wajib klik!

Thursday, 27 December 2012

DIY Bunga Telur - Bunga Crepe

Salam semua...


Sementara tak sibuk, tak banyak kerja dan kebetulan i ada ambil gambar, hari ni i nak share macam mana nak buat bunga telur guna kertas crepe. Tapi ni versi tak kreatif ye. Bunga telur i ni bunga telur tangkap muat. Asal ada je. Hehehe...


Mana nak beli kertas crepe? Boleh cari dekat kedai barangan pengantin. I beli dekat kedai bunga Vivian kat pasar Chow Kit. Boleh google lokasi kedai bunga ni. Ada blogger yang buat entry direction ke kadai ni. Ok. Mari start!



Itu bahan-bahan yang diperlukan. Bahan utama ofkos la crepe paper. Potong crepe paper ikut size yang anda suka. I masa mula-mula buat, memang kecewa habis sebab buruk sangat bunga nye. Tak jadi. Jadi uols kena try n error. Then riben, lidi bunga, dawai, soletep bunga dan gunting. Tiada dalam gambar adalah kain net. Kain net ni kategori penting jugak sebab kalau takde, camne nak bungkus telur kan?


Ok. Step pertama...


Susun kertas crepe yang dah dipotong ikut size kesukaan tadi. Susun berlapis-lapis ikutlah banyak mana yang kamu suka. Kalau i, enam lapis je. 


 Lipat kertas crepe macam lipat yang buat kipas. Sila abaikan lantai yang bersepah. Malas nak sapu. Kehkhekhe...

 
Ok. Nanti hasilnya akan jadi begini. 



Ikat dengan dawai dan potong hujungnya. Ikut suka la nak potong separa bulat ke, potong tajam ke. Potong tu sebab bila bukak helaian kertas crepe nanti, nampak lah cantik sikit bentuk bunga.






Boleh letakkan riben bawah kertas crepe. Tapi kalau tak suka, nak letak benda lain pun boleh. I letak dua riben. So, takdelah togel sangat bunga telur tu nanti.





Letakkan lidi dan lilit dawai bunga dan lidi dengan soletep bunga. Lilit...lilit...lilit...sampai di pertengahan lidi, stop kejap.





Letak kain net untuk bungkus telur nanti. Size net pun ikut sukalah. I pun main potong je. Kang kalau tak muat isi telur, kita isi gula-gula je la.





Untuk mengurangkan ketogelan bunga telur, i letak lagi riben dekat dengan net. Part ni, kalau bubuh bunga kecik-kecik tu pun boleh. I plan dulu nak letak bunga. Nampak lah comel sikit kan. Tapi semua kedai yang i pi, semua jual bunga mahal. Yang tak mahal pun semua tak cantik. Jadi, tepek je lah riben.Sambung lilit soletep sampai habis dan kemaskan lilitan soletep.

Lepastu, boleh bukak liapatan kertas crepe satu-persatu. Buka slow-slow tau. Kang ganas sangat, terkoyak lak bunga korang. Sesiapa yang rajin dan prepare awal-awal, tak perlu bukak kertas tu dulu. Senang nak simpan. Kalau bunga dah kembang, susah nak simpan. Kang silap-silap penyek pulak bunga telur. Dah tak cantik.



Tadaaaa... ini hasilnya. I kembangkan dua bunga telur sebab nak tunjuk kat partner i. Dia tak boleh bayangkan macam mana rupa bunga telur ni. So, i bukak dan tunjuk. Baru dia kata "Oooooooooooooo......"


Senang kan? Selamat ber-DIY dan berjimat.




 





Monday, 24 December 2012

:)

Salam...


:)


So far semua benda yang buat I stress 2-3 minggu lepas dah settle. Almost settle sebenarnya. Semua form dah sampai peringkat akhir. Banyaknye step nak kena harung. Kalau tak sabar, maybe boleh jadi punca pergaduhan. Nasib baik I marah dalam hati je. Dan ada la termerajuk sikit. Hehehe.. Tapi tu lah, masa macam ni lah macam-macam boleh jadi kan? So, hal dokumen dah masuk last step. Boleh senyum dah. Tunggu nak submit ke PAID dan dapatkan borang kebenaran berkahwin. InsyaAllah, by this week semua tu dah settle.


Hal nikah.. Tok kadi dah selamat di- booked. Tak tahu la 5-6 tahun dulu kena booked atau tak. Tapi sekarang, kena check jadual imam nikah dulu. Macam I, kami plan nak nikah petang lepas Asar. Tapi sebab dah ada couple lain yang booked, so tak dapat la. Mula-mula ada drama sikit tentang tarikh nikah. Nasib baik my partner cepat bertindak. Dapatlah tarikh seperti yang dirancang walaupun kena cepatkan masa. Awal pagi hoii.. Harap-harap tak kelam kabut nanti.


Hal hantaran masih pending lagi. Dari dulu lagi I berangan nak DIY sendiri je hantaran. Perasan kretif. Hahah... Asalnya nak guna dulang hantaran adik lelaki dulu. Tapi, kawan dia pinjam tak pulang-pulang pulak. Pinjam bawak balik kampung nun di Terangganu. Sekarang ni tengah survey dulang hantaran. Paling murah I jumpa RM12 sebiji. Tu kat pasar chow kit. Tapi masih tak beli-beli lagi sebab fikir, kalau beli lepas ni nak campak mana dulang tu. Masih berkira-kira. Sepupu partner I pulak kata dia ada extra dulang hantaran. Jadi boleh pinjam dulang dia dulu. Tapi sampai sekarang tak bagi-bagi. Tak kan nak pi mintak dan tanya kan. Malu lah. So, kalau by Jan tak ada dulang, kenalah beli sendiri.


Hal baju nikah, almost settle. Baju dah ada. Veil dah ada. Tudung + kasut je yang tak ada. My partner pulak, semua dah complete. Btw, baju nikah I walaupun tak macam yang I impikan, tak apalah. Bersyukur dengan apa yang ada. I tak pernah teringin pun nak pakai baju nikah putih. Kalau boleh nak yang berkaler. Tak kisah la grey atau pink atau biru atau coklat. Tapi tu berangan je lah. Baju nikah nanti warna putih. Yang tak pernah terfikir tu lah yang I dapat. Kebaya pulak tu. Risaunye la hai. Kang tengah duduk, butang tercabut, buat malu je. I ni dah la kadang-kadang cuai. Kalau dulu berangan nak baju nikah kurung moden, kain flowy, dan pakai shawl je. Simple. Tapi tak pe lah. Orang sponsor. Jangan banyak bunyi. Kang kecik hati orang tu. Hehe..


Sekarang tengah busy DIY bunga telur dan HB. Harap-harap cantiklah hasilnye nanti. Orang tak kretif tapi perasan kretif ni susah. Semangat je lebih. Tapi hasil tak cantik. Lepastu kecewa sendiri. Hahaha..


Minggu ni minggu mengumpul alamat. Kad jemputan dah siap. :)


Tiba-tiba rasa nervous pulak. (^_^)'


Harap-harap semuanya baik-baik je.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 13 December 2012

:(

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya adalah stressssssssssss!!!


Lebih kurang sebulan saja lagi. Masa-masa akhir macam ni lah macam-macam benda timbul. Sakit hati, benci, tak suka. Rasa macam, kalau dah susah sangat, abaikanlah semuanya. Biar tak payah ada apa-apa.


Kerja pun dah tunggang langgang. Semua tak betul. TAk concentrate.


Rasa nak nangis. Nak batalkan semuanya. Lari jauh-jauh dan duduk diam-diam tenangkan diri.


Dugaan oh dugaan. :(



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kain Felt



Kebanyakan orang tahu apa tu kain felt kan? Tahu macam mana rupa kain felt kan? Kalau tak tahu, boleh google.


So, since kerja-kerja membuat bunga telur tergendala (next time I story) I terfikir nak buat benda lain pulak. Sebelum ni, balik kerja kami sibuk cat rumah. Pasang lampu, pasang tikar, pasang pintu...pasang macam-macam lah. So far hal rumah dah 80% siap. Rumah je lah siap. Tapi barang rumah tak de. Hihihi.. Sekarang i rasa nak cuba diy bunga tangan guna kain felt. Sebulan dulu masa i jalan-jalan kat Plaza GM, Klang, i ada nampak satu kedai ni jual. Jual segulung-segulung dengan harga 90sen. Murah. Sebab bukan segulung kecik tau. Gulung dia agak panjang. Masa tu tak terfikir nak beli dan i fikir, kalau lah one day nanti nak pakai, boleh datang Plaza GM lagi. Bukan jauh sangat pun. Tapi malangnya....I lupa nombor kedai tu. Memang tak ingat langsung tingkat berapa, apatah lagi nama kedai. Jadi, bila i datang Plaza GM sekali lagi, i tak jumpa kedai tu. T__T


Next kedai, i cari di Seksyen 9, Shah Alam. Belakang McD ada kedai Sayangku. Tapi kat situ kain felt dia dah siap gunting size A4 kalau tak silap dan sekeping RM1.80. Warna yang i nak tak ada. Hujung di sebalah sana...satu deretan dengan kedai Sayangku, ada lagi satu kedai craft. Tapi keda tu cuma ada felt yang dalam pack warna warni. Satu pack tu kalau tak silap RM9.60. Agak mahal kan?


Pulanglah i ke Subang dengan hampa. Tapi makcik partner i kata apakata kita pergi satu kedai bunga dekat Subang Perdana. Mana tahu ada kan. Jadi, itu destinasi terakhir. I kata, kalau tak jumpa felt ni, i kena cari idea lain. Dan jengg...jenggg...jeng....kedai tu ada jual felt dalam meter. Semeter harga dia RM12.90. Mahal ke? Entah lah. Warna yang i nak memang tak ada, tapi di maafkan sebab i jumpa warna lain yang kira boleh tahan lah. Tak buruk sangat nak dibuat bunga. Dannn...Kakak pembantu kedai yang sangat ramah. Habis dia selongkar rak nak cari kain felt. Kalau tak beli, rasa bersalah pulak. Tehehhe...


Sekarang dalam misi menggunting dan menjahit bunga felt. Tangan tak ada seni macam i ni, sekali dua kali buat memang tak jadi. Buruk rupanya. Kena praktis banyak-banyak kali baru boleh dapat bunga yang cantik. Kalau jadi i share nanti. Kalau tak share tu maknya tak jadi lah.. =)





Wednesday, 12 December 2012

Prosedur oh prosedur



Sekarang JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dah tak keluarkan lagi borang nikah. Semuanya secara online. Secara dalam talian di http://ncr.jais.gov.my/


Negeri lain sama ke prosedur nya? I tertanya-tanya ni. Sebab i sekarang memang sangat-sangat keliru. Macam mana nak proses borang ni. So far, pihak lelaki kena settle kan borang pihak lelaki dulu. I tolong partner I isikan borang secara online. Print dan pass pada dia. Dia pulak, bawa dua orang saksi dan pergi jumpa PPN (Penolong Pendaftar Nikah) kawasan rumah dia. Jumpa, bawa borang dan dokumen yang diperlukan. Apa yang PPN tu cerita / sembang i tak tahu la. Sebab i tak ikut dan tak tanya. Yang i tahu, dia bagi borang yang dah siap di cop dan sign. Kemudian, bawa borang dan segala dokumen ke JAIS. Ambil nombor, bagi borang, tunggu nama dipanggil, bayar RM10 untuk wang proses dan DAH SIAP. Boleh pass pada pihak perempuan. Senang kan?


Sekarang ni, proses pihak perempuan sama ke dengan pihak lelaki? I harap-harap sama. Tapi I tetap pening ni. T__T


Saturday, 8 December 2012

Kad Kahwin



Masa kami untuk buat persiapan agak terhad. Jadi, nak tak nak kena cari jugak company yang boleh siapkan dalam masa singkat.


Kami mula dengan Shah Alam. Sebab fikir dekat dan kalau ada apa-apa senang nak berurusan. Lokasi pertama Plaza Alam Sentral.


1. Kedai apa entah. Lupa nama dia, Tingkat 2. Dekat cermin kedai ada ditampal jenis kad dan harga. Tapi kedai tutup.

2. Kiosk tak tahu nama. Yang ni dekat tepi escalator nak turun. Ada sample dekat luar. Kami belek-belek dan cakap-cakap. Ada dua orang pekerja (agaknya) dekat dalam kiosk. Sorang sedang buat kerja dan sorang sedang belek handphone. Dua-dua buat tak tahu. Yang buat kerja tu, boleh dimaafkan. Tapi yang dok belek handphone tu? Dia tengok je kami, lepas tu tengok handphone balik. Kami pun balik......


Plan hendak ke Seksyen 7. Area sana pun ada kedai kad kahwin kan? Tapi sebab ada Konvo UITM, jalan jadi sesak. I malas nak bersesak-sesak. So, tak jadi ke sana.


Next...dari Shah Alam kami ke Puchong.


1. Bandar Puteri, Puchong. Kedai famous ni. Masa sampai tu, first soalan : Kalau tempah berapa lama oleh siap? Jawapan mereka : Sebulan. Sepatutnya dua bulan. Tapi kalau nak cepat, sebulan tu kira diorang boleh tolonglah. Design mereka banyak dan cantik-cantik. Siapa yang ada banyak masa, boleh tempah dekat sini. Kami tak. :(


2. Puchong Perdana. Yeaaa...Inilah kedai pilihan kami. Sebab boleh siap dalam masa 2 - 3 minggu. So, nanti bila dah siap, I akan beritahu ye. TAPI...hanya untuk kad yang ready made saja. Pilih kad, isi maklumat, bincang-bincang, bayar deposit. My partner nak bunting pulak. So, add on bunting. Bincang-bincang lagi. Balik.


Settle satu perkara. Next....Borang nikah. *pening*


Friday, 7 December 2012

HIV Test @ KK Kelana Jaya



Salam Jumaat...


So, semalam ambil cuti sebab nak buat HIV Test. Actually boleh je kalau nak ambik half day leave. Sebab kalau tak silap, HIV test dekat KK Kelana Jaya ada dua sesi. Pagi dan petang. I terbaca notis dekat kaunter. Tapi tak pasti. Baik call dulu dan buat pengesahan. Boleh call 03-7804 5001.


Sehari sebelum, I dah call mereka. Tanya sama ada kena buat appointment atau tidak. Mereka kata tak perlu. Hanya datang jam 2 - 4 petang saja. Semalam, kami sampai awal. Dalam 12.40 tengahari tu dah ada depan KK. Sebab agenda pagi kami tergendala. Jadi, baik pergi KK terus. Lagipun partner i tak berapa ingat lokasi dia dekat mana. Lepaklah kami dalam kereta. Main game dan borak-borak tengok orang lalu-lalang. Hampir jam 1 petang, partner i ajak masuk. Tapi I malas. Maybe kaunter tak bukak lagi. So, I ajak lepak dalam kereta dulu, 1.30 nanti masuk.


Tapi, sesiapa yang sampai awal tu, boleh je masuk terus. Boleh dapat nombor cepat. Masuk dalam tu, pergi dekat kaunter ambil nombor. Beritahu nak buat HIV test dan mereka akan bagi borang beserta nombor giliran. Isi borang. Don't worry. Borang dia simple je. Lepas siap isi borang, pulangkan semula borang dekat kaunter nombor tadi. Lepastu tunggu nombor dipanggil. Siapkan duit. Kami memang tak ada duit kecil semalam. So, terpaksa bayar guna duit syiling. T__T. Setiap orang dikenakan bayaran seringgit sahaja.


Lepas buat bayaran, mereka akan pulangkan borang kita dan beritahu untuk pergi ke bilik mana. Semalam, kami dekat Bilik 18. Pergi dekat bilik 18, letak borang dalam box dan tunggu nombor dipanggil sekali lagi. Proses sini yang memakan masa. So tunggu sajelah. Bila dah sampai giliran, masuk dalam bilik dan mereka akan suruh kita hulur jari. Cucuk guna jarum halus je. Tapi sebab bunyi kuat, tersentak jugak I semalam. Hahaa.... Itu sahaja. Tiada soalan diajukan. Lepas dah siap. Tunggu lagi sekali. Tunggu...tunguuu..tungguuuu...sampai diorang pulangkan borang semula.


Proses berakhir jam 3.45 petang. Simpan borang yang diberikan. Borang tu lah yang akan di submit bersama borang permohonan nikah nanti.





Wednesday, 5 December 2012

Pening oh pening

I tak ada idea dari mana nak start. Apa yang patut kena settle dulu. Rasa macam cepatnya masa berlalu. Rasa macam kelam kabut.


Tapi, yang paling penting kena settle kan segala borang dan dokumen dulu. Sepatutnya 3 bulan sebelum. Harap-harap tak ada masalah lah nanti.


So esok kena pergi KK untuk buat HIV test. Lepastu suruh partner I complete kan form. Then pagi esok kena cari kad kahwin. Nak cari yang murah dan boleh siap cepat. Agak-agak boleh siap tak dalam masa seminggu? Haihh..~


Then, rumah nak kena cat. Nak cari tikar getah. Nak cuci dan nak repair lagi sikit-sikit apa yang patut.


Bila semua ni dah siap baru boleh rasa lega. Selagi tak, selagi tu lah asyik pening je. Hadoiii.. T__T



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 4 December 2012

Persiapan...

Hai...


So far, hal dewan dah setel. Surat dah sampai ke tangan kami dan semalam partner I dah pergi buat pembayaran. Sewa dan cagaran jumlahnya bawah 1k. Walaupun mahal sikit dari dewan MDHS, tapi nak buat macam mana kan. Tak ada rezeki nak bersanding dekat Rawang. Dapat dewan MBSA ni pun dah kira bersyukur. Orang lain booking dewan semua setahun / 6 bulan sebelum majlis. Kami ni, lagi 3 bulan nak majlis baru terhegeh-hegeh nak cari dewan. So, Alhamdullilah lah dapat dewan tu.

Hal nikah, borang tak isi lagi. Sekarang JAIS dah guna sistem online. Jadi, tak ada lah nak print borang bagai. Kena isi online terus. Itu, mungkin malam nanti settelkan. Settelkan part partner I dulu. Then minggu depan baru nak buat HIV test. Tak call lagi klinik. Tak taulah dapat buat minggu depan ke tak.

Katering untuk majlis dah ada. Partner i dah jumpa kakak tu semalam. Lebih sikit dari draft bajet i, tapi kira berbaloi jugaklah sebab all include. Pelamin, baju dan makeup sekali. Tak tahulah apa rupa kakak tu makeup nanti. Tak taulah cantik ke tak baju sanding nanti. Tak taulah sedap ke tak lauk majlis nanti. Sebab semua tu partner i yang uruskan. Pandai-pandai je dia decide tak tanya I. Dah balik baru dia cerita. Redha sajalah. Harap-harap cantiklah baju sanding nanti.

Hal kompang dan photographer pun rasanya partner i yang uruskan. Malas i nak ambil tahu. Biarlah dia yang cari. Kalau i cari nanti, i yang stress. Kalau stress, muka masam. Partner i tak suka muka i masam. Buruk katanya. Hahaha...Jadi, biarlah dia yang settlekan. Aman damai kepala i.

Jadi, apa yang i buat? I sibuk fikirkan hal remeh temeh. I fikir hand bouquet nanti nak buat pearl ke fresh flower ke atau guna kain felt je? Hal remeh pun tak decide lagi. Macam mana ni? T__T  Lepastu sibuk fikir hal menu untuk majlis lepas nikah. So far planning kami nikah on petang Jumaat. So, menu apa nak prepare ni? Pening oih.


Oh ye. Kami dah beli katil. :)
Dapat yang murah-murah je. Ada satu furniture shop kat area rumah kami tu buat moving out sales. Jadi dapatlah set katil kayu harga murah tanpa membeli tilam. So, kena cari tilam lak lepas ni. :)

Itu je buat masa ni. Next nak kena cari tudung nikah dan kasut nikah. :)


Friday, 30 November 2012

Hanya kerana dewan



Semuanya beku. Masih statik tiada apa-apa persiapan.


Semuanya sebab tak berani nak confirm dan booking sebab dewan masih tak confirm lagi. Bak kata partner I, kang kita buat kad, dewan tak dapat, susah gak.Kan? Kan?


Hari ni hari ke - 9. Gigih tu tanda kat kalendar. Hahaha... Sebab, kalau tanda dan kira....cukup 14 hari tak dapat surat, kami nak pergi MBSA terus. Tapi tengahari tadi, partner i call dan kata surat dah siap. Kakak ipar dia kerja MBSA, so kakak ipar dia tau surat dah siap. Nanti kakak ipar ambikkan. Kalau nak tunggu pos, takut lambat lak nanti.


Syukur lah. Hal dewan dah positif. Lepas dapat surat nanti, baru kerja keras prepare benda lain. I bajet ciput, so mana benda yang boleh buat sendiri, I buatlah.


Si partner i pulak, biarkanlah dia repair rumah. Rumah after kahwin nanti dah ada. Tapi dasyatnya keadaan rumah tu...MasyaAllah. Semua nak kena repair. Semua nak kena tukar baru. Nak cat baru. Banyak pakai duit nak kahwin ni kan? Lagi-lagi kalau macam kami. Bajet sangat sendat. Rumah lepas kahwin pun banyak nak guna duit. So far yang dah ada cuma TV dan peti ais. Katil, sofa, almari...semua tak ada. Tak apelah. Ada rezeki, beli sikit-sikit nanti. Positif. InysaAllah semuanya baik-baik dan berjalan lancar nanti.



Happy weekend!

Friday, 23 November 2012

Makeup kahwin



Suatu waktu, disaat I dan partner sedang beratur untuk membeli tiket wayang.....


Partner : Eh...Saya dah tahu makeup macam mana yang sesuai untuk awak waktu kahwin nanti.


Terujanya I dengar. Sambil kelip-kelip mata...


I : Iye? Macam mana? Macam mana?


P : Awak pakai lipstik pink nanti. Pastu mata tu letak la kaler kuning-kuning gold sikit.


Heh? Kuning-kuning gold? Apakah? Tapi, sebab kami sedang bercerita tentang sesuatu yang istimewa dan gembira, I malas nak bertekak. Layankan sajalah.


I : Iye? Cantik ke? Mana awak dapat inspirasi ni?


I sebenarnya mengharapkan jawapan yang sweet dan comel macam...alahh...susah pulak nak terangkan. Sendiri fahamlah ye jawapan yang sweet sweet tu macam mana.


P : Lepas tengok video clip Nicki Minaj. Hehehe....


What? Dia samakan I dengan Nicki Minaj? Kuang ajaq sunggoh!


Mungkin makeup beginlah yang partner i maksudkan.

Kalau begini boleh? Hakhakhak





P/S : All pictures form Google.


Thursday, 22 November 2012

Latest info : MBO @ Citta Mall

Dear all readers,


Latest info about MBO @ Citta Mall.


Will be opening end of December.


Thank you.


ps : Dah macam MBO punye spoke person pulak kan? Hahaha.. I buat lastest info ni sebab banyak sangat orang yang search pasal MBO @ Citta Mall kat blog ni. Kasihan mereka.


pss : Pening hal dewan tak habis lagi. T__T







Wednesday, 21 November 2012

Dewan MBSA

Pening oh pening.



Kami dah jumpa dewan lain. Murah dari dewan yang kami survey semalam. Tapi itulah, procedure sewa dewan MBSA ni makan masa. My partner dah pergi tengok dewan. Ok katanya. Dah pergi pun MBSA. I ingatkan kita check tarikh, isi borang dan bayar deposit. Kira kita dah booked la tu. Tapi tak. Kena pergi MBSA, check tarikh, isi borang dan TUNGGU 14 HARI. Dalam masa 14 hari tu macam-macam boleh jadi. Sebab tak bayar deposit, kira tak booked la kan?


I takut after 14 hari nanti MBSA bagitahu dewan tak available pulak. Oh no! Janganlah jadi macamtu. Mintak dijauhkan. Itulah harapan terakhir I.



So, pengajaran to all, sila prepare majlis anda setahun lebih awal.



P/S : Doakan dewan tu available untuk kami.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 20 November 2012

Dewan oh dewan

Selagi masalah dewan ni tak settle, selagi tu lah tak habis dilema. Haihhhlaah.. Kenapalah dewan MDHS tu jadi pilihan ramai. Yang ada kosong cuma bulan May saja. Even Jun pun dah ada orang booked. Pengsanlah macam ni. So, plan yang I dah fikir berbulan-bulan selama ni dah tak dapat nak buat. Kecuali, majlis tunda ke May saja. Haihhh..~


So, I dan partner fikir plan yang baru. So, called dewan yang lain. Pun fully booked. Apahal la ramai orang nak sanding sama tarikh dengan I ni. Bukan tarikh cantik pun. Tapi sepanjang bulan tu memang full. So, kena awalkan, atau lambatkan sebulan. Dahlah harga dewan mahal. Deposit macam-macam. Kalau dewan MDHS murah je. T__T Dugaan sungguhlah.


Ikutkan hati nak je I book dewan FRIM,Kepong tu. Tapi Mak tak bagi. Jauh sangat. Pastu Mak suruh pasang khemah je depan rumah. Oh no!!! I tak mahu. Rumah mak, parking lot dia berbukit. Satgi yang datang makan kenduri I semua kena dok senget. Entah-entah pelamin I pun senget nanti. Hadoilah...


Baru pasal dewan. Belum lagi katering, baju, pelamin. Hoiii..stressnya!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 19 November 2012

Dewan

I dan partner dalam proses ke fasa seterusnya. Yes, we are getting married. :)


So, step pertama yang I dah lama buat adalah planning. Planning dan berangan adalah percuma, sebab tu I dah buat awal-awal. Since, kami masing-masing dah bosan hidup berpacaran, jadi kami ambil next step untuk hidup berpasangan. Mahu serius. Bahagia dan gembira itu belum pasti, tapi kami cuba berusaha. InsyaAllah, mudah-mudahan bahagia dan gembira hendaknya. Aminnn..


Pertamanya, planning kami pada akhir bulan 12 ni. Tapi sebab perkahwinan melibatkan banyak pihak, kami rasa tak sempat. So, I bagi kata putus, awal tahun hadapan. Lepas discuss, gaduh, merajuk dan meluat..tarikh dah dapat.


Parents I nun di Hulu Selangor. Jadi I rasa, orang-orang Hulu Selangor ni mesti banyak buat kenduri dekat rumah. Ye, kebanyakannya begitu. Jadi, dewan mesti tak ada masalah kalau I baru nak tempah. Pagi ni I call. Itupun setelah didesak oleh partner I.


Dan cuba teka? Ya.. Tarikh I nak sudah ada orang tempah. :( tarikh berdekatan pun fully booked. Awal januari pun dah ada. :((... Menangis pun tiada guna. Padan muka kat diri sendiri sebab tak pernah nak fikir, orang zaman sekarang memang suka buat majlis kat dewan. Senang tak perlu kemas rumah.


Kemudian, I pujuk hati, cari dewan yang lagi satu tu. Btw, dewan berdekatan dengan rumah parents hanya dua. So, I survey dari internet. Dewan kedua tu, 4 kali ganda mahal dari dewan pertama. Menangis baca rate dewan tu. T__T


Jadi, bagaimana ni? Dewan pun tak ada. T__T



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 7 November 2012

Saya & Spanx

Macam entry I sebelum ni, akhirnya I beli jugak spanx itu. Pejam mata dan bayar sajalah. I sedang mempraktikkan apa yang partner I selalu kata ; "duit boleh dicari" Dia memanglah, kerja sendiri. Orang makan gaji tiap-tiap bulan sepatutnya tak boleh ikut. Tapi nafsu I menang hari tu. Jadi, I dah TERbeli. Walaupun ada beberapa drama, I akhirnya dapat jugak spanx tu semalam. Yeayy.. Excited.


First try, I rasa ohhh.. Macam ni ke rasanya pakai spanx? Biasa je. Kenapa I jumpa banyak review positif? Maybe sebab yang beli dan pakai spanx tu sebenarnya tak gemuk. Maybe mereka adalah dari golongan manusia yang badan kurus, tapi perut buncit sikit. So, pakai spanx hanya untuk cover perut. Ataupun, sebenarnya I kena pakai size lain? Tapi kalau ikut size chart yang diberi, size tu dah betul. I akhirnya malas nak fikir. Sebab masa tu I belum mandi. Hehe..


Pagi ni, I try lagi pakai. Sebab hari ni I pakai baju kurung, I rasa nak cuba pakai spanx seharian. Mana tau kot alah bisa tegal biasa kan. Mana tau lama-lama rasa ok. Tapi, sorry to say, spanx bukan diciptakan untuk I agaknya. I tak selesa. Setengah jam pertama pakai, I dah rasa nak tanggalkan. Tapi I sabar. Entah-entah rasa tak selesa tu sebab I baru lepas memandu kot. So, abaikan perasaan tu, terus pakai. Jam 10.30 tadi, I ke toilet. Dan I buat keputusan untuk tanggalkan spanx.


Kenapa I rasa spanx tak sesuai untuk I? :

1. I baca review orang lain yang spanx ni sangat selesa. Pakai pun tak terasa. Tapi kenapa I pakai asyik terasa je? Still rasa biasa macam pakai girdle beli kat pasaraya je. Rasa kasar pada kulit.

2. Review orang lain kata kalau pakai perut jadi leper, punggung pun nampak kecil 1 size. Tapi kenapa kalau I pakai perut nampak makin buncit? Punggung I makin tonggek. I is tak suka punggung tonggek. Nanti keluar lunch orang pandang. I kan pemalu.


I bagi 2 sebab dulu. Sebab dua ni je yang buat I patah hati. Ke sebab I ni gemok sangat. Oh sedih. Spanx dah selamat I simpan dalam beg. Nantilah, mana tahu, satu masa nanti berguna.


TAPI, sebenarnya ada yang I suka tentang spanx ni. Paling I suka adalah part peha. Walaupun kalau pakai rasa macam pakai girdle murahan beli kat pasaraya, tapi part peha memang tak sama. Kalau pkai girdle biasa, kadang-kadang boleh nampak line girdle tu kat peha. Kalau pkai spanx, takde pun line tu.


So, siapa rasa nak beli, silakan. Maybe untuk anda, spanx sangat membantu. Sangat bagus. Tapi untuk I si perempuan gomok malas nak exercise tapi suka makan ni, :(



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 31 October 2012

Spanx

Hi..


Ever heard about spanx? I dah lama tahu. Dah lama plan nak beli. Dah lama teringin nak try. Tapi sebab spanx tiada di Malaysia, dan harga over 150, I berangan saja.


But lately, perasaan nak beli tu membuak-buak. Nakkkkkk sangat. So, dari satu blogshop ke satu blogshop yang lain I cari. Kebanyakannya pre-order. Bayar & tunggu barang sampai dari US. I tak suka konsep pre-order. Bukan apa, I adalah manusia tak sabar. Kalau boleh, dah bayar, time tu jugak I nak.


After google dan compare price, I akhirnya jumpa satu blogshop yang ada raedy stock. Harga paling murah (sebab mostly ready stock punya price cecah 200 kat beberapa blogshop) dan sekarang I berbelah-bagi.


Mahu beli atau tidak?


Mahu atau tidak?


*pening*



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 23 October 2012

Vote

Ok. I'm actually tak berminat dengan gosip-gosip artis pun. I'm not into URTV ke, MH ke, Mangga ke and yang sealiran dengannya. Entahlah. Sebab I tak ada artis kegemaran kot. Semua artis Msia ni I layan sama rata je. LOL. But, Melodi kena layan la. Kalau tak, I ketinggalan berita nanti. :)


BTW, talking about vote, I notice this one artist asking people to vote for her. I know, dia maybe fikir, aku suruh peminat aku kot. Suka hati aku la. Tapi, orang yang bukan peminat ni mesti akan fikir macam-macam. Betoi dak? Masa I baca tu, I rasa.. Oh my... Kau kenapakah? Kalau betullah kau bagus, and kau famous, and kau punya hasil kerja memang superb. Dah tentu orang yang akan pergi vote untuk kau tanpa disuruh.

I bukan big fan dia pun. Tapi kenapa entah I follow dia. Saja-saja maybe since I pun tak aktif sangat, so I main follow saja siapa-siapa sesuka hati. Tapi ada la hasil kerja dia yang I suka. Dia taklah teruk mana pun sebenarnya. Tapi untuk orang yang tak rapat dan tak minat dia sangat, ayat suruh vote tu berbunyi......kasihan.


Ps : ini bukan blog gosip artis. :)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 22 October 2012

Sinister, Mimpi.

Dah tonton Sinister?


I terpengaruh dari twitter yang I follow. Semua kata Sinister scary. Sangat-sangat seram. Nyorok bawah kerusi la. Takut la. Balik rumah terngiang-ngian bunyi projektor la. Macam-macam lah. Jadi, I hasut partner I.


Hari pertama hasutan, berjaya.


Hari kedua hasutan, sudah tak berjaya. Keputusan berubah. Tak suka tengok cerita pembunuhan katanya. I tak peduli la, itu cerita hantu ke, pembunuhan ke, lawak ke, yang penting I mahu tonton. I sudah terpengaruh. Dia mahu tonton Ted. Fine lah. Sebab yang membayarnya adalah dia, jadi kuasa memilih di tangan dia. I berduka di dalam hati saja.


First, kami ke Summit, USJ. Tiada Ted, tapi Sinister ada. Wahhh.. Teruja I. I hasut-hasut lagi. Tak menjadi. Dia ajak ke e@Curve. Tapi sebab I bosan ke sana, I hasut ke OU. Ke OU la kami. Tiada Ted. Sinister juga yang ada dalam list tayangan. Tak mahu kata dia. Isshh..pengecut, kata I dalam hati.


Keluar OU, mahu gerak ke e@Curve. Tapi kerana jalan maha jem, kami terus ke Space U8 saja. Parking banyak, free pulak tu. Q pun tak panjang. Jadi, Ted la yang kami tonton.


Dan mungkin kerana nak nak NAK sangat tonton Sinister, I mimpi kes pembunuhan malam tadi. Bila tersedar dari mimpi, sayup-sayup terdengar bunyi anjing menyalak. Dan apa yang dimimpi, terulang tayang dalam kepala semula. Tak seram, tapi takut.


I beritahu partner I, dia kata : belum tengok dah mimpi macam-macam. Tak payah tengok lah.


Masalahnya, I terpengaruh sudah ni. Cari CD atau cari partner lain untuk teman tonton?


Happy Monday uols!


P/s : Ted is fun. Untuk tontonan 18 above, tapi ada one married couple bawa baby kecik masuk hall. Melentur buluh biar dari rebungnya ke? LOL.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 10 October 2012

Pendek, Gemuk.

Nangis dulu... T__T


I tunjuk dress dari poplook.com dekat partner I dan dia cakap...


"Awak gemok kan... "




"...dan awak pendek. Tak sesuai pakai dress tu" sambung dia lagi.




Dan I, sambung nangis lagi.. T__T



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 5 October 2012

5 Oct..

Pagi Jumaat yang mendung. :)


Hari ni, hari ulangtahun kelahiran. Alhamdullillah, masih bernafas dan masih dikurniakan rezeki. Masih ada ibu-bapa. Masih ada adik-beradik. Masih ada kawan-kawan. Dan masih ada my partner. Syukur untuk semuanya.


Semoga hari yang mendatang lebih baik dari hari ini. Semoga ada rezeki yang lebih untuk dikongsikan dengan keluarga. Semoga perancangan untuk fasa yang seterusnya dalam hidup, berjaya. :)


Semoga semuanya baik-baik saja. Amin.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 26 September 2012

Motivasi

Tak habis-habis motivasi kan. Kurusnya tak jugak. I dah lama tak joging ni. Last sunday pasang dvd aerobik. Sempat layan setengah jam je sebab partner I dah datang rumah ajak keluar makan. Tak menyabar sungguh.


Tapi, setengah jam pun, sakitnya 3 hari baru nak ok. Dah lama tak exercise, habis sakit perut, peha n tangan. Tak pasal-pasal jalan mengengkang.


Oh. Itu gambar motivasi yang dah pun selamat dijadikan wallpaper handphone. Dengan harapan, setiap kali tengok handphone, setiap kali tu la tengok gambar tu dan setiap kali tu ada semangat nak diet dan exercise.


Gambar masa bulan puasa hari tu. Naik je bulan beraya, naik jugak berat badan. Apa nak jadi la hoi!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 24 September 2012

Test

Saja nak test.



Test.



Test.



Test.. Test..


Test. Test..test...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 21 September 2012

Mom To Be

Hai....

It's not me yang nak jadi mommy. I belum kahwin lagi. =D


Depan saya sekarang ni ada mom to be. Sudah 8 months ++ kot. Sebab due dia kalau tak silap October nanti.


I sedang buat kerja. Suddenly sorang colleague yang lain datang depan i. Mom to be tu duduk depan i. Semalam dia MC. Harini dia nampak ok je. Mereka cakap dalam bahasa mereka. Haishh...rugi betul I tak paham bahasa diorang ni. Diorang semua ni boleh tahan gak kaki gossip.


I duduk tegak. Nak cuba jeling mommy tu. Terkejutnya I sebab muka dia merah. Merah sangat-sangat dan dia menangis! Takutnyaaaaaaaaaaaaaaaa....Nak bersalin ke? Takuuutttnyyaaaaaaaaaa....!


Tapi I tak faham apa diorang cakap. Ciss...Esok nak cari kelas mandarin la. Yang murah-murah untuk dewasa. Ada tak?

I pandang abang kpop sebelah I. Ohh...lupa nak cerita. Sejak Abang G resign, abang kpop replace dia. Tapi still i miss abang G. Abang kpop tak peramah. Bahasa dia pun tak fasih sangat. Rindunyaaa kat abang G. Kalau abang G, i pandang dan angkat kening je, terus abang G explain. Tapi abang kpop ni, i kena tanya sendiri. kalau tak dia buat tak kisah saja. Tak mesra kan.


Abang kpop kata, entahlah....dia taktau. Tapi maybe baby dalam perut kick kuat sangat. Dats y la mommy sakit. Ouchh...macam tu sekali ke? Takutttnyaaaaaaaa...


I wish...mana tahu suatu hari nanti ada peluang nak jadi mommy, biarlah semuanya baik-baik saja. Sebab, I kenal my partner macam mana. Dia jenis tak manjakan I. So, kalau sakit, nangislah sorang-sorang. Sobbss..sobss... Tersedih pulak.


Happy weekend all!


Tuesday, 14 August 2012

Puasa & Raya



Sepanjang Ramadhan langsung tak ber-belog kan? Ohh.. ada satu post.  Tak punya kerajinan yang tinggi sekarang ni. Rajin setakat ada idea nak menulis, tapi nak menaip tu, terus jadi tak rajin.




Sekejap saja masa berlalu. Ramadhan pertama, I tak excited sangat. Entahlah, sebab rasa macam cepatnya masa berjalan. Dah Ramadhan? Rasa macam tak percaya. Tapi dah minggu-minggu terakhir ni, rasa macam ehh..janganlah cepat Syawal. Tak puas lagi nak berpuasa. Sebab minggu ni dah tak boleh puasa. Ingatkan I boleh puasa sebulan, sebab kitaran bulanan tak menentu sekarang ni. Kadang-kadang tu 25 hari kitaran je. Kadang-kadang tu boleh sampai 32 hari. Punyalah berharap tapi apakan daya, bulan ni cuma lewat 3 hari saja, lepas tu terus....tak boleh puasa.



Sepanjang puasa, berat cuma turun 1.5kg saja. Tak membanggakan pun, tapi boleh memberi semangat. Sangat suka tengok jarum penimbang dah beranjak sikit. Ni semangat supaya raya nanti I boleh jaga makan. Tak mahu naik lagi. Tak mahu. Tak mahu.



Raya hujung minggu ni. Apa yang I nak beli untuk rumah Mak, semua tak beli lagi. Semua bertangguh. Semuanya tak ada mood nak pergi beli lagi. Tapi malam tadi, teman sepupu partner I cari baju raya, I jadi excited pulak. Beli la sehelai baju kurung size S tanpa cuba dengan harapan 1.5kg yang dah hilang tu boleh buat I muat baju kurung size S. Balik rumah, cuba. Sarung baju....muat. Cantik elok terletak dekat bahu. Sarung kain.....TAK MUAT. Terus stress. Terus nak call Mak, nak tanya Mak boleh alter tak kain tu. Tapi...bila fikir balik, kain tu nak alter macam mana? Mana boleh. Sayangnyeeeeee...baju dah cantik. Kain tak boleh masuk pulak. Terus rasa nak pergi beli kain lain. Suruh mak jahit kain yang lain untuk baju tu. Tapi sayangnnnyeeee....kain tu cantik.



Walaupun penjual baju tu kata boleh tukar, tapi malam tadi, masa beli tu corak yang itu ada dua size saja. S dan XL. Tak mahu corak yang lain. Yang lain tak cantik. Nak yang itu juga. Kalau mintak tukar kain saje boleh tak? Kain S tu tukar dengan XL tu pun boleh. Kain kat dalam kan. Kalau longgar boleh pin. Tapi mahu ke penjual tu bagi tukar kain saja? Mesti tak boleh kan...kesian gak kat orang lain yang beli size XL tu nanti. Bencinyeeee...bila peha nak kurus ni?



Terus hilang mood nak raya. Peha tak kurus. So, pagi raya nanti jangan makan rendang!




 P/S : I tahu blog ni tak ada siapa pun yang singgah. Tapi kalau ada sesiapa yang TERsinggah tu...SELAMAT HARI RAYA!!


Friday, 3 August 2012

Dilema



 Samsung Galaxy atau Blackberry?



I kena bagi jawapan segera sebab yang nak belanja ni, banyak songeh pulak. Dia kata, kalau lambat-lambat, dia tak jadi nak belanja. Banyak songeh sungguh.

I pun banyak songeh jugak. Kejap nak ini, kejap nak itu.


Dilema sungguh.

Wednesday, 18 July 2012

Kerja




I tak ingat bila. Sebulan lepas atau dua bulan lepas, I dapat call dari account manager ofis I ni. First dia call, I tak jawab. I malas nak return call sebab malas nak dengar apa sebab dia cari I. kami sedang buat system yang baru untuk contract submission. Jadi, I fikir mesti dia nak complaint kerja I ni. Abaikan.




Sehari lepas tu, dia call lagi. I jawab dan terkejutnya, dia bukan nak complaint kerja I, tapi dia nak offer kerja dekat I. Berminat tak nak kerja kat account dept? Tanya dia. Dan-dan tu jugak I kata, u tunggu, I datang tempat u sekarang. Excited kan? Of course la excited.




Kami hanya borak biasa-biasa saja. Tanya itu ini sikit-sikit. Dan dia juga explain apa yang dia mahu. At the end, dia tanya, macam mana I nak transfer ni? Boss tak marah ke? I pernah tanya dekat ex-manager I macam mana dia boleh transfer dept? Dan I rasa, dia beritahu boss I sebab boss I tiba-tiba kata, If u rasa nak learn new thing, I boleh support u kalau u nak transfer dept.




See. Dia mahu support. Masa tu I rasa patah hati sekejap. Boss aku tak suka akukah ? Hahaha..drama sangat. Lepas tu terus log in jobstreet. Kahkahkah….




I beritahu account manager, kalau u rasa u nak ambil i, LET ME KNOW. I akan discuss sendiri dengan boss I. Dia kata ok, dan dia nak fikir dulu sebab dia ada few candidate dari luar.




Lepas tu, semunya senyap. I fikir mungkin dia ada better candidate. I kan nama saja ada basic accounting, tapi hampeh bukannya terel sangat pun. Kehkeh…





So, tak lama tu, memang betul, dia ambil orang lain. I pun tak fikir apalah. Takda lah nak patah hati sangat sebab memang dari awal dah kata, kalau ada rezeki ni, adalah. Kalau tak ada, redha saja.




Tapi, baru-baru ni sempat berborak sekejap dengan sorang kakak ni. Dan dia bagitahu, boss dia memang nak ambil I pun. Tapi Abang J tak bagi. Mengamuk Abang J, kata kakak tu. Ciss punya Abang J. Tak bagi orang transfer dept. Tak bagi orang naik gaji. Baru berangan nak dok kat ofis atas. Memusnahkan harapan orang je.  






*loginjobstreet* 



Wednesday, 11 July 2012

Padan Muka




Ada 11 report nak kena buat. By petang before balik nak kena siapkan. Tapi sebab fikir sebelum ni dah pernah buat so, dah tahu short cut. Tapi sebenarnya dah pernah buat tapi tak berapa nak ingat. Pastu dengan confident-nya pi run report, sambil run sambil menguap, sambil pi gugel bb cream apa yang best. Ya, I tau tak baik sambil buat kerja sambil mengular. Tapi pagi ni sejuk, cuaca sejuk, ekon opis lagilah sejuk. Mata layu. Buat report yang sama untuk 11 code yang berbeza adalah sangat boring. Mengantuk hoih. Jadi otak kata, hoi, marilah kita gugel bb cream apa yang best. Dah nak raya ni hoi, takmau bergaya kah? Muka dah banyak jerawat, jom gugel sekali ubat jerawat apa yang syok.




Dengan sangat konfiden I subtotal semua data. Highlight mana yang takmau. Tanpa sedar ter-highlight sekali benda yang mau. Tak cek pun. Main save saja. Dan bila 5 report dah siap, baru perasan column tu dah ter-delete sekali.




Sekarang kena ulang balik buat dari yang first. Padan muka sekali lagi! 



Monday, 2 July 2012

Kegembiraan & Kesedihan




I cuba pakai seluar kerja 7 tahun lepas. Yeayy..! Muat. Ngam. Tak ketat. Tak longgar. Gembiranyaa…




Tetapi I cuba pakai kebaya 7 tahun lepas. Ketat. Kain sangkut kat peha. Tak lepas. Baju boleh butang tapi tak sampai seminit butang terbukak balik. *nanges*




Tu maknanya seluar 7 tahun lepas tu besarkah? Oh tidak. Tapi Mak pujuk. Kata Mak, kebaya tu boleh alter. Kain pun boleh. Sebab Nyonya yang jahit baju tu potong kain tu besar. Basi kain ada lebih berinci-inci. Boleh alter. Tapi I tak mahuuuu… I mahu alter body ni. Bukan alter baju. Lantas Mak bosan bila I asyik picit lemak di perut dan pinggang sambil merengek-rengek Kenapa kita dah gemok Mak? Kenapa?  Mak join tengok berita di depan.




Menangislah si gemok keseorangan. T__T


 

Friday, 29 June 2012

Inspirasi, Jogging dan Macam-Macam




Macam-macam maksudnya banyak yang nak ditulis.



Rasanya semua orang pun tahu betapa excitednya I nak turunkan berat badan. Sebab partner I tak suka I gemuk. Dia mahu I kurus. Sedangkan masa first time dating tengok wayang dia kata, I ok saja. Tak gemuk. Sekarang, bila dah 3 tahun bercinta, baru sibuk nak komplen kata I dah gemuk. Apakah? Oh yelah, I memang dah lebih membesar dari dulu. Baju lama ada yang dah tak muat nak dipakai. T__T



I memang banyak google hal diet, pemakanan sihat, bagaimana mahu kurus, senaman untuk kurus, etc..etc..etc Tapi, semua tu I baca saja. Ada yang agak menarik, i copy dan simpan. Tapi simpan sajalah. Praktis belum tentu lagi. Sampailah di suatu petang yang indah, i terjumpa blog seseorang. Memang sangat memberi inspirasi. Memang I kata dalam hati, dia ni boleh, takkan aku tak boleh. I keep baca blog dia. I baca dari first post dia sampailah ke current post. Nasib baik blog dia jenis tak berat. Kalau blog jenis nak loading 1 post pun ambik masa 10 minit, memang mintak maaf lah. I rela tak baca langsung. Dia yang asalnya gemuk sekarang sudah kurus. Dengan cara yang sihat. Mungkin ada yang dah tahu tentang dia, mungkin ada yang belum. Tapi tak kisah lah. Setiap kali i fikir mahu lupakan diet, enjoy sajalah makan apa pun, I akan ingat blog dia. Nanti, I share disini. Nak mintak izin dulu.  =)



Dan, bila i dah terinspirasi, barulah I ada semngat. Kutukan dari partner I memang semangat, tapi tak cukup membantu. I mahu semangat yang lebih lagi. Jadi, I sedar. Diet saja tak cukup. I kena buat sesuatu untuk keep fit. Jadi, marilah kita berjoging! I cuba untuk jogging setiap petang lepas balik kerja. Tapi biasalah, manusia macam I ni, kadang-kadang semangat kejap naik, kejap turun. Tapi so far, I akan cuba juga untuk jogging. Alah, pegi tasik dekat dengan ofis ni saja. Balik kerja, masuk kereta, tukar baju laju-laju (Ya, i tukar baju dalam kereta. Hahhaha..) dan terus pergi tasik. Baru nak start, jadi jangan haraplah I dah kurus. Makan pun tak berapa nak jaga. Baru sat ni I lunch Mekdi tanpa rasa bersalah. Dan sekarang sedang menyedut Chatime pula. *pengsan*



Alhamdulliah, sekarang dah boleh jogging non-stop satu round tasik. Sekali je I pernah run dua round non-stop. Pastu memang rasa nak merangkak lah pergi dekat kereta. Nak tekan pedal minyak pun rasa tak mampu. Seminggu dua lepas demam ni I layan satu setengah round saja. Kelmarin hampir muntah tepi tasik sebab tak larat. Tapi nasib baik I mampu berlagak macho. Boleh kontrol lagi. Tak jadi nak muntah. Kalau tak buat malu saja dengan apek yang joging pakai selipar jepun tu. Gila hebat dia. Tiga round non-stop. Rambut dah kaler putih tapi masih larat lagi. I? Hehehe…Takpalah, bagi can kat diri sendiri. Lemak banyak oihh..tak larat nak bawak.



Dan dua tiga hari ni ada sorang lelaki India tegur I. I biasa saja. Bila dia kata hai, I katalah hai balik.. Bila dia kata lambat hari ni, I senyum saja. Padahal bukan selalu pun I terserempak dengan dia. Tapi lantak pi lah. Saja nak borak kot. Tapi semalam adalah paling kelakar. I parking saja kereta I sudah nampak dia. Tengah cool down kan badan. I buka bonet, ambil kasut dan pi balik kat seat, pakai kasut. I saja buat lambat sebab malas aih nak beramah mesra dengan dia. Sat-sat gi tu mesti dia nak balik. Jadi, buat lambat-lambat lah, biar dia balik dulu. Tapi dia datang dekat dengan kereta I. Dia kata Hai.. I buat tak dengar saja. Hahahhha...I kalau berlakon pura-pura tak dengar memang handal. I buat biasa saja. Pakai stokin, pakai kasut, ikat tali kasut...buat slow-slow saja. Kahkah...tercongok dia kat depan kereta I sambil goyang-goyang kaki, goyang-goyang tangan. Cover malu lah kot.



Tapi takkanlah I nak pakai kasut sejam kan. Dah habis slow dah I pakai kasut, tapi dia tak blah-blah jugak. So, I buat-buat tak nampak dan terus lock kereta. Sebab dia berdiri kat depan kereta yang park kat sebelah kereta I, I pura-pura la tertoleh. Dan senyum sajalah. Tiba-tiba dia Lambat hari ni?  Hahahha…macam takdak soalan lain nak tanya kan. I angguk dan senyum saja, terus jalan tak pandang dah. Lain macam oih lelaki ni. Rantai emas dia bukan main besaq lagi bersinar. I yang perempuan pun tak pakai rantai emas macam tu. Tapi suka hati dialah kan. Harta dia. Tiba-tiba dia kata Balik dulu. Malam ni ada bola.   Dan dia harap I nak jawab apa? I balas OK saja dan terus tak pandang belakang. Masaklah. Dia tau dah kereta I. Tapi I mati-mati takmau toleh belakang nak tengok kereta dia. Tak kuasa haih. Satgi dia ingat I mahu tapi malu pulak. Tak mau. I tak mahu. Menakutkan saja. Orang datang tasik nak jogging. Bukan nak cari kawan. Kalau pun I nak cari kawan baru, perempuan cukuplah. Lelaki tak mau lah. I takuitt...Manusia sekarang ni bukan boleh percaya sangat kan.



Petang ni masih berkira-kira. Mahu jogging atau tidak?

Saturday, 23 June 2012

Friday, 22 June 2012

Banyak

Banyak benda yang nak ditulis. Bila tak punya kesempatan, semuanya berlegar-legar dalam kepala saja. Bila ada kesempatan, semuanya dah lupa.


Nantilah, bila dah ingat balik, I akan tulis semula.


Oh ya, untuk si Lyn Luna kesayangan yang sudah bercuti dan bakal menjadi isteri Ahad ini....I tak jumpa lagi hadiah untuk u oih. Bagi pregnancy test kit boleh tak? Hahah...


Selamat petang Jumaat.

Thursday, 7 June 2012

Lunch





Tomato + Salad + Roti gardenia hat baru tu (apa nama ntah) + Tuna in olive oil.



Ringkas dan lazat.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Makan




Tunggulah kalau I dah start lost weight nanti. Asyik kata I makan tak control la, apalah. Tengok ke lunch box I? Tak kan? Jadi jangan nak kata macam-macam kalau tak tau apa-apa.



Btw, sebelah I ni ada sorang lelaki sedang makan nasi lemak. Makan dengan berbunyi. Kepantangan sungguh. Rasa nak marah je. Makan pun nak berbunyi. Kunyah diam-diam dah lah. Arwah nenek dulu, memang marah kalau cucu-cucu dia makan berbunyi. Macam pangak katanya. Dahlah makan berbunyi, sikit-sikit batuk la, bersin la. Rimas sungguh.



Apalah nasib. Berapa lama lagi la nak kena duduk kat sini. Boring dah ni.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, 6 June 2012

Kerja




Mereka membebel dihadapan, discuss tentang format catalogue yang baru dalam bahasa mereka.



I di hujung dinding kaca sedang bergembira. Blog walking sana sini.



Best kan?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Enam haribulan Enam




Ulangtahun perkahwinan Mak & Bapak yang ke 36.



I call mak tengahari tadi. Mak kata mak masak kari ikan pari. Nyummmmmmmm


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, 26 May 2012

Artis la sangaattt...




Kakak gebu dari account dept kata "Apesal kau gemok dah ni Ja? Dulu kau mula kerja sini kau kurus je"



Ye kakak. Saya sedang cuba kurus kembali ni.



Dan dia sambung lagi



"Kau ni kalau kurus, simpan rambut panjang sikit, curl kan sikit, mesti macam Ziana Zain"



Kahkahkah.. Ziana Zain la sangat. Eh, bukan macam Dayang Nurfaizah ke?





Hahahhaha..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, 24 May 2012

Letih




Pernah tak rasa badan penat sangat. Lenguh sangat. Tak larat sangat. Rasa nak pergi berurut je.



Semalam balik kerja, I tempuh depan Summit yang sangat jammed tu. Masuk Kesas Highway dan exit Shah Alam. Masuk Alam Megah dan lepak di sebuah stesen minyak tinggal yang dah buruk. Dah tutup. Dah pecah sana sini.



Si partner buat kerja. Pasang meter. Dan I, si baik hati ni tunggu sajalah dia siap buat kerja. Kalau orang lain, agak-agak nak tunggu tak? Dah la gelap, banyak nyamuk. Penat lagi. Letih. Lenguh. Lapar. Berlemuih. Semua ada.



Pagi ni bangun dengan malas. Bila badan penat, langsung tak ada selera nak makan. Kan bagus kalau macam ni selalu. Senang nak diet. Tapi tak mau lah badan penat selalu. Letih oih. Nak pergi toilet pun kena seret kaki.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, 23 May 2012

Bukan nasi lemak




Nasi beras perang + sambal udang lazat + timun rangup + betik lembik.



Kenyang!
Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, 20 May 2012

Kenapa begitu serius?

I boleh kata yang I ni manusia agak degil. Kadang-kadang jiwa I ni memberontak jugak. Tapi tengok keadaanlah. I bukan tak pandai fikir mana baik dan mana buruk. Dimana-mana tempat semua ada undang-undang. Contohnya di tempat kerja dan di atas jalanraya. Jadi, bila masanya kita nak berasa sedikit rileks dan boleh buat apa saja kita suka?



Bila ada dekat rumah.



Rumah sewa I ni ada empat orang manusia termasuk I. I sejak dua-tiga tahun kebelakangan ni cuba didik hati dan perasaan I untuk tidak berfikir negatif tentang hal orang lain. I cuba untuk tidak masuk campur hal dunia housemate I. I cuba untuk tidak bergosip, tidak ambil tahu dan cuba untuk tidak marah-marah. I mahu jiwa dan hati I tenang.



I rasa masing-masing dah dewasa. Dah habis sekolah, dah bekerja dan sudah boleh berfikir dengan cara matang. Sudahnya, apa saja yang terjadi dalan rumah sewa I ni, I tak tahu. Kecuali ada manusia yang datang dan bercerita pada I.



Bila I tidak marah-marah, tidak ambil peduli dan bersifat agak cool, I assume semua orang pun akan layan I macam tu juga. I mahu dirumah ni, semua orang boleh hidup dengan rileks. Dengan tenang. Kerja rumah bab mengemas, siapa rasa dia rajin, buatlah. Siapa rasa malas, pi lah masuk bilik dan tidur sampai petang. I tak heran pun. I kan cool.



Macam tu juga dengan hal dapur. Siapa rajin pi lah masak. Siapa malas, tu ada kedai depan rumah. Pi lah order. I semenjak dua menjak ni cuba memupuk sifat rajin memasak dalam diri. I kan konon-konon nak diet. I dah gemok. Ada se-beg besar baju I yang dah tak boleh dipakai. Kalau pakai gak sure nmpak lemak-lemak I tersembul. Jadi pembaziran disitu. Takkan nak buang baju-baju tu. Kena kontrol makan dan dietlah.



Setiap hari I akan masak untuk bekal makan lunch di tempat kerja. Kalau I masak, I rasa I boleh kontrol makanan yang ambil. Kalau makan dekat foodcourt tempat kerja tu, I risau I terambil ayam goreng je. Hehe..



I rasa tuan rumah I pun tak heran I masak setiap hari. Dia diam saja dan buat tak tau saja. I fikir mungkin sebab I jenis cool dan tak busybody, jadi orang lain pun cool dengan I. Tapi tak tahulah kalau di belakang I dia ada komplen. Tak kisahlah, i tak heran dan tak mahu ambil tahu.



Peralatan dapur macam kuali dan periuk, tuan rumah yang sediakan. Nak guna, gunalah kata tuan rumah dulu. Jadi tak ada isu pun hal itu. I pun selalunya kalau nak masak, tapi ada orang lain yang guna kuali/periuk, I akan tunggu. Yelah, I pegang konsep siapa cepat dia guna. Tapi, kalau dah guna dan tak basuh, I fikir prang tu mungkin dalam mood malas. Tak ada masalah pun, I akan basuh saja. Tak mati lah kalau basuh kuali/periuk yang orang lain dah guna.



I perasan agak lama dah, sekarang ni semua orang dalam rumah sewa bersifat basuh apa yang diorang guna sahaja. Kalau si minah nombor satu guna cawan dan sudu untuk minum milo, si minah nonbor dua pulak guna pinggan sahaja, si minah nombor satu akan basuh cawan dan sudu yang dia guna sahaja. Pinggan yanh si minah nombor dua guna, akan terbiar atas sinki sampailah si minah nombor dua ada kesedaran untuk basuh pinggan tu. Dulu masa mula-mula I masuk dan tinggal di rumah sewa ni, semua orang buat kerja tak berkira pun. I pun macam tu jugak. Alah, sebiji pinggan saja, takkan itu.pun nak berkira kan.



Tapi, bila semua dah malas, dah ada sifat berkira, I pun ikut sajalah perangai mereka. Tapi selalunya, kalau setakat cawan sebiji, I tolong je basuh. Tapi jangan haraplah cawan I mereka akan basuh. Takkan. Tapi I malas nak fikir. Tenang sajalah.



Kalau bab berkira buat kerja, I tak heran sangat. I masih buat kerja I sendiri. Yang paling I tak suka, bila ada yang mula nak bising. Mula nak sound-sound. I tak pernah nak bising. Kalau ada apa yang I nak guna, tapi orang lain tak basuh lagi, I basuh saja senyap-senyap. I tak suka diarah-arah. Jadi, bila ada yang mula tunjuk perangai macam dia tu bagus sangat, sedialah terima muka meluat I.



I tak suka cari pasal dengan orang. I malas nak fikir hal orang lain. Jadi, bila ada yang buat perangai dengan I, I memang tak kan ambil peduli dah tentang orang tu. Tak beri kesan dalam hidup I pun.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, 15 May 2012

Pqhqm tqk?

Fasha Sandha dah pregnant. I dapat tahu pun sebab kawan I baik hati pi like gambar Upt test tu dr FB We Like FS. Eh, Upt ke namanye? Yelah tu kot.

Jadi, i klik gambar tu. Saja nak menyebok baca komen orang lain dan I jumpa ini :

Tqhniqh fqsha,, pqsni fqshq x boleh la nqk qctiv sgt k. Jqgq kesihqtqn dqn kqndungqn...


Apekah?
Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, 19 April 2012

Pinjaman



I tak berapa nak ambil tahu hal isu semasa sekarang ni. Jadi, I tak berapa nak tahu hal demonstrasi hapuskan PTPTN tu. Eh, hapuskan PTPTN ke? Maaf, I tak berapa tahu. I hanya dengar-dengar dan baca-baca sikit saja. Tapi apa yang I tahu, I rasa kesian dengan mereka. Kenapalah nak memalukan diri sendiri dan keluarga?



I sendiri pun ada pinjaman pelajaran. Tapi bukan dengan PTPTN lah. Masa zaman kolej dulu, I selalu rasa hampa. Kenapalah I tak apply PTPTN sebab loan yang I apply tak meriah macam loan PTPTN. Tapi kebanyakkan student kolej I tak apply pun dengan PTPTN. So tak lah terasa sangat. Cuma kadang-kadang kalau jumpa kawan dari kolej lain yang apply PTPTN, memang nampak ketara. Kami ni cuma dapat elaun bulanan seciput saja. So, tak dapat la merasa hidup mewah. Dalam tak mewah tu, I dapat gak beli handphone sebiji. Nokia 3310 yang glamer dulu tu. Masa mula beli takut giler nak bawak balik rumah Yelah, masa dapat loan tu, tengah dok cuti mid term. Siap nyorok handphone dalam almari baju. Orang pertama yang tahu I beli handphone ialah abang sepupu. Masa tu, ada orang dok kacau-kacau main miss called dan hantar SMS. Sekejap-sekejap asyik berbunyi handphone tu, sebab tu dia perasan. Terus satu rumah tahu. Lepas tu, terus mengaku kat mak, yang loan dah dapat. Beli handphone sebab senang nanti nak contact rumah. Ataupun senang mak nak contact I. Tapi lastly, handphone tu buat bercinta saja. Kalau ada apa-apa nak call rumah, I guna phone reverse charge kaler kuning tu. Eh, u all tahu tak phone tu? Macam public phone. Bila angkat gagang je, terus ada suara operator. Tapi tak selalu lah. Takut bil telefon rumah melambung nanti. Biasanya I kumpul syiling saja. Setiap malam beratur kat public phone tunggu giliran. Meriah.



Tapi sekarang, rasa bersyukur sangat sebab tak apply PTPTN dulu. Walaupun tak meriah, dapat elaun sikit saja, tapi zaman kolej tetap happy. Setiap hujung bulan, kalau masuk elaun, semua pakat outing kat bandar. Semua pakat serbu The Store dengan Mydin sebab nak beli barang keperluan. I pula, sibuk keluar dating. Hahaha..Jangan tiru. Sebab kami semua hidup dalam bajet yang terhad, lolipop Churp-churp pun beli sebiji kongsi berdua. Kalau The Store ada sales, dapat beli T-Shirt harga lima ringgit pun dah cukup bagus. Tapi biasanya elaun guna untuk makanan saja. Kredit handphone pun topup sebulan sekali. Dulu mana boleh topup RM10. Zaman I dulu, paling sikit kena topup RM30. Nasib baik zaman kolej I ada boyfriend. Jadi, time sesak-sesak, dekat dialah I menumpang makan. Hahah.. Rindunya zaman kolej.



Dan nasib I agak baik. Dengan results diploma yang tak seberapa tu, I boleh buat pengurangan pinjaman. Daripada puluhan ribu, lima digit, pinjaman I dapat dikurang ke ribuan saja, empat digit. Alhamdulliah.



Jadi, I rasa protes ke, demonstrasi ke semua tu tak berguna. Nak free education? Kalau peringkat lebih tinggi ni, I rasa tak patut. Sebab benda kalau free orang buat sambil lewa nanti. Yang berbayar sekarang ni pun pointer entah berapa. Takut nanti kalau free, semua orang buat tak kisah tentang pointer. Benda free kan. Apadehal nak ambil kisah. Kalau rasa faedah dia membebankan, cuba tengok diri sendiri tu. Cuba buat yang terbaik sekali. Cuba buat pinjaman tu boleh ditukar jadi biasiswa. Berusaha untuk dapat results yang bagus lebih baik dari berusaha untuk benda mengarut. Walau macammana sekali pun nak protes, pinjaman tetap pinjaman. Hutang tetap hutang.

Wednesday, 18 April 2012

Meatball



U all boleh kata I ketinggalan zaman ke, outdated ke, lambat ke, slow ke, tak pe lah. I tak kisah pun. Cuma nak tulis, yang semalam buat pertama kalinya I makan kat Ikea. Dapat merasa Swedish Meatball tu. Dapat merasa chocolate cake tu.



Semalam I half day pagi. So, tengahari partner I hantar pi kerja. Balik dia ambil tu dia tanya I nak makan apa. I jawab nak meatball kat Ikea. Jalan sangat jem. Dia kata ok, tapi I yang kena drive. Tapi sambil dia drive dia suruh I potong kuku dia. Tak sukanya lah kena buat benda-benda macam ni. Tapi I malas nak drive, so, layankan saja. Sambil dia layan jem, I potong kuku dia. Lengkap siap sampai kuku kaki tau.



Sampai area Sunway Giza tu, dia suruh tukar. Dah penat katanya. Sambil layan jem, sambil I tanya dia macam-macam. Entah macam mana terbuka cerita tentang Amy, ex-gf dia dulu. Bila I dapat tahu banyak cerita lama dia, I tiba-tiba rasa tak suka. I rasa bosannya la hidup ada bf macam partner I tu. Mula lah hati persoalkan macam-macam. Mula lah I rasa nak say bye-bye saja dekat dia. I tahu semua tu benda lama, tapi entah, rasa macam tak sedap hati pulak. Rasa tak best.



So, dekat Ikea I makan sorang saja. Partner I tak mahu. Dia tak suka. Dia memang tak fun. Semua benda pun tak suka. Tahu makan nasi dengan ayam je. Bak kata kakak-kakak I, kalau I kahwin dengan dia tu, senanglah tak payah masak macam-macam. Masak nasi, goreng ayam pun dah cukup. Sebab dia hanya makan ayam dan daging saja. Seafood tak makan, ikan apatah lagi. Sayur pun tak. Kalau tak ada benda nak makan, bagi je telur dadar. Mee pun tak makan dia tu. Sungguh bosan kan? So, I makanlah sorang-sorang, dia main game. Mesti orang ingat I ni pelahap makan banyak sebab partner I rileks saja tak makan. I je yang makan.



Next time nak pergi lagi makan meatball. Tapi bukan dengan partner I lah. Tak fun.

Thursday, 12 April 2012

Kawan



Mana I nak cari kawan ni? Kawan untuk main badminton. Partner I pun main jugak, tapi dia tak mahu bawa I. Dia main dengan kawan-kawan dia. Semua lelaki bak kata dia, so siapa yang nak layan I nanti? I kata, of course lah dia yang kena layan I main nanti. Tapi dia tak mahu. Kata dia, main dengan I nanti tak mencabar, slow. Fine…



I saja tanya kawan yang sorang tu. Susahnya nak ajak perempuan dah kahwin, ada anak ni. Macam-macam benda dia nak buat. So, kalau dah kahwin, ada family, tak boleh nak keluar ber-exercise dengan kawan-kawan ke? Ok tak apa. I tak kisah pun. I saja tanya. Kalau mahu, bagus. Kalau tak mahu, nak buat macam mana.



Then I teringat kawan I yang lagi sorang ni. Stay nearby rumah I jugak. Mintak-mintak lah dia mahu. Sebab dia tu kadang-kadang sibuk berjalan saja. Housemate I? Tak payah tanya lah. I masak sangat dah. Ajak main badminton depan rumah pun tak mahu, apa lagi nak pergi main dekat court. Hobi mereka tidur, layan drama dan layan gossip artis.



Tiba-tiba I rasa miskin pulak. Miskin kawan. *sigh*

Tuesday, 10 April 2012

Duit hantaran



I dan partner I bersembang semalam. Tentang betapa gemuknya I sekarang ni? Dan reaksi partner? Ketawa macam biasa. Mulanya I tengok cara dia memandu. Kereta kami kan auto. So, kaki kiri dia, diangkat ke atas seat. I tengok peha dia. KURUSNYEEEEEE...



I  :  Awak, kita tukar peha nak? Peha awak kurus. Awak ambiklah peha saya ni. Dengan bon2 sekali. Saya teringin lah nak peha kurus. Nak pakai skinny jeans.


Partner  :  Tak mau lah. Bagi free pun saya tak nak peha awak. Besar sangat. Kang tak larat saya nak jalan. Hahahhah....



Sentap I sekejap. Dengan pantas I minta partner I RM2k. Mahu pergi operation buang lemak kata I. Yelah, I tahu 2k bukan cukup pun. Tapi sebab I sentap, I main sebut je ikut sedap mulut.



Partner I kata boleh. Dengan syarat tolak duit hantaran.


Pfftttt...


Monday, 9 April 2012

Dalam kepala



I ke sebuah Job & Education Fair semalam. Sebab bila bangun pagi, I tak tahu apa yang I mahu buat. I tak ada mood nak mengemas. Biarkanlah bilik I berselerak. Jadi lepas mandi dan bersiap I pujuk partner I untuk teman. Dia tak mahu mulanya. Dia tak suka menunggu. Tapi bila I kata, sekejap saja. Kita masuk, pusing-pusing dan drop resume, dia setuju. Jadi ke Jalan Pantai Baru la kami.



Macam event yang biasa-biasa, so far memang penuh dengan manusia. Mostly remaja fresh grad mahu cari peluang pekerjaan. Semua berpakaian kemas, berkemeja dengan seluar slack dan berbaju kurung. I pula? Hanya blouse dan jeans saja. T_T. Berbekalkan lima set resume kami berpusing-pusing la sekitar event. Sampai di suatu booth, I di tanya dengan beberapa soalan. Sambil si penanya membelek resume I. Soalan ringkas tentang excel ; apa itu vlookup dan pivot table. Ishh..kacang sangat. Pejam mata I jawab. Kehkeh… Dan tiba-tiba, resume I di stapler dengan sehelai borang, di cop dan I di suruh ke level 2 untuk computer test. Apakah? Dengan pesanan, “Kalau awak pass computer test, sila ke level 1 untuk temuduga”. TEMUDUGA?



I beritahu partner I. Kami sama-sama ke level 2 tapi dia tunggu di lobi saja. Mujur wifi laju katanya. Kalau tak, dia mesti mati boring nanti. Dan I terus ke level 2. Penuh dengan manusia berpakain formal. Sangat kontra dengan I yang ber-blouse pink dan ber-jeans biru. Terasa macam jadi perhatian sekejap. Rasa menyesal sebab I tak sarung seluar slack pagi tadi. Tak apalah. Nak buat macam mana. Teruskan saja. Computer test I siapkan tak sampai 1 minit pun. Sangat mudah. Jadi I success bak kata kakak penjaga computer test. Turun semula ke level 1 untuk temuduga. Isi nama, details dan tunggu giliran.



Temuduga secara berkumpulan. Ini kali ketiga I pernah di temuduga secara berkumpulan. Kami berenam semalam. Dua lelaki dan empat perempuan, I yang paling matang. Hahaha…tak mahu kata tua. Yang lagi lima semua bawah 25 tahun kalau tak silap. Semua adik-adik lagi. Jadi I rasa kalau dari segi pengalaman, I boleh menang. Cuma I kena lebih berani bercakap. I rasa I boleh. Tapi tiba-tiba I gemuruh. Suara I bergetar. Semua yang I patut beritahu, I tak beritahu pun. Ada part I jadi blank. Ada part I rasa I menyimpang jauh. Rasa nak tampar mulut sendiri. Jadi I rasa tak ada peluang untuk I. =(



Sepanjang petang tu I fikir, kenapalah kau tak cakap begini, tak cakap begitu? Kenapa kau kata begini. Kau patut kata begitu. I diam saja. Dalam kepala ada macam-macam kemungkinan yang I fikir. Sampai partner I tegur I kenapa? I tanya dia, kalau dia temuduga dia akan fikir balik tak apa yang dia dah lalui, apa yang dia cakap, apa yang penemuduga komen. Ada apa tak yang dia mahu tukar, kalau boleh.



Partner I balas, tak. Sudah-sudahlah tu. Benda dah lepas. Lagi banyak awak fikir, lagi mental kepala awak, sambung dia sambil ketawa.



Tapi I tak boleh. Sampai sekarang dalam kepala ni ada macam-macam. Normal ke I ni?

Saturday, 31 March 2012

SMS dari Kakak



Hari ni Kakak I buat majlis kecil-kecilan untuk ulang tahun pertama anak ke-empat dia.



Jadi, awal seminggu dia dah SMS semua adik beradik.



Tapi kenapa entah I dapat SMS info yang sama dua-tiga kali. Apa benda entah yang Kakak tak puas hati.



Tapiiii...SMS terakhir yang i dapat :



Jgn lupa tau. Ajak Shahir seX.



Ajak Shahir SEX?



Ok. Fine, Kakak. Buat I terkejut saja.





PS : seX à se(kali)