Mungkin ianya bahaya kepada bayi anda dan boleh membawa maut.
Ahad lepas, habis sarapan di kedai mamak, I singgah kedai
runcit sebelah. Mahu beli akhbar hujung minggu. I tanya pada partner dia mahu
Metro atau Kosmo? Partner pilih Kosmo. Dan mungkin sebab I selalu terfikirkan
arwah anak dua tiga menjak ni, mungkin Allah nak tunjukkan jawapannya. Siapa
tahu bukan? Allah maha besar.
I tak ingat I pernah bercerita disini atau tak. Tapi macam
tak ada saja. Ataupun mungkin I pernah menulis tapi tak publish pun sebab
rasanya I pernah cuba share apa yang I rasa. Dalam draft maybe. Abaikan
sajalah. I tulis disini.
Bila dalam kereta dan I selak-selak akhbar Kosmo tu, partner
terpandang satu artikel dan dia terus pandang I. Eh..ini macam apa yang jadi
pada awak masa mengandung dulu! Cepat baca! Yehh...dia lupa agaknya yang I ni
tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Especially kereta. Mengundang
pening kepala je nanti. Balik rumah dan
laju-laju selak artikel tadi. Mahu baca dan faham.
Sebelum tu mari flashback sedikit. Masa usia kandungan lebih
kurang 2 – 3 bulan, I selalu gatal-gatal kulit di bahagian kaki. Mulanya dari
bahagian kaki membawa ke peha dan akhirnya badan. Masa tu I tak terlintas pun
yang kegatalan tu adalah tanda-tanda kepada penyakit yang boleh membahayakan
anak dalam kandungan. Sebab tak pernah dengar pun. Bila kaki dan peha gatal, I
ingat maybe sebab nyamuk atau kulit I sendiri yang senstif. Kebetulan, kulit
kaki I memang jenis kering dan sangat sensitive. Pantang terguris mesti tinggal
parut. Bila gatal terasa ke bahagian badan dan perut pula, I ingatkan sebab
kulit I mula nak memeri, nak merenggang sebab perut nak besar. Haaa..lebih kurang
gitu la apa yang I fikirkan. Lagipun tak ada tanda-tanda ruam ataupun apa-apa
pada badan I. Hanya gatal saja.
Setiap kali lepas mandi, wajib lumur badan dengan minyak
zaitun dulu. Kalau tak, rasa gatal dan tak selesa. Sebab I tak fikir yang gatal
tersebut adalah satu masalah yang SANGAT bahaya dan besar, jadi I tak pernah
ambil kisah pun. Sehinggalah anak dalam kandungan meninggal, benda ni tak
pernah terlintas pun dalam fikiran. Bila baca artikel dalam Kosmo semalam, baru
I dan partner teringat. Ofkos partner pun teringat sebab dia yang jadi tukang
garu kalau belakang badan I gatal.
I syak maybe inilah punca anak meninggal dalam kandungan
dulu. Mungkin ya. Mungkin tidak. Tapi sebab apa yang alami lebih kurang begini,
buat masa sekarang I assume inilah yang telah terjadi. Jadi, to all mommy to
be...jangan anggap kegatalan pada kulit hanya
benda normal ketika mengandung. Please...jumpa doctor segera dan check
darah. So, untuk semua, I share artikel yang I baca semalam.
Sama macam dalam artikel, I pun rasa sedikit ralat sebab ambil mudah saja hal gatal kulit tu. Tapi kalau dah ditakdirkan begitu, begitulah. Redha. Lepas ni kena lebih alert dengan semua simpton-simpton yang ada.
PS : Kalau gambar tu tak clear dan tak boleh dibaca, sila klik sini untuk baca.