Hari ni baru ada mood nak menulis. I dah paksa otak I mengarang ayat semalam, tapi still jari I malas nak menaip. I sedang enjoy momen-momen bahagia di tempat kerja. Sunyi. Ramai orang masih bercuti sempena CNY. Ok. dah. Stop mengarut.
So, mari kita ke tajuk asal. Macam yang I ada tulis kat entry bawah (sila scroll bawah kalau anda rajin sebab I malas nak link) I beli juvanex dengan harga promosi dekat Watson. I beli on Saturday. I ingat I nak start terus meng-detox-kan badan I hari Sabtu tu, tapi sebab I enjoy makan McD, so I tangguh sehari. I start on Sunday. Sebelum tu, sila baca arahan dekat pamphlet yang ada. Dari apa yang I baca, I boleh saja makan mengikut apa yang I suka, seperti biasa. Tapi rugi lah kan sebab dah beli Juvanex mahal-mahal, alang-alang follow lah sekali menu plan dia. So, I berazam nak follow. Dengan harapan selain detox, I boleh slim. Ok. berangan saja tu.
Pagi ahad, I dah bangun awal. Cuma malas nak bangkit dari tilam. I golek-golek atas tilam sampailah partner i sms, ajak keluar. So, I bangun untuk mandi dan bersiap jam 10 lebih macam tu. tapi sebab I nak keluar dating, I cuci rambut, keringkan dan bersiap comel-comel sikit. Since housemate I semua dah balik kampong, tinggal I sorang saja, jadi I kemas-kemas sikit rumah. Then dah tengahari, jam 12 lebih macam tu baru I teringat Juvanex. I makan betik untuk breakfast sebab dekat arahan aada tulis sila minum Juvanex selepas makan, dan I pun semangat nak follow menu plan yang diberi yang mana hari pertama hingga kedua I kena makan buah-buahan. So, sarapan dengan betik dan Juvanex. Rasa Juvanex? Sedap dan I suka.
Then I keluar dengan partner i. jalan-jalan teman dia window shoping. Mula-mula dia nak beli something, tapi tak jadi, jadi kami window shoping saja. Then partner I ajak lunch. Since I berjalan, I takut I rasa letih sangat, so I makan nasi. Separuh dengan sayur sawi dan kuah dal yang tak menarik. I memang sengaja ambil kuah yang I tak berapa suka dengan harapan I tak makan banyak. So, misi I berjaya. Nasi separuh pun tak habis. Kuah dal tawar. Apa punya mamak ntah. Then untuk balance sebab tak ada buah, I minum jus epal.
Dah separuh hari. So, apa yang I rasa? Sedikit pening dan mengantuk. Tapi sebab I berjalan, tak rasa sangatlah. Cuma bila duduk dalam kereta, I rasalah pening tu. pening tu bukan lah pening yang teruk. Pening-pening lalat gitu. I bawa bekal betik. I makan dalam kereta untuk menu petang i. Tapi, my partner yang baik hati tu, pi singgah gerai goreng pisang. I marah dia. I on detox ni. Kenapa pi beli goreng pisang? Dia kata pisang kan buah-buahan. Sihat tu. Makan sajalah. Siapa punya boyfriend ni? Pandainyeeee…. Dan I pun terpengaruh. Pi makan 2 keping goreng pisang.
Since cuti CNY, I nak balik rumah mak ayah I. So, petang lepas keluar dengan partner, I terus balik Rawang. Dan malam tu, nasib baik mak I tak masak banyak. Jadi, I makan betik saja. Kebetulan mak pun ada beli betik. So, I dinner dengan betik dan Juvanex.
Overall, hari pertama I tak adalah lesu dan penat sangat. I ke toilet untuk urusan kecil saja. Urusan besar tak ada. Itu saja untuk first day I dengan Juvanex. Nanti I update untuk second day pulak.
Tata