wajib klik!

Monday, 16 February 2009

mari amalkan budaya menumpang. jimatkan minyak dan kurangkan kesesakan..~

hari ni....

bangun : 6.30 pagi

keluar rumah : 7.30 pagi

sampai opis : 8.50 pagi?

dari usj1 ke batu 3 ---> 1 jam 20 minit?

****sapa² yang tinggal disekitar subang mewah, usj1 atau taman perumahan depan summit tu serta kawasan² berhampiran, kalau mahu tumpang aku ke batu 3, shah alam atau kawasan² berhampiran setiap pagi isnin-jumaat, boleh dibawa berbincang.

*****marilah sama² kurangkan kesesakan depan summit tu. takkan aku nak keluar rumah pukul 6.30 pagi kot!

******dan ucapan maaf terbuka untuk kereta², lori², bas² dan van² yang telah aku maki hamun pagi ini...tapi bukan untuk lori apa-kejadah-ntah-warna merah yang telah menghimpit kereta aku dari sebelah kiri pagi tadi....shilakak la lu driver!!!

Thursday, 12 February 2009

selamat pengantin baru sahabat...~

gara² adik lelaki yang telah lambat menghantar kereta, maka aku yang telah berjanji dengan miss-jiwa-kacau untuk pergi ke majlis walimatulurus anep dan watie pada pukul 12.30 tghari terpaksa menundanya ke pukul 2.00 ptg. dan kami tiba di majlis +/- pukul 3.30 ptg.

separuh dari meja telah dikemas.

pengantin perempuan tidak kelihatan.

semua tetamu telah pulang. yang tinggal hanya saudara-mara pengantin dan 2-3 orang sahabat yang mungkin saja² mahu lepak lebih lama.

nasib baik pengantin lelaki yang masih bersongket lengkap dengan tanjak dan keris masih ada di bawah khemah. dengan pantas kami menghampiri...

aku : perempuan bujang memang harus datang lewat.

pengantin lelaki : yelah tu. terima kasih la ye (sebab aku hulurkan hadiah ok)

dan aku paksa pengantin lelaki teman kami ambil makanan setelah adegan tolak-menolak berlaku antara aku dan miss-jiwa-kacau. perempuan bujang haruslah kelihatan malu² ketika berada di kenduri kahwin. ekspeseli ketika bab mengambil makanan.

dan ketika si pengantin lelaki jalan beriringan dengan aku ke meja makanan...

"laa...pegilah tukar baju dulu. panas ni" emak pengantin perempuan.

dan si pengantin lelaki yang mungkin telah bercita² mahu menjadi menantu mithali dengan pantas meninggalkan aku dan miss-jiwa-kacau di meja makanan. (iye anep...takpe, aku faham.)

aku dan miss-jiwa-kacau : makan², minum² air anggur dan terus masuk rumah pengantin. salam² dengan pengantin, duduk² sekejap tengok pengantin perempuan kara-ok dan kemudian pulang.

apa² pun untuk anep dan watie : selamat pengantin baru dan moga bahagia ke akhir hayat.

pengantin yang telah tukar baju ketika aku dan miss-jiwa-kacau sampai. (baju pengantin lelaki matching dengan dinding, baju pengantin perempuan matching dengan cadar katil)

ini bukan dongeng ok. aku memang kakak mithali..~

adik lelaki : zura, aku nak guna keta.
kakak mithali : ok. bila nak ambik?
adik lelaki : mlm ni ( jumaat mlm sabtu) hari ahad pukul 10 aku hantar balik.
kakak mithali : wokehhh...
adik lelaki : err..tolong aku buat keja boleh? lukis.
kakak mithali : aku mana reti lukis!
adik lelaki : alaaa....nanti aku bagi contoh. ko tekap je la
kakak mithali : mengada² la. yelah²....aku tolong.
dan inilah kerja² adik lelaki aku yang terpaksa aku siapkan. bertuah punya adik! aku ingat sikit. sekali +/- 30 helai tau!!
aku terpaksa menyiapkan ini

gambarajah contoh untuk aku tiru / tekap

kerja separuh jalan yang adik aku buat...ruang kosong untuk aku lukis

taaadddaaaaa.....misi separuh berjaya. malam sabtu aku sempat buat 3 helai jer. pastu terus...zzzzz....

dan bangun pada pukul 1 tghari. ohhh...biasalah, orang bujang harus bangun lewat pada hari cuti bukan? aku bajet memang takkan sempat siap sebelum pukul 10 hari ahad. jadi aku import dua makhluk tuhan paling....err....paling....jiwa kacau untuk menjadi skuad bantuan-tanpa-rela aku. itupun setalah aku belanja char keow teow-paling-lazat dan nasi lemak kepada mereka.

skuad-bantuan-tanpa-rela yang pertama.......dipersembahkan................

incek maley a.k.a kekasih hati miss-jiwa-kacau. (errr.. aku letak gambar dia dulu sebab dia yang banyak tolong aku ok!)

skuad-bantuan-tanpa-rela yang kedua.... kalau la kekasih hati miss-jiwa-kacau ada, mestilah miss-jiwa-kacau ada! yaa...inilah miss-jiwa-kacau (dia tolong sikit jer. errr...suku lukisan jer dia tolong. lepas tu dia komplen meja goyang la, banyak nyamuk la, tangan ketar la, mengantuk la....macam² la)

kakak mithali dan miss-jiwa-kacau yang kidal.

kakak mithali dan kekasih hati miss-jiwa-kacau yang sedang konsentret melukis.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

miss-jiwa-kacau yang telah mengganggu kekonsentretan kakak mithali dan kakak mithali terpaksa senyum lebar untuk kaver wajah kepenatannya...haihh..~

pasangan jiwa kacau. tenkiu banyak² yer. lain kali aku mintak tolong lagi yer...

***adik lelaki yang janji nak hantar kereta + ambik kerja² dia pukul 10 pagi ahad datang pukul 1.30 tghari. dan masih sempat mengepau duit aku.

Wednesday, 11 February 2009

fuuhhh.......mati² aku ingat dia dah mati...

pagi tadi, ada 1 teksi tu tak bergerak-gerak. aku follow wira depan aku, menyelit kat tepi teksi tu. aku tengok mamat yang bawak wira tu ketuk² cermin teksi. apakehal ni?

ada motor depan aku. aku bagi dia jalan dulu...aku kan pemandu berhemah....lallalala..

mamat naik motor tu pun ketuk² cermin tingkap teksi. ehhh...apa kes ni?

sampai turn aku lalu sebelah teksi tu...aku slow. jalan sangat sempit ok. aku jenguk. gila la....driver teksi tu dah tersandar. mata pejam. kaku.

aku syak dia dah mati.

mana boleh berenti lama². aku jalan. pusing stereng, pergi depan teksi. aku usha dari side mirror. aku bajet nak turun, nak pergi ketuk pintu kereta dia.

tengah aku usha², tetiba kepala driver teksi tu bergerak.

fuuhhhh...terkejut aku.

dia tak mati lagi. aku syak dia tertido la.

aaiiyyyaaa..kalu mahu tido balik rumah la uncle. bikin jalan jem saja!

****tak pasal² aku masuk opis lambat! cis punya teksi!!

Tuesday, 3 February 2009

judi!

ntah angin dari celah mana ntah yang bertiup kencang nih.

staf² bukan islam opis aku sibuk berjudi.

"come n join la..! just put 50 cent. for fun maa..." ajak mereka.

50 sen pun. judi beb!

huh..! baik aku bersembang dengan kakak² kat meja bulat. lagi layann..~



nota-bukan-kaki-judi : solitaire aku layan la weh...

Monday, 2 February 2009

soalan boleh blah..

ada pakcik mintak tolong aku isikan borang bonuslink dia. dia kata lupa bawak spek. tak nampak.

aku tolong...

pakcik tu kata terima kasih.

aku senyum.

pakcik tu tanya...



"orang penang ka? nampak cam anak mami ja.."




nota-senyum-lebar : hidung aku tak mancung, takde kena mengena dengan penang.

Sunday, 1 February 2009

soalan tak boleh blah

tadi ada pakcik tanya aku


"adik melayu ker..?"

hampeh punya pakcik. aku tau la aku berkulit tidak cerah.



nota-kaki-gelap : aku bukan melayu. aku separa melayu