wajib klik!

Monday, 12 March 2012

Isnin yang Kuning



Sebab I masih terbayang lagi tilam I di rumah. Tilam I cadarnya kuning. I dah berpuluh kali menguap ni. Ada banyak kerja yang I nak buat, tapi I tak ada mood lagi. I google semua blog kesukaan I dulu. Kebanyakannya dah tak ber-update. Terbiar macam tu saja. Ada yang dah private. Ada yang dah tak wujud.I bosan ni. I mahu bacaan ringan untuk buat mata I segar.



Malam tadi tidur 6 jam saja. Biasa pun 6 jam jugak. Tapi mungkin sebab I penat. Sabtu, seharian I di Shah Alam. Teman kawan I cari baju kurung moden. Nak pergi kenduri kahwin macam sendiri yang nak kahwin. Nak beli baju ikut tema juga. Semua pun tak kena, itu tak cantik, ini serabut. Tapi dapat juga. Dah dapat baju, nak cari tudung pula. Dari PAS ke PKNS kami berjalan. Lenguhnya kaki tapi I suka. I suka hidup I penuh. Ada saja yang perlu I buat dan fikir.



Pagi Ahad I kemas bilik. Kenapa bilik I cepat berhabuk? Malasnya nak mengemas, tapi I rimas tengok habuk. Jadi kena kemas juga. Dan petangnya, bila partner I pulang dari PD kami ke U8. Mahu tonton John Carter. Sangat best dan I sangat suka.



Pulang dari U8, singgah Subang. Ambil makcik partner I dan anaknya. Kami keluar dinner. Ke Murni USJ. Murni tak penuh sangat. Dan I cuba Mee Raja dan Dont Worry. Don’t Worry sangat sedap. Pulang dengan perut penuh. Lepak sebentar dengan housemate, mandi, dan terus tidur. Bangun pagi dengan perasaan bersalah sebab malam tadi makan banyak.




*Menguap*  

No comments: