wajib klik!

Saturday, 31 March 2012

SMS dari Kakak



Hari ni Kakak I buat majlis kecil-kecilan untuk ulang tahun pertama anak ke-empat dia.



Jadi, awal seminggu dia dah SMS semua adik beradik.



Tapi kenapa entah I dapat SMS info yang sama dua-tiga kali. Apa benda entah yang Kakak tak puas hati.



Tapiiii...SMS terakhir yang i dapat :



Jgn lupa tau. Ajak Shahir seX.



Ajak Shahir SEX?



Ok. Fine, Kakak. Buat I terkejut saja.





PS : seX à se(kali) 


Friday, 30 March 2012

Seringgit dua puluh sembilan sen.



Ini yang I dapat.





 






Nasi lemak dan sepotong kecil telur goreng nipis. Oh...dan beberapa biji kacang goreng kecil yang disembunyikan di bawah nasi.

Thursday, 29 March 2012

Spagetti Goreng Campak-Campak



Hujan. Balik rumah. Partner I tak balik kerja lagi. So, I tak ada geng nak keluar makan. Tapi I sangat lapar. Nak keluar pergi kedai makan depan rumah, hujan lebat. Payung semua tinggal dalam kereta. Padan muka lah. Jadi I selongkar peti ais dan dapur. Tinggg..! Terus sinsing lengan baju dan masak.




Dalam peti ais I jumpa :

10 biji fishball
Sebatang carrot
Dua keping daging burger.
Sos cili
Sos tiram

Atas rak dapur I jumpa :

Bawang merah dan putih
Sepeket spaghetti
Serbuk lada hitam




1. Rebus spaghetti.


2. Potong fishball, daging burger, carrot dan bawang merah & putih. Ikutlah nak potong macam mana. I belasah je potong, janji potong sebab dah lapar sangat kan.




3. Tos kan spaghetti bila sudah empuk. Ecehh....empuk la sangat. Agak-agak bila dah masak la. Kalau nak letak minyak sikit pun boleh.

 
4. Panaskan minyak. Tumis bawang. Masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk lada hitam. Letak sikit air kalau terlampau kering.


5. Masukkan carrot, daging burger dan fishball. I belasah masuk sekali sebab I suka makan carrot rangup. Masukkan perasa dan garam.


6. Kacau sampai masak. Masukkan spaghetti. Kacau rata dan tadaaaaaaa...boleh makan





Berasap-asap.

ps : Jimat duit.








Wednesday, 28 March 2012

Jajazuzu & Nuffnang




Blog ni dah agak lama. 3 tahun.  I register dengan Nuffnang pun dah lama. Tapi letak iklan tu tak lama lah. Kalau tak silap, awal tahun lepas baru i terhegeh-hegeh nak letak code iklan. Masa tu baru nak menulis balik. Masa zaman ligat meng-update blog setiap hari, stats pun tinggi je, tak pernah terlintas pun nak letak code iklan Nuffnang kat blog. Tengok / Baca dari blog lain yang register Nuffnang, sendiri pun nak register gak. Tapi bila sampai nak link code Nuffnag kat blog tu, bleh pulak lupa. Lupa ke tak tahu? Entah. Tak ingat.




Tapi bila baca blog orang yang dah cash out duit dari Nuffnang, baru lah rasa kesiannyee kau Jajazuzu. Duit Nuffnang tak sampai seringgit pun lagi. Haha....Blog orang lain, semua orang dok berebut nak baca, blog kau suam-suam kuku saja. Tapi tak kisah pun. Niat nak sambung mem-belog balik ni pun bukan sebab nak duit dan glamer pun. Saja nak menulis sebab I rasa ada benda yang I patut kongsi dengan orang lain. Dan kadang-kadang tu, I rasa kalau menulis baru rasa happy. Macam hal I dan masalah kegemukan. Asyik sibuk je nak kurus kan. I kalau bercerita dengan partner I, dia memang manusia yang tak ambil peduli pun. Kalau I tak makan, dia marah. Tapi bila I gemok, dia ejek. Nak marah dia pun tak guna. Dah memang perangai dia macam tu. Jadi dekat blog lah I menulis. Bukan ada orang kenal pun. Kalau ada pun sorang-dua saja. Sorang-dua tu pulak semua yang memang tahu I ni dah gemuk. So, tade hal lah.




Jadi...point-nye :

1 . I dah gemuk. Berat dah naik. Sebab tu i kalau boleh taknak letak gambar kat sini. Dah tak lawa. Hahhaa

2. Duit Nuffnang I seciput je. Jauh lagi nak penuhkan untuk cash out. Jadi, siapa rajin, sila klik Nuffnang I.




Terimaaa Kassseeyyyy.

Friday, 23 March 2012

Selepas

I lunch dengan colleague I tadi. Sebiji (ke seketul?) Chicken Kebabchips dan secawan Green Tea Sour Plum. Semenjak Coolblog dah tutup dekat banggunan ofis i ni dan berpindah ke banggunan sebelah, I rasa Coolblog dah tak 'cool' macam dulu. Rasa dah kurrreenngg, air dah kuraannngg dan pearl pun dah secipuutt. 5 - 6 kali sedut, habislah pearl tu.


Ohh..tadi nak tulis hal selepas makan. Melalut sampai ke Coolblog pulak. Lepas dah makan, perut I buncit. Penuh. Baju jadi ketat dan lemak-lemak semua berebut nak tonjolkan diri. Itulah, masa perut kempis bangun tidur pagi tadi memanglah nampak molek je baju kat badan. Bila dah makan, perut dah kembang baru nak rasa menyesal, kenapalah aku pakai baju ni harini. Kalau pakai baju yang loose sikit kan senang nak cover. Jadi I sangat down ni. Langsung tak ada mood nak kerja. Nak balik rumah sekarang boleh tak?




Yang tak kurus tapi tak gemok sangathadoyainyepun :
I hate this!
Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, 16 March 2012

Bukan stalker



I tak sengaja. I ter-stalk FB ex-boyfriend I dan wife dia. Ex-bf yang I pernah tulis sebelum ni. (I nak letak link, tapi I rasa macam ntah apa-apa yang I tulis masa tu, so tak jadi letak link). Sedang berbahagia dan masih tak punya anak lagi. Kalau tak salah, 3 bulan selepas kami putus secara rasmi dia terus bernikah dengan perempuan tu. Dengan I dia bercinta hampir 3 tahun, tapi dengan perempuan tu cuma 4 bulan saja, terus mereka nak kahwin. Sebab...ada sebabnya juga. Tapi tak payahlah i nak tulis kat sini. I anggap itu dah jodoh mereka saja.



I kata I tak sengaja sebab adik perempuan dia, yang baru saja berkahwin minggu lepas excited jemput I. Tapi sebab last minute punya jemputan, I tak dapat nak datang. I dah ada plan lain. Dan sambil-sambil menjemput tu adik dia paksa suruh add dia di FB. Dah banyak kali pun dia call semata-mata nak suruh I add dia di FB. Apa sebab entah. Excited bebenor.  Tapi kali ni paling excited sebab dia bagi terus nama yang dia guna di FB. Suruh i search dan add. I memang search tapi I tak add. Sebab I tengok friend list dia dan I terjumpa FB ex-bf I tu. Tak block pun. I boleh tengok semua wall, photos dan info. Dan dari FB ex-bf tu, I jumpa pula FB wife dia. Pun sama, tak block pun. I boleh view semua dengan senang hati walaupun dia dah tukar ke timeline yang I rasa tak best tu. Serabut aih. Gambar atas tu pulak, dia letak gambar kahwin baju purple. Lepas ni I tak mahu warna purple dalam list warna baju pilihan kalau I nak kahwin nanti. Tiba-tiba pulak kan. Hahaha…



Kali ni jugak, bila I view semua gambar-gambar mereka baru I nampak apa yang selama ni adik-adik perempuan dia pernah cerita dekat I dulu. I tak ingat la I pernah tulis pasal ni atau tak. Sat, nak cari. Ok, tak ada. Rasa macam pernah tulis, maybe I dah delete kot.  Perempuan bermuka pondan. Yes, I dah nampak rupa tu. Adik-adik dia pernah kata makwe baru abang mereka tu walaupun kurus tapi muka macam pondan. Dulu masa adik dia tunjuk gambar dari camera, dia cuma tunjuk gambar nikah. Pakai tudung dan dah bermekap dari pandangan sisi. So, I tertanya-tanya, mana muka pondannya? Ok saja. Nampak biasa saja. Tapi kali ni ada gambar muka pondan tu. Sudah diedit dengan tulisan B@BY. Muka pondan ada hati nak panggil Baby? I mahu saja komen macam tu, tapi malam semalam I tengah ber-mood baik. Jadi I lihat dan senyum saja.



Dan semalam, I dah tak punya rasa apa-apa bila lihat gambar mereka. Sudah tiada rasa. Rasa geram dan nak marah macam yang I pernah tulis sebelum ni pun tak ada. I cuma rasa kesian saja. Kenapa entah. I masa tu dalam kereta. Depan kedai mamak. Dari dalam kereta I boleh nampak partner I dari belakang. Sedang bincang hal kerja dengan sepupu dia. Walaupun ex-bf I dulu baik dan I pernah sayang dia sangat-sangat, tapi partner I sekarang ni pun baik jugak. Walaupun kami asyiklah bertekak tak kira masa, tapi dia tak pernah give up dengan I. Yang penting dia sayang I. Dia sayang ke? Agaknyalah. Hahahha...

Thursday, 15 March 2012

Peluangkah?



Baru-baru ni, errr…tak baru jugaklah adalah dalam dua tiga minggu lepas, I dapat 1 phone call dari nombor tak dikenali. Sebab dekat ofis dan sebab I terkejut phone berbunyi, terus I tertekan button answer. Manusia di talian sebelah sana greet I dan terus bagitahu apa yang dia mahu. I macam ..ehhhhh…kau kenapa? Dari mana? Tiba-tiba call ajak datang interview. Apakah?



So, i bangun dari meja kerja. Kurang sopan pulak rasanya kalau colleague yang lain dengar. I jalan ke pantry dan sambil tu tanya semula. Oh..manusia dari sebuah international company yang baru nak bertapak kat Malaysia. Mahu ajak i datang interview keesokan hari. I rasa agak kurang senang disitu. I tak suka sebenarnya disuruh-suruh dan diarah-arah oleh orang yang tak dikenali. Lainlah kalau i sendiri yang apply kerja dekat situ, itu sudah masuk kes lain ye kawan-kawan.



Jadi i said no to him. I tak boleh esok. Apa kau ingat aku duduk rumah goyang kaki saja tak kerja? Kalau mahu juga, kita set next week. Dia tanya lagi I mahu Monday or Tuesday? I said cannot lagi. Tak boleh seawal itu sebab calendar I banyak dah kena block. So, tak boleh cuti suka-suki. Ceh….block calendar macamlah orang penting sangat meeting 30 kali sebulan kan. Tidaklah begitu, I kerani cabuk saja, tapi semenjak dah dapat boss baru ni kerja I jadi double. Since dia boss, i ni assistant saja, I kenalah assist dia. Sekecik-kecik report sampai lah sebesar-besar report boss suruh buat. Jadi mana mahunya I bercuti pada hujung bulan saat genting boss gelabah nak monthly review. Walaupun I tak suka, tapi ini kerja. Kerja is tanggunjawab kan. I kan manusia bertanggungjawab. (^_^)



Ok. Melalut sudah, so back to manusia ajak interview tadi, I kata kalau mahu juga kita set on Thursday before lunch. I rasa I cakap dengan sangat clear perkataan Thursday itu tanpa mana-mana campuran slang. THURSDAY. Dan manusia itu setuju dan akan email I all the details. Sebelum letak, I tanya mana dia dapat my number dan dia kata Jobstreet. Ok Fine.



So, I pulang dengan excited. Mahu check personal email I since dekat ofis tak boleh, kena block. Bila buka, memang ada email dari manusia tu. Tapi entah kenapa I rasa tak suka. Dia yang call I, dia sendiri yang janji mahu bagi semua details dekat email. Tapi yang I dapat adalah…tarikh dan hari interview pada TUESDAY dan alamat untuk I pergi interview. Itu saja. I tengok dan terus tutup email tu. Tak best. Itu bukan all details yang I mahu. I dipanggil untuk jawatan apa ni? Takkan mahu pergi dengan kepala kosong? At least I mahu apa saja reference untuk I selidik. Untuk i prepare. Hal company pun tak bagitahu langsung. I tahu yang itu international company pun sebab I google sendiri. Dan tak banyak info yang I dapat dari google. Jadi I ignore saja email itu.



On Tuesday, petang tu I dapat 2 misscalled dari nombor manusia tu lagi. Nasib baik phone I dah sedia off. Bukan I off untuk elak dari dia pun, I elak dari partner I saja. Biasalah, i kalau merajuk memang suka off  handphone. Hahha..



Semalam, I dapat tahu sorang colleague I dapat offer yang sama, dari company yang sama. Dan dia mahu kesana. I tanya dia, apa yang buat dia mahu ke sana?



“They offer me higher than here. 50% higher than here”



Giler kau. 50% tu.



Sekarang hati jahat I sedang kata padan muka pada I. Dan hati baik pula pujuk. Kau kan dah penah kerja untuk company yang baru nak start, kau tahu betapa sibuknya kau masa tu kan? Kau pun pernah kerja dekat company yang offer kau kerja, bukan kau yang apply. Kau tahu betapa meluatnya kau dekat sana kan? Mentang-mentang kawan yang offer, kawan tu pulak yang tikam belakang kan? Yeahh...I memang maafkan orang, tapi I susah nak lupa.



Jadi, I anggap itu bukan rezeki I saja. Maybe lain hari I dapat rezeki yang lebih. Siapa tahu kan

Monday, 12 March 2012

Isnin yang Kuning



Sebab I masih terbayang lagi tilam I di rumah. Tilam I cadarnya kuning. I dah berpuluh kali menguap ni. Ada banyak kerja yang I nak buat, tapi I tak ada mood lagi. I google semua blog kesukaan I dulu. Kebanyakannya dah tak ber-update. Terbiar macam tu saja. Ada yang dah private. Ada yang dah tak wujud.I bosan ni. I mahu bacaan ringan untuk buat mata I segar.



Malam tadi tidur 6 jam saja. Biasa pun 6 jam jugak. Tapi mungkin sebab I penat. Sabtu, seharian I di Shah Alam. Teman kawan I cari baju kurung moden. Nak pergi kenduri kahwin macam sendiri yang nak kahwin. Nak beli baju ikut tema juga. Semua pun tak kena, itu tak cantik, ini serabut. Tapi dapat juga. Dah dapat baju, nak cari tudung pula. Dari PAS ke PKNS kami berjalan. Lenguhnya kaki tapi I suka. I suka hidup I penuh. Ada saja yang perlu I buat dan fikir.



Pagi Ahad I kemas bilik. Kenapa bilik I cepat berhabuk? Malasnya nak mengemas, tapi I rimas tengok habuk. Jadi kena kemas juga. Dan petangnya, bila partner I pulang dari PD kami ke U8. Mahu tonton John Carter. Sangat best dan I sangat suka.



Pulang dari U8, singgah Subang. Ambil makcik partner I dan anaknya. Kami keluar dinner. Ke Murni USJ. Murni tak penuh sangat. Dan I cuba Mee Raja dan Dont Worry. Don’t Worry sangat sedap. Pulang dengan perut penuh. Lepak sebentar dengan housemate, mandi, dan terus tidur. Bangun pagi dengan perasaan bersalah sebab malam tadi makan banyak.




*Menguap*  

Monday, 5 March 2012

Niat tak baik



Macam entry I kat bawah, Jumaat lepas partner I agak bizi. Kerjanya sampai ke Putrajaya sinun. Sebab itulah dia tak dapat nak ambil I balik kerja. Since I ni manusia suka membebel, sebelum I membebel banyak, sebab itulah dia suruh I balik naik cab saja. Sebelum-sebelum ni, kalau dia tak dapat ambil I, dia akan suruh I naik bas saja. Tapi naik bas tu tak bermaknalah I keluar ofis, jalan kaki pi bus stop dan tunggu bas, terus sampai rumah. No..No...No....!



Naik bas tu bermaksud, dari ofis I kena jalan kaki pi stesen KTM Subang Jaya. Dekat saja pun. Dari situ beli tiket pi Stesen KTM Setia Jaya. Ya, satu stesen saja. Tapi kalau dah waktu puncak tu, kau orang ingat seronok kah bersesak-sesak dalam tren tu? Kena pulak dengan manusia yang tak reti nak respect manusia lain. Kadang tu bercakap on the phone bukan main kuat. Belum lagi kot tetiba terbau kentut. Hat tu memang biru muka la kena tahan nafas.



Sampai Stesen KTM Setia Jaya, I kena naik tangga. Dah naik tangga, kenalah turun balik kan. So, lepas keluar dari Stesen KTM Setia Jaya, kena melintas jalan motor kat Federal Highway tu. Lepas tu, lintas lagi pi bus stop tepi Federal Hihgway. Ingat senang kah nak melintas? Susah oihhh... Kena pulak time lampu traffic light belah sana kaler hijau. Memang tak pasal kena berdiri tepi jalan sambil di hon dengan driver lori. T_T



Lepas dah sampai bus stop tu, kenalah tunggu bas. Samaada bas Metro No 9 atau RapidKL U81. Dua bas tu saja yang masuk kawasan rumah I. Menunggu bas ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nak-nak macam Jumaat lepas, hujan. Ya, I tau partner I suruh naik cab. Nanti claim saja dekat dia. Tapi dia kata dia nak bagi RM 25 saja. I pulak tak terasa nak naik cab. Pasepa entah. Rasa macam tak best saja. Tapi on the way pi KTM tu, I suruh kawan I tanyakan, dari KTM Subang Jaya ke rumah I berapa. Pakcik cab kata RM30. Ok. Kalau I naik, I boleh claim RM25 dari partner. RM 5 tu guna duit sendiri lah. Tapi I takmau. Saja tanya kot next time I ada hati nak naik cab.




Kepala otak I ni dah mula niat tak baik. Tiket naik KTM seringgit saja. Naik bas pula dua ringgit. Jadi total tiga ringgit. Tapi I tak mahu bagitahu partner I yang I naik KTM dan bas. Since dah tahu harga cab, nanti I bagitahu sajalah I naik cab. Duit bersih RM25 tu boleh la I nak buat pi beli benda lain. Beli baju baru kah. Kehkhekeh…ketawa kerana I rasa I sangat bijak bergeliga.



Tapi...ku sangkakan panas sampai ke malam, rupanya hujan sebelum maghrib. I sampai KTM Setia Jaya lebih kurang jam 6.45. Bila I start melintas jalan, hujan pun turun mencurah. Padan muka kau lah Jaja. Melintas lah dalam hujan terkedek-kedek tanpa payung ke stesen bas. Mujur tunggu 15 minit bas RapidKL dah sampai. Tapi dia punya penuh tu tak payah ceritalah. Boleh pengsan dibuatnya. Abang driver pakai snow cap tu pulak pesen brek mengejut. Memang pening kepala dibuatnya. Jadi I peluk tiang tengah tanpa peduli orang lain. Tak mau share tiang tu. Melayan pening kepala dek kerana bau macam-macam dan kesan kena hujan. Sampai ke rumah I tak dapat seat dan sampai kat rumah juga hujan tak berhenti. Bila sampai depan pintu rumah pulak baru teringat kunci rumah tertinggal dalam kereta!






Ps : Pasepa lah tak ada bas dari Subang Jaya terus ke Subang Airport? Kalau ada kan best. Bukan jauh pun. Jalan straight saja.

Friday, 2 March 2012

Mesej

Dari manusia yang baru lepas dapat payment.



Awak balik naik cab. Saya tak sempat nak ambik.





ps : Cab? Selalu suruh naik bas je. wahwahwah....