wajib klik!

Wednesday, 29 January 2014

Cincin Permata Biru

Rasanya I pernah baca novel yang sama macam tajuk kat atas. Cincin permata biru.. Ke lain tajuknya? Entah lah. Dah lama masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi jalan cerita novel tu memang barkait rapat dengan cincin permata biru. Kisah misteri dan seraaaammm... I pinjam dari kakak. Kakak pun rasanya pinjam dari kawan sekolah dia.

Setelah 2 hari cuti dan sibuk habiskan kerja-kerja tertunggak, tiba-tiba I terbayang cincin permata biru di jari seseorang. Tapi I tak boleh ingat siapa orangnya. Dekat mana I nampak. Dan bila I nampak. I cuma terbayang seseorang sedang berhadapan dengan I. Berbual tentang sesuatu. Dan I hanya tenung jarinya yang ada cincin permata biru.

Tapi I masih tak boleh ingat.

Puas berfikir. Mungkin mimpi. Misteri sungguh.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 8 January 2014

Rasa





The moment bila I baca blog or apa saja yang bercerita tentang bius di belakang badan, terus I terasa sengal. Terus teringat balik apa yang dah terjadi masa I dekat hospital dulu. Betapa sakitnya bius separuh badan tu. Siapa yang kata tak sakit, memang hebat lah. Or memang ada benda lain yang lebih sakit sampai tak terasa bius tu sakit, macam contraction contohnya. Tapi percayalah, bius belakang badan tu memang SANGAT sakit. *usap belakang badan*



Thursday, 2 January 2014

Manusia




Manusia biasanya tak notice perkara yang meluat tentang diri masing-masing. I pun agaknya macam tu jugak. Tak semua benda yang kita suka buat, orang akan suka. Masa zaman sekolah menengah, ada seorang kawan yang prihatin bagi I surat. Dalam surat tu tertulis yang seorang lagi kawan tak suka cara I bercakap. Masa tu rasa bertuahnya ada kawan yang prihatin sebab tanpa sedar kelakuan I telah menyebabkan orang lain sakit hati, sampai jadi topic bercerita antara satu sama lain. Tapi dalam masa yang sama kelakar pun ada gak. Tapi bila dah tahu, of course I akan cuba kurangkan bercakap dengan orang tu. Sebab I sedar dan sedia maklum, hidup bermasyarakat kena ada toleransi dan sikap hormat menghormati. Kalau dia tak suka, tak pe. Ada orang lain yang suka. Jadi, pergi bersembang dekat orang lain yang suka. 


Tapi manusia pun ada juga sikap bergosip sesama sendiri. I pun kadang-kadang TERcerita juga perihal orang lain dekat orang lain. Tapi cepat-cepat sedarkan diri dan pesan pada diri sendiri, kalau kau tak suka orang mengumpat pasal kau, jangan mengumpat pasal orang lain. Simple kan. Semenjak dikhianati dengan kawan sendiri dulu, I selalu ambil langkah berjaga-jaga. Selalu pujuk hati sendiri dan selalu ingatkan diri sendiri apa yang kita buat, semua ada balasannya. Cepat atau tidak, semua itu ketentuanNya. 


So, sempena tahun baru, I nak tambah lagi 1 pesanan untuk diri sendiri : Bila-bila masa saja kawan boleh jadi lawan, set border antara satu sama lain dan jangan berlebih-lebih. Sometimes, kita rasa orang suka kita tapi sebenarnya tak suka pun. 


Azam tahun baru? Tiada. Sebab setiap hari I akan buat azam. Hari ni azam I ialah diet dan makan BANYAK sayur untuk dinner. Tapi sayur pun tak beli. Besar kemungkinan azam ni akan ditunda ke hari esok pula. Selamat tahun baru!


Wednesday, 1 January 2014

2013 in summary





Post pertama tahun ni. Sekejap je masa dah berlalu kan? Dulu masa kecik yang paling I ingat kalau bulan puasa tu terasa laaaaammmaaaaa je nak habis sebulan. Bila dah makin bersar, makin rasa sekejap. Mungkin sebab dah makin matang.


Jan 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja dan last minit preparation untuk majlis kahwin.


Feb 2013
Hari pertama pada bulan Feb, Alhamdullillah, selamat menjadi isteri orang. Setelah sekian lama asyik kena soal bila nak kahwin, akhirnya kami kahwin juga. Ni baru betul orang kata dah sampai waktunya. Dah sampai seru.


Mac 2013
A normal routine as a wife. On mac jugak I buat keputusan untuk cabut gigi geraham bongsu I yang tak sempat membesar sebab ruang yang sempit. First time juga scan gigi. Cabut gigi dan mc 3 hari. First time juga I buat pregnancy test 3 hari sebelum cabut gigi. Results, -ve.


Apr 2013
After 2 weeks tanpa period, I buat sekali lagi pregnancy test dan kali ni +ve. Buat confirmation dekat klinik dan doc cakap dah 6weeks.


May 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Masa ni consume folic acid saja. Makan tak memilih tapi semua tak boleh masuk. So on off muntah.


June 2013
First time pergi Klinik Desa dan buka buku pink.


July 2013
Puasa. Puasa selang seli. Next appointment dengan klinik desa kalau tak silap on 29th. Tapi on 26th malam masa scan baby, kami dapat berita sedih. Baby dah tak ada. Admitted at PPUM.


Aug 2013
On 1st aug, akhirnya baby keluar setelah 4 hari I dekat hosp. MC for 2 weeks dan celebrate Raya ala kadar saja. Continue kerja after MC dan semua colleague I sangat supportive.


Sept 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Back to normal routine.


Oct 2013
My birthday on 5th. Small celebration dengan partner dan May.


Nov 2013
Usaha mengganti puasa sebelum get pregnant sekali lagi. Bulan tak sihat. I batuk berminggu-minggu lamanya. Unplanned trip with partner to Penang.


Dec 2013
Still continue ambil acid folic. Trip to Kelantan. May beranak and kami dapat 3 ekor cucu bulus yang sangat gebus.

 
Itu summary I untuk last year 2013. Semoga tahun 2014 ni membawa sejuta kebahagian buat I dan partner serta keluarga kami. Insyaallah. Amin...


Tuesday, 31 December 2013

May & Babies




Dah lama tak bercerita tentang May kan. Rasanya sejak May bunting dulu. At last partner bagi May keluar dan biarkan dia dating dengan kucing jantan yang entah datang dari mana. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Tapi sebab si jantan tu agak bersih dan tak ada kurap, i pun malas nak halang. Ikutkan hati, kami memang nak spay May. Tapi partner tak sampai hati, jadi asyik la bertangguh-tangguh sampailah May bunting.


May beranak 18 Dec lepas. Perut kecik je, anak pun tak banyak. 3 ekor je. Semua kecik-kecik dan semua pun oren-oren macam May. I agak terkejut jugak sebab semuanya ikut May. Ekor pun semua panjang macam May. At first, kami letak kotak dalam bilik belakang. May dan babies semua duduk dalam kotak. Tapi, lumrah biasa perangai mak kucing, dia akan pindah-randahkan anak dia kemana saja dia suka. Mula-mula dia pindahkan babies bawah katil. Sebab lantai selalu sejuk, setiap kali dia pindahkan, kami akan ambik balik dan masukkan balik dalam kotak. Sampailah last sekali, May pjndahkan babies dalam bilik kami pula. Rak buku kecil 3 tingkat tempat I simpan towel dan baju kerja partner dia punggah. Habis towel (rak bawah) dia tarik keluar dan letak anak dia dalam rak tu. Ikutkan hati, I nak keluarkan letak balik dalam kotak tapi partner tak bagi. Baiklahhhhhhh...demi May dan babies kami share bilik tidur bersama.


May before ada babies memang setiap malam akan tidur dengan kami. Tak kisah lah tepi I atau bawah kaki partner, tapi memang dia akan tidur sekali atas tilam. Sejak dia bawa babies masuk dalam bilik kami, setiap malam bila kami dah tidur, dia akan senyap-senyap angkat babies dia dan letak atas tilam kami sekali. Terkejut I dan partner masa malam pertama dia bawa anak dia atas tilam. Ingatkan apa benda lah berbulu dan berkuku tajam halus dekat tepi peha I, bila selak selimut, babies May rupanya. Pandai pulak tu letak bawah selimut. Sejuk barangkali kata partner. 


Kalau I terjaga awal, I memang akan cepat-cepat turunkan anak dia balik, letak balik dekat rak. I dan partner selalu takut kalau-kalau kami tak sedar dan terhempap anak dia. Yelah, bukan sedar pun waktu tidur kan. TAPI...I bangun pagi tadi dengan perasaan yang...tak ada perasaan....


Partner tak ada. I dan May saja di rumah. Macam biasa, bila I dah tidur, dia akan bawa babies naik atas tilam. Dan entah kenapa I terjaga awal walaupun tidur lewat. Alarm tak bunyi lagi I dah terjaga. Bila sedar, cepat-cepat turunkan babies May dekat dalam rak. Tapi ada 2 ekor saja. Eh..mana lagi sekor? May dah tak tentu arah. Sekejap keluar bilik sekejap masuk bilik. I angkat selimut, tak ada pun. Biarkanlah sekejap, I nak pejam mata lagi 10 minit. Bila alarm berbunyi, I terus bangun dan cari lagi sekor baby dekat ruang tamu. Tapi tak ada. Tak puas hati, I angkat semua bantal. Tengok tepi katil dan bila I angkat lagi sekali selimut, tu....sekor baby dah keras bawah selimut. Tersentak sekejap. Tadi masa mula-mula selak selimut kenapa xde? Cepat-cepat I pegang. Dan sejuk. Entah pukul berapa dia mati tadi. I tunjuk pada May. I dah pesan banyak kali, jangan letak babies bawah selimut tapi May degil. 


Sambil susukan lagi 2 babies, sambil tu dia tenung baby yang dah mati tu. Sekejap-sekejap dia bangun keluar dari rak. Dan I pun sekejap-sekejap marah dia. Time partner tak de lah semua ni nak jadi. Terpaksalah dalam dingin pagi pukul 7, I mencangkul tanah. Sebelum nak kambus balik tanah, I panggil May dan tunjuk pada dia, cepat-cepat dia gigit baby dia dan lari bawa masuk rumah. T__T   I kejar May balik dan suruh dia lepaskan baby dah mati tu. I syak baby tu mati sesak nafas. Kalau I yang hempap, I rasa mustahil sebab baby kucing dalam posisi baring, tak penyek pun. Mulut terbuka sikit dan muka dia biru-biru sikit macam lebam. I pulak, cepat terasa kalau ada benda berbulu dekat kulit. Rasanya bukan mati sebab kena hempap. Macam lemas tak cukup nafas je. 


I call partner dan cerita pada dia. Kata partner : Ni mesti awak ynag hempap. T__T

May & babies. Yang mati pagi tadi, yang tengah menyusu dekat May tu. RIP baby May

Semua baby May kami panggil baby saja, belum ada nama lagi Bila kami masuk bilik dan cakap babyyyyyyy dengan nada kuat, May akan cepat-cepat lari masuk bilik. 

Monday, 30 December 2013

Pisang goreng coklat chese

Salam...

Cerita lama sebenarnya tapi since tadi ada ternampak orang tanya kat mana nak dapat pisang goreng chese, terus I teringat.

Hujung Nov lepas, unplanned trip ke Penang dengan partner. Asalnya hanya singgah ke Lost World of Tambun tapi sebab I cuti 2 hari, partner ajak kami ke Penang terus. Balik dari Penang, nampak signboard Zoo Taiping, kami melencong ke Zoo Taiping pulak.

Otw ke Zoo Taiping lah I nampak gerai pisang goreng coklat cheese ni. Mula-mula nampak macam tak heran je. Tapi bila otw balik, hujan lebat, I suruh partner singgah sekejap. Merasalah buat pertama kalinya makan goreng pisang coklat cheese ni.

RM3 utk 1 box



Dan partner kata, kalau kat Shah Alam ni, memang tak dapat la 1 box RM3.

Monday, 16 December 2013

Gatal kulit ketika mengandung?



Mungkin ianya bahaya kepada bayi anda dan boleh membawa maut.

Ahad lepas, habis sarapan di kedai mamak, I singgah kedai runcit sebelah. Mahu beli akhbar hujung minggu. I tanya pada partner dia mahu Metro atau Kosmo? Partner pilih Kosmo. Dan mungkin sebab I selalu terfikirkan arwah anak dua tiga menjak ni, mungkin Allah nak tunjukkan jawapannya. Siapa tahu bukan? Allah maha besar. 

I tak ingat I pernah bercerita disini atau tak. Tapi macam tak ada saja. Ataupun mungkin I pernah menulis tapi tak publish pun sebab rasanya I pernah cuba share apa yang I rasa. Dalam draft maybe. Abaikan sajalah. I tulis disini.

Bila dalam kereta dan I selak-selak akhbar Kosmo tu, partner terpandang satu artikel dan dia terus pandang I. Eh..ini macam apa yang jadi pada awak masa mengandung dulu! Cepat baca! Yehh...dia lupa agaknya yang I ni tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Especially kereta. Mengundang pening kepala je nanti.  Balik rumah dan laju-laju selak artikel tadi. Mahu baca dan faham.

Sebelum tu mari flashback sedikit. Masa usia kandungan lebih kurang 2 – 3 bulan, I selalu gatal-gatal kulit di bahagian kaki. Mulanya dari bahagian kaki membawa ke peha dan akhirnya badan. Masa tu I tak terlintas pun yang kegatalan tu adalah tanda-tanda kepada penyakit yang boleh membahayakan anak dalam kandungan. Sebab tak pernah dengar pun. Bila kaki dan peha gatal, I ingat maybe sebab nyamuk atau kulit I sendiri yang senstif. Kebetulan, kulit kaki I memang jenis kering dan sangat sensitive. Pantang terguris mesti tinggal parut. Bila gatal terasa ke bahagian badan dan perut pula, I ingatkan sebab kulit I mula nak memeri, nak merenggang sebab perut nak besar. Haaa..lebih kurang gitu la apa yang I fikirkan. Lagipun tak ada tanda-tanda ruam ataupun apa-apa pada badan I. Hanya gatal saja. 

Setiap kali lepas mandi, wajib lumur badan dengan minyak zaitun dulu. Kalau tak, rasa gatal dan tak selesa. Sebab I tak fikir yang gatal tersebut adalah satu masalah yang SANGAT bahaya dan besar, jadi I tak pernah ambil kisah pun. Sehinggalah anak dalam kandungan meninggal, benda ni tak pernah terlintas pun dalam fikiran. Bila baca artikel dalam Kosmo semalam, baru I dan partner teringat. Ofkos partner pun teringat sebab dia yang jadi tukang garu kalau belakang badan I gatal. 

I syak maybe inilah punca anak meninggal dalam kandungan dulu. Mungkin ya. Mungkin tidak. Tapi sebab apa yang alami lebih kurang begini, buat masa sekarang I assume inilah yang telah terjadi. Jadi, to all mommy to be...jangan anggap kegatalan pada kulit hanya  benda normal ketika mengandung. Please...jumpa doctor segera dan check darah. So, untuk semua, I share artikel yang I baca semalam. 



Sama macam dalam artikel, I pun rasa sedikit ralat sebab ambil mudah saja hal gatal kulit tu. Tapi kalau dah ditakdirkan begitu, begitulah. Redha. Lepas ni kena lebih alert dengan semua simpton-simpton yang ada.


PS : Kalau gambar tu tak clear dan tak boleh dibaca, sila klik sini untuk baca.