Macam entry I kat bawah, Jumaat lepas partner I agak bizi. Kerjanya sampai ke Putrajaya sinun. Sebab itulah dia tak dapat nak ambil I balik kerja. Since I ni manusia suka membebel, sebelum I membebel banyak, sebab itulah dia suruh I balik naik cab saja. Sebelum-sebelum ni, kalau dia tak dapat ambil I, dia akan suruh I naik bas saja. Tapi naik bas tu tak bermaknalah I keluar ofis, jalan kaki pi bus stop dan tunggu bas, terus sampai rumah. No..No...No....!
Naik bas tu bermaksud, dari ofis I kena jalan kaki pi stesen KTM Subang Jaya. Dekat saja pun. Dari situ beli tiket pi Stesen KTM Setia Jaya. Ya, satu stesen saja. Tapi kalau dah waktu puncak tu, kau orang ingat seronok kah bersesak-sesak dalam tren tu? Kena pulak dengan manusia yang tak reti nak respect manusia lain. Kadang tu bercakap on the phone bukan main kuat. Belum lagi kot tetiba terbau kentut. Hat tu memang biru muka la kena tahan nafas.
Sampai Stesen KTM Setia Jaya, I kena naik tangga. Dah naik tangga, kenalah turun balik kan. So, lepas keluar dari Stesen KTM Setia Jaya, kena melintas jalan motor kat Federal Highway tu. Lepas tu, lintas lagi pi bus stop tepi Federal Hihgway. Ingat senang kah nak melintas? Susah oihhh... Kena pulak time lampu traffic light belah sana kaler hijau. Memang tak pasal kena berdiri tepi jalan sambil di hon dengan driver lori. T_T
Lepas dah sampai bus stop tu, kenalah tunggu bas. Samaada bas Metro No 9 atau RapidKL U81. Dua bas tu saja yang masuk kawasan rumah I. Menunggu bas ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nak-nak macam Jumaat lepas, hujan. Ya, I tau partner I suruh naik cab. Nanti claim saja dekat dia. Tapi dia kata dia nak bagi RM 25 saja. I pulak tak terasa nak naik cab. Pasepa entah. Rasa macam tak best saja. Tapi on the way pi KTM tu, I suruh kawan I tanyakan, dari KTM Subang Jaya ke rumah I berapa. Pakcik cab kata RM30. Ok. Kalau I naik, I boleh claim RM25 dari partner. RM 5 tu guna duit sendiri lah. Tapi I takmau. Saja tanya kot next time I ada hati nak naik cab.
Kepala otak I ni dah mula niat tak baik. Tiket naik KTM seringgit saja. Naik bas pula dua ringgit. Jadi total tiga ringgit. Tapi I tak mahu bagitahu partner I yang I naik KTM dan bas. Since dah tahu harga cab, nanti I bagitahu sajalah I naik cab. Duit bersih RM25 tu boleh la I nak buat pi beli benda lain. Beli baju baru kah. Kehkhekeh…ketawa kerana I rasa I sangat bijak bergeliga.
Tapi...ku sangkakan panas sampai ke malam, rupanya hujan sebelum maghrib. I sampai KTM Setia Jaya lebih kurang jam 6.45. Bila I start melintas jalan, hujan pun turun mencurah. Padan muka kau lah Jaja. Melintas lah dalam hujan terkedek-kedek tanpa payung ke stesen bas. Mujur tunggu 15 minit bas RapidKL dah sampai. Tapi dia punya penuh tu tak payah ceritalah. Boleh pengsan dibuatnya. Abang driver pakai snow cap tu pulak pesen brek mengejut. Memang pening kepala dibuatnya. Jadi I peluk tiang tengah tanpa peduli orang lain. Tak mau share tiang tu. Melayan pening kepala dek kerana bau macam-macam dan kesan kena hujan. Sampai ke rumah I tak dapat seat dan sampai kat rumah juga hujan tak berhenti. Bila sampai depan pintu rumah pulak baru teringat kunci rumah tertinggal dalam kereta!
Ps : Pasepa lah tak ada bas dari Subang Jaya terus ke Subang Airport? Kalau ada kan best. Bukan jauh pun. Jalan straight saja.
No comments:
Post a Comment