I call partner I pagi ni. Macam biasa. I kejut dia bangun pagi. I nak dia rajin pergi kerja. Susah sikit nak suruh dia rajin sebab dia kerja sendiri. Lainlah kalau makan gaji, malas ke, rajin ke, wajib kena jadi rajin juga.
I call tapi operator tu kata “please call again later”
Eh? Pagi-pagi, belum jam 8.30 partner I sudah bizi? Rasanya dia kalau bangun pagi, bizi, hanya bila buat projek besar saja. kalau projek wiring rumah orang renovate dia rilek-rilek saja. Jadi, i call semula. Baru dapat, dan dia jawab dengan suara bangun tidur dia. Jeles oh. I dah sampai ofis tapi dia masih di atas tilam.
I suruh dia bangun. Tanya dia, buat rumah mana hari ni. Dan tanya dia sekali siapa yang call dia sebelum i call tadi. I call asyiklah bizi. Siapa yang kejut dia setiap pagi selain i? ok. Itu semua drama. Saja nak create conversation dengan dia. Biar dia marah dan mata jadi segar. Biar rajin sikit pergi kerja. Minggu lepas empat hari dia melepak kat rumah. Konon demam. Demam dua hari saja. yang lagi dua hari tu dia malas. Konon demam tak kebah lah. Ceh.
Jadi, kami borak. Dan i terbagitahu yang i MUNGKIN akan dapat gaji hari ini. Gaji awal sempena CNY. I sebenarnya dah janji dengan diri sendiri. Tak mahu bagitahu dia I dah gaji. I suka berpura-pura miskin tak ada duit depan dia. I suka tengok dia marah-marah, bising-bising suruh I jimat. Tapi dalam bising-bising tu dia hulur juga duit belanja buat i. mungkin sebab dia tak pernah nak berkira jadi I selalu kalah. Mulut ni selalulah asyik nak bagitahu gaji dah masuk. Pastu bila dia suruh belanja, kedekut. Hahaha…Rasa nak tampar je mulut ni. Tak pandai simpan rahsia langsung.
2 comments:
hey u..23 june la..kt leh wat prep together2 + leh clbrate anni together2 gak..hikhik..
alamak..lari tajuk laa.i nk komen kt tarikh nikah..haha..nyway,i pun da gaji..lets romaaass!!
Post a Comment