wajib klik!

Thursday, 15 March 2012

Peluangkah?



Baru-baru ni, errr…tak baru jugaklah adalah dalam dua tiga minggu lepas, I dapat 1 phone call dari nombor tak dikenali. Sebab dekat ofis dan sebab I terkejut phone berbunyi, terus I tertekan button answer. Manusia di talian sebelah sana greet I dan terus bagitahu apa yang dia mahu. I macam ..ehhhhh…kau kenapa? Dari mana? Tiba-tiba call ajak datang interview. Apakah?



So, i bangun dari meja kerja. Kurang sopan pulak rasanya kalau colleague yang lain dengar. I jalan ke pantry dan sambil tu tanya semula. Oh..manusia dari sebuah international company yang baru nak bertapak kat Malaysia. Mahu ajak i datang interview keesokan hari. I rasa agak kurang senang disitu. I tak suka sebenarnya disuruh-suruh dan diarah-arah oleh orang yang tak dikenali. Lainlah kalau i sendiri yang apply kerja dekat situ, itu sudah masuk kes lain ye kawan-kawan.



Jadi i said no to him. I tak boleh esok. Apa kau ingat aku duduk rumah goyang kaki saja tak kerja? Kalau mahu juga, kita set next week. Dia tanya lagi I mahu Monday or Tuesday? I said cannot lagi. Tak boleh seawal itu sebab calendar I banyak dah kena block. So, tak boleh cuti suka-suki. Ceh….block calendar macamlah orang penting sangat meeting 30 kali sebulan kan. Tidaklah begitu, I kerani cabuk saja, tapi semenjak dah dapat boss baru ni kerja I jadi double. Since dia boss, i ni assistant saja, I kenalah assist dia. Sekecik-kecik report sampai lah sebesar-besar report boss suruh buat. Jadi mana mahunya I bercuti pada hujung bulan saat genting boss gelabah nak monthly review. Walaupun I tak suka, tapi ini kerja. Kerja is tanggunjawab kan. I kan manusia bertanggungjawab. (^_^)



Ok. Melalut sudah, so back to manusia ajak interview tadi, I kata kalau mahu juga kita set on Thursday before lunch. I rasa I cakap dengan sangat clear perkataan Thursday itu tanpa mana-mana campuran slang. THURSDAY. Dan manusia itu setuju dan akan email I all the details. Sebelum letak, I tanya mana dia dapat my number dan dia kata Jobstreet. Ok Fine.



So, I pulang dengan excited. Mahu check personal email I since dekat ofis tak boleh, kena block. Bila buka, memang ada email dari manusia tu. Tapi entah kenapa I rasa tak suka. Dia yang call I, dia sendiri yang janji mahu bagi semua details dekat email. Tapi yang I dapat adalah…tarikh dan hari interview pada TUESDAY dan alamat untuk I pergi interview. Itu saja. I tengok dan terus tutup email tu. Tak best. Itu bukan all details yang I mahu. I dipanggil untuk jawatan apa ni? Takkan mahu pergi dengan kepala kosong? At least I mahu apa saja reference untuk I selidik. Untuk i prepare. Hal company pun tak bagitahu langsung. I tahu yang itu international company pun sebab I google sendiri. Dan tak banyak info yang I dapat dari google. Jadi I ignore saja email itu.



On Tuesday, petang tu I dapat 2 misscalled dari nombor manusia tu lagi. Nasib baik phone I dah sedia off. Bukan I off untuk elak dari dia pun, I elak dari partner I saja. Biasalah, i kalau merajuk memang suka off  handphone. Hahha..



Semalam, I dapat tahu sorang colleague I dapat offer yang sama, dari company yang sama. Dan dia mahu kesana. I tanya dia, apa yang buat dia mahu ke sana?



“They offer me higher than here. 50% higher than here”



Giler kau. 50% tu.



Sekarang hati jahat I sedang kata padan muka pada I. Dan hati baik pula pujuk. Kau kan dah penah kerja untuk company yang baru nak start, kau tahu betapa sibuknya kau masa tu kan? Kau pun pernah kerja dekat company yang offer kau kerja, bukan kau yang apply. Kau tahu betapa meluatnya kau dekat sana kan? Mentang-mentang kawan yang offer, kawan tu pulak yang tikam belakang kan? Yeahh...I memang maafkan orang, tapi I susah nak lupa.



Jadi, I anggap itu bukan rezeki I saja. Maybe lain hari I dapat rezeki yang lebih. Siapa tahu kan

No comments: