wajib klik!

Wednesday, 4 March 2009

sapa ada kontek dengan mana² tukang urut? aku ditahap kritikal dah ni!

malam tadi sebelum tidur aku tampal koyok kat bahu kanan.

aku set alarm pukul 6.00 pagi

alarm aku bunyi ntah pukul berapa.

aku sedar dah pukul 7.11 pagi. Giler! dah lambat!

bangun cepat², capai towel pergi mandi.

lepas mandi keringkan rambut depan kipas guna hair dryer. biar cepat sikit. gila sejuk!

masa nak pakai baju, terperasan koyok yang aku tampal malam tadi.

haaiiiihhh....~~

***mandi laju² sampai tak perasan ada koyok kat bahu
****koyok dah tak jalan la. aku rasa kena gi cari tukang urut gak ni.

Tuesday, 3 March 2009

surat tunjuk sebab versi bergambar untuk incek bos-tak-pernah-senyum

persatuan tiga mak dara & seorang anak dara cawangan batu tiga,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam
27 feb 2009

kepada,
incek bos-tak-pernah-senyum,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam

_________________________________________________________________

PER : Surat tunjuk sebab kerana pulang lewat dari waktu yang sepatutnya.

Incek bos,

merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili persatuan Tiga Mak Dara & Seorang Anak Dara yang telah tertubuh secara tidak rasminya pada bila-ntah dengan ini secara rendah diri bersempena hari jumaat yang mulia ini ingin merakam kan berjuta² kemaafan kerana telah bersuka ria melebihi had waktu yang telah Incek bos-tak-pernah-senyum tetapkan.

ini kerana persatuan kami ini telah melakukan lawatan bukan sambil belajar merangkap lawatan menghabiskan duit gaji ke sini. sila rujuk gambarajah pertama ye incek bos-tak-pernah-senyum...

gambarajah pertama

Incek-bos-tak-pernah-senyum pasti hairan bukan? apekah karnival yang telah kami lawati ini. karnival ini adalah mini karnival yang telah membuatkan kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh menjadi tamak haloba. dia telah membeli 5 buah novel-yang-belum-tentu-best dengan duit pemberian suaminya. tetapi saya tidak boleh berkata banyak kerana pada hari itu, kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh ini telah menjadi driver tanpa tauliah kepada kami. terima kasih daun keladi kak! buktinya, sila rujuk gambarajah dua, incek bos.

gambarajah dua

akan tetapi Incek bos, kami ke sana bukan hanya untuk menghabiskan duit gaji sahaja. kami ingin melepaskan tekanan-perasa-tanpa-an. Incek bos lihat sajalah kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut. Incek bos tidak perasankah yang dia sudah tidak berapa betul seminggu dua ini? walaupun saya sentiasa berada ditengah² (bukan disisi) dia dengan senyum hepi-over-nampak-gigi tapi dia tetap juga tidak betul. baik Incek bos lihat gambarajah tiga dan empat sebagai bukti.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah tiga

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah empat

bukan itu saja Incek bos. kakak-banyak-cakap juga sudah kebosanan duduk keseorangan di meja depan receiptionist. jadi kami fikir, biarlah kami bawa dia berjalan², melihat keindahan alam. jika tidak, dia akan mengeram seperti kucing. apa? Incek bos tak percaya? sila rujuk gambarajah lima. senyuman kakak-bnayak-cakap hampir² menyamai senyuman kucing mengeram pada pandangan saya. tak tahu la pulak pada pandangan Incek bos bagaimana.

gambarajah lima

bukan sebab itu saja Incek bos, ketika dalam perjalanan pulang, saya ada menyuruh kakak-banyak-cakap snap gambar abang-naik-savvy-merah-seat-tinngi-gilla (gambarajah enam) tetapi apa yang kakak-banyak-cakap snap adalah gambar........ahhh..spceehless saya Incek bos. Incek bos lihat la gambarajah tujuh. tidak ada kena mengena dengan savvy, merah, abang, mahupun seat tinggi. jadi, kakak-banyak-cakap juga sudah berada di dalam kondisi bahaya pada fikiran saya.

gambarajah enam

gambarajah tujuh

bagi pihak saya pula, saya rasa Incek bos pasti gembira mempunya staf berdedikasi dan komited seperti saya. iya, saya tahu itu incek bos. sebagai seorang-anak-dara dalam persatuan tiga-mak-dara, saya telah berkelakuan amat sopan dan lemah lembut. dan senantiasa tersenyum lebar. jadi Incek bos harus faham kenapa dalam gambarajah lapan saya yang perlu difokuskan.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah lapan

ahhh...melalut sudah.

akhir kata, harap surat tunjuk sebab dari kami ini memuaskan hati, limpa, jantung, paru² dan semua yang berkaitanlah, Incek bos.

kami berjanji, selepas ini kami akan lebih kerap lagi membuat lawatan sebegini pada lain waktu.

yang tidak menerima arahan mahupun perintah, jajazuzu

Monday, 2 March 2009

soalan² yang dah naik muak aku dengar sejak dua tiga minggu ni...~

"ja, kad jemputan kawen aku, jemput la datang. kau bila lagi?"

"weh ja, aku nak tunang bulan 3 ni. ko bila lak?"

"ja, aku due hujung bulan 3. takut sehhh...eh aku nak beranak dah ni. ko bila lagi nak kawen?"

macam² lagi la ayat. tapi paling menyampah kat last mesti tanya "KAU BILA LAGI?"

dan jawapan untuk semua soalan² tu aku jawab...

"korang carikkan sorang boifren untuk aku. lepas tu baru boleh tanya aku bila lagi. sekeh kang!"

nota-kaki-bujang : aku baru 25tahun 4bulan 23hari ok! ada masa lagi nak cari calon asben

nota-kaki-bujang2 : ni apa kes pulak kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh tak bagi aku baca novel hanya dikau ni? dia kata ada part² orang kawen, so aku takleh baca! cis!!

Thursday, 26 February 2009

meet our Baby...~

gambar ni sebenarnya dah lama. masa CNY aritu kat rumah mak. ni Nur Iman Safiyyah a.k.a Baby, anak buah aku yang bongsu (buat masa ni). dia ni, kalau aku datang rumah dia, sure dia jadi baik + pendiam. gila senyap. nak pandang aku pun stail jeling² je. yelah, aku ngaku la.....aku makcik dia paling garang....hahahhahahahaa... tapi aku tensi betul la dengan Baby ni...

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

camne aku tak tensi, buat tak cantek gambar je. bukan nak pandang kamera pun!

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

tengok! stail tak dok diam budak kecik ni. penat je aku senyum lebar, dia buat rosak gambar

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

see. walau aku makcik-paling-garang, muka aku gak yang dia suka pandang. ahhhahahhaha..

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

ni apakebenda ntah dia tengah mintak kat abang dia. orang lain suma dok gelak, dia dok buat muka sedih pulak

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

yang ni kira ok sikit. tapi still taknak pandang kamera. (sila abaikan cara posing makcik-paling-garang itu. posing kepala teleng tu...)

***walaupun aku makcik-paling-garang, aku tetap makcik-paling-prihatin ok!

Tuesday, 24 February 2009

entry kopipes : cerita 2 orang bangla

aku kopipes dari inbox yahoo aku. sapa antar ntah. lupa...hehehe

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..


Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;


"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",

Friday, 20 February 2009

trivia hari semalam...~

  • aku pergi interbiu dengan besfren aku puan jeela
  • kami janji dekat esso federal highway dan macam biasa, aku yang sampai dulu.
  • pergi naik kreta jeela dan dia drive sebab lesen aku dah mati 6 hari dan aku baru perasan semalam (haiihhh....memory dah low!)
  • jalan sangat jem dan kami bergaduh (berbincang secara ganas) tentang nama highway. aku kata bukan NPE tapi jeela kata NPE. hehehhehe...

pagi di kl yang sangat jem!

  • kami sampai pukul 8.30 pagi dan tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di dalam kawasan tempat temuduga. jadi, harus parking berbayar la

tempat temuduga

2 in 1. parking dan car wash

  • daftar dan dibahagikan kepada pecahan kumpulan mengikut alphabet. oleh kerana nama aku bermula dengan huruf S, jadi harus faham kumpulan aku no berapa.
  • calon temuduga sangat ramai. meja² dan kerusi semua penuh. aku dan jeela menulis sambil mencangkung di tepi padang. sangat kesian bukan?

lihat. ramai kan?

  • orang sangat ramai dan aku dilanggar sebanyak TIGA kali. sekali di bahu, sekali di siku dan sekali di montot! Cisss! dan bak kata jeela "dia nak raba montot ko je sebenarnya tu" CIIISSS!!!
  • kami diberikan borang untuk diisi. dalam borang tersebut ada pilihan tempat bertugas. tidak memilih atau negeri pilihan. pn jeela tanda negeri pilihan dan menulis selangor. aku berbelah bagi, tidak memilih atau negeri pilihan. kami berbincang secara ganas lagi. dan akhirnya aku tanda tidak memilih.
  • seorang pakcik, yang aku rasa terdengar perbincangan secara ganas aku dengan jeela lalu disebelah aku dan berkata "jangan dik, nanti dia hantar pergi tanjung rambutan nanti"
  • aku tak sempat jawab sebab pakcik tu berjalan sangat pantas. jadi di sini aku ingin jawab "pakcik, ai tak kisah. nanti boleh deting² dengan doktor pakar jiwa"
  • kami diberikan soalan IQ dan pengetahuan am untuk dijawab dan ketika pengumuman untuk itu aku tersilap dengar. "apa La? soalan ARAB?" beberapa calon temuduga berhampiran pandang aku dengan wajah pelik. sebenarnya "sila naik ke tingkat atas untuk jawab soalan IQ SEKARANG"
  • aku dan jeela berlainan kumpulan. tapi masa menjawab soalan IQ, kami bertembung dan sempat berbincang. "Pssttt..psstt...La, pelan intergriti negara tu apakejadah La? mati aku tak tau" dan jawab jeela "jawapan dia C la, ada klu kat belakang"
  • kami sempat curi² snap gambar petugas di meja pendaftaran. jeela panggil dia kakak-muka-cuka! muka dia asyik masam je sepanjang hari. hampeh betul. dah la pakai baju corak² macam lambang parti politik!

tengok, asyik buat muka sombong je dia ni.

  • aku dan jeela lunch kat kafe dekat situ. jeela ambik nasi + ikan keli + sayur campur sikit + limau ais = RM6.20. aku ambik nasi + ayam goreng kecik je + sayur bendi banyak² + limau suam = RM5.50. emm...
  • ramai orang heran tengok aku dengan jeela. kami kemana saja berdua. maybe sebab kami dua² interview dan sangat² rapat. kejap² ketawa. kejap² bisik (errr...gosip girl ok) dan ada orang tegur kami "korang dua ni dah lama kenal ker?" aku angguk kepala dan jeela geleng kepala. Hahhahhahha...
  • aku sempat tertido atas bahu jeela sebelum dia kejutkan aku. "Woi..woii..bangun arr. ko dah sampai mana ni? thailand? singapore? india?"
  • jeela interbiu dulu sebab nama dia mula dari huruf N
  • oh yaa..ada calon temuduga untuk jawatan penguatkuasa pengsan masa latihan fizikal! kesian akak tu. tapi lepas tu masa kat toilet, dia nyanyi² dengan riang gembira. musykil aku.
  • aku interbiu pukul 4 petang. EMPAT PETANG!
  • kami diinterbiu secara berjemaah. duduk dalam bentuk separa bulatan menghadap tiga panel temuduga.
  • dalam group temuduga aku, aku sorang je yang tak pakai tudung, dan aku sorang je yang bawak henbeg putih
  • dalam semua² calon temuduga perempuan semalam, rambut aku yang paling pendek!
  • jeela pakai baju pink! kata jeela "ni baju mak aku, tudung mak aku gak! semua² aku pinjam mak aku punya la. kecuali spender dengan bra" sambil tersengih²
  • ada gerai jual air dan buah, aku dan jeela nak beli tapi sampai sudah kitorang lupa. asyik bergosip je.
  • ada kekeliruan nama antara aku dengan kakak-baju-sutera-biru. perbezaan 1 huruf saje
  • buat pertama kalinya nama aku tidak dipersoalkan ketika diinterbiu (sebelum² ni, nama aku akan jadi soalan pertama panel temuduga)
  • tapi macam biasa, negeri kelahiran aku akan dipersoalkan.
  • aku terkantoi secara bermaruah. aku dan jeela masing² tidak mahu bawa diploma dan akan mengaku ada spm jer. tapi panel temuduga tanya aku "awak ada diploma yer?" dengan muka pelik yang terpaksa membuatkan aku mengaku. haiiiisshh..~ (puan, saya tiada niat untuk sembunyikan diploma saya itu...~~)
  • aku pakai kasut baru yang agak longgar dan membuatkan aku terpakasa berjalan dengan perlahan dan sopan santun manakala jeela pakai kasut hantaran dia (3 tahun dulu ye La?) dan agak sempit dan ketat!
  • semua urusan selesai +/- pukul 4.45 petang.
  • jeela dan apek jaga parking bertekak dan aku jadi tukang gelak

apek ni mintak RM5 tapi jeela takmo. jeela bayar RM4 jer

  • jeela marah aku sebab tinggalkan air kotak dutch lady perisa coklat dalam kreta dia. "ko buang skang air tu" dan aku dengan pantas buka pintu dan buang.
  • ada budak kepoh dalam group jeela. nama dia yati. cerita jeela, masa panel temuduga tanya kenapa nak apply jawatan ni dia jawab, "sebab saya sukakan alam sekitar dan hendak tau macam mana nak selamatkan alam sekitar dari tercemar bla..bla..bla.." lebih kurang camtu la. padahal jawatan ni takde kena mengena dengan itu! "nampak sangat nak membodek" kata jeela
  • dalam bilik temuduga, kanan aku kakak-baju-sutera-biru yang nak baca selawat dan jampi² sebelum masuk temuduga. kiri aku pulak, awek-tudung-pink dari segambut yang boleh tahan gak lawaknya.
  • awek-tudung-pink tu eksaited nak tau url blog aku masa aku cerita pasal aku curi² snap gambar kakak-muka-cuka dan nak letak dekat blog, tapi aku tak sempat nak bagi! awek-tudung-pink, yu jalan sangat laju la, ai tak sempat nak kejar.
  • dalam bilik temuduga, hanya kami bertiga (aku, kakak-baju-sutera-biru dan awek-tudung-pink) yang asyik berbisik². harap² panel temuduga tak perasan. hahhahahah
  • oh yee..jeela sangat berhati² ketika memandu. dia tak berani nak potong line. ayat kaver dia, "karang keta aku calar, mati aku nak jawab dengan abang!"
  • kos perjalanan (tol + parking + minyak) semalam ditanggung oleh jeela. ai leb yu jeela!!! nanti aku belanja ko lunch kat beger king ye. sila tuntut dalam jangkamasa terdekat sebelum duit aku susut!

masa balik pun jem!

****thanks untuk semua yang telah mendoakan aku. walaupun belum tentu lagi lulus, aku harap² lulus la. penat dah nak pergi interbiu.

Wednesday, 18 February 2009

tadahkan tangan dan marilah berdoa...~

"YA ALLAH YA TUHANKU, SEMOGA TEMUDUGA SI JAJAZUZU TUAN PUNYA BLOG INI PADA ESOK HARI 19hb FEBRUARI BERSAMAAN DENGAN 23 SAFAR 1430H AKAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG........AMINN...~~"

*****aku ada interview esok kat ppsppa. doa² kan aku yer...