wajib klik!

Friday, 30 December 2011

Rahsia kebahagiaan


Setelah hampir tiga tahun baru I tahu yang my partner itu sebenarnya masih ada girlfriend masa dia dah start dating dengan i. No wonder lah!




Dan I punya rahsia pula, sampai sekarang my partner tak tahu, unless dia tahu I punya blog dan dia baca or ada someone yang tahu dan baca blog I ni bagitahu dia…..yang I pernah keluar date dengan lelaki lain masa I sedang berpacaran dengan dia. Awal tahun haritu.





My partner mengamalkan konsep hubungan U-Harus-Percaya-I-Tanpa-Periksa-Telefon-Bimbit-I.



Tambah dia lagi : Tak kahwin lagi, tak perlu excited sangat nak periksa telefon bimbit. Lainlah kalau dah kahwin. Dah jadi isteri.



I pula, Kalau-U-Boleh-Buat-I-Harus-Buat-Juga.



Tambah I lagi : Tak kahwin lagi, jadi buat apa nak buat baik, ikut cakap boyfriend. Lainlah kalau dah kahwin. Dah jadi suami.






Itulah rahsia kebahagiaan-la-sangat hubungan kami. Sekian

Thursday, 29 December 2011

Rezeki jangan ditolak



I tak faham lah, kalau I offer seseorang tu makanan, dia mesti tak mahu. Tak apalah, tak makan makanan tu lah, dah kenyang lah. I jadi pelik. Dia ni kenapakah? Apa makanan yang I beli ni tak sedap sangat kah? Ni bukan kejadian sekali-sekala tau. Ini kejadian selalu. Semua yang I ajak dan offer dia makan, semua dia tak mahu. Mula-mula, I boleh terima. Yelah, mana tahu dia betul kenyang kan. tapi takkan dia kenyang sepanjang hari, sepanjang masa? Benda ini lah yang menimbulkan perasaan tak best dalam hati i.



Sebab tu lah orang kata : Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.





Sekarang i dah rasa perasaan musuh jangan dicari tu macam mana. I rasa menyampah dah. Sampai turn dia pulak yang offer I makanan, I akan kata tak mahu laju-laju.





Apa kau ingat kau sorang je yang boleh tolak offer? Huh!

Wednesday, 28 December 2011

JLO


I dan partner. Dalam kereta. Minggu lepas. I tak ingat kami ke mana. Ohh…ke Ampang. Teman dia jumpa kawan dia. On the way tu, dekat traffic light, lampu merah, kami stop. Then ada couple arab melintas. Yang lelaki nampak biasa saja. Yang perempuan, agak gemuk. I kata gemuk ok. bukan berisi ke, tembam sikit ke…tak. Memang nampak agak gemuk pun.



Suddenly, partner I kata : Orang-orang sana tu memang suka perempuan berisi. Kenapa entah. Nafsu kuat kot.



Ini I no komen. I tak tahu.



Yang I sendiri tahu, partner I suka perempuan kurus. Sebab kawan I, yang mana kawan partner I juga, dah warning I awal-awal ; Shahir tu suka perempuan kurus. Buktinya, ex-gf dia semuanya kurus. Bak kata kawan I tu.



I sendiri pun tak kurus. Awal perkenalan kami dulu dia selalu suruh i pergi jogging. I bagitahu dia, I memang begini. Kalau u rasa u tak suka badan I macam ni, sila lah bye-bye dan cari perempuan kurus lain. Tapi dia tak mahu jugak. Dia mahu i yang kurus, perempuan lain tu dah kira kes lain. Tapi sekarang dia nampak macam dah terbiasa. Sebab dia kata i ni sekejap nampak kurus, sekejap nak gemuk. Pakai ilmu apakah ? ilmu la sangat, badan i ni kurus nye kejap aje. Chubby tu yang lebih.



Jadi, dalam kereta tu i saja je tanya my partner lagi. I tengah diet ni. U nak i diet macam mana ? body macam manakah yang u suka ? u suka kurus kan?



Dan partner I kata : tak lah kurus sangat. Kurus sangat pun tak cantik. Gemuk sangat pun tak cantik. U ni kira ok la sikit. Tapi ada part yang teruk. I suka macam J.Lo.



J.Lo je? Kim Kardashian tak mahu?



Dan yang bagusnya, partner I tak kenal siapa itu Kim Kardashian.




Baguslah. Tak payah kenal sampai bila-bila.





Ditulis oleh
J.lo wannabe

Tuesday, 27 December 2011

Ke-lapan juta kalinya


Orang tanya :



“Kakak, where u come from?”



“Kakak, u malay atau india?”



“Kakak, u ada Indian face la”



“Kakak, u beautiful la. Itu telefon nombor kasi boleh ka ?”





Ini yang i malas nak pi buat stock count dekat warehouse. Ramai sangat foreigner nak ngorat.

Tuesday, 20 December 2011

Semut




I memang dah tak tahan. Pagi tadi I picit sekor-sekor semut yang berkeliaran dalam bilik i. I takut kejadian lama berulang. Dulu, I biar saja kalau seekor dua tersesat masuk bilik i. at last, diorang datang bawak serombongan haram siap angkut telur-telur semut masuk almari i. I tak rajin lah nak cuci baju satu almari lagi. Jadi, sesiapa yang tahu macam mana nak elak semut dari masuk bilik atau rumah, sila jangan segan untuk bagitahu. Jasa anda amatlah dihargai.




Ps : bilik I tak ada makanan pun. I musykil ni. Kenapakah semut suka masuk bilik i?

Tuesday, 13 December 2011

Hair cut



Rambut I nipis sebenarnya. Tapi sebab dia kering, so nampak lah mengerbang, kembang dan lebat. Cuba kalau lepas cuci rambut? Leper. Then cepat berminyak. Lagi lah nampak leper. So, sejak I sedar diri rambut I tak cantik, dan sejak ada kakak kedai gunting rambut tu kata I better stay dengan short hair saja sebab rambut I dah lah nipis lepas tu kalau makin panjang lepas bahu cepat gugur, jadi I memang tidak menoleh kebelakang lagi. Dulu-dulu I suka berangan rambut panjang dan lurus itu comel macam Avril. Tapi perah-san lah kau jajazuzu nak rambut lurus panjang cantik berseri kan. sebab rambut I adalah degil. Kalau iron cantik-cantik tak sampai 2 jam dah kusut balik.




Rambut Avril cantik!



Dulu, masa kakak kedai gunting rambut tu saja nak try potong rambut I pendek, I izinkan saja. Jadi, hasilnya adalah lebih kurang begini. Cuma rambut I tak lah seperang dan sependek itu. Style yang sama saja. 



Apa nama ntah style ni




Dua tahun I stay dengan style ini. Sebab masa mula-mula potong semua puji kata I nampak muda macam belasan tahun. Tapi kali kedua I trim, bagi pendek sikit, partner I ketawakan i. Dia kata kepala I bulat, muka bulat so kepala nampak macam bola. Fine shahir. Kepala bola ni jugaklah yang kau ajak dating kan. Then bila panjang I serik dah nak pi kedai kakak tu lagi sebab nanti diketawakan lagi dan diejek kepala bola lagi jadi I pi salon amoi kat rawang. I bagitau I nak potong style macam tu dan amoi tu bising suruh I rebonding dulu. I tak mahu. Tapi dia paksa. Sebab I yang berkuasa jadi dia membebel sajalah kata rambut I kering..nipis…bla…bla…bla…kalau style macam ni tak cantik. I kata potong sajalah, jadi dia potong pastu dia pi membebel kat partner I pulak. Kata I degil. Hahahha...Tapi nasib baik dia potong cantik.



Lepas tu I biar lagi rambut I panjang sampai lah I rimas masa I masuk hospital dulu. Rambut gugur banyak woih. Kesian makcik cleaner hospital nak kena sapu rambut I yang gugur. Jadi, keluar hospital, MC tiga minggu dan I merengek suruh partner I bawak pi salon. Kali ni I tak mau dah potong macam dulu. I kata kat amoi, ikut la nak potong macam mana dan amoi potong layer. Pendek paras bahu saja. Dan itulah last I potong rambut. Mei lepas rasanya. Ikutkan raya aritu I nak potong lagi, tapi I malas. Dan rambut I masih tak degil sangat. Jadi I kesian, I simpan saja mereka.



Tapi semalam I dah start rimas. I rasa petang tu jugak I nak pi potong. Tapi partner i macam malas saja nak teman i. Dan i pun tak sure lagi i mahu potong macam mana kali ni. Nak pi salon mana pun tak tau juga. Walaupun semua rambut I dah kiok kiok masuk telinga (omg rindunyaaaaaaaaaaaa kat ex-bf sebab dia suka kata rambut kiokk kiokk masuk telinga) I cuba bersabar saja dulu. Maybe next week baru I nak pi potong. Sekarang I tengah berfikir-fikir style apa yang I nak potong. Layer lagikah? Atau nak cuba macam 2 tahun lepas tapi tak “tajam” sangat macam ini kah?


Cantiknyaaa...


Atau kalau I rasa giler berani, I boleh cuba macam ni?


Kurang rambut = kurang syampu = jimat!



Atau nak macam Rihannna?


Comey




Haha…cakap pasal Rihanna, tak lama dulu, dalam kereta on the way pi mana entah, partner I drive. I duduk sebelah jadi mem sambil nyanyi lagu Rihanna, follow radio. Lagu apa ntah, lupa haih. Then, datang angin tak betul I saja tanya partner I, I ni ada rupa Rihanna tak?





Dia tak kata apa pun. Gelak besar saja macam fisrt time dia nampak kepala bola I dulu. Pftt…At least katalah skin color kami sama!

Friday, 9 December 2011

Tayar murah?



Tayar kereta I dah ditahap kritikal. Sebelum ni I kena pam angin tayar dua hari sekali. Kenapa ntah. I tak periksa pun tapi one day, masa I pi Uptown Kota Damansara dengan partner I, dia dengar bunyi pssssssssssssstttttttttttttttttttt. Ala, macam bunyi angin keluar. Dan bila dia periksa, tayar kereta bocor. Bocor kecil, tapi tak ada paku atau skru. Bila I suruh dia tampal, dia malas. Semenjak dia dah jarang guna kereta ni, I lah yang jadi mangsa. Tapi I pun malas. Jadi sampai kesudah lah bocor tu tak bertampal. Cuma kena pam angin selalu je lah.



Then, last Selasa masa i nak park kereta kat restoran seafood sebab i ada acara makan-makan sempena divison kami menang masa Hari Raya challenge aritu, budak jaga car park tu baik hati bagitahu tayar kereta I dah kiok. Oh my…dah flat. Macam mana i tak perasan ni ? Nasib baik makan pun kat area Subang, dekat dengan rumah, jadi I sempat je pergi pam angin tayar then terus pergi tampal yang bocor tu. Masa tengok bangla tu bukak tayar I, owner kedai tu kata tayar I dah teruk. Dah keluar benang ni. Tinggal tunggu nak keluar wire je lagi. I tahu dah tayar kereta i memang teruk, tapi sebab i berpura-pura miskin, i tak mahu lah pergi tukar tayar. I nak tunggu partner I yang belanja tayar baru. Sungguh murni kan?



Sehari lepas tampal bocor tu, tayar kereta I rasa gelong. Tak seimbang. Partner i kata dah bengkak, dah kembang. Tunggu masa je nak meletup. Tapi I degil gak. Tak mahu tukar guna duit I sendiri. Kalau meletup memang padan muka la jajazuzu. Kedekut sangat. Bak kata partner I, macamlah dia tak boleh ganti balik duit I tu kan. tapi I tak mahu juga. I nak dia beli terus guna duit dia. baru feel. Baru lebih sayang. Hahha…metrialistik kah i? Tak. Sebab I malas nak pi beratur kat pejabat pos, nak isi borang, nak cop ibu jari sebab nak keluarkan duit tabung i. Baik tunggu je dia dapat payment kerja dia aritu.



So, semalam lepas I balik kerja, partner I datang rumah. Mintak kunci kereta. Ingatkan dia nak pi jumpa kawan dia saja. Bila I call, ada kat Rawang dah. Tukar tayar. I bajet tayar murah lagi macam dulu-dulu. Dulu kat Klang kami pernah tukar tayar Rm110 je sebiji. Jadi ikut bajet I tu, tak mahal sangat lah kot. Kat Rawang pun mungkin murah macam kat Klang kot. Tapi bila partner i balik, i tengok resit….. RM310 sebiji! Bila masa tayar naik harga ni? Tayar dah mahal ke kat Rawang ? Kenapa tak sabar je, tunggu lah esok boleh pi survey kat Klang lak kot kat sana masih murah.



Tapi partner i kata, tak apalah. Kang awak bawak kereta gi keja esok, meletup kang sia-sia je. Tukar sajalah. Bahaya awak nanti.



Ok. sejak bila partner I pandai bermulut tebu macam ni?



Bahaya ni.




p/s : I lupa. Dulu masa tukar tayar kat Klang, kereta tak pakai sport rim lagi. Tayar standard. Memang lah murah. Sekarang dah tukar sport rim. Memang lah mahal. *tepuk dahi*