wajib klik!

Friday 7 December 2012

HIV Test @ KK Kelana Jaya



Salam Jumaat...


So, semalam ambil cuti sebab nak buat HIV Test. Actually boleh je kalau nak ambik half day leave. Sebab kalau tak silap, HIV test dekat KK Kelana Jaya ada dua sesi. Pagi dan petang. I terbaca notis dekat kaunter. Tapi tak pasti. Baik call dulu dan buat pengesahan. Boleh call 03-7804 5001.


Sehari sebelum, I dah call mereka. Tanya sama ada kena buat appointment atau tidak. Mereka kata tak perlu. Hanya datang jam 2 - 4 petang saja. Semalam, kami sampai awal. Dalam 12.40 tengahari tu dah ada depan KK. Sebab agenda pagi kami tergendala. Jadi, baik pergi KK terus. Lagipun partner i tak berapa ingat lokasi dia dekat mana. Lepaklah kami dalam kereta. Main game dan borak-borak tengok orang lalu-lalang. Hampir jam 1 petang, partner i ajak masuk. Tapi I malas. Maybe kaunter tak bukak lagi. So, I ajak lepak dalam kereta dulu, 1.30 nanti masuk.


Tapi, sesiapa yang sampai awal tu, boleh je masuk terus. Boleh dapat nombor cepat. Masuk dalam tu, pergi dekat kaunter ambil nombor. Beritahu nak buat HIV test dan mereka akan bagi borang beserta nombor giliran. Isi borang. Don't worry. Borang dia simple je. Lepas siap isi borang, pulangkan semula borang dekat kaunter nombor tadi. Lepastu tunggu nombor dipanggil. Siapkan duit. Kami memang tak ada duit kecil semalam. So, terpaksa bayar guna duit syiling. T__T. Setiap orang dikenakan bayaran seringgit sahaja.


Lepas buat bayaran, mereka akan pulangkan borang kita dan beritahu untuk pergi ke bilik mana. Semalam, kami dekat Bilik 18. Pergi dekat bilik 18, letak borang dalam box dan tunggu nombor dipanggil sekali lagi. Proses sini yang memakan masa. So tunggu sajelah. Bila dah sampai giliran, masuk dalam bilik dan mereka akan suruh kita hulur jari. Cucuk guna jarum halus je. Tapi sebab bunyi kuat, tersentak jugak I semalam. Hahaa.... Itu sahaja. Tiada soalan diajukan. Lepas dah siap. Tunggu lagi sekali. Tunggu...tunguuu..tungguuuu...sampai diorang pulangkan borang semula.


Proses berakhir jam 3.45 petang. Simpan borang yang diberikan. Borang tu lah yang akan di submit bersama borang permohonan nikah nanti.