wajib klik!

Friday, 16 March 2012

Bukan stalker



I tak sengaja. I ter-stalk FB ex-boyfriend I dan wife dia. Ex-bf yang I pernah tulis sebelum ni. (I nak letak link, tapi I rasa macam ntah apa-apa yang I tulis masa tu, so tak jadi letak link). Sedang berbahagia dan masih tak punya anak lagi. Kalau tak salah, 3 bulan selepas kami putus secara rasmi dia terus bernikah dengan perempuan tu. Dengan I dia bercinta hampir 3 tahun, tapi dengan perempuan tu cuma 4 bulan saja, terus mereka nak kahwin. Sebab...ada sebabnya juga. Tapi tak payahlah i nak tulis kat sini. I anggap itu dah jodoh mereka saja.



I kata I tak sengaja sebab adik perempuan dia, yang baru saja berkahwin minggu lepas excited jemput I. Tapi sebab last minute punya jemputan, I tak dapat nak datang. I dah ada plan lain. Dan sambil-sambil menjemput tu adik dia paksa suruh add dia di FB. Dah banyak kali pun dia call semata-mata nak suruh I add dia di FB. Apa sebab entah. Excited bebenor.  Tapi kali ni paling excited sebab dia bagi terus nama yang dia guna di FB. Suruh i search dan add. I memang search tapi I tak add. Sebab I tengok friend list dia dan I terjumpa FB ex-bf I tu. Tak block pun. I boleh tengok semua wall, photos dan info. Dan dari FB ex-bf tu, I jumpa pula FB wife dia. Pun sama, tak block pun. I boleh view semua dengan senang hati walaupun dia dah tukar ke timeline yang I rasa tak best tu. Serabut aih. Gambar atas tu pulak, dia letak gambar kahwin baju purple. Lepas ni I tak mahu warna purple dalam list warna baju pilihan kalau I nak kahwin nanti. Tiba-tiba pulak kan. Hahaha…



Kali ni jugak, bila I view semua gambar-gambar mereka baru I nampak apa yang selama ni adik-adik perempuan dia pernah cerita dekat I dulu. I tak ingat la I pernah tulis pasal ni atau tak. Sat, nak cari. Ok, tak ada. Rasa macam pernah tulis, maybe I dah delete kot.  Perempuan bermuka pondan. Yes, I dah nampak rupa tu. Adik-adik dia pernah kata makwe baru abang mereka tu walaupun kurus tapi muka macam pondan. Dulu masa adik dia tunjuk gambar dari camera, dia cuma tunjuk gambar nikah. Pakai tudung dan dah bermekap dari pandangan sisi. So, I tertanya-tanya, mana muka pondannya? Ok saja. Nampak biasa saja. Tapi kali ni ada gambar muka pondan tu. Sudah diedit dengan tulisan B@BY. Muka pondan ada hati nak panggil Baby? I mahu saja komen macam tu, tapi malam semalam I tengah ber-mood baik. Jadi I lihat dan senyum saja.



Dan semalam, I dah tak punya rasa apa-apa bila lihat gambar mereka. Sudah tiada rasa. Rasa geram dan nak marah macam yang I pernah tulis sebelum ni pun tak ada. I cuma rasa kesian saja. Kenapa entah. I masa tu dalam kereta. Depan kedai mamak. Dari dalam kereta I boleh nampak partner I dari belakang. Sedang bincang hal kerja dengan sepupu dia. Walaupun ex-bf I dulu baik dan I pernah sayang dia sangat-sangat, tapi partner I sekarang ni pun baik jugak. Walaupun kami asyiklah bertekak tak kira masa, tapi dia tak pernah give up dengan I. Yang penting dia sayang I. Dia sayang ke? Agaknyalah. Hahahha...

No comments: