wajib klik!

Monday, 31 October 2011

Rajin

I bangun awal pagi. Siap mandi manda, Subuh dan mekap-mekap, I ke dapur.




Jenguk peti ais. Ada bancuhan cekodok lebihan minggu lepas. Minggu lepas tu! belasah sajelah. Makanan tak baik dibuang-buang kan. Masih elok sebab I simpan dalam bekas bertutup.



Panaskan kuali, masak air. Kuali dah panas, I goreng cekodok. Air dah masak, I bancuh gula dan letak seuncang teh dan kemudian laju-laju hiris lemon. Konon nak minun hot tea with lemon la kan.



Ok. air dah siap. I pergi jenguk kuali pula.



Dalam hati ni dah riak sikit.



Wallawehhh ko jaja, giler hebat kan. siap boleh buat breakfast pagi ni. Cayalah. Ko ni kalau………



Dan belum habis hati i memuji diri sendiri, tangan dah terkena kuali. Pfttttsss…

Friday, 28 October 2011

1 Malaysia

Sedang gigih menyiapkan report sambil ditemani lagu-lagu mandarin dari mp3 colleague i.




Mereka sedang bergermbira sambil sing along. I pula sedang bergembira sambil tak faham sepatah apa pun.



Sungguh harmoni kan?

Thursday, 27 October 2011

Salam

I tak tahu lah menulis disini tentang ini adalah perkara yang betul atau tidak. Tapi, hey peduli apa lah kan. I terasa nak menulis, jadi I tulis lah. U baca saja. Heheh…




Semalam cuti umum, hari ni kerja. Jadi, rasa macam isnin pulak. Macam biasalah, i memang awal sampai office. I malas nak berebut tunggu lif, malas nak penat-penat pusing cari parking. Jadi, bila awal tu, setiap orang yang I bertembung/berselisih I akan greet. Normally memang I akan say good morning saja. Universal. Dekat siapa-siapa pun I boleh ucap.



Tapi yang buat I terkesima sekejap bila I ucap good morning, orang tu reply Assalammualaikum dengan bernada. Bernada tu macam nada yang something. Yang I rasa macam nak perli saja. Yes. I terasa la sikit. Sebab I terkesima, jadi I hanya jawab dalam hati saja.



I mengaku I ni tak lah cukup baik. Dah lah tak pakai tudung kan. Tak ada lah macam orang yang balas good morning I dengan Assalammualaikum tu kan. dengan nada yang macam nak bagitahu yang I ni tak cukup beriman kan. Tapi please lah. Kalau ada rasa nak bagi salam dekat orang, please la jangan nak perli. Dah la I dulu yang greet. I yang punya inisiatif nak tegur, nak cari mood yang baik di pagi hari. Sekali kena perli kau. Memang boleh jadi tak ada mood lah kan.



Dan yang “perli” assalammualaikum tu pun tak reply good morning i. macamlah ucap selamat pagi in English tu kesalahan besar. Kalau ada niat nak tegur I dan memang ada niat nak mulakan hari dengan bagi salam kat orang lain, please lah ucap dengan ikhlas. Ucap dengan ikhlas lepas reply good morning tak boleh ke? tak ada lah orang rasa macam nak perli.



I tak marah. cuma saja nak menulis. Buat peringatan kat diri sendiri jugak. Tak perlu nak tunjuk baik sangat kat orang lain kalau sekadar niat nak perli. Terasa sangat nada tak ikhlas tu.







p/s : Wanna say HI to my new reader. U ni stalker tak berjaya lah. Blog cikai I ni pun u tak dapat cari. Eh, ke u dah lama tau, tapi u pura-pura tak tau ni ? baik mengaku

Tuesday, 25 October 2011

Game

I melepak dengan my partner dekat rumah sepupu dia. Sepupu dia lelaki, berkahwin dan ketika kejadian tiada dirumah. Hanya isteri sepupu dan anak lelakinya saja.




My partner yang control remote astro. I nak tengok rancangan realiti, tapi my partner yang sangat baik hati tu nak tengok Ong Bak 3. Dah tengok sepuloh kali pun masih nak tengok lagi. Buhsan. Sudah tiada thrill.



Jadi, sambil melepak kebosanan I ambil galaxy tab dan main-main game. Tapi si anak lelaki sepupu, I panggil dia Anan saja, sebok la jugak menyelit sebelah I. Sebok nak main juga. Sebok nak sentuh skrin juga. Jadi, game apakah yang sesuai di main oleh kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun dengan perempuan comel berumur lewat 20-an? Kahkah..nak sebut perempuan comel jugak, walaupun sedar diri tak comel.



Jadi, I on Camera FunPro. Ia adalah camera yang kita boleh tukar-tukar theme nya. Faham tak adik-adik? Alahh…kalau kita nak mode sephia la, mode negative la, mode poster la. Macam tu lah.



Tapi Camera FunPro ni ada banyak mode. Ada swirl, ada glass, ada pinch, ada emboss, ada macam-macam lah. I selaku photographer dan si Anan selaku model tak bertauliah. Game yang sangat sesuai bukan?



Jadi, kami pun start la bermain. Si Anan memang suka Ultraman. So, memang ada banyak gaya-gaya gagah la. Gaya Spiderman, gaya Boiboiboi pun ada. Layankan saja la sebab i pun memang tengah bosan. I cuba semua jenis mode yang ada. Dan setiap kali lepas snap, I akan tunjuk pada mak Anan dan my partner. Oh, dan Anan juga. Setiap kali tengok gambar dia, dia akan suka, jerit-jerit ketawa dan kemudian pose dengan gaya lain. Begitulah berulang-ulang cara game ini sehinggalah I tukar ke mode thermal yang mana bila kita snap pic, warna akan berubah contrast. Si model tu duduk dekat dengan I. Dan si model adalah berkulit cerah, putih, mulus dan suci tanpa cela.



I snap macam biasa. Dan kemudian tunjuk pada dia. Tiba-tiba dia bangun. Tolak-tolak galaxy tab I dan menjerit “Bukak….bukakkk…”



Bukak apakah?



I tunjuk pada partner dan mak Anan sambil I ketawa. Rupa-rupanya si model sudah takut. Sebab mukanya dah bertukar jadi warna merah. Merah sepenuhnya. Hanya nampak mata saja. Jadi dia fikir itu adalah hantu. Kahkah…game yang telah berjaya membuatkan si Anan tidak berminat dengan galaxy tab I lagi. Tapi kenapa bukak? Dia sebenarnya nak cakap tutup, tapi sebab terlampau takut, dia tersebut bukak. Kahkah…I gelakkan saja si Anan. Sungguh kurang sopan kan ketawakan budak kecik.



I yang bijak pandai ni pula lupa nak tekan button save. I cuma tekan button back. Konon ingat dia auto save la. Pandai sangat la kau kan. Padan muka kau juga sebab ada banyak gambar gagah Anan yang kau snap cantik-cantik tapi kau tak save. Good job la jajazuzu !

Saturday, 22 October 2011

Bubur kacang hijau

I buat ini semalam dengan niat untuk bersedekah. Sedekah kepada opismate I dan housemate I. I ada ambil beberapa keping gambar semasa proses memasak tetapi kabel usb yang hilang tu menyakitkan hati saja kan. Kalau tak boleh I jamu anda semua dengan gambar bubur. Heheh




Bahan-bahan :
Kacang hijau
Gula pasir
Santan
Air
Sagu
Daun pandan





Ini adalah kacang hijau versi main suka hatilah nak masak macam mana pun. Janji masak. Sebab tu I tak ada anggaran berapa gram untuk semua bahan-bahan diatas.



Then I tak guna gula melaka aka gula perang tu. I guna gula putih yang biasa saja. Tapi bubur kacang kalau warna putih memang tak feel kan. I nak dia jadi warna coklat-coklat gitu, so langkah pertama adalah menggoreng kacang hijau tanpa minyak. In Sarawak said aruk. Sebut R dengan sebutan Lisa Surihani ya. ARUK.



Next, rebus kacang hijau yang dah kecoklatan tadi dengan gula. Rebus sampai kembang dan empuk. Kemudian masukkan santan secukup hati angpa la. Dan masukkan secubit garam. Kacau dan masak seketika. Masukkan sagu. Masak sehingga mendidih. Opss…lupa pulak. Daun pandan untuk bau yang harum tu I sebenarnya tatau waktu mana yang sesuai untuk letak. Tapi I belasah saja letak masa step pertama. Masa rebus dengan gula dan air tu.





SMS dari partner I : Dah la manis gilerr. Tak ada rasa lemak pun.





Kahkah…i main tuang saja gula tu. Ikut suka ati tak sukat tak apa. Dan santan adalah santan kotak. Sekotak kecik untuk seperiuk bubur kacang? Memang lah tak rasa lemak kan. Takpelah darling, next time I masak yang berlemak punya. Biar u gemoks.



Ok. selamat mencoba dan berhujung minggu.

Friday, 21 October 2011

My Happiest Moment

When talk about the happiest moments, I will be freeze for a while. Not because I don’t have any happy moment, but it’s difficult for me to choose which one is the happiest! But being with my family is a great time for me.




I was about 5 years to live separately with my parents. So when I have a free weekend, I will be returning to my parent’s home. Hang out with siblings, parent, nieces and my parent’s cat are very enjoyed.



But every time a happy moment happens, I can’t stop time and then repeat it to capture the moment. We all know that. So, everyone should have camera with ultra-compact body that we can take anywhere. As for me, it’s more regret if I forgot to buy batteries! Yes, please call me outdated. I’m still with digital cameras that use AA batteries to operate. Its Olympus but sorry guys, I forget what model is it. I loved it so much. My first digital camera!



When  Nuffnang and Olympus is organizing My Happiest Moment contest, I feel like I wanna join it! This is the first time I try to join the Nuffnang contest.



This is my happiest moment. Lepak with my 3 nieces and my younger sister at parent’s home. I can’t choose which one is good so I put 3 of it.


Everyone is happy!


Wear a tudung version



Change the position and pose!



When there are no interesting shows at TV, taking pictures is one of the most fun activities! We will make up, get dressed, wear a tudung, and posing like a model. But usually we will tarik-tarik and rebut-rebut. Everyone want to be a model! And when no one wants to be the tukang ambil gambar, we will set the timer, put the camera on cans or chair or TV and all of us will run quickly to pose!



Wahh .. I've started to miss the moment. Its 3 years ago. Who know that I can win the first prize which is Olympus PEN E-PL3 Lite Kit kan? My nieces must be happy if I brought home a new camera.



Happy photography with Olympus!







Hopefully after this I can capture all my happy moment with Olympus PEN camera.

Latest ABC chart

Lupa kat mana i dapat ni. Somewhere kat blog juga.








Happy teaching!