I di refer ke Hospital Sg Buloh. Appointment dibuat oleh doktor di klinik gigi kerajaan. I diberi surat rujukan dan diminta untuk datang pada tarikh appointment dan bawa duit RM50. Standby katanya...


So, tarikh i ke HSB pada 14/03. Pagi tu takut sangat-sangat. Yelah, dah fikir gigi akan dicabut kan. Pengalaman pertama ni. Tak pernah cabut gigi sejak dah dewasa ni. Macam biasa, lalui prosedur hospital gomen yang biasa dan tunggulah nombor giliran. Tapi sebelum tu, i diminta untuk ke bilik x-ray dulu. X-ray gigi so far, tak leceh dan tak lama pun. I ditanya soalan-soalan rutin biasa macam, mengandung tak? Ada pakai sepit rambut? Anting-anting? Jawapan i semuanya tidak. Pakai vest, dan mula x-ray. Dah siap. Kemudian pergi semula ke klinik pembedahan gigi dan mulut tadi, sambung tunggu no giliran.


Bila dah sampai no giliran, masuk bilik doktor, dan doktor akan tanya soalan-soalan berkaitan. Dan kemudian doktor akan bagitahu apa yang dia akan buat. Cabut gigi geraham i yang terakhir sekali dan gigi atas pun akan dicabut sekali. Sebab, jika biarkan gigi atas tanpa di cabut, ia akan menekan gusi dibawah, dan i akan sakit. So, terpaksa cabut juga. I diberi tarikh baru, tarikh untuk lakukan pembedahan kecil.


Cisss..penat je berdebar-debar dari pagi tadi. Jadi, i balik rumah dan terus ke office. Kerja banyak sekarang, nak sambung cuti sampai ke petang pun rasa tak tenang.


Esok pagi i sambung balik ye. Sekarang mahu tidur.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, 26 March 2013

Sibuk

Salam..


Ada hati mau menulis, tetapi masa tak bagi menulis. Jadi semua yang hendak dikongsi dengan blog, semuanya sudah hilang dari ingatan.

I dalam proses untuk mengambil alih task yang lain. Jadi, kehidupan pejabat I sangat kucar kacir. Dulu, boleh rehat setengah jam untuk main FB atau Twitter. Tapi sekatang tak boleh leka.

Kesihatan juga makin merosot. Demam. Batuk. Selsema. Tapi makin gemok. Kerja banyak + demam memang tak best. Oh ya, esok ada appointment dengan dentist. Kemungkinan besar gigi I yang cantik yang I sayang, akan dicabut. Hanya kerana ia sangat besar dan ruang gusi yang sempit, jadi gusi I membengkak dengan hebatnya. Sampai bernanah. Sedihnyaaaa.. Gigi elok lagi, tapi besar sangat. Mahu atau tidak, kena cabut juga. :(


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 15 March 2013

Pertama

Salam...


I ke hospital semalam. Ada appointment dengan doktor gigi. Jadi, sebelum keluar rumah, I capai novel sebuah dulu. Mana tahu kena tunggu lama, sekurang-kurangnya ada bahan bacaan. Tak ada lah bosan sangat nanti sebab I seorang semalam. Si partner mahu teman, tapi I kata tak perlu. Pergi cek gigi saja pun.


Jadi semalam I ulang baca novel Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan. I sendiri pun lupa dimana I beli novel ni dan bila. Di PBAKL mungkin. Sebab semanjak dua tiga tahun lepas I lebih senang kumpul novel dari JS. Bermula semalam I dah mula seronok membaca. Dah lama tak membaca. Jadi, waktu rehat lunch tadi I singgah ke MPH. Mahu cari novel cinta yang baru sebab terbawa-bawa rasa seronok membaca novel Selamat Tinggal Sayang semalam. TAPI, novel yang di cari tak jumpa. I ternampak novel yang lain pula.






Ini buku Fixi pertama yang I beli. Lepas ni mungkin akan cuba beli yang lain pula since ada terbaca banyak review lain yang menarik.


Kena tunggu PBAKL bulan April nanti kalau mahu borong. Tak sabar...tak sabar...tak sabarrrr...!

Wednesday, 13 March 2013

Bukan boring


Salam…


Usia perkahwinan kami baru sebulan. Lebih tepat satu bulan duabelas hari. Masih baru. Dan mungkin ramai orang akan kata, waktu macam ni adalah fasa penyesuaian. Fasa yang mana kita baru akan tahu perangai sebenar pasangan kita. Sebab baru duduk serumah kan.


Tapi untuk I sendiri (partner I tak tahu lah pulak apa yang dia fikir), tiada apa yang baru untuk kami. Kecuali tidur sekatil lah. Yang lain semuanya sama. Kami kenal dari tahun 2009. April 2009. Tak pernah pun declare yang kami bercinta. Serius. Kami Cuma rapat dan selalu keluar sama-sama. Lastly, semua benda jadi rutin. Setiap hari akan jumpa. Tiba-tiba terus jadi couple. Since 2009, dah macam-macam yang jadi. Buruk baik, turun naik segala-galanya kami sama-sama. Semuanya I share dengan dia. Even masa I operate untuk buang fibroid dekat breast, partner I lah yang teman. Dia yang tunggu I keluar dari OT. Dia yang hantar dan dia yang settle kan discharge.


Masa  ada krisis dengan tempat kerja lama dulu, yang sampai buat I resign tanpa dapat kerja lain, dialah yang tolong. Dia yang bayarkan sewa rumah, duit kereta dan beri duit belanja. Bergaduh dengan dia pun dah berjuta kali rasanya. Seingat I, tiga bulan lepas kami kenal, kami dah bergaduh. I pernah give up dengan dia. Tapi dia tak pernah give up dengan I. Dia pernah tipu I sekali masa awal-awal kami berkawan, tapi I maafkan dia. dan rasanya lepas kejadian tipu tu terkantoi, dia dah kurang berahsia. Dah menyesal barangkali. Tapi lepas tu, I memang dah tak percaya dia. Sampailah dia sendiri yang bosan sebab I selalu cakap I tak percaya dia. padan muka. Haha..


Tapi itulah, jodoh kan. Kahwin juga.


Jadi I tahu sangat-sangat perangai dia macam mana. Cuma sejak duduk serumah ni adalah perkara-perkara kecil yang baru i tahu tentang dia. Tapi semuanya hal remeh-temeh. Hal yang boleh I bebelkan. I baru tahu yang partner I suka sambal ikan bilis. Ingatkan tak makan sambal sebab dia biasanya tak suka makanan pedas. Oh ya, kentang pun dia suka jugak. Dan walaupun dia tak makan sayur, tapi dia makan carrot. Dan adalah lagi dua tiga perkara yang baru I tahu. Tapi tu semua perkara ikan bilis. Kecik saja. Kalau tak puas hati, masih boleh di bawa berunding.

Bila dah lepas sebulan kahwin ni, ada dua tiga orang kawan yang bertanya, “Sudah ada isi?” Biasalah, kalau belum kahwin akan ditanya bila nak kahwin. Kalau sudah kahwin, akan ditanya bila nak ada baby. Normal kan? I memang dah jangka soalan-soalan ni akan keluar, soalan favorite la katakan. Jadi I geleng kepala saja. Belum, maksudnya. Secara jujur, I sebenarnya takut nak ada anak kecil. I takut tak mampu nak jaga baik-baik. I bukan mak saudara yang baik pun, I garang, tak suka budak kecik mengada. Silap sikit kang, I cubit. TAPI, bila dah kahwin ni, perasaan tu dah jadi lain. Rasa nak ada anak tu makin kuat. Macam tu jugak dengan partner I. Walaupun dia kata saja tak kisah, tapi bila period I datang, dia soal macam-macam jugak. Kot mana tahu I ada makan nanas. Hahahha...hai lah suami.


I ada cerita pada kawan-kawan, boringnyaaaaaaaa duduk berdua dengan suami. Bila lah nak ada anak ni. Tapi kawan-kawan kata, bahaya hang ni oi. Baru sebulan dah boring. Masa ni lah kena enjoy duduk berdua. Tapi itulah, I bukan boring. I cuma nak ada penyeri yang lain. I nak ada benda yang boleh buat kami happy selain bergurau senda berdua. Sebab masing-masing dah masak sangat dengan perangai masing-masing. Rasanya dah sampai masa untuk belajar sesuatu  yang baru dan ada tanggungjawab yang baru. 


Doakan!


Monday, 11 March 2013

Perkara agak penting yang kadang-kadang orang selalu lupa ketika kenduri



Hai…Salam to all.


Semalam I dan family ke Batu Pahat. Kenduri kahwin sepupu sebelah emak I. Dua kereta saja. Satu, family kakak sulong dan satu lagi kami - I dan partner serta mak dan bapak. Bertolak dari Rawang jam 6.30 pagi. Sebab ingatkan nak join sekali majlis nikahnya. Tapi kami sampai sedikit lewat. Majlis nikah telah selesai. Masa tu jam lebih kurang 10.30 pagi. Kami agak sesat sebenarnya. Map pada kad jemputan sedikit pun tidak membantu. Signboard jalan agak membantu, tetapi ada sesekali juga signboard tidak jelas. Itu yang berpusing-pusing dan agak lambat.


Oleh kerana tidak sempat sarapan, kami join family pengantin makan. Makan..makan..makan…makan… Jam hampir 11.30. Si pengantin masih berjalan-jalan dibawah khemah. I beritau pada partner, eh, si pengantin tak bersiap ke? Mungkin bersanding pakai baju yang sama untuk nikah kot. Mana tahu kan since baju nikah pengantin perempuan agak sarat berlabuci. Cantik pada pandangan i. Tapi tak cantik pada pandangan partner i. Haha...lelaki biasalah. Since kenduri ni kenduri sebelah pihak perempuan dan sepupu I adalah di pihak lelaki, jadi, kami tak tau nak lepak di mana. Sedangkan pengantin lelaki pun duduk di bawah kemah jamuan, jadi kami pun ikut join lepak di bawah khemah. TAPI, duduk lama-lama bawah khemah bukan best pun. Tetamu lain dah ada yang datang. Jadi, i dan partner pergi duduk dalam kereta. Main game dan bersembang-sembang. Yang lain, I tak tahu kemana mereka. Sepatutnya, bagi pendapat I, kena ada sediakan tempat untuk sebelah pihak yang lain. Dalam kenduri semalam, pihak lelaki la. Ini tak, kami dibiarkan duduk saja di bawah khemah. Batu Pahat dah lah panas semalam. Bawah khemah tak ada kipas pulak tu. T__T


Masa I dan partner di dalam kereta, I nampak emak dan makcik serta pengantin lelaki berjalan ke arah kereta. Dan partner I kata, maybe ada homestay ke apa ke, kita tak tahu, jadi jom follow kereta mereka. Kami follow. Oh rupanya rumah salah sorang saudara. Pengantin lelaki nak tukar baju bersanding. Ohh…ada tukar baju. Jam masa tu dah pukul 12.30. I tengok balik pada kad jemputan mereka. Nak tengok pukul berapa majlis bersanding, tapi tiada info tu. Cuma ada tulis waktu untuk jamuan makan saja. Bila ditanya pukul berapa bersanding, si pengantin lelaki kata jam 2 petang. Mak aih, lambatnya bersanding. Kami datang dari jauh. 4 jam perjalanan tu kira jauh la kan. Jadi i kata pada emak, habis mereka bersanding, pukul 2.30 petang kita balik lah. Takut jalan jammed dan takut penat. Isnin kan dah kerja. Jadi emak setuju.


Kami tunggu di rumah tu. Siap masing-masing tertidur atas kerusi. Cuaca agak panas pulak tu. Hampir jam 1.30 petang, si pengantin lelaki masih tak bersiap. Ehh..ni nak bersanding ke tidak ? Jam 1.45, ada orang datang hantarkan baju. Barulah si pengantin lelaki tukar baju. TAPI, masih belum siap. Samping tiada, aksesori tiada. Sekali bila ditanya, bersanding jam 2.30 petang pulak. Ohhh...I’m sorry lah. Tak dapat nak tunggu. Jadi i beritahu emak, mari kita balik. Lambat sangat dah ni. Cuaca panas. Rasa tak selesa dah. Emak I tak sihat. Dia tak boleh panas sangat. Nanti hidung berdarah balik. Jadi, I called bapak, tanya di mana. Rupa-rupanya bapak I masih duduk di khemah kenduri. Seorang diri. Kesian kan? Yang lain-lain dah tahu di mana. Family kakak sulong, memang awal-awal dah pulang sebab abang ipar kerja petang tu. Dan masa I ambil bapak, kumpulan kompang sedang berteduh di bawah pokok.


Pulanglah kami dengan cuaca panas, dan jalan yang jammed. Doorgift pun kami tak dapat. Hanya emak yang dapat. Tapi itu tak apalah. Tak kisah sangat tapi saja nak tulis. Sebab benda ni dikira penting jugak dalam kenduri kahwin kan.


Dan balik tu, masing-masing penat. Badan penat, kaki lenguh sampaikan partner I kata, jauh-jauh kita pergi kenduri tapi rasa macam tak berbaloi.


Kenduri kahwin ni event besar. Semua benda kena plan. Kena ambil kira. Masa kenduri I dulu pun, makcik-makcik selalu kata, biar lebih jangan kurang. Yang kurang tu susah nanti orang bercakap. Even sekecil-kecil benda pun, kena ambil kira. Kadang-kadang kita rasa tak perlu, tapi sebenarnya perlu untuk orang lain. Itu gunanya keluarga. Kalau seorang lupa, seorang lagi ingat. Kenduri I bulan lepas pun ada part yang kurangnya. Biasalah, kita mesti nak yang terbaik, tapi kadang-kadang kita sendiri lupa. Lagi sekali, disinilah pentingnya peranan family. Banyak benda yang I lupa. Tapi saudara mara yang tolong settlekan. Kena ada briefing kecil-kecilan untuk semua family.  


Ini bukan nak complain, mengata atau mengutuk. Tapi ini pengetahuan dan pengajaran untuk semua dan diri I sendiri. Peace (^_^)v


Friday, 8 March 2013

Cermin


Kelmarin, balik dari kerja I nampak si partner di sinki dapur. Jadi, i pergi ke arah dia. Nak lihat dia buat apa. Dan masa hendak ke sinki, lalu depan pintu bilik air. Ehh...ada cermin panjang dalam bilik air. Partner baru gantung sebab dia nak bercukur.


Cermin tu sebenarnya cermin kesayangan I. Sebelum ni, duduknya di dalam bilik tidur. I beli masa zaman anak dara muda remaja dulu masa mula-mula tinggal menyewa dengan kawan-kawan dekat flat Subang Mewah. Jadi, masa pindah ke rumah sekarang, i hanya sandarkan cermin tu pada dinding di bilik belakang. Bilik tidur kami dah ada cermin meja solek, jadi tak perlu nak letak cermin banyak-bamyak.


Partner dah banyak kali bagitahu nak gantung cermin tu dalam bilik air tapi i tak bagi. Sayang nak letak dalam bilik air. Kenapa entah. Tapi sebab benda dah ada, partner gantungkan saja. Baiklah. I pun dah rasa tak kisah sekarang.


TAPI, cermin panjang tu buat i down dua hari ni. Sama ada I baru tersedar atau selama ni i tak habis cermin diri. I dah gemok. Lemak dah makin banyak. Berat dah naik.


Jadi, mulai esok, nak start jogging balik. Hapussskannn lemak!


Ps : Baru sebulan kahwin, partner i masih maintain walaupun makan banyak setiap hari. Tapi i? *nanges*  T__T

Friday, 1 March 2013

Satu Bulan...



Sudah satu bulan. So far, alhamdullilah kami okay. Tapi I masih tak percaya yang kami dah kahwin. Macam malam tadi, keluar tonton wayang. Oh ye, iklan jap : Rock Oo adalah sangat kelakar. Sila tonton. Gelak sampai sakit perut semalam. Sebelum-sebelum ni tengok wayang tu memang wajib. Tu jelah aktiviti hujung minggu. Ni, bila dah kawin, sesekali dapat tengok wayang, kadang-kadang rasa macam masih belum kahwin.


So far semuanya masih sama. Tiada yang berubah. Perangai bertekak tu pun masih ada. Dan perangai degil I pun masih kuat. Tu yang kadang-kadang rasa macam, eh..ni dah kahwin ke belum ni? Betul ke dah kahwin? Tapi selalunya suami yang mengalah. Dia yang akan cepat-cepat pujuk. Alah, dari dulu pun memang dia yang cepat mengalah. Dia cepat marah, cepat sejuk. I ni lambat marah, lambat sejuk.


Sepanjang satu bulan ni, suami dah demam sekali. I pulak, kaki kena kuman. Masa pakai kasut sanding dulu, nak cepat, terlupa nak pakai stocking. Lepas tu, terus kaki melecet. Terus bengkak. Ingatkan melecet biasa. Tapi sampai bengkak sebelah kaki. Sakitnya....ya ampun. Mula-mula beli krim saja dekat farmasi. Tapi tak jalan. Makin sakit dan bengkak. Setiap kali mandi kena balut kaki dengan plastik. Tapi lepas dah kena marah dengan suami, I pergi jugak klinik. Pakai ubat klinik, alhamdullilah, baik.


Dan kemudian, gusi bengkak pulak. Semalam dah pergi klinik gigi, dan doctor refer i ke hospital. Kena buat pembedahan pulak. Takuitttnyee... Tapi demi kerana tak nak sakit lagi, kena lah cabut gigi tu. Kalau tak, tahan lah sakit sampai bila-bila.  


Oh ya. Selamat hari Jumaat semua.