wajib klik!

Tuesday, 23 July 2013

Selang



Salam…


Mengantuknya laaaaa hai. Bangun sahur jam 4.30 pagi tadi. Goreng nasi, goreng telur dadar, bancuh nescafe suam dan gerak partner bangun makan. Siap makan, partner lepak jap layan tv, dan kemudian sambung tidur. I pulak terus cuci pinggan, cuci baju sikit. Kemas dapur sikit, layan May main sikit, mandi, Subuh dan terus bersiap nak pergi ofis. Dan sekarang, mata mengantuk tahap gaban. Tersengguk-sengguk depan pc.


Hari ni dah 14 Ramadhan. Sudah 14 hari berpuasa. Tapi puasa I tak cukup 14 hari pun. Baru sempat berpuasa 10 hari je. Sekarang ni tak boleh puasa berturut-turut. Macam haritu, I puasa 4 hari berturut-turut. Malam hari ke 4 tu, perut tak sedap. Loya. Muntah. Macam tu juga esok paginya. Muntah. Angin mungkin. Jadi sekarang I puasa selang-selang saja. Semalam tak puasa, jadi hari ni I puasa.


Oh ya, I dah boleh rasa baby bergerak. Seronok je rasa. Lagi satu sebab yang I tak boleh puasa lama berturut-turut sebab I  tak boleh rasa baby bergerak. Satu petang tu, I puasa. Semalamnya pun I puasa. Balik kerja, masak-masak untuk berbuka. Masa nak tunggu waktu berbuka tu, rasa baby sangat-sangat aktif bergerak. Eh, baby ke angin yang bergerak dalam perut ni? Hahah..baby la kot. Happy je rasa. So, esoknya I puasa lagi. Satu hari suntuk I tak rasa baby bergerak. Risaunya la hai. Terus partner kata, tak payah puasa. Kesian baby. Tak cukup tenaga kot. Tapi kalau weekend, I memang akan puasa. Yelah, lepak kat rumah je kan. Bukan buat apa pun.


Harap-harap baby sihatlah dalam perut mommy. Haritu ingat nak pergi scan. Tapi sebab puasa dan cuaca kat luar yang maha panas terik, I tak larat nak keluar. Sudahya I lepak tengok tv dan tidur je. Alang-alang, tunggu appointment check-up minggu depan sajalah. Tapi kat KD tak ada mesin scan. Acaner tu? Tak pelah, tunggu 4 – 5 minggu lagi, lepas tu nak try scan 3D pulak. Tak sabar nak tengok baby. J

Thursday, 11 July 2013

Puasa Ketika Mengandung


Sebelum ni I selalu rasa takut. Macam mana lah bulan puasa nanti, mampu ke tak I nak berpuasa. Kalau hari biasa, I akan mulakan  hari dengan sarapan. Roti atau biskut biasanya. Kemudian dalam jam 10 – 11 pagi tu, perut dah start rasa lapar. Biasanya akan makan biskut je kalau lapar waktu macam ni. Then, 12.30, keluar lunch. Masuk ofis balik, dalam jam 3 – 4 petang tu, perut dah mula rasa kosong. Kadang-kadang I buat tak tahu je, sebab busy kerja. Kadang tu, I makan buah yang dibeli masa lunch. Lepas tu, jam 6 – 6.30 petang, balik kerja. Kalau jalan jem, I memang akan rasa lapar. Kenapa entah. Tapi biasanya kalau lapar, i akan makan roti / biskut. Balik rumah, dalam jam 7 – 8.30 tu wajib ambil dinner. Kalau tak perut masuk angin dan I akan muntah. I tak suka muntah. Sakit segala tekak dengan perut. Selagi boleh tahan, I akan tahan untuk tak muntah.

Jadi, macam mana nak puasa? Boleh bertahan ke nanti? Itu soalan yang I selalu tanya pada partner. Partner kata kalau tak tahan, tak perlu nak paksa diri. Tak elok untuk I dan baby nanti. Jadi, I ambil keputusan untuk cuba dulu. Kalau betul-betul tak tahan, baru buka.

Sahur pertama, I makan nasi dan lauk. Nasi tak banyak, separuh pinggan saja. Kemudian bancuh milo dan campur dengan oat. Habis makan nasi, I minum oat + milo dan kemudian minum air kosong. Makan kurma 3 biji dan akhir sekali minum lagi secawan air kosong. Alhamdullilah, semalam I mampu berpuasa. Dekat tempat kerja tak rasa lapar pun. Penat pun tak sangat. Boleh buat kerja macam biasa.

Tapi balik rumah, masa tengah masak untuk berbuka tu, perut dah mula rasa lapar. Masa tu dah hampir jam 7 pun. Rugi kalau nak buka. Sikitttttt je lagi nak kena bertahan. Baby tak tahan bau masakan kot. Tapi so far, semalam I okay saja walaupun ramai yang persoalkan kenapa I masih tetap nak puasa. Colleague I kan semua cina. Jadi, mereka semua hairan bila I kata I still akan puasa walaupun pregnant. Ramai paksa I makan untuk baby. Hahhaha...terlebih caring diorang semua ni. Tapi I kata, I nak cuba puasa. Kalau I tak boleh tahan, I takkan paksa diri.

I tak harap pun I akan puasa penuh tahun ni. Sebab mana tahu kalau tiba-tiba tak larat kan. Ni dah hari kedua pun, perut I dah rasa semacam. Tapi masih ok lagi, masih boleh tahan. Cuba dulu dan lihat lah. Mudah-mudahan semuanya ok.

Tuesday, 9 July 2013

Petua Menghilangkan Kurap Kucing

May yang kami jumpa dekat kedai makan dulu memang dah sedia ada kurap dekat kedua-dua belah telinga dia. Partner yang kutip dia. Kalau ikutkan I, I dah malas nak bela kucing sebab stress dengan Gary. Oh ya, sebelum May, kami ada bela anak kucing jantan. Gary nama dia. I ambil dari rumah emak di Rawang. Yang buat I stress ialah Gary ni asyiklahhhhhhhhhhhhh menangis. Bukan menagis macam manusia sobbss sobbsss…sobbsss tu. Tapi mengiau lah kan.. 24 jam kalau tak tidur asyik nak mengiau je. Kalau kami pergi kerja, time balik tu, dari luar rumah dah dengar suara dia mengiau. Macam kena dera pulak. Sampai I nak tidur pun tak boleh. Jadi, kami hantar dia balik ke rumah emak. Mak kata maybe dia rindu dekat adik beradik dia. Sebab Gary ada 4 ekor adik-beradik.

Kutip May pun secara tak sengaja. I malas nak jaga sebab memang sedang dalam mood kemalasan yang melampau. Jadi I pesan pada partner, sila jaga sendiri. I tak mahu masuk campur. Jadi, partner lah yang uruskan May pada awalnya. Untuk ubatkan kurap dekat telinga dia tu, partner sapu minyak gamat. TAPI sila ambil perhatian. Kalau uols nak gunakan gamat untuk ubat kurap kucing, sila guna GEL GAMAT. Sebab I ada terbaca yang MINYAK GAMAT tak sesuai untuk kulit kucing. Nanti kucing panas. Yelah, bahagian telinga kucing tu kan kulit nipis. Kesian dia nanti. Berkali-kali sapu tapi masih tak sembuh. May ni dah lah suka garu. Sikit-sikt dia garu telinga dia. Bila dah sapu tapi masih tak baik-baik, partner i jadi malas nak sapu. Terbiarlah May dengan kurap-kurap dia tu. Masa tu I dah mula sayang May. Sebab May sangat aktif. Dengar kata tapi degil. Haa..acaner tu?

Balik rumah emak, I tunjuk video May koyakkan tisu dari kotak tisu pada kakak sulong I. Dan dia perasan telinga May ada kurap. Dulu kakak I pun ada bela kucing dan telinga kucing dia pun berkurap. I ingat lagi masa tu sebab I yang hantar kucing tu ke rumah kakak. Ambil dari rumah kawan I. Bising kakak I masa tu sebab dia nak bela kucing, tapi I bagi dia kucing berkurap. Hahhaha... Tapi dia bela jugak. Abang ipar I tumbuk panadol, campur sikit dengan air dan letak pada telinga kucing tu. Terus baik dan hilang terus kurap kucing tu. Balik rumah, I pun gigih la tumbuk PCM. Tapi I tak buat berturut-turut. I buat selang dua hari. Kurap pada telinga May kering, tapi tak hilang. Aduhhh... makin lama makin teruk sampai ke muka dia pulak. I membebel pada partner. Suruh dia pergi vet, beli krim.

Tapi kami masing-masing busy masa tu. I pun tak sempat nak cari krim untuk dia. Lastly kawan partner bagi petua. Letak minyak yang telah digunakan untuk goreng ikan. Ada yang kata, letak minyak tanah. Letak minyak hitam kereta pun ada. Tapi petua yang kedua dan ketiga tu I tak approve. I tahu May I tu degil. Nanti dia gosok-gosok telinga dia dengan kaki, lepas tu dia jilat. WHAT? Nak suruh May mati jilat minyak tanah / minyak hitam? I tak bagi. I paksa partner cari minyak masak lebihan goreng ikan. Rumah kami mana ada aktiviti goreng ikan. Ikan bilis adalah sebab partner tak makan ikan. Partner pergi rumah makcik dia, dan bawak balik semangkuk minyak ikan. I tolong tahan / pujuk May dan partner lumur kepala dia dengan minyak.
Kami ingat nak buat dua minggu berturut-turut. Biar hilang habis kurap dia. Tapi May sakit lah pulak. Tak sampai hati nak lumur dia dengan minyak. Jadi biarlah dia rehat dulu. Kami sempat sapu minyak dekat dia 4 hari saja. Dan hasilnya sangat menakjubkan. Telinga May dah tak ada kurap langsung. Muka dia ada sikit-sikit lagi. I ingat nak sambung sapu minyak tapi partner tak bagi sebab kesian. Dia baru sihat. Bagi dia masa nak bersuka ria dulu sebab hari pertama kami lumur dia dengan minyak, dia merajuk. Tak nak keluar main pun. Duduk terperap dalam bilik je. Tapi bila partner belek-belek bulu dia balik, partner kata kurap dah tak ada. Yang tinggal tu cuma keping-keping luka yang kering. Ohh..kalau macam tu baguslah. Tak perlu sapu lagi. Yang I suka, lepas letak minyak, bulu May jadi sangat-sangat-sangat lembut. Ingatkan nak mandikan dia, tapi tak apalah. Hold dulu. Dia tak busuk pun. Mulut je yang busuk sebab suka makan ikan. Tapi bulu dia lembut.


PS : Asyik cerita pasal May saja kan? I berdebar-debar ni. Esok first day puasa. Tak sabar dan excited. Harap-harap I dan baby kuat dan mampu bertahan sampai waktu berbuka.

Monday, 8 July 2013

May


Alhamdulliah…May dah sihat. I’m a happy mommy. Setiap hari I doakan dia sihat. Sampai satu masa tu, I terfikir, inikah pengakhiran hidup May? May nak mati dah ke? Empat hari May tak makan. L Duduk termenung atas karpet (yang sekarang ni dah jadi tempat rasmi dia) dan asyik tidur je.

Saat I susah hati hari tu, I teringat nak call seorang kawan. Kawan ni memang dah lama bela kucing. Banyak pulak tu kucing dia. Jadi, I called dan ceritakan masalah May. Macam nasihat yang biasa kita dengar, sila bawa ke vet. Jumpa doktor. Biar doktor cek. Mana tahu ada virus. I bukan tak mahu baca May pergi vet. Tapi I fobia bawa kucing pergi klinik. Takut. Nantilah I cerita kenapa I takut. Kalau I terlupa, sorry ya. Jadi, kalau boleh, sebelum bawa pergi klinik, I nak try ubat sendiri. Sebab tu I called kawan, mana tahu dia ada petua berguna.

Kawan I kata, cuba bagi May minum air kelapa. Dan malam kalau dia masih tak mahu makan, bagi dia sup. Belasah lah sup apa pun, janji kena bagi jugak. Sebab dah 4 hari dia tak makan. Takut tenaga dia dah habis, dia makin lemah, makin melarat nanti. I di ofis masa tu. Partner ada kat rumah. Cuti sebab demam. Jadi, I called partner dan paksa partner pergi cari air kelapa untuk May. Satu jam lepas tu, I called lagi, nak pastikan partner bagi May minum air kelapa. Lega I bila partner kata dah bagi. Siap terlebih bagi sampai May termuntah-muntah lagi.

Balik tu, I tengok May dah okay sikit. Dah mula berjalan sikit-sikit walaupun masih lemah. I belikan partner bihun sup untuk dinner. Kesian dia demam. Alahaiii...semua dalam rumah tak sihat. Mintak-mintak I tak berjangkit. After partner dinner kami ambil lebihan sup tu dan paksa May minum guna syringe. I pegang May dan partner cepat-cepat picit syringe. Dua kali kami bagi. Ingatkan nak bagi banyak sikit, tapi dia gigit tangan I. Hahhaha...tak larat pun masih nak gigit-gigit orang. Tak sakit langsung. Tapi kesian dekat dia, so, cukuplah 2 kali tu. Tak lama lepas tu, dia ke dapur. I sedang basuh baju, jadi I asingkan semua baju-baju. Letak tepi bakul dulu. Dan entah macam mana, May naik atas baju-baju tu (semuanya baju kerja partner) dan dia kencing! Hahahhaha...nasib baik partner ada kat dapur dan dia nampak. Tunjuk perasaan nampaknya May ni. Cepat-cepat letak dia dalam toilet. Start dari kami paksa dia minum sup tu, 4 kali dia pergi toilet. Dan 4 kali jugak I kena tengok dia. Sebab dia asyiklah nak masuk dalam baju kotor, nak kencing kat situ. I kata pada partner, May ni hilang ingatan ke? Sejak dia tinggal sekali dengan kami, tak pernah dia buang air merata-rata. May sangat pandai. Muntah je dia  tak pandai pergi toilet. Yang lain, semua nak masuk toilet. Even dan sediakan bekas air minum untuk dia pun, dia lebih suka minum air dalam baldi kat toilet.


Bila setiap kali dia ke dapur, I kena ikut sekali. Setiap kali dia nak pergi dekat baju kotor, cepat-cepat I pusing dia, halakan dia ke arah toilet. Lepas tu, terus dia ingat balik. Fuhhh...nasib baik. Kalau tak, I plan nak suruh dia tidur dalam toilet je.

Awal pagi esoknya, partner I bangun dulu. Dia ke dapur dan dari dalam bilik I boleh dengar suara May mengiau. Partner jerit dari dapur, May makan. May dah makan. Cepat-cepat I lari ke dapur. Duduk bersila sebelah May, teman dia makan. Happynyaaaa... May dah makan. Badan dah nampak sihat. Sepanjang hari tu, memang May nampak dah sihat. Jalan pun dah tak terhuyung-hayang. Badan pun dah tak menggigil. Makan sikit, tapi kerap. Kalau I keluar rumah sidai baju, dia dah mula ikut. Duduk termenung atas rumput. Bila I masuk dalam rumah, pun dia ikut jugak.

May sejak sakit ni perangai dia dah berubah. Dah kurang main, dah tak mahu bergurau. Kalau dulu, pantang I baring dia mesti gigit rambut I, pijak badan I, gigit tangan I. Sejak sakit dan dah baik ni, semua pun dia taknak. Makan dah memilih. Nak wet food dengan ikan saja. Yang lain dia cium-cium je. Dan yang makin teruk, May penakut sekarang ni. Pantang ada suara orang lain dalam rumah, cepat-cepat dia lari masuk dalam bilik. Menyorok. Petang semalam, I bawak dia keluar. Ada anak-anak jiran main kat hujung jalan. Bila budak-budak main sambil menjerit, cepat-cepat dia lari dekat I. Dah tak mahu kejar rama-rama lagi. Kalau dulu, sampai belakang rumah dia pergi. Sekarang ni ikut je mana I pergi. Manja pulak tu. Sikit-sikit nak usap. Kalau tak usap kepala dia, dia sondol-sondol tangan I. Kalau I buat tak tahu jugak, dia cium muka I. Dah la baru lepas makan ikan. Busuk wehh... Kalau I malas jugak, I letak dia atas riba partner. Gilir-gilir la layan perangai manja nak usap dia tu.  

Apa pun, syukur May dah sihat. Even dia hanya kucing kutip tapi kami sayang dia. Kalau balik rumah tu, benda first yang I cari mesti May. Rasa macam rindunyaaaa dekat May. Nak letak gambar latest May lepas sakit, tapi kabel lupa bawak pulak. Thanks to kawan I tu jugak. Tak sangka air kelapa dan sup boleh sembuhkan kucing I.

PS : Selamat berpuasa!

Thursday, 4 July 2013

Risau



Kami dalam mood kerisauan. Ehh...I rasa I je yang risau lebih. Partner tak kot. :(

May kesayanngan kami tak sihat. Dah dua hari tak nak makan. Dua hari lepas tiba-tiba dia muntah. Agak banyak. Lepas tu taknak makan. Lepastu muntah air pulak. Risaunya hati I.

Malam sebelum dia muntah-muntah tu dia aktif macam biasa. Main lompat-lompat depan I sampai terhantuk dekat kabinet tv pun dia tak heran. Sambung main lompat lagi. Sebelum main tu dia makan. Kami baru beli cat food jenama yang lain. Jenama tak femes pun. Partner nak try bagi May makan tu sebab ada tanda halal. Alahh..kalau uols pi supermarket, nampak cat food yang ada gambar perempuan bertudung tu, haaa..itulah dia. I pulak, yang buat I setuju nak beli sebab ada tulis kat pack tu, mengurangkan bau najis. Yelah, mana tahan kalau balik kerja je, May dah siap-siap buat bisnes dalam bilik air. I malas nak cuci. Biasa I suruh partner je yang buat. Hahah..

Lepas makan makanan dia, May mintak ayam goreng dekat partner. Partner beli nasi goreng ayam untuk dinner masa tu. Jadi, I pesan pada partner, jangan habiskan isi. Tinggalkan sikit kat tulang untuk May. Tapi dekat ayam tu ada sos. Partner suruh I basuh dengan air dulu ayam tu, hilangkan sos. Tapi I tak rajin. I bagi saja. May pun sebab nak sangat ayam, dia makan saja. Jilat-jilat dan terus ngap makan.

Lepas makan dan main, I nak masuk tidur, I sapu minyak pada muka dan telinga May. May sejak kami kutip dulu memang dah ada kurap dekat telinga. Dah macam-macam kami buat, ini usaha terakhir kami. Guna minyak masak lepas goreng ikan. So far telinga dia dah nampak ok. Cuma ada tinggal sikit-sikit saja lagi. Lepas tu terus I say good night pada May, dan masuk tidur. Bangun je pagi, tengok dah ada muntah May dekat depan pintu bilik. May pun tengok I sambil tak bergerak. Biasa kalau I bangun pagi, May mesti bangun sekali ikut I pergi dapur. Mintak makan dan minum. Tapi pagi tu May lemah je.

Risaunya.....

Partner kata maybe sebab minyak goreng ikan tu. Yelah, lepas sapu minyak May mesti jilat-jilat bulu dia. Tapi I tak rasa sebab minyak. I rasa sebab kami tukar makanan dia. Perut dia mungkin tak serasi dengan makanan yang baru tu. Atau mungkin sebab sos pada ayam? Ataupun sebab dia main lompat-lompat sampai terhentak dekat kabinet tv? Entahhh... Bila I tanya pada May, dia mengiauuu je. I tak faham bahasa kucing. Hari ni nak beli balik makanan dia yang lama tu. Nak paksa gak dia makan. Dah dua hari tak makan, badan dah susut. Muka dah kecut. Tiduurrrrr je kerjanya. I susah hati, takut dia mati je nanti. Even susu I yang dia suka minum pun, dia dah taknak minum. :(

May yang nakal. Penyapu tu pun dia yang ambil dari dapur, heret sampai ke ruang tamu untuk main. Dah boring main penyapu, main suratkhabar pulak.

May, cepat sembuh. Mommy sayang May.. :'(

Thursday, 6 June 2013

Adakah kerana Baby?



Lately dekat ofis ramai yang kata I lebih funny dan naughty. Jadi semua colleague I kata ini maybe disebabkan I mengandung. Maybe baby I nanti pun akan naughty. Ishh..kalau naughty sikit-sikit tak apa. Kalau naughty banyak, tak mahu lah. Minta dijauhkan.



Ramai yang kata I sekarang kalau menjawab solan, mesti ada unsur-unsur humor. Dan semua orang pun akan ketawa dan I pun terpaksa ikut ketawa sebab nak cover line. Sebelum ni, I memang sangat pendiam. Cakap bila perlu saja. Sebabnya dalam ofis kecik kami ni, daripada total 13 orang, hanya I sorang saja Melayu. Yang lain semuanya satu bangsa, Cina. Jadi sebab tu lah I jarang nak bergurau senda dengan mereka. Kalau kawan-kawan yang lain, maybe diorang dah tak hairan sangat dengan lawak I.



Ada suatu masa, seorang dari kami hendak berhenti kerja. Dan yang seorang lagi tanya I, ada apa-apa ucapan tak yang I nak buat? TAPI mestilah ucapan yang lain daripada yang lain. Tak mahu ucapan sedih-sedih macam please don’t go, takyah berhenti lah, I’m gonna miss u dan seangkatan dengannya. I pun tak tahu kenapa tiba-tiba I jawab…Ohh…silalah berhenti kerja cepat-cepat, dan semua yang dengar ketawa sungguh-sungguh. Nak tak nak I kena ikut ketawa dan cepat-cepat say sorry, I melawak saja. Takut yang nak berhenti tu terasa pulak.


Dan seorang dari yang ketawa itu kata kalau lah baby I nanti boy, mesti dia “bermulut manis” nanti, banyak cakap dan suka buat lawak, menjadi kesukaan ramai perempuan, senang dapat calon isteri. Hahahhahah… Baby belum lagi keluar, dah cerita pasal calon isteri.


Tadi boss I bagitahu dia cuti esok, so I dengan tanpa rasa bersalahnya terus kata Yeaaayyy! Dan semua pun ketawa. Boss pandang I dengan muka geram dan kata “U semakin naughty” sambil ketawa dan keluar dari ofis.


Again, kawan I kata this is maybe sebab baby u. U sebelum ni tak macam ni pun.


Yelah tu. Baru sekarang mereka nampak betapa mulut I ni selalu cakap lepas, style tak ada insurans. Tapi I berani jawab dengan orang-orang tertentu saja. Dengan boss boleh la nak melawak sebab kadang-kadang dia pun buli I jugak. Buli dibalas dengan lawak kan nampak best.


Or..maybe jugak sebab baby. Siapa tahu kan? Baby, jangan nakal ya, mommy garang tau. =) 


Wednesday, 5 June 2013

Risau


Salam…


Ahad lepas ke Hospital Umra sekali lagi. Ada appointment untuk scan baby. Appointment siang mula jam 10 hingga 1 petang. Dan malam pada jam 6.30 petang hngga 9 malam.  Ada birthday party anak buah dekat rumah parents. Jadi, terpaksalah kami ke klinik sebelah siang. Itupun dah agak lewat sebab I sibuk nak kemas rumah. Hehehe.. Rasa rimas pulak tengok rumah dan si May kesayangan tu dah sepahkan suratkhabar. Jam 12.20 tengah hari baru sampai klinik.


Tapi semalam agak ramai patient. Almost 45 minit jugaklah I kena tunggu. Nasib baik partner tak bising. Tapi adalah dia mengomel sikit. Since sebelum ni dia tak pernah tengok baby lagi, jadi semalam dia sangat-sangat `pasang telinga`. Pantang nurse sebut nama, cepat-cepat dia pause main game. So excited dia semalam. Dan bila nama dipanggil, dia cepat-cepat bangun ikut belakang I. Tak sempat nak ajak pun.


So, check-up semalam, doc tanya lagi macam biasa. Bila LMP, ada pernah pregnant dan gugur tak before ni, family ada history darah tinggi dan kencing manis tak, I pernah buat operation tak, bla..bla..bla...Dan seterusnya, scan.


Scan kali ni I rasa sangat-sangat best. Maybe sebab lama dan doc pun sangat peramah. Plus partner pun ada ikut menyibuk tanya itu dan ini. Dan kami nampak tangan baby melambai-lambai. Maybe say hello to daddy kot. Hahahha.. Partner tanya kenapa I selalu sakit perut. Sebab pergerakan baby ke? Doc jawab, tak lah. Tak ada kena mengena. Maybe sebab I kurang buang air besar. Hahahha... Ye ke kurang? Last 2 weeks memang agak kurang pun sebab I kurang minum air masak. Sebab rasa mual bila minum air masak. Takpe, start this week, akan cuba minum air masak dan makan buah banyak-banyak. Tapi sebenarnya I tak adalah kerap sangat sakit perut. Cuma kerap rasa senak. Tapi bila nak explain dekat partner tu I kata sakit perut je lah. Hahaha..


Oh ya, doc di Hosp Umra suggest I untuk buat buku pink dia klinik kesihatan. Nampak gaya, nak tak nak kena pergi jugaklah klinik desa lepas ni. Untuk hal-hal kecemasan dan back up plan mana tahu I kena deliver kat hosp kerajaan kan. Tak apa lah, demi baby. Kenalah beratur panjang nanti. T__T


Jadi, apa yang menyebabkan I risau? I ada terbaca dari blog orang lain. Dia ada masalah dengan IUD yang dia pasang. Dan tanpa sedar dah mengandung 5 minggu. Masa ada problem dengan IUD tu, dia terpaksa buat x-ray. Dan bila doc dapat tahu dia sebenarnya pregnant, doc terpaksa gugurkan kandungan dia. Oh my... Tetiba teringat yang I pernah x-ray masa nak cabut gigi dulu. Masa tu tak tahu pun pregnant. Nurse ada tanya I pregnant ke tak, I jawab tak saja. Tapi masa tu dah terdetik dalam hati, kalau-kalau pregnant macam mana? Tawakal saja masa buat x-ray tu. Dan sekarang I dalam kerisauan. Macam mana dengan baby? Tak ada apa-apa effect kah? Takutttttnyyyyyyyaaaaa...


Hasil dari google, ada yang tulis kata sepatutnya JANGAN lakukan apa-apa aktiviti x-ray masa baru-baru kahwin. Yelah, mana nak tahu kot pregnant kan. Tapi ada yang tulis kata x-ray pergigian tak kuat. Jadi, Insyaallah tiada apa-apa. Ada yang tulis lagi kata, pernah x-ray sebelum ni sebab tak tahu pregnant. Doc nasihatkan yang lepas tu lepaslah. Kita pun tak tahu kita pregnant kan. Jadi berdoa lah semoga semuanya baik-baik saja. I harap-harap semoga semuanya baik-baik saja. Nanti bila masa check-up dekat klinik desa baru I nak tanya nurse / doc. Semalam tak teringat nak tanya sebab excited sangat tengok tangan baby melambai-lambai.