I ke sebuah Job & Education Fair semalam. Sebab bila bangun pagi, I tak tahu apa yang I mahu buat. I tak ada mood nak mengemas. Biarkanlah bilik I berselerak. Jadi lepas mandi dan bersiap I pujuk partner I untuk teman. Dia tak mahu mulanya. Dia tak suka menunggu. Tapi bila I kata, sekejap saja. Kita masuk, pusing-pusing dan drop resume, dia setuju. Jadi ke Jalan Pantai Baru la kami.
Macam event yang biasa-biasa, so far memang penuh dengan manusia. Mostly remaja fresh grad mahu cari peluang pekerjaan. Semua berpakaian kemas, berkemeja dengan seluar slack dan berbaju kurung. I pula? Hanya blouse dan jeans saja. T_T. Berbekalkan lima set resume kami berpusing-pusing la sekitar event. Sampai di suatu booth, I di tanya dengan beberapa soalan. Sambil si penanya membelek resume I. Soalan ringkas tentang excel ; apa itu vlookup dan pivot table. Ishh..kacang sangat. Pejam mata I jawab. Kehkeh… Dan tiba-tiba, resume I di stapler dengan sehelai borang, di cop dan I di suruh ke level 2 untuk computer test. Apakah? Dengan pesanan, “Kalau awak pass computer test, sila ke level 1 untuk temuduga”. TEMUDUGA?
I beritahu partner I. Kami sama-sama ke level 2 tapi dia tunggu di lobi saja. Mujur wifi laju katanya. Kalau tak, dia mesti mati boring nanti. Dan I terus ke level 2. Penuh dengan manusia berpakain formal. Sangat kontra dengan I yang ber-blouse pink dan ber-jeans biru. Terasa macam jadi perhatian sekejap. Rasa menyesal sebab I tak sarung seluar slack pagi tadi. Tak apalah. Nak buat macam mana. Teruskan saja. Computer test I siapkan tak sampai 1 minit pun. Sangat mudah. Jadi I success bak kata kakak penjaga computer test. Turun semula ke level 1 untuk temuduga. Isi nama, details dan tunggu giliran.
Temuduga secara berkumpulan. Ini kali ketiga I pernah di temuduga secara berkumpulan. Kami berenam semalam. Dua lelaki dan empat perempuan, I yang paling matang. Hahaha…tak mahu kata tua. Yang lagi lima semua bawah 25 tahun kalau tak silap. Semua adik-adik lagi. Jadi I rasa kalau dari segi pengalaman, I boleh menang. Cuma I kena lebih berani bercakap. I rasa I boleh. Tapi tiba-tiba I gemuruh. Suara I bergetar. Semua yang I patut beritahu, I tak beritahu pun. Ada part I jadi blank. Ada part I rasa I menyimpang jauh. Rasa nak tampar mulut sendiri. Jadi I rasa tak ada peluang untuk I. =(
Sepanjang petang tu I fikir, kenapalah kau tak cakap begini, tak cakap begitu? Kenapa kau kata begini. Kau patut kata begitu. I diam saja. Dalam kepala ada macam-macam kemungkinan yang I fikir. Sampai partner I tegur I kenapa? I tanya dia, kalau dia temuduga dia akan fikir balik tak apa yang dia dah lalui, apa yang dia cakap, apa yang penemuduga komen. Ada apa tak yang dia mahu tukar, kalau boleh.
Partner I balas, tak. Sudah-sudahlah tu. Benda dah lepas. Lagi banyak awak fikir, lagi mental kepala awak, sambung dia sambil ketawa.
Tapi I tak boleh. Sampai sekarang dalam kepala ni ada macam-macam. Normal ke I ni?
No comments:
Post a Comment