wajib klik!

Monday, 27 June 2011

Tuah dan rezeki



Ai tak lah selalu sangat bertuah. Kadang-kadang saja. Dulu-dulu masa zaman habis kolej ai adalah sekali dua menang T-shirt kat peraduan majalah. Hadiah saguhati saja. Sebab tu ai jarang-jarang sangat excited nak join apa-apa contest. Biasanya bila nampak hadiah contest yang lumayan ai memang teruja over the top. Simpan borang contest la, cari jawapan la, buat slogan yang kononnya kreatif la dan macam-macam lagi. Itu mula-mula je. Tapi bila dah 2 atau 3 hari lepas tu ai bosan. Borang contest last-last ai campak je masuk dalam tong sampah.


Kalau lucky draw pulak, ai selalunya bertuah untuk dapat hadiah biasa-biasa. So far memang tak pernah dapat grand prize pun. Biasanya ai dapat voucher dan hamper. Lucky draw yang latest ai join adalah lucky draw kat tempat kerja. Taklah lucky sangat sebab ai menang fertilizer. Hahahhaha…Best bukan? Dan sebab hadiah tu nampak macam kesian, company attached sekali fertilizer tu dengan hamper. Hamper toiletries for Men yang mana partner ai dah ambil semua. Fertilizer pulak, ai hantar ke rumah parents. Ai? Dapat riben dan bakul sajalah.


Tapi semenjak dua menjak ni agak bertuah. Dari awal tahun ai memang banyak menang hamper. Tapi semuanya hamper toiletries. So, ai dapat save duit untuk perfume, syampu, shower cream, hair treatment, losyen dan macam-macam lagi. Latest ai menang Honey Blend hair product dari Kose, Japan. Okay lah dari tak menang apa-apa kan. Yang penting ada rezeki disitu. Walaupun tak seberapa. Tapi baru-baru ni yang telah membuatkan status FB ai tertulis “Me super2 happy” adalah ai menang 2nd prize untuk contest di GLC Open Day last weekend. Hadiahnya?



















Ai join contest tu dengan housemate ai. Dan si housemate a.k.a bakal Cikgu ERT lagi sangat bertuah. Dahlah baru dapat tahu permohonan DPLI berjaya, then menang lagi. Double happy lah kan. Congrats untuk dia. Congrats untuk ai juga. Tempat kedua dari 25 kumpulan. Sangat-sangat tak sangka. Tapi, before nama di announce, we all dah tahu we all menang the 2nd prize. So, takdelah sesi lompat-lompat gembira. We all curi-curi jeling kertas yang AJK contest pegang. Si housemate nampak nombor IC dia. Then ai dengan muka tak malu pergi dekat sikit dan terus nampak nama ai. Masa tu senyum tak payah cerita la. Non stop.


BTW, sangat berbaloi pergi ke GLC Open Day. Bukan saja ada macam-macam hadiah, free gift dan aktiviti. Tapi banyak sangat info-info menarik.





p/s : Tujuan asal ai sebenarnya nak drop resume. Tapi laku kat 1 booth saja. Yang lain prefer email direct to their HR. Lepas dah menang, tiba-tiba rasa penat dan terus balik. Langsung lupa nak join e-Peraduan.



p/s/s : Lepas ni harap² ada rezeki untuk kerja baru yang lebih best pulak. 

Friday, 24 June 2011

1st time ever

update laju-laju.


nampak iklan kat atas, kat tepi dan kat bawah?


giler exticed kan? suma tempat nak letak. hahaha


sila rajin-rajin klik ye. ai nak tambah duit tabung kawen ni. =)


opss..ada nanti ai update cara-cara nak join HB ni. sekarang tak sempat la. nama pun update laju-laju kan. :)

Tuesday, 21 June 2011

Minggu-minggu yang sibuk


Ya. Ai memang betul-betul sibuk. Ai dipaksa membuat inventory di branch pasaraya tempat ai kerja. Yang mana inventory tu bermula jam 10pm dan berakhir jam 7am. No choice. Ai terpaksa menyengkangkan mata ai selama 9jam. Terpaksa berdiri untuk kira semua stock. Terpaksa menyorok belakang-belakng kotak untuk curi-curi tidur. Hahaha..ini bukan ai sorang je yang buat. Ai rasa semua orang pun buat. Yang penting jangan sampai kantoi.


Then, kami busy untuk majlis kahwin satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Walaupun tak ada majlis bertandang, kami tetap ikut busy untuk melancarkan majlis kat sebelah pihak perempuan. Tahniah untuk adik lelaki kesayangan ai yang berkhidmat untuk Negara. At last kahwin jugak dia. Dengan pasangan yang sama-sama berkhidmat untuk Negara.






Sekali lafaz saja. Padahal sebelum tu adik lelaki dah risau. Duduk pun tak senang. Hahaha..tak apalah. Yang penting kedua-dua belah keluarga gembira. Mak ai paling happy. Dah lama tak ada kenduri katanya. Nak harapkan ai? Sabarrrrrrr.. Semoga adik lelaki dan adik ipar berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminnn..

Habis sudah minggu-minggu yang sibuk. Sampai ai tak dapat nak keluar bergembira dengan rakan-rakan. Sangat frust. Tak apalah puan sri-puan sri sekelian. Next time kita ngedet.


p/s : minngu ni minggu mendebarkan. ada check up dengan doktor. sangat takut.


p/s/s : adik bongsu ai kata mak ai akan paksa ai kahwin kalau tahun depan ai tetap tak kahwin-kahwin. alahai mak....~

Friday, 10 June 2011

Pagi Jumaat


Kereta ai berpusing 180°. Melawan arus gara-gara ai pegang stereng kereta sebelah tangan di corner basah semata-mata nak selamatkan air kultur Solivate dari tumpah.


Kalau lah terjadi apa-apa pada ai, ai memang tak akan maafkan tangan kiri ai yang gatal sangat nak pegang botol air tu. Dan juga perasaan haus di pagi hari yang sibuk sangat nak minum air sambil memandu. Konon cool la tu. Heh!


Ai memang tak perasaan corner tu basah. Ai syak itu bukan air hujan atau apa-apa air. Mugkin tumpahan minyak. Mungkin. Sebab tak hujan. Atau mungkin paip bocor.


Dan kemujuran yang teramat sangat sebab kereta tak langgar divider besi tepi jalan. Hanya berpusing melawan arus. Semua kereta-kereta dan motor-motor yang lain dapat elak. Kalau tak lagi bahaya sebab puncanya adalah ai.


Ai tak tunggu lama, pusing balik kereta dan terus jalan macam biasa. Tapi dengan jantung yang berdetak laju, mata yang bergenang air dan tangan yang menggigil.


Ai sms partner dan dia tak balas. Mungkin masih tidur.


Sampai ofis ai call dia dan dia kata :


“Bengong, gi bawak laju-laju apesal? Menjahanamkan kereta je lah awak ni”


Ya. Itulah cara dia menunjukkan kasih sayang dan perasaan ambil beratnya kepada kereta ai. Dan juga ai.





So sweet kan?



Wednesday, 8 June 2011

Ai


Hidup ai semakin tak menarik. Dah semakin tak ada cerita. Dah jadi biasa-biasa. Jadi itu adalah faktor utama kenapa ai dah tak ada idea menarik untuk dikongsi.


Ai masih lagi ai yang sama. Dengan partner yang sama. Kereta pandai bercakap yang sama, kerja yang lain dan sedang berdoa moga ada kerja yang lain lagi yang lebih baik dari ini untuk menjamin masa hadapan.Moga-moga ada rezeki.


Rumah sewa juga yang lain, tuan rumah yang sakit jiwa, ada masalah dengan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan baru dari rumah sewa baru, kawan-kawan baru dari tempat kerja baru. Dan ai rindu kawan-kawan lama ai. Kawan-kawan yang sangat best dan sangat memahami dan sangat supportive.


Masih keluarga yang sama dengan penambahan anggota baru. Anak buah yang baru. Dan bakal adik ipar. Satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga kerana satu-satunya adik lelaki akan berkahwin.



Ai yang sama sedang cuba untuk menjadi ai yang terbaik dari segala segi. Moga-moga.

Friday, 3 June 2011

Cuti


Cuti lama hari tu.


3 hari cuti di Putrajaya. Hospital Putrajaya.


Dan 15 hari cuti di Rawang.


Menghabiskan hari² MC di rumah parents.


Thanks berjuta untuk sahabat yang doakan ai kembali sihat.


Thanks untuk sahabat yang melawat dan bawa kek kurma (u know who u are) dengan ucapan tambahan bahawasanya kek mengandungi telur dan telur tidak digalakkan untuk orang baru lepas pembedahan. =)


Alhamdullillah sekarang dah sihat. Walaupun masih nampak tali tangsi jahitan di luka pembedahan tapi ai tak kisah. Tunggu follow up check up dengan doc je ni. Harap tak ada apa² masalah.




p/s : ai sebenarnya ada banyak cerita masa di hospital. masa tu semangat nak ber-belog. Tapi bila start masuk ofis, semua cerita hilang. kerja menimbun. baru 18 hari je pun ai MC.