Lately dekat ofis ramai yang kata I lebih funny dan naughty.
Jadi semua colleague I kata ini maybe disebabkan I mengandung. Maybe baby I
nanti pun akan naughty. Ishh..kalau naughty sikit-sikit tak apa. Kalau naughty banyak,
tak mahu lah. Minta dijauhkan.
Ramai yang kata I sekarang kalau menjawab solan, mesti ada unsur-unsur
humor. Dan semua orang pun akan ketawa dan I pun terpaksa ikut ketawa sebab nak
cover line. Sebelum ni, I memang sangat pendiam. Cakap bila perlu saja.
Sebabnya dalam ofis kecik kami ni, daripada total 13 orang, hanya I sorang saja
Melayu. Yang lain semuanya satu bangsa, Cina. Jadi sebab tu lah I jarang nak
bergurau senda dengan mereka. Kalau kawan-kawan yang lain, maybe diorang dah tak
hairan sangat dengan lawak I.
Ada
suatu masa, seorang dari kami hendak berhenti kerja. Dan yang seorang lagi
tanya I, ada apa-apa ucapan tak yang I nak buat? TAPI mestilah ucapan yang lain
daripada yang lain. Tak mahu ucapan sedih-sedih macam please don’t go, takyah
berhenti lah, I’m gonna miss u dan seangkatan dengannya. I pun tak tahu kenapa
tiba-tiba I jawab…Ohh…silalah berhenti kerja cepat-cepat, dan semua yang dengar
ketawa sungguh-sungguh. Nak tak nak I kena ikut ketawa dan cepat-cepat say
sorry, I melawak saja. Takut yang nak berhenti tu terasa pulak.
Dan seorang dari yang ketawa itu kata kalau lah baby I nanti
boy, mesti dia “bermulut manis” nanti, banyak cakap dan suka buat lawak, menjadi
kesukaan ramai perempuan, senang dapat calon isteri. Hahahhahah… Baby belum
lagi keluar, dah cerita pasal calon isteri.
Tadi boss I bagitahu dia cuti esok, so I dengan tanpa rasa
bersalahnya terus kata Yeaaayyy! Dan semua pun ketawa. Boss pandang I dengan
muka geram dan kata “U semakin naughty” sambil ketawa dan keluar dari ofis.
Again, kawan I kata this is maybe sebab baby u. U sebelum ni
tak macam ni pun.
Yelah tu. Baru sekarang mereka nampak betapa mulut I ni
selalu cakap lepas, style tak ada insurans. Tapi I berani jawab dengan
orang-orang tertentu saja. Dengan boss boleh la nak melawak sebab kadang-kadang
dia pun buli I jugak. Buli dibalas dengan lawak kan nampak best.
Or..maybe jugak sebab baby. Siapa tahu kan? Baby, jangan nakal ya, mommy garang tau. =)